Manakala Novel "Ayahanda" karya Allah Yarham Azizi Haji Abdullah pula menceritakan tentang kepongahan seorang bapa, pendiam memendamkan perasaan, tidak mengharapkan belas kasihan insan, bicaranya penuh sindiran menerkam perasaan, meluahkan isi hati dalam penulisan, buku-buku menjadi teman dan rumah tuhan menjadi tempat menadah kerinduan.
Novel ini diserikan lagi dengan kehadiran anak bongsu. Pandangan anak bongsu terhadap orang tuanya. Anak berjiwa kasar, lantang bersuara, pantang dicabar, pendendam tidak diluahkan, ego juga tinggi namun tetap menghormati dan menyayangi orang tuanya.
Banyak tema yang disuarakan. Antaranya, apakah masih mertua tidak boleh serumah dengan menantu, perubahan zahir dan batin orang tua dengan lagaknya, maruah keluarga dipertahankan dan kehidupan masyarakat serta pelbagai lagi isu diketengahkan. Menarik dan mencabar minda!
Selalu seorang abah menyebut walaupun kadang-kadang tidak tepat perkataannya tetapi boleh difahami maknanya. Akhirnya saya menemui juga kata-kata itu cuma tindakannya entah la bila hendak dilaksanakan...
"Seorang bapa boleh memahami perasaan dua belas orang anaknya tetapi amat malang dua belas orang anak tidak mampu memahami perasaan seorang bapa."
Selamat membaca dan memahami. Bersamalah kita mendoakan ibu bapa kita.
1:49 AM |
Category:
intelektualisme
|
0
comments