Showing posts with label idealisme. Show all posts
Showing posts with label idealisme. Show all posts
Sejarah Pendidikan di Perak. Isu Sekolah Kerajaan Zaman Penjajah Kolej Melayu (MCKK) vs Pondok dan Sekolah Agama Madrasah Idrisiah (MADID)

مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا
Terjemahannya:Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (Surah al-Ahzab 33:23)

Sejarah Madrasah di Tanah Melayu. Jika di Kelantan, adanya Maahad Muhammadi (banin dan banat) yang diberi nama ini pada tahun 1956. Jika di Pulau Pinang, adanya Madrasah al-Masyhur ditubuhkan pada tahun 1919.
Tetapi jangan lupa, ada sebuah madrasah yang telah mula dibina seawal pada tahun 1916 iaitu Madrasah Idrisiah di Perak.
Madrasah Idrisiah diilhamkan oleh Sultan Idris Mursidul Adzam Shah 1 bersamanya seorang ulama iaitu Tuan Sheikh Haji Nawawi bin Haji Tahir. Madrsaha ini dibuka pengajian pertamanya pada tahun 1922 bersamaan 1340 Hijrah.
Madrasah Idrisiah merupakan madrasah pertama di Perak yang berteraskan konteks sistem pendidikan Islam. Mereka mencontohi sistem pendidikan dan pengajaran dari Mekah. Dan pada awal pengajian dimulakan, madrasah merupakan pusat ilmu yang bersistematik kerana memiliki sukatan pelajaran yang menyeluruh dalam semua bidang.
Pada awal penubuhan Madrasah Idrisiah bertujuan:
1. Memberikan pendidikan agama dan mengembangkan syiar Islam.
2. Institusi yang diharapkan akan dapat mempertahankan Islam.
Selain itu, Madrasah ini terus dipimpim, dipelihara, dijaga dan dididik oleh ramai ulama' yang terkemuka dan disanjungi umat sepanjang zaman, di antaranya:
1. Tuan Haji Muhammad bin Haji Salleh (1922-1924) menjadi mudir yang pertama. Beliau berasal dari Kelantan dan mendapat pendidikan dari Mekah.
2. Tuan Syiekh Abdulullah Maghribi (1924-1932) berbangsa Arab Saudi menjadi mudir yang kedua.
3. Syiekh Abdullah Fahim bin Haji Ibrahim (1932-1948) berasal dari Kepala Batas dan mendapat pendidikan di Mekah. Menjadi mudir yang ketiga.
4. Tuan Syiekh Haji az-Zubair Haji Ahmad (1948-1976) mendapat pendidikan dari Mekah serta menjadi mudir yang keempat.
5. Dato' Haji Abu Al-Hasan Ashari bin Abdul Majid (1976 - 1983).
6. Tuan Haji Nawawi b. Hassan (1982-1985).
7. Ustaz Musa bin Zainuddin (1985-1999) merupakan anak kelahiran Teluk Intan. Menjadi mudir ketujuh. Disebut ahli sejarah bahawa zaman madrasah era beliau ini merupakan 1 zaman perubahan dan lonjakan kegemilangan serta kebangkitan. Di samping itu, pada nasa itu negeri Perak jugadinaungi oleh Sultan Azlan yang sangat berwibawa dan sering memberikan sumbangan kepada madrasah ini.
8. Ustaz Kamaruddin bin Ahmad (1999-2011).
9. Dan sekarang bermula pada tahun 2011-kini dipimpin oleh Ustaz El Syazali bin Musa yang merupakan anak bagi mudir yang ketujuh, beliau mendapat pendidikan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Madrasah ini telah melahirkan ramai sarjana Islam baik dalam bidang agama mahupun profesional. Di sini, bermula lahirnya seorang Mufti Perak iaitu Mufti Harussani, pejuang kemerdekaan Perak seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pensyarah, guru-guru, peguam, juruwang, YDP ABIM N9 dan YDP ABIM Kinta, YDP KPIP, presiden PKPIM, Amir Pkpim, usahawan, jurutera, doktor, penulis, Imam, aktivis, ahli politik kerajaan dan pembangkang dan sebagainya.
Saya melihat bahawa yang pasti, kelahiran daripada Madrasah ini pastinya menjadi "seseorang" yang selalu dicanang-canang oleh para senior iaitu insan yang berilmu, berakhlak dan berjasa untuk agama dan umat.
Seandainya Madrasah Idrisiah ini ingin terus menjadi satu wadah pembentukan idealisme, intelektualisme dan spritiualisme yang berkualiti, maka segala persiapan mesti bermula dari atas sehingga ke bawah. Mereka wajib memainkan peranan dengan sesungguhnya tanpa penat, jemu dan putus asa.
Adapun generasi saya (2005-2009), menjadi satu zaman perubahan dan peralihan. Zamannya bermula sekolah agama dianaktirikan. Isu-isu dalaman diantara para perwakilan pelajar dengan pentadbiran, masalah displin pelajar dan lain-lain. Mungkin banyak kelemahan dan tidak perlu menunding jari bahawa generasi awak tiada apa-apa yang boleh dibanggakan kerana setiap manusia pada zaman itu memainkan peranannnya.
Semoga Madrasah Idrisiah ini terus-menerus melahirkan insan yang cemerlang dan terbilang seperti yang pernah dilahirkan sesebelum ini. In-sya-Allah.

Madrasah Idrisah vs Kolej Melayu Kuala Kangsar; Dasar Pendidikan Pada Zaman Penjajahan

"Tujuan pembaratan orang Islam ini adalah supaya umat Islam meninggalkan ajaran Islam, lalu dibuka Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Tambahnya, MCKK menjadi tempat mengajar pelatih guru Melayu untuk mengajar tulisan rumi demi menghapuskan tulisan jawi.
Dalam masa yang sama, di MCKK juga pelajar belajar sejarah Majapahit, sejarah Hindu namun meninggalkan sejarah Islam dan melumpuhkan pengajian Islam melalui pengajian kebangsaan
.” Tuan Guru Haji Hadi (2018)


Apakah perkahwinan itu bukan idea besar
 dan masa depan?
Mukadimah
Seseorang telah meluahkan perasaannya di muka buku. Menurut dia bahawa perkahwinan itu bukan idea yang besar dan bukan perkara sebenar untuk membina masa depan. Disebabkan kawannya yang hampir mengalami kegagalan dalam perkahwinan, terus dia pukul rata terhadap semua orang. Lebih malang daripada itu, seolah-olah dia mahnu menyalahkan pernikahan.
Walhal, bukan kerana perkahwinan tetapi kerana kefahaman individu kerana pernikahan itu satu perkara yang mulia di sisi agama Islam. Islam mengangkat pernikahan dan mewajibkan kepada seluruh umat bagi yang berkemampuan dan sudah sampai serunya.
Saya rasa pelik dan hairan. Sudah bertahun saya memerhatikan hal ini. Saya rasa kasihan terhadap sebahagian aktivis. Melaksanakan kerja dakwah dan membuat kerja sosial seperti memberikan makanan kepada orang yang memerlukan dan mengajar kepada yang buta huruf. Mereka membuat kerja kebajikan namun dalam masa yang sama diri sendiri tidak terurus dan belum cukup memahami ajaran Islam yang hakiki.
Inilah penyakit aktivis zaman sekarang. Al-Quran tidak dipelajari dengan baik. Hadis Nabi Muhammad SAW tidak difahami dengan konteks yang tepat. Karya-karya ulama’ silam tidak diolah. Penulisan ulama’ kontemperori tidak dihadam. Lalu, diceduk ilmu secebuk-cebuk tanpa pegangan.
Saya mengerti bahawa dunia dakwah sangat luas. Saya juga memahami bahawa dunia dakwah memerlukan pengorbanan masa, wang dan tenaga. Sungguh, saya katakan dari hati saya bahawa saya sangat mengkagumi usaha para pendakwah generasi muda yang berkorban jiwa dan masa untuk umat tetapi bagi saya persiapan untuk diri sendiri perlu dimantapkan dan diperkukuhkan lagi agar umat terus memahami Islam dengan cara yang betul dan tepat.
Disebabkan hal inilah, ramai aktivis suka menyalahkan dan menunding jari kepada pihak tertentu. Mereka menyerang terhadap pihak yang tidak sefahaman dengan mereka. Mereka gah dengan apa yang telah mereka lakukan. Seolah-olah kerja kebajikan yang dilakukan itu, merekalah pencentusnya.
Ikhlas saya ingin katakan. Untuk saya dan semua, khususnya para pendakwah yang selalu turun kelapangan. Penuhilah ilmu di dada. Fahamilah ajaran agama Islam. Hayatilah firman Allah azza wajalla. Belajar ilmu hadis. Setidaknya, hati kita tenang dan akan terus berkerja dengan hati yang ikhlas.
Saya senaraikan beberapa buku asas kepada para pendakwah dan aktivis yang beragama Islam. Bacalah agar hati kita diterangi dengan hidayah Illahi.
Sayyid Abdul Majid Al-Ghouri dalam bukunya Mabadi’ Taamaul Ma’ As-Sunah (prinsip-prinsip berinteraksi dengan sunah) telah menyenaraikan beberapa buah buku untuk dibaca oleh para pendakwah. Saya akan memberikan buku yang sesuai untuk pembacaan umum antaranya Al-Azkar oleh al-Imam Nawawi, Al-Adab Al-Mufrad oleh Al-Bukhari, Umdatul Ahkam oleh Al-Maqdisi, Shahih Bukhari dan Shahih Muslim, Maqasid Syariah oleh Ibn Asyhur dan buku agama yang lain.
Saya juga menyarankan buku bacaan yang mudah seperti Bahtera Penyelamat oleh Fathi Yakan, Apa Ertinya Saya Menganut Islam oleh Fathi yakan, Al-Hikam dihurai olef Mufti kita Dr. Zulkifli, Pandangan Hidup Muslim oleh Hamka, 40 Hadis Nawawi, Falsafah Ketuhanan oleh Hamka, Kepimpinan Rasulullah oleh Johd Addair dan juga buku hararki.
Yang paling utama sekali ialah Al-Quran Al-Karim. Inilah kitab yang paling agung. Segala masalah akan dapat diatasi dengan baik. Saya memetika kata Syiekh Ghazali.
Beliau berkata dalam bukunya Bagaimana Berinteraksi dengan Al-Quran: “Saya pernah terbaca dalam karangan ‘Abbas Mahmud al-‘Aqqad tentang adanya apa yang dinamakan suasana kejiwaan, iaitu seorang yang berasa dirinya merawang bersama dengan kandungan buku yang dibacanya dan meningkat kepada hakikat atau sejarah atau sasaran yang digambarkannya. Apabila hal yang seperti itu berlaku pada pembacaan buku biasa, maka dengan Al-Quran sepatutnya lebih utama lagi. Dan inilah yang berlaku generasi awal terdahulu”.
Wajarlah sebagai para pendakwah untuk mempersiapkan diri sebelum turun ke lapangan menemui umat. Setidak-tidaknya cubalah sedaya yang mampu dalam memahami ajaran Islam yang sebenar.
Apakah perkahwinan itu bukan idea besar dan masa depan?
Saya rasa mungkin dia tidak menjumpai dalil-dalil yang tepat dan bukti yang kukuh sehingga terlepas pandang terhadap isu perkahwinan ini atau barangkali dia terlupa kerana terlalu banyak isu umat yang bermain-main dalam fikiran sehingga persiapan diri tidak diurus dengan baik.
Pemikiran dan idea yang mengatakan berkeluarga bukan idea yang besar itu adalah satu kesilapan yang besar. Saya akan memberikan 2 hujah, Pertama dari al-Quran dan kedua sunnah yang shahih.

Al-Quran mencabar Kafir Quraisy.

Bismilahhirrahimanirrahim. Alhamdulillahirabbil’alamin. Selawat dan salam ke atas junjugan besar Nabi Muhammad SAW.

Al-Quran ialah mukjizat Nabi Muhammad SAW. Allah SWT mewahyukan al-Quran kepada baginda SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril untuk menyeru manusia supaya mentauhidkan kepada Allah SWT.

Al-Quran bicaranya hikmah. Gaya bahasanya tersusun rapi. Sasteranya menghidupkan hati yang mati. Pengertiannya memberi keinsafan. Mengetuk jiwa yang lara. Melahirkan insan yang cemerlang dalam pembentukan peribadi yang unggul.

Al-Quran tidak ternilai harganya. Emas setinggi gunung Uhud juga tidak mampu membeli al-Quran. Benarlah bahawa al-Quran harga yang tidak dapat terhintung. Berdebar-debat jantung ketika membicarakan azab. Berbolak-balik ketika menceritakan ciri-ciri munafik. Berpeluh tubuh badan disaat dilafazkan azab neraka bagi yang menolak al-Quran.

Umat zaman sekarang tanpa al-Quran makin tenat dalam hasutan kemasyuran dunia. Mereka rakus mengejar harta kekayaan. Mereka alpa dengan tanah yang berhektar. Mereka bongkak dengan kecantikan rupa paras sehingga mengabaikan perintah Allah SWT yang terkandung dalam al-Quran. Mereka ibarat debu pasir di padang pasir yang berterbangan dipijak-dipijak oleh Unta dan Kuda yang sudah tidak ada nilai lagi.

Al-Quran adalah kitab yang paling agung namun tetap masih ada umat yang menolaknya. Ini bukan perkara baru dalam sejarah tamadun Islam. Bukan perkara baru al-Quran dibakar dan dikencing tetapi pada permulaan wahyu diturunkan, masyarakat arab telah dicabar untuk menulis ayat seperti kalam Allah SWT.

Sungguh, itu satu cabaran yang paling besar yang pernah dihadapi oleh umat. Kita mengerti bahawa al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab tetapi masyarakat arab tetap tidak dapat melakukannya. Apatah lagi manusia yang tidak fasih berbahasa arab namun lagaknya mengalah Sibawaih dan Ibn Malik.

Al-Quran mencabar umatnya! Al-Quran menegur umatnya! Al-Quran marah umatnya! Dari dahulu sehingga sektarang bagi umat yang lalai dengan perintah Allah SWT.

Kita akan perhatikan bagaimana al-Quran mengajar Kafir Musyrik yang angkuh dan sombong. Mereka bangga bahawa mereka ahli lughah wal balaghah tetapi satu surah pun tidak mampu diciptanya.

Penulisan kali ini akan membahaskan tentang satu persoalan yang cukup besar iaitu Al-Quran mencabar sesiapa yang hebat untuk mendatangkan seperti al-Quran. Kita akan melihatnya melalui 3 fasa.

Semoga Allah SWT membuka pintu hati dan memberikan kita hidayah untuk menghayati makna al-Quran. Semoga kita dapat mengambil pengajaran dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Semoga Allah sentiasa merahmati kita daripada anasir-anasir orientalis yang menjauhkan diri kita daripada al-Quran. Semoga hidup kita diberkati dengan cahayanya dan bukan tergolong yang disebut dalam hadis hujjatun ‘alaikí yang membawa makna celaka di akhirat kelak. Amin.

Fasa Pertama; Mencabar dengan satu al-Quran.

Al-Quran telah mencabar Kafir Musyrik untuk membawa sebuah seperti al-Quran yang mengandungi 114 surah dan merangkumi 6236 ayat. Ini adalah cabaran yang paling susah yang dihadapi oleh mereka.

Secara logiknya mereka memang tidak mampu melakukannya walaupun mereka kafr Quraisy ini adalah bangsa Arab yang fasih dari segi bahasa dan sasteranya. Ini kerana Al-Quran ialah kalam Allah SWT. Wahyu yang turun lagi langit dan mukjizat Nabi Muhammad SAW yang paling unggul.

Kita juga tahu bahawa para penyair Arab ketika zaman jahilliah, mereka akan mendapatkan khidmat daripada para jin dan syaitan untuk mendapatkan pertolongan terutamanya apabila mereka ketandusan idea dan ayat.

Allah mencabar mereka semuanya baik manusia mahupun jin untuk membawa sesuatu yang seagung Al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah al-Israk ayat ke-88:

قُل لَّئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَن يَأْتُوا بِمِثْلِ هَٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri".

Ternyata bahawa mereka bukanlah dari kalangan orang yang benar dan hebat. Mereka tidak mampu menyahut cabaran yang sukar ini. Mereka sedar kemampuan mereka diluar batasan. Kita akan melihat pada penulisan bab akan datang yang mana terdapat manusia yang mengakui bahawa dia adalah nabi dan menerima wahyu langsung dari Allah SWT seperti Musailamah al-Kazzab, Sajjah, Abhalah, Tulaihah dan An-Nadar. Mereka mengada-adakan syair dan mendakwa ianya adalah wahyu namun semuanya hanya menjadi bahan jenaka dan gelak ketawa. Masyarakat Arab memahami keunggulan al-Quran itu sendiri!

Allah juga mencela manusia yang bersongkol dengan jin untuk mereka-reka al-Quran. Mereka meminta bantuan daripada jin untuk membantu mereka seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Jin ayat ke-6:

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا
`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

Fasa Kedua; Mencabar dengan 10 surah.

Setelah mereka tidak mendapat menyahut cabaran daripada Allah SWT untuk mendatangkan sesuatu seperti al-Quran. Allah SWT telah mencabar lagi mereka dengan yang lebih ringan iaitu 10 surah sahaja.

10 surah ini sebenarnya juga mereka tidak mampu mereka-reka kerana kelemahan mereka itu sendiri. Firman Allah SWT dalam surah surah Hud ayat ke-13:

أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ ۖ قُلْ فَأْتُوا بِعَشْرِ سُوَرٍ مِّثْلِهِ مُفْتَرَيَاتٍ وَادْعُوا مَنِ اسْتَطَعْتُم مِّن دُونِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: "Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! " katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar".

Pada fasa ini juga orang kafir tetap tidak dapat melakukannya. Ya benar, bahawa ramai dari kalangan mereka ahli bahasa dan sastera, dari kalangan mereka juga ada penyair dan pawang. Mereka mampu mencipta syair-syair yang boleh membuat manusia terkesima mendengarnya. Mampu menenggelam manusia ke alam khayalan. Setiap baris mempunyai roh yang tersendiri yang dapat menghidupkan hati yang lara serta mampu mengalirkan air mata darah. Pun begitu, mereka tidak sama sekali mereka-reka al-Quran!.

Fasa Ketiga; Mencabar dengan satu surah.

Cabaran sudah sampai kemuncaknya bagi orang kafir sedangkan cabaran makin lama makin menurun tingkatannya sedangkan secara fitrahnya cabaran makin lama makin mencabar. Seperti dalam permainan catur, pusingan pertama mungkin mudah bagi pemain pilihan pertama tetapi setelah mengharungi 3 pusingan selepas itu, cabarannya bukan mudah lagi bahkan lebih susah. Walaubagaimanapun, al-Quran tidak begitu, al-Quran yang terunggul dan kekal unggul selamanya.

Cabaran yang terakhir ini ialah dengan mereka hanya satu surah sahaja. Al-Quran tidak menghadkan berapa ayatnya dan berapa panjang mahupun cerita. Al-Quran hanya mencabar supaya mendatangkan satu surah sahaja! Seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat ke-23 dan 24:

وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

  Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا وَلَن تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ

 Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.

Terang lagi bersuluh bahawa orang kafir adalah sangat lemah dan hina. Mereka mengatakan bahawa mereka pakar dalam bidang Bahasa Arab. Permulaan cabaran pada fasa pertama tidak mampu, diturunkan darjatnya kepada yang lebih pun tidak mampu sehingga fasa yang terakhir dengan satu surah sahaja pun mereka tidak dapat melakukannya. Sesungguhnya Allah SWT akan memelihara Al-Quran daripada sebarang penyelewangan
Penghujahan Kafir Musyrik menolak al-Quran dan Rasulullah SAW

Dalam penulisan saya sebelum ini, saya telah menulis tentang beberapa teknik dan adab-adab berdebat. Insya-Allah pada penulisan yang ringkas ini, saya akan membawa para pembaca untuk menilai sendiri bagaimana orang kafir musyrik ketika mereka tidak bersetuju dengan kalam Allah SWT dan menolak Nabi Muhammad SAW.

Kita akan mendapati satu perbezaan yang sangat ketara cara penghujahan yang dituntut oleh Islam dan dengan orang kafir musyrik.

Saya masih menggunakan buku yang sama iaitu karangan Prof. Nesreldin iaitu Wujuh al-‘ijaz fi khitab al-uslubi walma’rifi lilqurani al-karim.

Kita juga mengetahui bahawa al-Quran ialah mukjizat Nabi Muhammad SAW yang paling terunggul sehingga dijanjikan oleh Allah SWT akan terpeliharanya sehingga Hari Khiamat.

Al-Quran adalah kalam Allah SWT yang sangat sempurna dari sudut bahasanya, lafaznya, maknanya, retoriknya, sastera dan sebagainya. Walaupun Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab tetapi masyarakat arab tetap tidak mampu mencipta seperti al-Quran. Insya-Allah, kita akan berbicara tentang ini pada penulisan lain.

Kita akan lihat 5 contoh penghujahan kolot oleh Kafir Musyrik ketika mereka menolak al-Quran dan Nabi Muhammad SAW. Mereka tidak ada hujah yang benar dan berfakta melainkan kata cacian, makian dan fitnah sahaja yang dilontarkan.

1. Menyifatkan bahawa Al-Quran hanyalah kisah dongeng kaum terdahulu.

Mereka mengatakan bahawa al-Quran hanyalah kisah-kisah dongeng sahaja iaitu umat yang terdahulu sebelum kedatangan Islam. Sejarah yang palsu yang tidak boleh diterima akal mahupun logik jika difikirkan. Firman Allah SWT dalam surah al-Furqan ayat ke-5:

وَقَالُوا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ اكْتَتَبَهَا فَهِيَ تُمْلَىٰ عَلَيْهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Dan mereka berkata lagi: "Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafaznya)".

Namun Allah SWT menafikan hal sedemikian bahawa al-Quran bukanlah kisah-kisah dongeng yang hanya dibaca oleh Nabi Muhammad SAW kepada para sahabatnya baik pada waktu pagi mahupun waktu tetapi petang kerana al-Quran mengandungi pengajaran, pedoman dan petunjuk seperti firman Allah SWT daam surah al-Baqarah ayat 1-4:

الم، ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ، الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ، وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ

Alif, Laam, Miim.
( 2 )   Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;( 3 )Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

2. Mereka menyatakan bahawa al-Quran ialah sihir

Mereka tidak tahu apakah yang boleh disifatkan dengan al-Quran. Bermacam tuduhan dan tohmahan yang telah mereka taburkan supaya semua umat meninggalkan al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad SAW.
Pada zaman Arab Jahilliah, masyarakat Arab sangat mementingkan syair. Seseorang itu akan diangkatan martabatnya jika hebat bersyair. Setiap Qabilah mempunyai penyairnya tersendiri sebagai contoh Hassan bin Thabit, Imru al-Qais, Khansak, an-Nabighah dan lain-lain lagi.

Masyarakat ketika itu akan mempercayai penyair yang hebat tersebut. mereka akan mempunyai ramai pengikut. Disebabkan itu, kafir Musyrik mengatakan al-Quran juga adalah seperti itu seperti disebut oleh Allah SWT dalam al-Quran surah al-Mudatthir ayat ke-24 dan 25:

فَقَالَ إِنْ هَٰذَا إِلَّا سِحْرٌ يُؤْثَرُ

Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);
إِنْ هَٰذَا إِلَّا قَوْلُ الْبَشَرِ

"Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"

Mereka mendakwa bahawa al-Quran ialah perkataan Nabi Muhammad SAW yang mana baginda SAW berketurunan bangsa Arab. Ironinya, walaupun masyarakat Arab fasih berbahasa Arab dari segi fasahahnya, tatabahasanya, sinteksisnya, retoriknya, gaya bahasanya dan dalil tetapi mereka tetap tidak mampu mencipta paling minimal satu surah pun. Ini jelas terbukti bahawa al-Quran ialah kalam Allah SWT!.

3. Mereka menggelar Nabi Muhammad SAW gila.

Mereka juga bukan sahaja menjelek al-Quran bahkan menuduh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat ke-6 dan 7:

وَقَالُوا يَا أَيُّهَا الَّذِي نُزِّلَ عَلَيْهِ الذِّكْرُ إِنَّكَ لَمَجْنُونٌ

  Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): "Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Quran, sesungguhnya engkau adalah orang gila".

لَّوْ مَا تَأْتِينَا بِالْمَلَائِكَةِ إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِينَ

"Sepatutnya engkau membawakan malaikat kepada kami (untuk menjadi saksi tentang kerasulanmu), jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"

Ini satu tuduhan yang sangat bodoh. Mereka mengetahui bahawa Nabi Muhammad SAW seorang yang jujur dan berakhlak mulia. Mereka tidak dapat menafikannya. Buktinya, jika benar Nabi Muhammad SAW seorang gila, mengapa mereka melantik Nabi Muhammad SAW ketika hendak meletakkan hajarahtul aswad. Jika mereka mendakwa Nabi Muhammad SAW seorang gila, mengapa para pemimpin Quraisy menawarkan pangkat, kedudukan dan perempuan kepada Nabi Muhammad SAW.

4. Mereka mendakwa bahawa Nabi Muhammad seorang Penyair.

Sebelum ini, mereka telah mendakwa bahawa al-Quran adalah kisah dongeng dan hanya rekaan Nabi Muhammad SAW sahaja. Namun, mereka juga mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW juga ialah seorang penyair. Kisah ini dirakamkan oleh al-Quran dalam surah as-Saffat ayat ke-36:

وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُو آلِهَتِنَا لِشَاعِرٍ مَّجْنُونٍ

(Mereka pada ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa) bahkan mereka pada hari itu menyerah diri dengan hina (untuk diadili);

Seperti mana yang kita tahu bahawa masyarakat Arab sangat mementingkan bahasa dan sastera Arab. Apabila mereka melihat masyarakat Arab berkerumun mendengar risalah Nabi Muhammad iaitu al-Quran, mereka mendakwa bahawa Nabi Muhammad SAW juga adalah penyair. Ternyata dakwaan itu palsu dan salah. Firman Allah SWT dalam surah al-Haqqah ayat ke-40 dan 41:

إِنَّهُ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ

Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.
وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍ ۚ قَلِيلًا مَّا تُؤْمِنُونَ

Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana
 yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman.

5. Mereka mendakwa Nabi Muhammad SAW ialah bomoh dan pawang.

Sudahlah mereka mengatakan al-Quran hanya rekaan. Mereka juga menghina Nabi Muhammad SAW sebagai gila dan penyair bahkan mereka menghina Nabi Muhammad SAW dengan hinaan yang cukup buruk di sisi Allah iaitu mereka mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW ialah bomoh.

Kita tahu bahawa pawang merupakan salah satu cabang daripada kesyirikan. Syirik kepada Allah SAW adalah berdosa besar dan akan dimasukkan ke dalam api neraka kekal selamanya. Mereka mengatakan Nabi Muhammad SAW sebagai bomoh adalah disebabkan dakwah dan risalahnya diterima semua lapisan masyarakat baik kaya mahupun miskin, sama ada berkulit putih atau hitam.

Mereka sangat membenci Nabi Muhammad SAW kerana risalahnya diterima semua. Seperti mana yang kita disebut sebelum ini bahawa para penyair yang hebat akan mempunyai pengikut yang ramai. Namun ada seperkara yang penting harus kita mengetahui tentang para penyair Arab.Dr Abdul Rahman bin Haji Abdulullah dalam bukunya Sejarah dan Tamadun Islam, beliau mengungkap mengenai penyair Arab Jahilliah: “Para penyair juga dalah sejarawan. Dia mengetahu hal-ehwal salasilah kaumnya. Dia merupakan cendiawakan kabilahnya sendiri. Dan tidak kurang pentingnya, para penyair ini dianggap mempunyai kuasa-kuasa ghaib atau syaitan”.

Oleh disebabkan itu, mereka berasa tergugat dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, lantaran itu, mereka mencaci baginda SAW sebagai pawang!. Allah telah menjelaskan kepada kita tentang keberadaan Nabi Muhammad SAW dalam surah al-Tur ayat ke-29:

فَذَكِّرْ فَمَا أَنتَ بِنِعْمَتِ رَبِّكَ بِكَاهِنٍ وَلَا مَجْنُونٍ

Maka hendaklah engkau (wahai Muhammad) tetap tekun memberi peringatan (dengan ajaran-ajaran Al-Quran yang diturunkan kepadamu, dan janganlah dihiraukan golongan yang ingkar), kerana engkau dengan nikmat Tuhanmu (yang dilimpahkanNya kepadamu itu) bukanlah seorang pawang dan bukan pula seorang gila.

Menutur Ibn Hisyam: “Para ketua kabliah telah mengeji Nabi dengan memberi ancaman kepada penduduk setempat bahawa risalahnya yang dibawa oleh baginda SAW hanyalah sihir yang akan memisahkan ayah dengan anak, adik dengan baik, suami dan isteri dan memecahkan belahkan persaudaraan”. Allah SWT merakamkan kisah mereka dalam surah Fussilat ayat ke-26:

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَٰذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!"

Para pembesar Quraisy dan musyrik ramainya mengakui kebesaran al-Quran. Mereka tidak dapat menandingi gaya bahasa dan sastera al-Quran walaupun mereka bersatu. Setiap qabilah sangat fanatik dengan antara satu sama lain, mereka ingin Nabi Muhammad SAW mewakili qabilah mereka tetapi baginda SAW menolak bahawa al-Quran dan Islam adalah rahmat bagi sekalian alam. Mereka berkata dalam surah az-zukhruf ayat ke-31:

وَقَالُوا لَوْلَا نُزِّلَ هَٰذَا الْقُرْآنُ عَلَىٰ رَجُلٍ مِّنَ الْقَرْيَتَيْنِ عَظِيمٍ


Dan (kerana mereka mencemuh Nabi Muhammad) mereka berkata: "(Kalaulah Al-Quran ini menjadi bukti kenabian seseorang, maka) sepatutnya Al-Quran ini diturunkan kepada seorang besar (yang kaya dan berpengaruh) dari salah sebuah dua bandar yang (terkenal) itu?"
8 adab-adab berdebat dari sudut pandangan al-Quran.

Ketika Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi utusan Allah SWT, baginda sudah mendapat gelaran al-Amin kerana kejujurannya dalam perniagaan sehingga saiditina Khadijah terbuka pintu hatinya untuk menyerahkan cintanya kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Begitu juga akhlak baginda SAW sangat terpuji sehingga disenangi oleh seluruh masyarakat Arab sebelum baginda SAW diangkat menjadi rasul. Akhlaknya yang terpuji itu terus mendapat pengikhtirafan dan kepercayaan sehinggalah pada masa ini.
Nabi Muhammad SAW diutus untuk mempercantikkan akhlak dan tingkah laku umat. Tangunggjawabnya yang besar untuk menyempurnakan peribadi umat ketika itu. Walaupun dugaan dan halangan yang ditempuhi itu ibarat berjalan kaki di atas duri yang mencanak tetapi baginda SAW tetap utuh dan teguh malah sentiasa menjaga adab-adabnya.

Cabaran yang paling besar menurut hemat saya bagi seorang pendakwah ialah bagaimana menjaga tutur bicaranya ketika menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ini bukan perkara yang mudah bahkan tidak susah untuk melakukannya. Kita sudah ada qudwah yang wajib kita teladi iaitu junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kenapa kita masih mengikut dan mencontohi umat yang lain. Sedangkan kita sudah ada contoh yang sangat dekat dengan hati kita.

Insyallah pada penulisan kali ini, saya akan membahaskan 8 adab-adab berdebat dari sudut pandangan al-Quran.

Sumber utama rujukan saya ialah karya Prof. Nesreldin dalam kitabnya wujuh al-‘ijaz fi khitab al-uslub wal ma’rifi lilqurani karim.

Mudah-mudah kita mendapat manfaat dan ilmu daripada penulisan ini. Jika ada salah silap, saya berlapang dada untuk menerima segala teguran dan kritikan.

Prof Nesreldin menyebut bahawa Islam mengharuskan perdebatan untuk menjelaskan kebenaran dan mengangkat kebenaran dengan fakta yang benar. Seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-‘Ankabut ayat ke-36:

لَا تُجَادِلُوا أَهْلَ الْكِتَابِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik,

8 adab-adab berdebat tersebut telah dinaqalkan Prof. Nesreldin dalam kitabnya dan beliau mengambilnya dari Dr. Zahir ‘Awwad al-Alma’i dalam bukunya Manahij al-Jadal fi al-Quran maksudnya Cara-cara perdebatan menurut al-Quran.

1.Mencari kebenaran.

Apabila dua kumpulan berdebat, mereka mesti bersatu dan saling membantu untuk mencari kebenaran. Di dalam perdebatan ini, setiap dari mereka mesti berusaha untuk menzahirkan kebenaran dan berharap keredhaan Allah SWT.

Saya melihat sebahagian para pendakwah di dalam wacana ataupun dalam forum perdebatan, masing-masing cuba menegakkan benang yang basah walhal terdapat fakta dan hujah yang benar tetapi disebabkan ego dan angkuh, hujah itu ditolak dan mempertahankan apa yang dia miliki. Ini adalah satu kesilapan yang besar. Tidak patut bagi seorang pendakwah untuk menolak kebenaran. Sedangkan kebenaran itu datangnya dari Allah SWT.

Saya juga sangat bersetuju seperti mana yang disebut oleh al-Imam al-Syafie dalam syairnya. Beliau mengatakan: “Aku tidak berdebat dengan seseorang melainkan aku berharap untuk menzahirkan kebenaran di sebelah pihak yang lain”.

Inilah matlamat utama dalam perdebatan mahupun perbahasan. Jika perdebatan bukan kerana ini, pastinya akan berlaku pertengkaran dan permusuhan. Mungkin boleh jadi cacian dan makian yang akan berlaku.

2. Menjauhi daripada fanatik dan ekterimis.

Perkara ini juga sangat jelas. Sesetengah pihak apabila terlampau fanatik dengan seseorang ataupun sebuah parti, sebelah pihak satu laginya pasti akan dicemuh dan dimusuhi. Saya sendiri lihat tentang perkara ini ketika mana saya menghadiri satu seminar yang mana panelisnya Dr. Maza, Dr. Ridhuan Tee, Dr. Fathul Bari dan wakil pas. Apabila Dr. Ridhuan Teen dan Dr. Fathul Bari hendak berbicara habis satu dewan bising dengan bunyi-bunyian seperti “booo”. Ini adalah salah satu contoh menunjukkan bahawa umat kita masih belum matang.

Sungguhpun kita tidak bersetuju dengan seseorang, kita harus mendengar dan berlapang dada apa yang diperkatakan, andai salah, kita balasa dengan hujah yang benar. Inilah landasan Islam yang sebenar.

Dr. Zahir memetik sepotong ayat al-Quran sebagai bukti bahawa Islam sangat membenci sifat fanatik dan exterimis yang melampau-lampau. Firman Allah SWT dalam surah Saba’ ayat ke-24:

۞ قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ قُلِ اللَّهُ ۖ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَىٰ هُدًى أَوْ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata ".

Inilah adab yang harus diteladi oleh setiap pendebat sama ada hendak mencari petunjuk ataupun terus berada dalam kesesatan yang jelas dan nyata.

3. Berbicara dengan berhemah.

Berkata-kata dengan perkataan yang baik dituntut di dalam Islam. Menurut Dr. Zahir bahawa kita mesti menjauhi daripada mengkeji dan mengejek pendapat orang lain andai kita berbeda pendapat.

Kelemahan yang dihadapi para pendakwah pada zaman sekarang ialah mudah melenting apabila pendapatnya ditolak. Sebahagiannya pula melalak-lalak ketika menyampaikan dakwah. Ada juga dengan kata-kata dan ungkapan yang keras. Ada juga suka memerli. Sedangkan Islam itu tidak pernah berbicara kepada umatnya dengan sedemikian rupa.

Sebagai contoh kisah Nabi Musa dan Nabi Harun ketika hendak menentang Firaun.  Firman Allah SWT dalam surah Taha ayat ke-44:

فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ

  "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".

4. Melazimi cara yang tepat.

Adab ini sangat penting bagi seorang pendakwah dalam menyampaikan risalah Tauhid dan misi kenabian. Setiap sesuatu perkara perlu disandarkan kepada prinsip. Tegas dalam pendirian dan sentiasa membawa bukti yang nyata untuk menyampaikan dakwah tersebut.

Perkara palsu dan penyelewengan perlu dihindari. Jika yakin dengan kebenaran, segala bukti dan fakta yang jelas perlu dikemukan agar isi yang hendak disampaikan tercapai pengertiannya.

Ini juga sangat bertepatan dengan kaedah fiqh: “Jika awak pembahas bawakan faktanya manakala jika awak pendakwa datangkan buktinya”.

Bahkan ini juga dianjurkan oleh ajaran Islam itu tersendiri iaitu firman Allah SWT di dalam surah al-Baqraha ayat ke-111:
قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

"Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".

5. Sebutan dan panggilan yang baik.

Perkara ini sangat maklum di sisi umat kita. Sejak dari kecil lagi kita diajar bagaimana menghormat orang yang lebih tua dari kita. Kita juga dididik dalam untuk menghormati guru-guru. Paling menarik dalam adab di Negara kita ialah apabila kita berjalan dalam majlis ataupun di dalam rumah yang mana dihimpun sanak saudara atau tetamu, pasti kita akan berjalan dengan keadaan sedikit bongkok sambil satu tangan lurus ke bawah dan sebelah lagi di belakang, perkara seperti juga sudah dibentuk dalam masyarakat kita.

Apatah lagi dalam konteks pertuturan dan perbualan. Tidak melunakkan suara dan menengking. Paling utama bagaimana untuk kita menghormati pandangan yang berbeda daripada kita.

Kita lihat pelbagai contoh yang tertera di dalam al-Quran seperti Luqman memanggil anaknya “Wahai anakku...”. begitu juga dengan ungkapan para anbiya’ yang sentiasa merendahkan suara dan bahasanya. Dengan itu, umat akan mudah menerima teguran dan pandangan kita.

6. Ikhlaskan niat.

Dr. Zahir menyebut bahawa, kita mesti mengikhlaskan diri kepada Allah SWT dengan harapan untuk mencari kebenaran. Kita juga dituntut untuk saling menyanyangi dan hendaklah dihindari sifat yang terkeji iaitu riak. Dalam perdebatan ini bukan menang kalah menjadi ukuran tetapi fakta dan hujah mana yang benar dan yang paling baik.

Di dalam hadis Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda: “sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat...”. Niat menjadi ukuran di sisi Allah SWT. Niat yang ikhlas kerana Allah SWT akan memperoleh ganjaran di akhirat kelak bahkan saya yakin bahawa jika kita niat untuk melakukan sesuatu pekerjaan kerana Allah SWT, nescaya kita akan dipermudahkan segala urusan ke arah itu. Inilah yang dijanji Allah SWT di dalam al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah Muhammad ayat ke-7:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu

7. Memilih waktu yang sesuai.

Ini adalah adab yang terakhir yang disebut oleh Dr.Zahir. beliau menyatakan bahawa adab perdebatan ini juga mesti mengambil berat dari sudut waktu yang sesuai seperti bukan dalam keadaan lapar, marah dan sakit kerana kesannya akan memberikan keputusan yang negatif.
Bukan itu sahaja, para pendebat juga dituntut untuk bersahabat dan mengeratkan silaturrahim dalam mencari kebenaran yang hakiki seperti mana firman Allah SWT dalam surah Fussilat ayat ke-34:

لا تَستوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ
tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

Kesimpulan.

Inilah beberapa adab yang digariskan di dalam Al-Quran. Terdapat 7 adab berdebat dari sudut pandangan al-Quran. Insya-Allah, dengan 7 adab ini jika diamalkan oleh para pendakwah, keharmonian umat akan terjaga dan agama akan dipelihara.


Bukan hendak mencari siapa yang salah dan siapa sesat. Bukanlah tujuan berdebat itu merendah-rendahkan sebelah pihak tetapi objektif utamanya ialah mencari kebenaran.