Lelaki dan perempuan: lower gaze
Bismillahirahmanirrahim,
Maha Suci Allah yang mengurniakan segala nikmat yang diberi kepada hamba-hambanya, Segala Puji bagi Allah, yang memberikan kita nikmat penglihatan yang cukup indah untuk melihat kebesaran Allah dimuka bumi ini. Sesungguhnya nikmat penglihatan yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah nikmat yang cukup besar bagi hamba yang menghargainya. Apakah pernah kita bertanya kepada mata kita,: “eh mata,apa yang kamu lihat hari ini” setiap hari!. Tepuk dada Tanya iman dan sentuhlah mata kita dengan penuh kasih sayang.

Allahu rabbi, anugerah ini selalu
manusia abaikan tanpa mempersoalkan apakah hikmah mata dijadikan, bagaimana
untuk memanfaatkan mata ke arah kebaikan dan bilakah mata ini akan menjadi satu
penyakit hati kepada manusia. Kadang-kala manusia itu lebih suka memikirkan
untuk mencantikkan mata, sama ada lelaki mahupun perempuan. Tidakah salah hal
sedemikian namun yang terbaik memelihara mata yakni pandagan kita dan inilah
objektif utama yang akan dibincangkan. insyaAllah.
Beberapa hari lalu, seorang sahabat
saya telah memberikan pandangan dan bahkan selama ini tidak pernah saya terfikir
untuk berfikir mengenainya. Beliau menyebut:” man and women should lowering
their gaze”. Saya pun memikirkan apakah maksud tersurat dan tersirat
disebalik kata-kata ini. Selepas beberapa hari, benarlah yang disebut nabi
Muhammad s.a.w mafhumnya :”zina ada pelbagai cabang, zina hati, zina mulut,
zina mata”. Ada juga zina mata ye dan bagi saya ianya adalah satu perkara yang
sukar dilakukan manusia namun mudah untuk memperaktikkan dalam kehidupan
seharian.
Pelbagai persoalan yang bermain di
minda seperti bagaimana hendak tunduk atau alih pandangan, apakah definisi
sebenar lower gaze, apakah islam telah menyediakan garis panduan dan
sebagainya. Hari demi hari mencari jawapan, bertanya kepada ustaz-ustaz
malahan juga kawan-kawan.
Persoalan pertama ialah apakah
definisi lower gaze. Pendapat pertama mengatakan menyebut iaitu sekumpulan
lelaki tidak membicarakan tentang perempuan dan begitu sebaliknya”. Pendapat
kedua menghuraikan ialah dimana
perempuan itu tidak memperlihatkan diri kepada lelaki tersebut atas alasan
kononnya pandangan wanita boleh mencairkan lelaki. Adapun pendapat
ketiga membicarakan ialah lelaki dan perempuan perlu melazimi pandangan mereka
dalam setiap apa yang mereka lakukan. Allah berfirman di dalam al-Quran surah
an-Nur ke-31:
maksudnya:“dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka…”.
Apakah al-quran menjelaskan terdapat hanya golongan perempuan sahaja wajib menjaga pandangan manakala lelaki bermaharajalela? oh jawapannya tidak sesame sekali! Kita lihat ayat ke-30 surah an-Nur:
Maksud:” katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya menyekat pandangan mereka…”
Ada sebahagian mengatakan bahawa mesti tunduk ketika berjalan dan tunduk ketika bercakap dengan bukan sejenis. Ada juga yang memahami mengalihkan pandangan daripada melihat perkara-perkara yang mungkar.
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ
أَبْصَارِهِنَّ
Apakah al-quran menjelaskan terdapat hanya golongan perempuan sahaja wajib menjaga pandangan manakala lelaki bermaharajalela? oh jawapannya tidak sesame sekali! Kita lihat ayat ke-30 surah an-Nur:
قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ
Maksud:” katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya menyekat pandangan mereka…”
Ada sebahagian mengatakan bahawa mesti tunduk ketika berjalan dan tunduk ketika bercakap dengan bukan sejenis. Ada juga yang memahami mengalihkan pandangan daripada melihat perkara-perkara yang mungkar.
Perkara kedua yang akan dibincangkan ialah,
bagaimanakah caranya untuk melakukannya. Apakah perlu berjalan hanya tunduk dan
terus langgar orang,langgar tiang, sampaikan terlanggar kereta pun ada. Apakah
perlu pejam mata dan seumpamanya. Ya, saya akui bahawa manusia tu fitrahnya
akan melihat sesuatu yang menarik bahkan tambah-tambah yang boleh menaikkan
nafsu syahwatnya! Maka dengan hal ini saya telah menggariskan beberapa panduan
untuk menjaga dan alih pandangan kerana menjaga dan alih dua perkara yang
berbeza dari segi perbuatan. Caranya ialah:-
- Allah Maha Melihat perbuatan kita.
- Jaga akhlak dan jaga iman.
- Ketika bermuamalah,baca lah ayat
kursi sebaiknya dan berdoa semoga dijauhi godaan nafsu dan syaitan.
- Perempuan pun boleh pakai purdah
dan lelaki pakai kopiah. Cuba bayangkan kepala diatas berkopiah, mahu ke
kita lihat gadis dengan penuh persaan. Saya pasti yang memakai akan merasa
malu!
- Ketika berjalan boleh membaca
buku, al-quran ke, dan berzikir malahn lebih baik pegang fon daripada mata
meliar-liar.
- bila terlihat cepat-cepat alihkan
pandangan secara tidak langsung pandangan kita terjaga.
- Pandang atas tengok langit pun
boleh.
Sekali lagi ingin saya
jelaskan, bahawa tunduk pandangan itu fokusnya lebih cenderung tawawdu’ kepada
Maha Pencipta, tunduk dan patuh kepada perintah-NYA yakin amar makruf nahi
mungkar secara tidak langsung boleh difahami bahawa mengalihkan pandagan
merupakan amar makruf untuk diri sendiri dan nahi mungkar kepada zina mata.
Jelaslah jika terdapat 10 orang 5 laki 5 perempuang sama-sama menjaga dan mengalih
pandangan nescaya permulaan zina itu boleh dielakkan.
Kesimpulannya disini,
rasailah kenikmatan menggunakan pandangan seperti firman Allah dalam surah
an-naml ke-88 :
وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ
تَمُرُّ مَرَّ السَّحَابِ ۚ صُنْعَ اللَّهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ ۚ
إِنَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَفْعَلُونَ
dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkannya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikian)
perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan
sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahunNya akan apa yang kamu
lakukan. Ayat ini menjelaskan perlunya kita menggunakan pandangan kita bukan
sekadar melihat tapi mengkaji dan memahami.
Akhir kalam, semoga Allah
memberkati usaha kita mencari keredhaan-Nya. Kita manusia yang ilmunya
hanya setitis lautan lagi jahil perlu mencari kebenaran dan apakah disebalik
hikmah yang telah berlaku. Berpeganglah kepada al-quran dan sunnah kerana ia
merupakan sumber utama perundangan syariah islamiyah.
Semoga tulisan ini menjadi bukti di akhirat dan bermanfaat kepada ummah. Yang baik itu dari Allah, dan yang tidak baik itu datangnya dari kelemahan saya sendiri. InsyaAllah hari demi hari, akan diperbaiki diri ini untuk mencari keredhaan Allah.
.

10:42 PM |
Category:
Spritualisme
|
2
comments
Comments (2)
lelaki dan wanita sama-sama perlu menjaga mata.
ya setuju