Showing posts with label intelektualisme. Show all posts
Showing posts with label intelektualisme. Show all posts

 Siti Nursyakirah Yuslan 1 , Muhammad Nur Farhan bin Zamziba 2 *, Imtiyaz Yusuf 3 1,2 International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM), Malaysia 3 Center for Contemporary Islamic World (CICW). Shenandoah University, Winchester, USA


This paper explores the educational philosophies of two renowned Malay-Muslim scholars, Za'ba (Zainal Abidin Ahmad, d. 1973) and Hamka (Haji Abdul Malik Karim Amrullah, d. 1981). The aim is to study on the similarities and differences in their thought on education. Using content analysis and comparative study, this research examines their ideas as presented in their respective works. Hamka’s educational philosophy is analyzed through his writings, Falsafah Hidup, Lembaga Budi, and Lembaga Hidup, while Za’ba’s ideas are drawn from Jalan Keselamatan bagi Orang-Orang Melayu, Kemiskinan Melayu, and other related texts. The result shows that both scholars emphasized the holistic development of individuals, combining intellectual, physical, and spiritual excellence. Hamka focused on character building to nurture individuals capable of contributing positively to society, while Za'ba emphasized education as a tool for uplifting the Malay community. The paper also highlights their perspectives on integrating Western education with Islamic teachings, their preferred teaching and learning methods, and their approaches to curriculum development. Thus, Hamka's emphasis on individuality character education highlights the importance of personalised learning, critical thinking, and holistic development in modern curricula. Za'ba’s focus on skill-based education and Islamic values highlights the need for fair and culturally relevant education policies.

https://ejournal.uin-malang.ac.id/index.php/abjadia/article/view/29820 (please read full article here)

Introduction

In the field of Malay intellectual history, the works of Hamka (Haji Abdul Malik Karim Amrullah) and Za’aba (Zainal Abidin Ahmad) stand as seminal contributions to educational thought, offering unique perspectives on the role of education in shaping individual and communal identity within the Malay-Muslim cultural context. 

The primary goal of this research is to compare and contrast the educational philosophies of Hamka and Za'aba, with a focus on the following topics: Firstly, their viewpoints on the value of education and its contribution to individual and community development. Secondly, their preferred educational procedures include strategies for teaching, learning, and language. In addition, their philosophies cover both spiritual and secular aspects of education. Lastly, their findings have potential applicability and relevance to present educational challenges in MalayMuslim countries. 

While the educational philosophies of Hamka and Za’ba have been individually studied, there is limited comparative analysis of their thoughts on education within the context of Malay...




                                                                 KHUTBAH JUMAAT

 

Tajuk:

 

HAK ORANG KURANG UPAYA DARI PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH

 

Penulis:

Muhammad Nur Farhan bin Zamziba

Pensyarah Management and Science University (MSU-SHAH ALAM)

Pelajar PhD International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM)

  

 

HAK ORANG KURANG UPAYA DARI PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH

 

إنَّ الْحَمْدَ لِلهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِىَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ} (آل عمران:102)

{يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا} (النساء:1)

{يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيدًا. يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا} (الأحزاب: 70، 71).

أَمَّا بَعْدُ،

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

            Ini mimbar ingin mengambil peluang menasihati diri sendiri dan sidang jumaat, marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, mudah-mudahan kita mendapat keredhaan dan rahmat Allah di dunia bahkan di akhirat kelak.

            Pada hari ini, khatib akan berbicara sebuah khutbah yang bertajuk “Hak Orang Kurang Upaya Dari Perspektif  Maqasid Syariah”.

 

Hadirin yang dikasihi Allah ,

            Mengikut AKTA OKU 2008 menjelaskan bahawa Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu mereka yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat..

            Justeru, AKTA ini menjelaskan bahawa ciri-ciri OKU dapat diklasifikasikan dalam tujuh kategori, antaranya: 1) kurang upaya pendengaran, 2) kurang upaya penglihatan 3) kurang upaya pertuturan 4) kurang Upaya pembelajaran 5) kurang upaya fizikal 6) kurang Upaya mental dan 7) kurang Upaya pelbagai.

Muslimin yang diredhai Allah,

            Sesungguhnya, Islam menititberatkan ihsan, saling mengasihi dan hormat-menghormat di antara manusia kerana itu adalah tanda ketaqwaan kita kepada Allah, Allah berfirman:

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ

Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).  (Al-Maaidah: 2)

            Menurut Ibn Kathir dalam tafsirnya Tafsir Ibn Kathir: “Allah memerintah hamba-Nya yang beriman supaya bantu-membantu dalam perkara kebaikan, meninggalkan perkara yang mungkar, dan menegah orang lain daripada melakukan kebatilan, itulah erti kebaikan dan ketaqwaan”.

Demikianlah, persis kita melihat saudara seagama ataupun sahabat yang bukan dalam kalangan Islam tetapi mereka dalam kalangan OKU, maka menjadi satu tanggungjawab kita untuk bantu-membantu dengan melakukan kebaikan kepada mereka dengan penuh keikhlasan dan kejujuran tanpa mengharapkan balasan daripada mereka. Inilah tanda kebaikan dan ketaqwaan bagi orang-orang yang bertaqwa.

 

Sidang Jemaah yang diredhai Allah,

            Maqasid Syariah adalah satu tuntutan dan matlamat kehidupan iaitu antara matlamat umum Maqasid Syariah memberikan kebaikan dan menolak kemudaratan. Justeru, dalam memahami erti Maqasid Syariah, menyantuni OKU dengan berhikmah dengan memberikan kebaikan dan menolak kemudaratan, itu telah melestarikan Maqasid Syariah.  Mereka juga diberi hak oleh Allah untuk bernyawa, beragama, berharta, berminda dan bercinta.  Ini selaras dengan firman Allah :

لَّيْسَ عَلَى الْأَعْمَىٰ حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْأَعْرَجِ حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْمَرِيضِ حَرَجٌ ۗ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ وَمَن يَتَوَلَّ يُعَذِّبْهُ عَذَابًا أَلِيمًا

Maksudnya: Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang, dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya). Dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkanNya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksaNya dengan azab yang tidak terperi sakitnya. (Al-Fath: 17)

            Dr. Tuan Sidek Tuan Muda dan Dr. Munira Abdul Razak menyatakan bahawa bagi setiap kehidupan yang ada di muka ada hak yang diperlu ditunaikan dan perlu diberikan terutamanya OKU kerana mereka juga adalah insan seperti kita yang mempunyai perasaan meskipun diuji oleh Allah dengan sedikit kekurangan namun itu tidak menafikan hak mereka sebagai hamba Allah Ar-Rahman.

Oleh yang demikian, mereka juga berhak kepada ketiga-tiga peringkat Maqasid Syairah iaitu Daruriyyat, Hajiyyat dan Tahsiniyyat.

 

Sidang Jemaah yang dicintai Allah,

            Sejarah umat Islam memperlihatkan kepada kita kisah tauladan para ulama dan cendiakawan Islam yang hebat meskipun mereka dalam kalangan OKU, antaranya Abdullah ibni Ummi Maktum yang kisahnya dirakamkan dalam Al-Quran Al-Karim. Beliau seorang lelaki yang buta tetapi kecintaannya kepada Allah dan rasul-Nya seluas lautan seharum mawar.

Tatkala Nabi Muhammad mengutamakan pembesar-pembesar Quraisy yang hakikatnya tidak berkehendak dengan ajaran Islam sehingga baginda SAW telah mengabaikan Abdullah ibni Ummi Maktum yang sebenarnya beliau benar-benar ingin menerima ajaran Islam. Walau bagaimanapun, beliau tidak mendapat perhatian dari Nabi Muhammad . Lantaran itu, Allah menegur perbuatan Nabi Muhammad dalam surah A’basa yang bermaksud:

Dia memasamkan muka dan berpaling,. Kerana ia didatangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)!  Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran), Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). Adapun orang yang segera datang kepadamu, Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), - Maka engkau berlengah-lengah melayaninya. Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi). (Surah ‘Abasa 1-11).

Oleh yang demikian, kita mesti menyantuni dan menghormat OKU dalam segenap urusan kerana ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa Allah mengiktiraf dan mengangkat darjat OKU sebagaimana yang telah dirakamkan kisah ini dalam Al-Quran Al-Karim.

 

Sidang hadirin yang dimuliakan,

            Kerajaan Madani telah mengambil insentif untuk memartabatkan OKU ketika membentang belanjawan 2023 antaranya peningkatan kadar elaun pelatih OKU daripada RM150 kepada RM300 sebulan dengan peruntukan sebanyak RM30 juta yang akan memanfaatkan lebih 18,000 pelatih OKU. Selain itu, kerajaan telah menyediakan RM5 juta untuk manfaat 5,000 komuniti tumpuan di 105 kolej komuniti di seluruh negara pula akan menggalakkan komuniti rentan seperti OKU.

            Tambahan, Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) juga telah memuliakan OKU semenjak dari 2016 di mana USIM telah menjadi universiti  pertama dalam menawarkan kursus wajib fakulti iaitu Aplikasi Braille dalam Pengajian Quran Sunnah. Bidang OKU ini turut menjadi niche atau Special Interest Group (SIG) di Fakulti Pengajian Quran Sunnah (FPQS) dan akhirnya telah berjaya mencipta aplikasi Quran Isyarat.

Sehubungan dengan itu, ini membuktikan bahawa Kerajaan Madani serta USIM telah cakna dengan keberadaan OKU bersesuaian dengan konsep Maqasid Syariah itu sendiri. Oleh itu, kita semua juga perlu dan mesti mengambil peluang untuk membantu dan berjasa kepada OKU sebagaimana peribahasa Melayu menyebut: “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

 

Muslimin yang dikasihi Allah,

            Mengakhiri khutbah pada hari yang mulia ini, mimbar ingin membuat beberapa kesimpulan:

1)     Kita perlu mengasihi dan tolong-menolong OKU kerana ketaqwaan kerana itu merupakan satu tuntutan dalam ajaran Islam.

2)     Maqasid Syariah menjelaskan bahawa OKU juga mempunyai hak yang sama iaitu, hak untuk bersukma, untuk beragama, untuk berminda, untuk berharta dan untk bercinta.

3)     Jangan kita mengabai dan memandang rendah OKU kerana ianya ditegah dan dilarang oleh Allah .

4)     Kita perlu sedaya upaya untuk berkhidmat dan berjasa kepada OKU mengikut kepakaran dan keupayaan yang kita miliki.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّيْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ.

 أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

 

 https://iium.academia.edu/farhanzamziba

Novel "Rindu" dahulu menceritakan kisah seorang bapa yang memiliki ego yang tinggi dan panas baran.
Manakala Novel "Ayahanda" karya Allah Yarham Azizi Haji Abdullah pula menceritakan tentang kepongahan seorang bapa, pendiam memendamkan perasaan, tidak mengharapkan belas kasihan insan, bicaranya penuh sindiran menerkam perasaan, meluahkan isi hati dalam penulisan, buku-buku menjadi teman dan rumah tuhan menjadi tempat menadah kerinduan.
Novel ini diserikan lagi dengan kehadiran anak bongsu. Pandangan anak bongsu terhadap orang tuanya. Anak berjiwa kasar, lantang bersuara, pantang dicabar, pendendam tidak diluahkan, ego juga tinggi namun tetap menghormati dan menyayangi orang tuanya.
Banyak tema yang disuarakan. Antaranya, apakah masih mertua tidak boleh serumah dengan menantu, perubahan zahir dan batin orang tua dengan lagaknya, maruah keluarga dipertahankan dan kehidupan masyarakat serta pelbagai lagi isu diketengahkan. Menarik dan mencabar minda!
Selalu seorang abah menyebut walaupun kadang-kadang tidak tepat perkataannya tetapi boleh difahami maknanya. Akhirnya saya menemui juga kata-kata itu cuma tindakannya entah la bila hendak dilaksanakan...
"Seorang bapa boleh memahami perasaan dua belas orang anaknya tetapi amat malang dua belas orang anak tidak mampu memahami perasaan seorang bapa."
Selamat membaca dan memahami. Bersamalah kita mendoakan ibu bapa kita.
Perkembangan Awal Nahu Arab

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabil’alamin.

قَدْ أَجْمَعَ النَّاسُ جَمِيْعًا أَنَّ اللغَةَ إِذَا  وَرَدَتْ فِي القَرْآنِ فَهِيَ أَفْصَحُ مِمَّا مِنْ غَيْرِ القَرْآنِ، لَا خِلَافَ ذَلِك.
"Keseluruhan manusia telah bersepakat menyatakan bahawa bahasa yang terkandung dalam al-Quran adalah sefasih-fasih bahasa daripada bahasa yang lain, perkara ini tidak ada perselisihan sama sekali". (Ibn Khalawyh)
Buku berjudul Perkembangan Awal Nahu Arab oleh Kamarul Shukri Mat Teh sebuah buku yang sangat baik dan bagus. Jarang ditemui sebuah buku berbahasa Melayu yang mencerita dan mengupas sejarah Nahu Arab sejak dari zaman Nabi Muhammad sollahu'alaihiwasalam sehingga zaman Abbasiyyah dan selepasnya. Jadi, saya menyarankan kepada semua untuk membaca buku ini supaya kalian tahu serba-serbi sejarah Nahu Arab kerana ilmu bahasa Arab asasnya adalah ibu segala ilmu dalam khazanah Islam.

Dalam buku ini mengandungi 7 Bab utama, bab 1 mengupas definisi Nahu dan sejarahnya. Bab 2, membahaskan gejala Lahn. Bab 3, membicarakan perintis dan pengasas ilmu Nahu. Bab 4, menerangkan teknik dan hujah ilmu Nahu terhadap al-Quran, Hadis, Syair, Prosa dan sebagainya. Bab 5, sejarah mazhab Nahu dan bagaimana ulama' mengembangkan ilmu Nahu. Bab 6 pula, mengupas sejarah perjalanan pembukaan ilmu di kota Baghdad, bab 7 penutup.
Saya ingin menekankan Bab 2 iaitu gejala Lahn, Lahn bermaksud kesilapan dalam bahasa Arab baik pertuturan, percakapan, lafaz dan makna.
Sebagai seorang penuntut ilmu bahasa Arab, Lahn ini merupakan wabak umat terutamanya yang bukan Arab tetapi zaman kini tidak, wabak ini juga telah meresap dalam kalangan kaum Arab. Saya ingin mengajak kalian supaya lebih utamakan bahasa fushah daripada loghat atau dialek melainkan loghat atau dialek tersebut terdapat dalam kamus dan kalam Arab terdahulu. Kerana loghat dan dialek ini merupakan salah satu punca wabak, lantaran itu ulama' nahu menyusun kaedah nahu dan sorof untuk merawat wabak tersebut.
Wabak Lahn ini juga disebut oleh Dr. Abdul Ghani dalam bukunya Peradaban Islam di Bumi Melayu; Kini dan Dahulu menyatakan bahawa penjajah dan orientalis telah berjaya menjadikan orang Arab mengutamakan Bahasa Loghat berbanding Bahasa Rasmi supaya mereka tidak lagi memahami dan mendalami lafaz dan makna al-Quran dengan tepat. Perkara ini juga disokong oleh Dr. Abdul Ghafar dalam syarahan al-Kasyaf bahawa orang Arab kini bukanlah Arab Asli dan mereka terpaksa merujuk kamus untuk mengetahui makna yang dilafazkan. Arab sekarang disebut sebagai al-Musta’rabun.
Bukan bermakna saya mengatakan tidak kepada loghat dan dialek apatah lagi menafikan tetapi pastikan lahjah itu betul-betul menurut qiyas dan sama' kerana dalam al-Quran merakamkan banyak sekali lahjah (saya akui sepatah haram lahjah pun tak faham, setakat al-Sirat dan al-Zhirat boleh la).
Baik, berbalik kepada wabak Lahn ini, ia telah berlaku sejak berzaman lagi, sejak dari syair jahili, zaman Nabi Muhammad sollahu'alaihiwasalam, sahabat, tabi' tabiin sehinggalah futuhat Islam seterusnya.
Oleh itu, janganlah cepat putus asa seandainya penguasaan bahasa Arab kita sekarang sangat lemah dan banyak kerosakan, sememangnya kita wajib mempelajari sampai mati kot.
Para sahabat dahulu juga pernah menanyakan nabi Muhammad sollahu'alaihiwasalam tentang makna perkataan sedangkan mereka Arab, Sibawaih asal Parsi juga mampu belajar bahasa sehingga alim, kita juga boleh mencuba barangkali, al-Kisa'i juga dikatakan pernah silap dalam bahasa juga terus belajar. Disebut juga Imam Abu Hanifah berguru dengan al-Kisa'i kerana salah fahamannya kaedah nahu dan terus melazimi pengajian dengan al-Kisa'i.
Kalau kita membaca buku ini maka kita akan menemui beberapa peristiwa perdebatan para nuhat yang berbeza pandangan, ya rabbana, rasa kecil ja dunia ini. Ramai sekali ulama' dahulu yang tidak pernah putus asa dan tidak malu untuk menuntut ilmu, lalu kenapa kita tidak?
Justeru, jangan malu bertanya, sabar menuntut ilmu, berusaha bersungguh dan carilah guru.
Wallahu a'lam.



Bismillah.
Retorik: Yang Indah Itu Bahasa
"Kemampuan melafazkan pertuturan yang menghasilkan kesan dan impak yang dikehendaki penutur pada pendengarnya". (Makna Balaghah)
Selepas saya membaca buku ini, saya berfikir beberapa perkara yang bermain-main dalam minda saya sehingga tidak menemui jawapan yang adil bagi diri saya. Minta tolong!
Sebelum itu, saya ringkaskan sikit pengenalan buku ini.

Buku ini sangat baik dan bagus kerana dia telah mengupas permasalahan retorik yang ramai di antara kita tidak dapat memahami maksud retorik dengan jelas dan maknanya yang sebenar sehingga orang ramai mula menganggap retorik hanyalah bahan jenaka semata-mata seperti 'Kata-kata kau hanyalah retorik semata-mata'. Alhamdulillah, buku ini telah mengupas isu dengan baik sekali. Pada hakikatnya, apa yang saya hendak daripada buku ini lain tetapi saya dapat ilmu yang baharu juga.
Buku ini mengandungi 5 bab, bab 1 mengemukakan persoalan definisi retorik yang terdiri daripada 4 bentuk iaitu Balaghah, Ethos, Pathos dan Logos. Bab 2, menghuraikan sejarah perkembangan sejarah retorik Yunani, Rom, zaman pertengahan, zaman moden dan kontemperori. Bab 3 pula, menyingkap rahsia fungi dan unsur perbahasan retorik dan aplikasinya. Bab 4 membahaskan teknik kepengarangan iaitu cara berdiskusi, berdebat, bentuk wacana, teknik penulisan dan jenis-jenis falasi. Bab terakhir pula mengupas tentang kesedaran retorik dalam kehidupan seharian.
Berbalik permasalahan yang saya hadapi:
1) Setiap bahasa ada keunikan dan keindahan yang tersendiri. Setiap bangsa pasti akan mengangkat bahasanya dan memujanya dengan setinggi-tinggi penghargaan. Keistimewaan bahasa Arab adalah anugerah yang tertinggi disebabkan turunnya Al-Quran dalam bahasa Arab, seandainya al-Quran tidak diturunkan dalam bahasa Arab, bahasa Arab itu tiadalah nilai namun takdir Allah azza wajallah telah mengangkat bahasa Arab yang mesti wajib kita beriman dan meyakininya.
2) Kerana berlakunya hal keindahan bahasa Arab ini bermula pada zaman jahiliah sebelum kemunculan risalah muhammadiah solllahu'alaiwassala iaitu pada zaman imru qais yang dicatat dalam sejarah 400-500M lebih kurang, sedangkan retorik Yunani dan Rom sebelum masihi sudah wujud. Ini membuktikan bahawa bukan orang Arab sahaja yang hebat dan menjaga bahasa mereka melalui syair dan sebagainya.
3) Ianya juga bukti bahawa, Yahudi dan Rom lebih maju dalam medan tatabahasa dan retorik berbanding Arab. Arab beruntung disebabkan Al-Quran. Kalau tidak, mereka seperti biasa sahaja bahasanya.
4) Sedangkan, jika kita mentelaah syair jahili, mereka juga ada perdebatan di antara mereka tentang bahasa dan retorik. Ini menunjukkan bahasa Arab itu ada kelemahan bukan saya mengatakan al-Quran. Untungnya bahasa Arab disebabkan al-Quran telah mewarnai keindahan bahasa Arab.
5) Dan bila kita baca lagi lanjut perbahasan mazhab lughah juga begitu, masih ada perdebatan dan kritikan terhadap bahasa yang digunakan. Sekali lagi saya maksudkan bukan al-Quran.
6) Apa yang hendak saya katakan, belajar bahasa Arab bukan semata-mata nak pandai berdebat dan berturur dalam Arab tetapi ada maqsad lebih utama iaitu memahami al-Quran kalam Allah azza wajalla.
7) Ya, memang benar melalui bahasa Arab, tetapi bahasa al-Quran dan retoriknya menjangkaui ilmu lughah itu tersendiri. Kalau baca lanjut lagi, kita akan menemui perbahasan yang saya masih terkapai-kapai ketika para ulama' menyebut bahawa ada bahasa lain dalam al-Quran. Walaupun pendirian saya sebelum ini bersandarkan qaul al-Syafie bahawa semua al-Quran dalam bahasa Arab. (sedikit sebanyak ada bisikan)
8) Selamat menuntut ilmu, semoga dikurniakan hidayah dan pedoman bahkan tidak tersesat.
9) Saya tutup dengan sebuah kata-kata daripada penulis buku Retorik: Yang Indah Itu Bahasa: "Betapa berbakat pun seseorang pemidato, keberkesananya tidak terlepas daripada bimbingan dan asuhan guru retorik. Dengan kehadiran guru retorik ini, pemidato berpeluang melihat keupayaannya melalui tunjuk ajar dan penilaian jujur gurunya". Betapa pentingnya memiliki guru, pendidik dan pengajar! Kata al-Syafie, "Suhbatul Ustaz" (berdamping dengan guru)
. 
In Sya Allah.

بسم الله  الرحمن الرحيم والحمد لله رب العالمين

Kalilah wa Dimnah; Karya Abdullah ibn al-Muqafa'



Pertama kali saya kenal buku ini pada tahun 2011@2012 dari buku Peradaban Islam Di Bumi Melayu; Kini Dan Dahulu oleh Dr. Abdul Ghani. Saya membeli buku Kalilah wa Dimnah pada tahun 2017 di pesta buku di PWTC. Saya mula membaca pada tahun 2018. Bila saya hendak mula membaca, saya berkongsi buku ini dengan Dr. Abdul Ghani, kami sepakat, lepas habis buku kita bincang dan borak-borak. Pantang diajak, ustaz Abdul Ghani lebih awal mengkhatamkan buku ini.
Sebelum saya berkongsi, saya masih teringat kata-kata Dr. Abdul Ghani, saya tanya pada dia: "Ustaz, buku saya banyak ja lagi tak habis baca, nak baca ini nak baca itu". Ustaz membalas: "Enta beli ja dan suatu hari enta akan membacanya bila tiba masanya". (Pastikan kita membeli buku yang betul-betul kita suka dan ingin mendalaminya).
Kalilah wa Dimnah sebuah karya asal sanskrit hindu dan diterjemahkan dalam Bahasa Arab oleh Abdullah ibn Muqafa'. Abdulllah ibn Muqafa’ seorang tokoh retorik dan ahli fasahah. Agama asal beliau adalah Majusi Persian, kemudian beliau memeluk agama Islam. Beliau juga sempat bertemu dengan seorang tokoh ahli Nahw yang hebat iaitu al-Khalil. Kehebatan ibn Muqafa’ dipuji oleh al-Khalil sendiri[1]. Dikatakan beliau mati dibunuh oleh Muawiyah bin Abi Sufyan. Beliau lahir pada 106Hijrah.[2]
Ternyata benar bahawa beliau bukan asal berbangsa Arab namun kehebatannya dalam menterjemah karya ini ke dalam Bahasa Arab sangat mengkagumkan. Ini boleh dijadikan contoh dan teladan bagi pelajar bahasa Arab bukan Arab untuk terus berusaha dan mengkaji ilmu Bahasa Arab.
Dalam karya Kalilah wa Dimnah bagi saya secara peribadi sebuah karya yang sangat hebat dan indah.  Pada hemat saya, cuma terdapat sedikit masalah iaitu:
1) Beliau telah mengubah nama watak asal iaitu Kalilah wa Dimnah bukanlah nama watak sebenar.
2) Karya sanskrit beragama hindu diubah menjadi karya Arab Islam. (Ini satu perkara yang sangat berat kalau diikutkan dalam dunia akademik pada masa ini).

Siapakah yang perlu membaca buku ini?

Bagi saya, semua umat Islam wajib membaca buku ini, ini kerana pada zaman sejarah Melayu, karya ini telah sampai di Bumi Melayu, ulama' terdahulu telah membaca karya ini termasuk masyarakat Melayu dahulu. Justeru, saya ingin memberi saranan kepada 5 golongan yang terdiri daripada:


Novel Rindu Karya A.Rahman C.M


Rindu bukan sebarang rindu. Rindu sedalam lautan. Rindu serindunya terhadap seseorang yang dikasihi sehingga terasa tangkai jantung ditarik-tarik, menusuk kalbu bagai dicarik-carik hati itu.


Ini novel menceritakan kisah rindu ayah bernama Dali dan ibunya bernama Leha kepada anaknya Sani. 


Dek kerana keegoan seorang ayah iaitu Ayah Dali dan disebabkan sifatnya yang panas baran mengundang padah sehingga menyebabkan anaknya Sani lari dan keluar dari rumah beberapa tahun lamanya.

Ungkapan yang menyaktikan seperti: "aku haramkan engkau menyentuh jasad aku bila aku mati, kalau anak tidak dengar kata, apa guna lagi berada di rumah ini". Ungkap Si Ayah kepada Sani kerana Sani tidak mahu menuruti pilihan ayahnya untuk menyambung dalam bidang agama.

Sani anak bongsu daripada 3 orang beradik. Seorang yang soleh dan taat serta tidak melawan kata.

Sani mempunyai cita-cita yang tinggi ingin menjadi doktor namun mendapat tentangan dari ayahnya yang berkehendak agar dia menjadi ulama'.

Akhirnya, nekad Sani tanpa membalas sepatah dua kata lalu meninggalkan keluarganya demi mengejar cita-citanya. Setelah siang dan malam bersilih ganti beberapa zaman berlalu Sani pulang. Adakah Sanimenjadi anak yang soleh dan menjadi Doktor yang beriman?

Hayatilah novel ini. Dan jika hampir pada realiti. Barangkali boleh jadikan ia sebagai pedoman.

Kebiasaan bagi pembaca apabila membaca sesuatu, dia ingin mendapatkan kepuasan yang terbuku di hati dan fikiran selain mendapat ilmu dan bahasa.

Beberapa pengajaran:

1. Teringat kata-kata seorang senior, jangan keras sangat tetapi bertegas. Kata-kata ini sangat bersesuaian untuk ibu bapa dalam mendidik anak.

2. Berilah peluang kepada si anak dalam membuat keputusan namun si anak jangan lupa untk mendengar nasihat ibu bapa.

Selamat membaca dan mudah-mudahan bermanfaat. in sya Allah.




Novel berjudul "Kisah Dua Bersaudara Nol-bu dan Hung-bu". Karya Samuel Kimm dan diterjemah oleh Zaleha Abidin.


"Kekayaan membuat hidup kita selesa dan mewah, tetapi kemiskinan mengajar kita menjadi insan yang tabah dan lasak.". Hung-bu.
"Hak yang sama untuk belajar
hak yang sama untuk berjaya
hak yang sama untuk bermesra
hak yang sama untuk menjadi ketua
hak yang sama untuk ketawa." Hung-bu.
Sebelum saya membedah buku, saya ingin menerangkan tentang sastera secara ringkas iaitu apakah sastera islam, sastera berunsurkan islam dan sastera bukan islam seperti sastera arab, melayu dan sebagainya. Hal ini sangat penting supaya kita dapat membezakan karya sastera yang dihasilkan.
Sastera islam ialah sastera hasil penulisan dan pemikiran dari umat islam dan padanya meletakkan nilai-nilai islam seperti pengabdian diri kepada Allah azza wajalla, mencinta Nabi Muhammad sollahu'alahiwasallam ahli keluarga baginda serta para sahabat dan menekankan tentang keperibadian yang baik dan mementingkan kebajikan dan kebaikan bahkan menolak kebatilan. Inilah yang dinamakan sastera islam. Apabila kita membaca puisi, cerpen, novel dan seumpamanya maka kita dapatlah membezakan sastera islam dan sastera berunsur islam mahpun sastera bukan islam.
Berbalik kepada novel, asal usul novel ini dalam Bahasa Korea. Samuel menerapkan nilai-nilai kepercayaan kepada tuhan yakni dewa yang pelbagai, menekankan perihal kekeluargaan dan kesatuan bermasyarakat, menolak perihal keakuan yang mementingkan diri sendiri, memupuk semangat terus berusaha dan tidak berputus-asa walaupun hidup dalam kepapaan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan pelbagai lagi nilai-nilai murni yang boleh diambilkan pengajaran dan pedoman.
Pada saya, buku ini sangat sesuai kepada pasangan suami isteri yang baru berkahwin ataupun sudah lama berkahwin. Ini kerana, kisah Hung-bu dengan isterinya Chu-hi yang tidak pernah berputus asa dan lelah bagi meneruskan kehidupan seharian dan mengharungi kehidupan mendatang dengan penuh kesabaran dan kesungguhan.
Watak protagonis ialah Hung-bu adik kepada Nol-bu. Seorang adik yang sangat penyabar, sentiasa bersungguh, taat kepada ajaran agama, patuh kepada ibu bapa, rajin berkerja dan berusaha, bukan pendendam, penyayang, pemurah, berani kerana benar, tidak mengambil kesempatan dan sentiasa bersyukur.
Nol-bu abang kepada Hung-bu merupakan watak antagonis. Seorang abang yang jahat, suka membuli adiknya, suka menyakat anak gadis, kedekut, tamak, tidak mempedulikan ajaran agama, tidak menyantuni perintah ibu bapa, pemalas dan sentiasa iri hati kepada adiknya. Perhatikan kata-kata Nol-bu yang tamak dan berhati busuk
"Bangsat, serahkan semuanya kepada aku. Kamu dah makan banyak,".
Semoga bermanfaat dan mendapatkan buku untuk dibaca dan diamalkan.
Terima kasih.

Firman Allah azza wajalla:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
Pengertiannya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Surah Yunus 10:57)

Pada zaman sekarang, umat dalam keadaan jiwa yang sakit (sick souls) dan tenat dari segi segi ilmu, pemikiran dan akhlak. Bermacam ragam dan fe'el mazmumah seperti fitnah, hasad dengki, pemarah, sombong, kedekut, maksiat berleluasa, takut mati, tamak dengan kekayaan dunia, bunuh diri, mencuri dan merompak, korupsi, taksub, penzinaan, permusuhan dan paling merisaukan ialah melupakan akhirat.

Masalah yang dihadapi umat sekarang adalah masalah kehilangan jiwa dan roh iaitu hilang kepercayaan dan kebergantungan kepada Maha Pencipta kerana apabila kita tidak memahami tujuan dan matlamat hidup iaitu mengabdikan diri kepada Allah azza wajalla dengan mengikuti segala perintah dan meninggalkan segala laranga-Nya maka ia akan memberikan kesan negatif dan buruk terhadap diri sendiri lantas mempengaruhi persekitarannya. Seandainya kita memahami matlamat hidup yang sebenar, saya yakin bahawa kehidupan kita akan menjadi bahagia, damai dan tenang.

Oleh itu, buku ini sangat baik untuk dijadikan penawar untuk mengatasi segala permasalahan tersebut. Buku ini sangat bersesuaian kepada seluruh lapisan umat khususnya bagi individu yang inginkan penawar kesembuhan daripada penyakit hati dan mengharapkan perubahan ke arah yang lebih baik. Begitulah pesan Allah azza wajalla dalam al-Quran:

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا  وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Pengertiannya: Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya -yang sedia bersih- bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10). (Surah al-Syams 91:9-10)

Latar belakang Al-makki.

Al-Makki dilahirkan pada tahun 350H, beliau pakar dalam ilmu tasawuf dan hadith dan banyak menulis buku di antaranya karya teragung dalam bidang sufi iaitu Qut al-Qulub (Makanan Hati). Karya beliau ini juga diiktiraf ulama selepasnya seperti al-Ghazali (m.505H). Ramai para ulama terdahulu dan kontemperori mengkaji ilmu dan pemikiran beliau. Semoga Allah merahmati beliau di dunia dan akhirat memberikan ganjaran yang besar kepada beliau di akhirat atas sumbangan dan jasa yang ditaburkan. Amin.

Buku Kaedah Psikoterapi Islam Berasaskan Konsep Maqamat Abu Talib al-Makki.

Buku ini mengandungi 5 bab utama. Bab pertama mengisahkan peribadi Al-Makki dan karya-karyanya. Bab 2 menghuraikan pengertian maqamat dalam tasawuf serta hubungan dengan psikoterapi. Bab 3 membahaskan secara terperinci tentang Maqamat iaitu ada 9 maqamat seperti Taubah, Sabar, Syukur, Raja', Khawf, Zuhud, Tawakal, Rida' dan Mahabbah. Bab 4 pula menjelaskan pembentukan kaedah psikoterapi dan Bab terakhir ialah  Psikoterapi Islam dalam menangani penyakit rohani seperti marah, hasad dengki, riya’, takabbur, mengumpat dan sebagainya.

Buku ini sangat berkesan bagi mendidik jiwa yang lara dan roh yang sakit. Buku ini juga sarat dan padat dengan kajian dan fakta yang ilmiah bersumberkan al-Quran dan Sunah, Qaul ulama' dan kajian terkini.
Penantian Di Hujung Senja
Sekali-sekala beralih angin, asalkan mendapat manfaat dan pengajaran. Oleh itu, apabila membaca sesebuah buku janganlah jadi seperti kolek dihanyutkan badai, ke mana di lambung ombak, di situlah tersadainya.
Kumpulan Cerpen dikumpul dalam sebuah buku berjudul Penantian Di Hujung Senja oleh Eh Deng Eh Chik. Buku ini dicetak pada tahun 2016.
Saya berasa teruja kerana penulis ini berketurunan Siam, namun mampu menulis dengan sangat hebat dan banyak memberikan pengajaran dan pedoman melalui kisah cerpennya.
Dalam novel ada 23 cerpen yang dikumpulkan. Dan saya memberikan beberapa buah cerpen berserta sinopsis yang ringkas.

Pertama, Cerpen Kurungan mengisahkan tentang sejarah seorang lelaki umurnya hampir seabad bernama Pak Samad. Beliau seorang insan yang berjiwa besar yang mencintai negara dan bangsa dengan sepenuh jiwa dan raga. Pak Samad salah seorang di antara beberapa tokoh yang membuka dan meneraju Kuala Lumpur bersama Raja Abdulllah dan Yap Ah Loi.
Ketika usia mudanya, Pak Samad telah kehilangan isteri tercinta dan anak tunggal yang paling disayangi, setelah itu beliau dituduh gila oleh orang kerana terlalu merindui isteri dan anaknya yang telah meninggal dunia dan akhirnya Pak Samad dimasukkan ke Hospital Bahagia. Di hospital, Pak Samad bersama dua orang pemuda iaitu Sudin dan Jusoh. Kisah mereka bermula di hospital sehinggalah Pak Samad dimasukkan ke dalam ICU kerana memperjuangkan kebebasan dan mahukan kemerdekaan dan namanya digah oleh seluruh manusia.
Kedua, Cerpen Berjudul Belum Bertapak juga menarik kerana mengisahkan Pak Sudin yang dahulunya seorang pejuang tanah air yang menentang komunis. Pak Sudin ada seorang anak bernama Azman yang telah melanjutkan pengajian di London dalam bidang sejarah. Oleh itu, Pak Sudin berharap kepada Azman untuk menulis tentang sejarah pejuang kebebasan tanah air namun apa yang direncana itu tidak mendapat perhatian anaknya sehingga berlaku pertembungan pemikiran di antara ayah dengan anak bahkan mengakibat perdebatan yang tidak ada titik pertemuan dan persamaan. Azman seolah kehilangan jati diri dan mengutamakan pemikiran barat dan mengatakan semua pejuang tanah air adalah pengkhianat!
Banyak lagi cerpen yang indah dan banyak memberikan pengajaran. Pada pengamatan penulis. Ada tiga atau empat cerpen yang mengajak manusia untuk kembali kepada tuhannya seperti cerpen Motobot Biru, Hujan Masih Menggila dan Putera Pendamai Daerah Sengket. Oleh itu, saya melihat, aspek ketuhanan sangat ditekankan oleh penulis. Pada zaman ini, ramai daripada kalangan kita telah jauh menyimpang daripada ajaran tuhan baik agama Islam mahupun agama lain.
Di samping itu, penulis juga menyentuh soal kekeluargaan seperti Dunia Seorang Seniman dan Dunia Seorang Penyair yang menjelaskan tentang seorang seniman mengutamakan kerjaya berbanding keluarga. Inilah satu penyakit generasi zaman sekarang. Mengutamakan kerjaya berbanding keluarga. Ya benar, bukan salah individu semata-mata kerana menghadapi tekanan hidup seperti kekangan ekonomi namun jangan sesekali mengabaikan kewajipan keluarga yang lebih utama.
Penulis juga membicarakan isu kemanusian dan kemasyarakatan seperti Sumpah dan Bayangan Sumpah. Secara umumnya, manusia tidak boleh hidup bersendirian. Negara Malaysia yang memilki pelbagai agama dan bangsa, itu tidak menjadi bebanan dan masalah, hakikatnya ialah itulah warna-warni kehidupan supaya hidup bermasyarakat dan saling membantu di antara satu sama lain tanpa mengira agama dan bangsa.
Penulis juga tidak ketinggalan dalam hal-hal dan isu alam sekitar dan haiwan seperti menjaga hubungan dengan haiwan seperti Kewek, Wok dan Si Hitam. Kebanyakkan petani dan pengembala tidak mementingkan perasaan haiwan, bagi mereka adalah keuntungan semata-mata sedangkan realititnya tumbuhan dan haiwan juga mempunyai perasaan. Kalau hendak membela ayam, perlu pastikan rebannya cantik dan wangi supaya ayam dapat hidup dengan selesa. Islam juga menititberatkan soal menjaga hubungan dengan haiwan dan tumbuhan.
Kesimpulan.
Penantin Di Hujung Senja oleh Eh Deng Eh Chik sebuah kumpulan cerpen yang sarat dengan pengajaran dan pedoman. Bahasa yang ditulis sangat indah dan sangat tersusun. Bicaranya lembut mampu mengetuk hati pembaca. Mudahan para pembaca dapat mengambil manfaat daripada buku ini.
Sekian terima kasih.
Selamat membaca.