Farhan Zamziba
Tasik di Taman Ilmu dan Budi
30/12/2023

SUNAH SULAHFAH


Usah,
seribu Langkah,
bicara nista dijamah,
bila “SALAH”
jangan disanggah,
“BENANG BASAH”
diangkat, ditakwil aneka arah.

Sunah,
persis Sulahfah,
langkah demi selangkah
ada arah.
Kudu madah biar indah,
tatkala “SALAH”
wajib ditegah,
tika “BENAR”
harus disembah.

Terima kasih SUARASARAWAK menerbitkan puisi ini.
https://suarasarawak.my/sanggar-puisi-28/#google_vignette

 FARHAN ZAMZIBA

Bukit Bendera,

Pulau Pinang

29 Julai 2023


Cinta suami isteri


Merentas Pulau Mutiara bersama si bidadari

melihat Landana tersenyum rapi

menggengam Bukit Bendera cabaran berwarna-warni

menempuh ranjau nan berduri-duri

di sana, ada gerimis membasahi bumi

Alhamdulillah akhirnya terbit sang pelangi.

Dalam kehidupan ada bahagia ada sepi

sedangkan lidah tergigit pasti

inikan pula cinta suami isteri

agama, harta dan maruah wajib dilindungi

Sesungguhnya

berdoalah agar sentiasa dalam dakapan Ilahi.


Terima kasih SUARASARAWAK menerbitkan puisi.

https://suarasarawak.my/sanggar-puisi-24/