Bismillahhirahmanirrahim.
Alhamdulillahhirabila’lamin. Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi
Muhammad s.a.w. serta para sahabat dan para tabi’ tabi’in.
Muslim yang
beriman ialah melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala
larangan-Nya demi mencari keredhaan Allah. 2 perkara tersebut itu memerlukan
kesungguhan yang tinggi dan keyakinan yang benar-benar mantap dan ini akan
berlaku apabila muslim tersebut memiliki sifat-sifat terpuji yang telah
diajarkan oleh para anbiya’ terutamanya nabi Muhammad s.a.w kepada umatnya.
Justeru,
menjadi satu kewajipan yang mutlak keatas setiap individu muslim untuk
melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Untuk
melaksankan suruhan ini, setiap muslim haruslah memiliki satu sifat yang
terpuji yang sangat diperlukan untuk melaksanakan misi da’wah ini, sifat itu
ialah “berlapang dada”. Dan sifat ini akan menzahirkan seorang muslim yang mempunyai
kepimpinan yang unggul dan akan
melahirkan seorang muslim yang berwawasan yang berhikmah.
Oleh itu,
beberapa perkara penting yang akan dihuraikan yang berkaitan dengan sifat
‘berpalang dada’ ini antaranya:
· - Berpalang dada berprinsip
· -Berlapang dada jelas prinsipnya
· -Berlapang dada tidak berprinsip
· -Ciri-ciri asas berlapang dada
Insyallah. Satu perkara perlu dijelaskan bahawa asas pendidikan
yang perlu difahami oleh muslim mengandungi 2 perkara, dan dua perkara ini
sudah disebut-sebut oleh para cendiakawan muslim ataupun non muslim sama ada
dari timur mahupun barat, mereka pasti menyebut mengenai budaya adab dan budaya
ilmu sebelum menjadi pendakwah atau sebagainya. Dan sangatlah jelas apabila ada
ungkapah hikmah dalam bahasa arab menyebut “الأدب فوق
العلم”, yang bermaksud “ adab
diatas ilmu”.
Maka jelaslah untuk menjadi seorang muslim yang beriman yang
mampu menjadi pencerah umat, mereka harus menjadi seorang yang berbudi pekerti
dan berilmu.
Semoga para pembaca dapat memahami isi kandungan ini dan
mengorak langkah untuk mempraktikan sifat ini dalam kehidupan seharian.wallahu
a’lam.
BERLAPANG DADA BERPRINSIP
1. KISAH NABI SYU’AIB BERSAMA ANAK GADISNYA
قَالَتْ إِحْدَاهُمَا
يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ ۖ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ
الْأَمِينُ
Salah seorang di antara perempuan yang berdua
itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala
kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah
orang yang kuat, lagi amanah".
قَالَ إِنِّي أُرِيدُ
أَنْ أُنكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَىٰ أَن تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ
حِجَجٍ ۖ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِندِكَ ۖ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ
عَلَيْكَ ۚ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ
Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa):
"Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku
ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam
pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu
adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak
menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik
layanannya".
Hikmahnya
1) Ayat ini menunjukkan bahawa bagaimana pengunaan bahasa seorang
anak kepada orang tuanya. Contoh ini menzahirkan satu penghormat yang murni dan
sopan santun diantara seorang anak kepada orang tuanya yang memanggiil dengan
panggilan “wahai ayah”. Bila kita mengungkapkan perkataan yang baik, si pendengar
akan mudah terpanggil untuk mendengar apa yang hendak diperkatakan. Inilah
permulaan adab.
2) Seorang ayah yang berlapang dada mendengar cadangan dari seorang
anaknya lantaran cadangan itu diterima, mungkin faktor bahasa itu memainkan
peranan penting, misalnya kita memanggil ayah kita “eh ayah, woi ayah, ayah!”
masakan ayah kita akan mendengar, silap haribulan dapat cop tapak tangan.
3) Konsep memberi pandangan atau kritikan sangat diperlukan sesuai
dengan keadaan masa dan tempat seperti kisah diatas menunjukkan seorang anak
meminta ayahnya mengambil orang upahan yang kuat dan jujur. Dengan hal itu,
ayah tersebut dapat menerima cadangan yang baik dan bernas tersebut.
4) Bila kita dalam gerakan atau organisasi, bagaimana seorang
pemimpin itu mampu berlapang dada menerima teguran dan kritikan dari orang
bawahannya atau pengikutnya dan keberlansungan ini tidak akan menjadi jika
hanya satu pihak sahaja yang memahami. Dan kisah ini jika dihayati oleh setiap
individu dalam gerakan, maka gerakan tersebut akan menjadi sebuah gerakan penuh
idea dan mampu bergerak dengan lebih teratur.
2. KISAH NABI MUSA BERSAMA ORANG SOLEH
قَالَ لَهُ مُوسَىٰ
هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا
Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku
mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh
Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"
قَالَ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ
مَعِيَ صَبْرًا
Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai
Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.
وَكَيْفَ تَصْبِرُ
عَلَىٰ مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا
Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap
perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?
قَالَ سَتَجِدُنِي إِن
شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا
Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati
aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang
perintahmu".
Hikmahnya
1) Dalam ayat ini pula menjelaskan prinsip berlapang dada dalam
menuntut ilmu, sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, bahawa adab lebih utama
untuk diamalkan dan dipelajari namun tidaklah mengatakan bahawa ilmu adalah
yang kedua.
2) Kita boleh dapati bagaimana seorang nabi yang sudah dijanjikan
syurga, dikurniakan segala ni’mat, dianugerahkan mu’jizat tetap merendah diri
untuk menuntut ilmu seperti kisah diatas diantara nabi Musa dengan orang soleh
bernama Khidir.
3) Kita perlu juga faham bahawa menuntut ilmu ini satu jalan yang
panjang yang tidak jalan pengakhiran dan untuk memiliki ilmu itu jalannya
tidaklah lurus namun ia mesti perlu ada onak duri dan cabaran sama ada kecil
ataupun besar.
4) Bila kita sudah ada ilmu, usahlah dirasakan bahawa kita orang yang
sudah berilmu dan lebih jelek apabila bongkak dengan ilmu yang dimiliki. Kita
kena jelas bahawa lagi banyak ilmu kita perolehi lagi dekat kita dengan Allah
dan akan menjadikan kita orang yang rendah diri.
5) Dalam konsep menuntut ilmu, ia ada konsep perlu diikuti oleh
setiap muslim yang beriman dan para ulama’ telah membuktikannya iaitu “ilmu itu
harus dicari bukan menanti”, seperti mana disebut “rezeki tidak akan datang
tanpa ada usaha”. Justeru, muslim yang beriman yang ingin menjadi orang yang
diangkat darjatnya disisi Allah ialah mereka mencari ilmu dengan membaca dan
membuat kajian.
6) Umat islam ini diberikan satu anugerah yang tidak ada agama lain
yang mampu memberikan kepada umatnya iaitu satu kekuatan percakapan yang mana
kita tidak tahu keberadaan kita dimasa akan datang walaupun sesaat dan ungkapan
ini menunjukkan bahawa segala apa yang dilakukan adalah mengharapkan sesuatu
dari Allah dan dengan izin-Nya, ungkapan itu ialah “insyallah”.
3. KISAH NABI MUHAMMAM S.A.W BERSAMA ORANG BUTA
عَبَسَ وَتَوَلَّىٰ
Ia memasamkan muka dan berpaling,
أَن جَاءَهُ الْأَعْمَىٰ
Kerana ia didatangi orang buta.
وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّىٰ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui
(tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya
(dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu
أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ الذِّكْرَىٰ
Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya
peringatan itu memberi manfaat kepadanya.
أَمَّا مَنِ اسْتَغْنَىٰ
Adapun orang yang merasa keadaannya telah
cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran
فَأَنتَ لَهُ تَصَدَّىٰ
Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.
وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ
Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak
mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya)
وَأَمَّا مَن جَاءَكَ يَسْعَىٰ
Adapun orang yang segera datang kepadamu
وَهُوَ يَخْشَىٰ
Dengan perasaan takutnya (melanggar
perintah-perintah Allah
فَأَنتَ عَنْهُ تَلَهَّىٰ
Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.
Hikmahnya
1 Berdasarkan ayat ini, penulis ingin membawa pembaca lebih
mendalam mengenai konsep berlapang dada dengan beradab. Berdasarkan ayat ini
juga,penulis berharap dapat mengupas dengan lebih terperinci supaya pembaca
sedar bahawa berlapang dada sangat dituntutdalam islamafsir Al-Azhar, Pak Hamka menafsirkan ayat ini dengan
pemahaman yang luar biasa, beliau mengungkapkan: “ dan cara Allah memberikan
teguran itu, demikian halusnya kepada Nabi yang dicintai-Nya pun adalah suatu
adab yang hendaklah kita teladan”.
2)
Begitu juga dalam tafsir Fi Zilali Quran karya Syed Qutb, beliau
juga menyebutkan:” beliau sanggup mengumumkan ayat ini kepada tatapan umum dan
jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah orang yang hebat lagi
berlapang dada.
3)
Dalam Tafsir fi Zilal Quran juga menyebut bahawa selepas
peristiwa ini rasullullah sentiasa menunjukan senyuman manisnya dan memberi
layanan yang baik kepada ibn Ummi Makhtum. Setiap kali bertemu dengannya beliau
berkata “ selamat bertemu dengan orang yang menyebabkan aku dikecam oleh
Tuhanku”. Bahkan nabi Muhammad juga mengiktiraf ibn ummi makhtum sehinga beliau
dilantik dua kali sebagai pemangku pemerintah madiah selepas hijrah dan
terdapat riwayat lain 3 kali. wallahu a’lam.
4)
Apakah cerita disebalik ayat ini diturunkan? Pada satu hari,
ketika itu Rasulullah sedang sibuk melayain pembesar qurais antaranya Abu
Jahal, Umayyah Ibn Khalaf, Al-Walid ibn Al-Mughirah, Al-Abbas ibn Abdul
Muttalib dan Utbah dan Sya’bah. ketika sedang sibuk nabi Muhammad ingin
berdakwah kepada golongan ini, maka datang seorang pemuda yang miskin bahkan
muda datang berjumpa rasulullah dengan harapan ingin mensucikan hatinya dan
mencari hidayah islam. Namun harapan itu menjadi kabur kerana nabi Muhammad
s.a.w. lebih memetingkan pembesar qurais ini kerana baginda beranggapan da’wah
diperlukan kepada golongan yang berpengaruh secara tak langsung para pengikut
tersebut akan mendapat cahaya islam namun tanggapan ini kurang tepat dan
turunlah ayat al-quran ini member sedikit teguran kepada nabi Muhammad.
5)
Kita perlu jelas bahawa misi da’wah ini tidak boleh ada
kepentingan peribadi dan hanya untuk golongan tertentu sahaja kerana da’wah ini
umum kepada setiap umat.
6)
Kita juga kena faham bahawa tugas menyampaikan da’wah ini
pelbagai cara yang setiap cara itu perlu berlandaskan prinsip-prinsip asas
islam dan diantara cara berda’wah itu boleh diertikan dengan memberikan bantuan
sama ada bentuk kewangan, tenaga, masa, diri, dan paling penting ilmu
.
7)
Sebagai seorang pemimpin dalam sesebuah gerakan kita tidak
seharusnya memilih bulu atau kroni atau hanya bersependapat dengan beliau
sahaja.
8) Dalam memahami erti gerakan dalam da’wah, perkara yang mesti
dielakkan ialah mencari keuntungan dunia semata-mata sahaja.
9) Apabila seorang pemimpin itu ditegur,
hendaklah bersiap sedia untuk melakukan perubahan.
10) Pemimpin juga cepat melenting ataupun melatah
apabila datangnya satu kritikan apatah lagi membenci orang tersebut.
11) Pengikut yang hebat juga adalah pengikut yang
mampu memberikan nasihat yang baik dengan cara yang berhikmah kepada
pemimpinnya.
12) Kebanyakkan manusia selalu sebut “ kalau
hendak orang kenal dan faham kita, maka kita perlu kenal dan faham orang itu
dahulu”.
BERLAPANG DADA DAN JELAS
PRINSIPNYA
إِنَّ الدِّينَ عِندَ
اللَّهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن
بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ
اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah
Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu
tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya)
melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang
kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam
kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat
keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
Hikmahnya
1)
Agama yang paling benar dan mulia ialah agama islam, dan islam
agama yang membawa kerahmatan kepada setiap umatnya sama ada semasa hidup atau
mati.
2)
Setiap perkara ada pantang larangnya, seperti pantang larang
budaya melayu, jangan duduk atas batang nanti bisu dan pantang larang ini
berkati rapat dengan adab dan tatatusila begitu juga islam ada pantang
larangnya, jika Allah kata riba itu haram, maka jangan diamalkan. Jika Allah
menyebut bahawa judi itu haram, maka jangan disertainya dan sebagainya.
3)
Selain itu, jika dalam gerakan, keputusan gerakan itu bercanggah
dengan prinsip asas islam dan tidaklah ada kewajipan untuk berlapangan dada
menerimanya apatah lagi melaksanakannya.
4)
Jangan jadi seperi lembu dicucuk hidung, bila disuruh makan
terus makan, bila sampai masanya dikorban maka dikorbankan. Kita ini manusia, mampu mengubah perjalangan
dan pemikiran kita kearah lebih baik.
5)
Kadang kala cuba jadi seperti helang, punyai misi dan visi dan
bila masa untuk memburu pastinya akan dapat hasil.
6)
Muslim beriman itu juga
jangan jadi seperti lalang, bila angin ditiup dari barat maka jatuh ke timur,
bila dari selatan jatuh ke utara, muslim itu harus berpendirian dan dalam masa
yang sama harus berlapang dada.
BERLAPANG DADA TIDAK BERPRINSIP
1. Kisah takbur iblis dengan perintah Allah
وَإِذْ قُلْنَا
لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ
وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada
malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka
sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan
menjadilah ia dari golongan yang kafir.
Hikmahnya
1)
Dalam bab ini, ayat ini menjelaskan contoh apabila seseorang itu
berlapang dada namun tiada prinsip yang jelas, seperti yang penulis sebut
diatas mengenai berlapang dada jelas prinsipnya.
2)
Dalam ayat ini, kita boleh dapati kisah iblis yang dahulunya
adalah ketua para malaikat, rajin beribadat dan memuji Allah dan melaksanakan
segala suruhan Allah.
3)
Namun, pada satu hari satu arahan dari Allah kepada iblis dan
para malaikat untuk sujud member penghormatan kepada manusia yakni nabi Adam
terus diingkari arahan tersebut.
4) Jika sudah melakukan kesilapan maka hendaklah akur dengan
kesilapan tersebut. Usahlah menegakkan benang yang basah mengatakan benda yang
batil untuk mempertahankan diri.
5)
Jangan angkuh dan bodoh sombong apabila sudah melakukan
kesalahan.
6) Apabila sudah melakukan kesalahan maka hendaklah perbaiki
kesalahan tersebut dan jangan sesekali menimbulkan bencana yang lain yang akan
lebih memburukkan keadaan.
PRINSIP ASAS BERLAPANG DADA
ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ
رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ
أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ
أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat
kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah
dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya
Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari
jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat
hidayah petunjuk.
Hikmahnya
1)
apabila kita membaca ayat al-quran ini dan memahami maksudnya,
kita akan mendapat beberapa prinsip asas berkaitan topik kita iaitu ‘berpalang
dada’ yang boleh diamalkan oleh muslim yang beriman.
2)
Perkara pertama yang wajib dilakukan dan tidak boleh ada
komporomi ialah seruhlah ke jalan Tuhanmu yakni melaksanakan perkara yang baik
dan meninggalkan perkara yang dilarang, dua perkara ini mesti dilakukan dalam
satu masa yang sama.
3)
Perkara yang baik merangkumi semua aspek kehidupan sama ada dari
sudut politik, ekonomi, sosial dan sebagainya berpandukan al-quran dan sunnah
begitu juga mencegah perkara yang dilarang.
4)
Perkara kedua ialah berhikmah (wisdom) dan berbaik-baik, perkara
ini sangat ditekankan dalam islam dan bagaimana muslim yang beriman itu mampu
berlapang dada jika menerima perkara yang baru dan lebih baik dan bagaiman
hendak menyampkan sesuautu.
5)
Muslim yang beriman itu
apabila ingin berbahas, mereka mesti mempunyai fakta yang kukuh, sumber perundangan
yang teras, sumber ilmu dan dalam pengakhiran itu mesti cuba menerima hujah
yang baik dan meninggalkan yang buruk.
Kesimpulannya
Semoga Allah permudahkan kita menjadi seorang muslim yang
berlapang dada dalam menerima segala cadangan dan kritikan oleh orang lain
.
Setiap perkara yang baik itu datang dari Allah dan apa yang baik
itu harus kita perbaiki kerana islam itu mengajar kita dengan slogannya “hari
ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik daripada hari ini”.
Banyak lagi kisah teladan daripada sejarah islam yang perlu kita
terokai dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian seperi kisah Mistoh dengan
Khalifah Abu Bakar, kisah Khalifah Umar dengan seorang ibu, kisah Khalifah
Uthman ketika berlaku pergolakan, kisah Khalifah Ali dalam peperangannya dan
lain-lain lagi.
Semoga Allah tetapkan hati kita menjadi kita orang yang bijak
melakukan perubahan untuk diri, keluarga, masyarakat dan agama.amin
5.
Terima kasih kerana sudi membaca.
7:31 PM |
Category:
Spritualisme
|
0
comments
Comments (0)