Nilai-nilai pendidikan yang harus difikirkan bersama.

Nilai-nilai pendidikan yang perlu difahami oleh setiap mahasiswa dan begitu juga para pendidik bahkan paling perlu jelas akan hal ini adalah penyusun sistem pendidikan. Adakah matlamat asas yang diukur oleh sesebuah pusat keilmuan itu cukup menjadikan mahasiswa itu memahami nilai-nilai keilmuan yang sebenar.

Ayuh bersama-sama menggerakkan kerana masih belum terlambat untuk melakukan sesuatu. insyallah.

1) "ayuhlah bermimipi" (laskar pelangi) yang menceritakan bagaimana remaja mampu untuk berfikir lebih jauh kehadapan.

2) " sistem pendidikan kita hanya mampu  memberikan kemahiran (maharah/skill) tetapi gagal memberikan kesedaran (al-wa'y/awareness)- dipetik dalam buku Pendidikan Al-Hikmah.

3) "if your plan is for one year; plant rice, if your plan is for 10 years; plant trees, if your plan is for 100 years, educate children". (kata hikmah tamadun china, petikan dari buku Pendidikan Al-Hikmah). Kita harus jelas apakah visi dan misi pendidikan yang perlu digarap oleh setiap insan.

4) " memperkembangkan lagi pontensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan" (falsafah pendidikan negara, 1990:6). Falsafah ini sangat jelas bahawa sistem pendidkan bukan hanya untuk golongan tertentu dan mengabaikan golongan yang bukan menjadi pilihan. Sungguh malang dan kesian jika ada orang berfikiran seperti ini yang mana pendidikan hanya untuk orang tertentu sahaja. Na'zubillah.

5) "sistem yang terlalu berorentasikan peperiksaan itulah yang menyebabkan orang mulai menyuarakan keprihatinan terhadap persekolahan kita yang terkesan 'more testing than educating". (Dr Siddiq Fadzil, Pendidikan Al-Hikmah). Semua begitu, exam oriented. Pergi kelas ambil peperiksaan hanya meniru dan mengharapkan grade yang tinggi. Punca ketakutan kepada peperiksaanlah yang menjadikan mahasiswa itu lelah dan lemah dalam menilai diri dan amanah.



apakah setiap kegagalan itu diukur dengan cgpa yang rendah? apakah taraf keilmuan itu hanya diukur mengikut pangkat yang tinggi? apakah itu sahaja taraf pendidikan yang kita idamkan? apakah orang yang gagal itu bukan orang yang berilmu? adakah sistem yang menjadikan kita seorang insan yang hanya ingin memenuhi keperluan dan kehendak sendiri berbanding keperluan dan kehendak orang lain.

 Dimanakah hadis nabi yang mengatkan " sebaik-baik insan adalah yang bermanfaat kepada insan yang lain" atau adakah dengan sistem peperiksaan yang ada mampu menjadikan kita sebaik-baik manusia sehingga meniru, berbincang dalam peperiksaan bahkan paling menjelekkan bangga akan keputusan yang dimiliki walaupun bukan hasilnya sendiri. Dimanakah nilai-nilai keilmuan yang berhikmah yang hendak ditanam kepada generasi yang akan datang.

Kita renungi sebuah kata-kata yang telah dicatatkan dalam Newsweek, 27 Mac 2006( Pendidikan Al-Hikmah) " From Beijing to Boston student cheating is reaching new levels, thanks in large part to advances in technology. But competition is the real culprit as top grades.

Masih ramai mahasiswa yang hanya mementingkan cgpa sehingga terdapat mahasiswa yang tergelincir dihina dan diabaikan. Inikah nilai cgpa yang tinggi yang menjadikan seseorang itu lebih hebat dari mata orang lain dan bukankah hanya ketakwaan adalah paling mulia dan hebat disisi Allah namun tidak dinafikan bahawa Allah juga akan mengankat darjat orang yang berilmu namun tidaklah patut mengatakan orang yang gagal itu adalah orang tidak berilmu.

Satu perkiraan yang cukup rugi bagi mahasiswa dan para pendidik apabila mereka hanya memikirkan tentang gaji, masa depan, rumah besar, pangkat, darjat dan sebagainya kerana islam itu membawa satu misi yang cukup besar yakni mengislahkan manusia bukan untuk diri sendiri semata-mata namun untuk sekalian umat sarwa alam baik muslim mahupun bukan muslim dan betullah apa yang diperkatakan oleh Dr Siddiq Fadzil " penentuan subjek yang ditawarkan tidak lagi berasaskan perkiraan apa yang penting untuk pembinaan generasi, tetapi apa yang dikehendaki oleh pasar" dan beliau juga menyebut bahawa ianya lebih diasaskan kepada perkiraan kewangan. Ayuh fikirkah bersama wahai orang-orang yang berfikir.

Kita harus faham dan jelas dimana silapnya kita dan bagaimana kita hendak perbaiki diri. Memang benar apabila ada ungkapan yang telah disebut oleh seorang Imam Besar pada zaman khalifah Harun al-Rasyid yang ketika itu beliau diminta untuk ke istana untuk mengajar anak-anak khalifah sehingga beliau telah mengungkap al-'ilmu yu'ta wa la ya'ti ( ilmu harus didatangi, bukan mendatangi). Tetapi ada beberapa perkara yang perlu dibezakan pada zaman dahulu dan zaman sekarang antaranya pada zaman kini, dimana para mahasiswa berkompetensi dalam peperiksaan untuk mendapatkan cgpa yang tinggi dan tujuannya tidak lain tidak bukan adalah mendapat pekerjaan.

Jika kita hayati beberapa buah cerita yang cukup yang baik perlu direnungi antaranya "3 idiots, Laskar Pelangi, Sang Pencerah, Negara 5 Menara dan Sang Pemimpi" pasti kita akan dapat beberapa gambaran mengenai pendidikan al-hikmah.

Dimana mahasiswa yang gagal sukar mencari peluang bahkan dipandang enteng oleh para pendidik. Di dalam kelas misalnya para pendidik lebih menumpukan kepada orang aktif dan ada pontensi yang besar berbanding mahasiswa yang diam seolah-olah merekalah yang bodoh dan lemah.

Percayalah setiap orang ada kelebihan dan usahlah bersangka buruk bahawa jika mereka gagal mereka tetap dapat membina jati diri dan mencari rezeki yang banyak dan halal. Insyallah.  Allah itu Maha Luas, usahlah terpedaya dengan hasutan dunia. Kita perlu ingat, misi kita adalah misi untuk menjadi pencerah umat dengan kelebihan yang kita ada, jika tidak pandai arab mungkin pandai melayu, jika tak pandai teknologi mungkin boleh bantu bangsa banjir dengan memberikan bantuan tenaga dan masa.

Sistem pendidikan yang ada perlu diperbaiki bukan untuk mengejar nama tetapi menjadi orang yang dapat mengislahkan diri untuk umat.

Comments (0)