Hikmah
gaya ungkapan perkataan wanita (إمرأة)
dan isteri (زوجة) dalam al-Quran.
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabil’alamin.
Pendahuluan.
Al-Quran
ialah kalam Allah azza wajalla. Setiap perkataan yang dilafazkan dalam al-Quran
memiliki gaya dan keunikan yang tersendiri.
Para
pembaca al-Quran yang membaca al-Quran dengan penuh keikhlasan dan ketekunan
demi mencari keredhaan Allah azza wajalla pasti akan menemui cahaya yang sangat
terang.
Seorang
pencinta yang mencintai kekasihnya, tidak lekang dek waktu kerana sentiasa
merindui kekasihnya. Segala kalam menjadi tatapan untuk melepaskan kerinduan
kerana kalam itulah pengubat cintanya yang berahi terhadap kekasihnya.
Seorang
hamba yang memiliki Tuan Yang Maha Pencinta dan Maha Besar, semestinya hamba itu
lebih mendambakan kerinduan dan kecintaan kepada Tuannya. Setiap saat dan
ketika, setiap degupan jantung yang berdenyut, kerinduan dan kecintaanya tidak
pernah kurang apatah lagi hilang. Itulah cinta hakiki cinta illahi.
Untuk
melepaskan segala kerinduan hamba itu dan memperolehi kecintaan Tuannya, maka
hamba itu mesti menenggelami bait-bait perkataan yang diungkapkan oleh Tuannya di
hatinya kerana bait-bait itulah sahaja yang akan dapat menyembuh penyakit kerinduan dan
kecintaan hamba itu.
Begitulah
juga cinta seorang suami kepada isterinya. Bermadah puisi untuk menamam
benih-benih cinta ke dalam hati isterinya. Menyusun perkataan mengubati
kerinduan isterinya. Melafazkan kasih meresap ke sanubari. Hikmah tuhan
menciptakan hambanya berpasang-pasangan.
Kalam
tuhan penuh hikmah dengan gaya ungkapan. Menjadikan hamba-Nya sentiasa berwawasan
dan memikirkan kebesaran tuhan. Indahnya ungkapan akan dipersembahkan dalam
penulisan ini. Mudah-mudahan para pembaca dan semua mendapat pengajaran.
Perkataan
wanita (إمرأة) dan isteri (زوجة).لا
Dalam al-Quran, dipersembahkan perkataan yang sangat indah dan
unik. Walaupun seakan makna bagi perkataan hampir sama tetapi sebenarnya tidak.
Dalam istilah Arab disebut taraduf. Saya melihat bahawa taraduf
tidak boleh ada dalam al-Quran bahkan dalam Bahasa Arab. Bagi para penuntut
ilmu Bahasa Arab, mereka akan belajar bab taraduf ini seperti perkataan nazara
(dia telah melihat) seerti dengan basira (dia telah melihat). Walaupun
makna sama tetapi sebenarnya ada perbezaan yang sangat ketara diantara dua
perkataan ini jika kita belajar lebih mendalam ilmu Bahasa Arab ini.
Dalam penulisan yang ringkas ini akan membahaskan perkataan wanita (إمرأة) dan isteri (زوجة) dalam al-Quran. Penulis melihat bahawa adalah lebih baik bagi para
suami memanggil isterinya dengan perkataan ISTERI berbanding orang rumah,
bini dan perempuan begitu juga sebaliknya bila si isteri memanggil
suaminya. Adalah lebih baik menyebut perkataan yang romantik seperti abang dan
ayang. Kalau kita menonoton filem melayu klasik, kebanyakkan menggunakan
perkataan kanda dan dinda. Ini juga lebih baik.
Berbalik kepada tajuk penulisan. Apakah hikmahnya disebalik
ungkapan perkataan wanita (إمرأة) dan isteri (زوجة) yang terdapat dalam al-Quran? Apakah
pengajaran yang boleh kita ambil dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian
khususnya bagi yang sudah berkahwin.
Dr. Mohd Zain Mahmood menyebut dalam bukunya Keunikan dan
keindahan Bahasa Al-Quran: "Al-Quran mengunakan perkataan wanita sekiranya
kerukunan dan kedamaian sudah tidak ada lagi dalam kehidupan berumah tangga.
Sekiranya keadaan aman damai atau sakinah tercapai dalam kehidupan rumah
tangga, maka al-Quran menggunakan perkataan isteri".
Sebagai contoh bagi membuktikan hujah beliau. Firman Allah azza wajalla:
سُبْحَانَ
الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ
أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ
Maksud: Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk
semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri
mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. Surah Yasin 36:36)
Perkataan al-Azwaj iaitu jama’ kepada perkataan al-Zauj. Ayat ini
menunjukkan bahawa Allah azza wajalla menciptakan makhluk yang berpasangan
membawa kebaikan di antara satu sama lain.
Kita perhatikan lagi firman Allah azza wajalla:
هُمْ
وَأَزْوَاجُهُمْ فِي ظِلَالٍ عَلَى الْأَرَائِكِ مُتَّكِئُونَ
Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang
teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; (Surah Yasin 36:56)
Ayat ini menjelaskan bahawa para pasangan itu akan mendapat
kebahagian di akhirat yakni di syurga dan menikmati segala-segalanya yang ada
di sana.
Kita perhatikan hujah yang terakhir. Firman Allah azza wajalla:
يَا
أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ
وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ
وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ
كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
Maksud: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang
telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan
daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan
dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan
bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut
namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana
sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (Surah al-Nisa’ 4:1)
Kita melihat pula ungkapan pengunanaan perkataan perempuan dalam
al-Quran. Dr. Mohd Zain Mohmood menyebut: “Apabila hikmah berpasangan suami
isteri tidak dapat dicapai atau hilang beberapa ciri kehidupan berpasangan,
maka al-Quran menggunakan perkataan perempuan tidak lagi menggunakan perkataan
isteri”.
Sebagai contoh bagi mengukuhkan hujah ini. Firman Allah azza
wajalla:
وَامْرَأَتُهُ
حَمَّالَةَ الْحَطَبِ
Maksud: Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api.
(Surah al-Lahab 111:4)
Ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa digunakan perkataan perempuan
bagi isteri Abu Lahab maka benarlah bahawa mereka berdua tidak mendapat
keharmonian dan kebahagian di dunia dan di akhirat.
ضَرَبَ
اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذِينَ كَفَرُوا امْرَأَتَ نُوحٍ وَامْرَأَتَ لُوطٍ ۖ
كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صَالِحَيْنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمْ
يُغْنِيَا عَنْهُمَا مِنَ اللَّهِ شَيْئًا وَقِيلَ ادْخُلَا النَّارَ مَعَ
الدَّاخِلِينَ
Maksud: Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan
tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan
orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu:
perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah
jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka
berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami
masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat
memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan
(sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan):
"Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk
(ke situ)". (Surah al-Tahrim 66:11)
Pengunanaan perkataan perempuan (إمرأة)
bagi isteri Nabi Nuh alaihissalam dan isteri Nabi Lut alaihissalam. Perempuan ini
tidaklah lagi mengimani risalah yang dibawah oleh Nabi alahissalam bahkan
mereka berdua mendustai maka mereka tergolong dalam neraka seperti yang
difirmankan.
Kesimpulan.
Maka jelas bahawa penggunaan ungkapan perkataan yang baik sangat dititiberatkan oleh al-Quran. Oleh itu, kita juga mesti mengamalkan ilmu yang baik ini dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan bunga-bunga mawar harum semerbak kasturi terus-menerus menghiasai kehidupan keluarga sepanjang zaman dan setiap tempat. Amin
7:41 AM |
Category:
bahasa arab
|
0
comments
Comments (0)