Penantian Di Hujung Senja
Sekali-sekala beralih angin,
asalkan mendapat manfaat dan pengajaran. Oleh itu, apabila membaca sesebuah
buku janganlah jadi seperti kolek dihanyutkan badai, ke mana di lambung ombak,
di situlah tersadainya.
Kumpulan Cerpen dikumpul dalam sebuah buku berjudul Penantian Di Hujung Senja oleh Eh Deng Eh Chik. Buku ini dicetak pada
tahun 2016.
Saya berasa teruja kerana penulis
ini berketurunan Siam, namun mampu menulis dengan sangat hebat dan banyak
memberikan pengajaran dan pedoman melalui kisah cerpennya.
Dalam
novel ada 23 cerpen yang dikumpulkan. Dan saya memberikan beberapa buah cerpen
berserta sinopsis yang ringkas.
Pertama, Cerpen Kurungan
mengisahkan tentang sejarah seorang lelaki umurnya hampir seabad bernama Pak Samad. Beliau seorang insan yang berjiwa
besar yang mencintai negara dan bangsa dengan sepenuh jiwa dan raga. Pak Samad salah
seorang di antara beberapa tokoh yang membuka dan meneraju Kuala Lumpur bersama
Raja Abdulllah dan Yap Ah Loi.
Ketika usia mudanya, Pak Samad
telah kehilangan isteri tercinta dan anak tunggal yang paling disayangi, setelah
itu beliau dituduh gila oleh orang kerana terlalu merindui isteri dan anaknya
yang telah meninggal dunia dan akhirnya Pak Samad dimasukkan ke Hospital
Bahagia. Di hospital, Pak Samad bersama dua orang pemuda iaitu Sudin dan Jusoh.
Kisah mereka bermula di hospital sehinggalah Pak Samad dimasukkan ke dalam ICU
kerana memperjuangkan kebebasan dan mahukan kemerdekaan dan namanya digah oleh
seluruh manusia.
Kedua, Cerpen Berjudul Belum
Bertapak juga menarik kerana mengisahkan Pak Sudin yang dahulunya seorang
pejuang tanah air yang menentang komunis. Pak Sudin ada seorang anak bernama
Azman yang telah melanjutkan pengajian di London dalam bidang sejarah. Oleh
itu, Pak Sudin berharap kepada Azman untuk menulis tentang sejarah pejuang
kebebasan tanah air namun apa yang direncana itu tidak mendapat perhatian
anaknya sehingga berlaku pertembungan pemikiran di antara ayah dengan anak bahkan
mengakibat perdebatan yang tidak ada titik pertemuan dan persamaan. Azman
seolah kehilangan jati diri dan mengutamakan pemikiran barat dan mengatakan semua pejuang tanah air adalah
pengkhianat!
Banyak lagi cerpen yang indah dan
banyak memberikan pengajaran. Pada pengamatan penulis. Ada tiga atau empat
cerpen yang mengajak manusia untuk kembali kepada tuhannya seperti cerpen Motobot
Biru, Hujan Masih Menggila dan Putera Pendamai Daerah Sengket. Oleh itu, saya
melihat, aspek ketuhanan sangat ditekankan oleh penulis. Pada zaman ini, ramai
daripada kalangan kita telah jauh menyimpang daripada ajaran tuhan baik agama
Islam mahupun agama lain.
Di samping itu, penulis juga
menyentuh soal kekeluargaan seperti Dunia Seorang Seniman dan Dunia Seorang
Penyair yang menjelaskan tentang seorang seniman mengutamakan kerjaya
berbanding keluarga. Inilah satu penyakit generasi zaman sekarang. Mengutamakan
kerjaya berbanding keluarga. Ya benar, bukan salah individu semata-mata kerana
menghadapi tekanan hidup seperti kekangan ekonomi namun jangan sesekali
mengabaikan kewajipan keluarga yang lebih utama.
Penulis juga membicarakan isu kemanusian
dan kemasyarakatan seperti Sumpah dan Bayangan Sumpah. Secara
umumnya, manusia tidak boleh hidup bersendirian. Negara Malaysia yang memilki
pelbagai agama dan bangsa, itu tidak menjadi bebanan dan masalah, hakikatnya
ialah itulah warna-warni kehidupan supaya hidup bermasyarakat dan saling
membantu di antara satu sama lain tanpa mengira agama dan bangsa.
Penulis juga tidak ketinggalan
dalam hal-hal dan isu alam sekitar dan haiwan seperti menjaga hubungan dengan
haiwan seperti Kewek, Wok dan Si Hitam. Kebanyakkan petani dan pengembala tidak
mementingkan perasaan haiwan, bagi mereka adalah keuntungan semata-mata
sedangkan realititnya tumbuhan dan haiwan juga mempunyai perasaan. Kalau hendak
membela ayam, perlu pastikan rebannya cantik dan wangi supaya ayam dapat hidup
dengan selesa. Islam juga menititberatkan soal menjaga hubungan dengan haiwan
dan tumbuhan.
Kesimpulan.
Penantin Di Hujung Senja oleh Eh
Deng Eh Chik sebuah kumpulan cerpen yang sarat dengan pengajaran dan pedoman.
Bahasa yang ditulis sangat indah dan sangat tersusun. Bicaranya lembut mampu
mengetuk hati pembaca. Mudahan para pembaca dapat mengambil manfaat daripada
buku ini.
Sekian terima kasih.
Selamat membaca.
11:52 PM |
Category:
intelektualisme
|
0
comments
Comments (0)