Usrah Qiyadah Pkpim Siri 24
5 Aprill 2016.
KUIS
“Renungan Tentang Kebesaran Allah” (Surah Ali-‘Imran
190-194)
بسم
الله الرحمن الرحيم
إِنَّ
فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ(190)
Sesungguhnya
pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada
tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi
orang-orang yang berakal;
الَّذِينَ
يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ
فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا
سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ(191)
(Iaitu)
orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk
dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang
kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah
Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari azab neraka.
رَبَّنَا
إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ ۖ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ
أَنصَارٍ(192)
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya
sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah
menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong
pun;
رَّبَّنَا
إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ
فَآمَنَّا ۚ رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا
وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ(193)
Wahai
Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang
menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami
pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah
daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang
yang berbakti;
رَبَّنَا
وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ
إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ(194)
Wahai
Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada
kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat;
sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".
Mukadimah
Pada kesempatan ini, saya akan berkongsi kepada
kalian tentang 1 perkara yang harus direnungi oleh setiap umat iaitu penciptaan
segala apa yang ada di bumi dan di langit. Sesungguhnya setiap penciptaan itu
tanda kebesaran Allah SWT Maha Berkuasa dan Maha Agung. Allah SWT tidak
menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia bahkan Allah SWT menjadikannya untuk
hamba-hamba-Nya sama ada beriman mahupun tidak beriman. Kita harus berfikir dan mesti bersyukur kepada
Allah kerana nikmat dan rahmat-Nya kita dapat menikmati kenikmatan dunia
walaupun sementara.
Di dalam al-Quran
terdapat banyak rahsia sama ada tersurat dan tersirat. Al-Quran merupakan kitab
petunjuk bagi orang yang bertaqwa. Al-Quran juga kitab menyeruh umatnya kepada
kebenaran dan kebaikan serta mencegah umatnya daripada kesesatan dan keburukan.
Oleh itu, keharusan bagi orang yang beriman untuk menghayati (tadabbur)
setiap ayat yang terdapat di dalam al-Quran, bukan itu sahaja malahan harus
mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya serta sentiasa bermuhasabah.
Di dalam al-quran
terbahagi beberapa golongan dan saya akan memfokuskan golongan yang sesuai dengan
ayat yang kita bincang di atas antaranya 1) Angkuh dan ingkar dengan perintah
Allah SWT serta merosakkan kehidupan di dunia. 2) Menikmati kehidupan di dunia seolah-olah
dunia ini tidak akan fana. 3) Sentiasa beribadat kepada Allah Yang Esa
semata-mata. 4) Menjadi Pemimpin yang menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar. 5)
Beramal Soleh dan melakukan kebajikan dan kebaikan. Inilah 5 golongan menurut
saya yang akan memakmur atau merosakkan bumi ini. Namun yang pasti, golongan
pertama dan kedua tertolak dari ajaran Islam berpaksikan kepada tauhid iaitu
beribadat, memimpin, dan beramal soleh
.
Justeru, persoalan demi
persoalan harus kita jawab dan bermuhasabah antaranya.Apakah kita sudah
melaksanakan perintah Allah SWT dan menggerakkan sunnah Rasulullah SAW? Apakah
banyak amalan soleh pada siang hari dan malam sudah kita lakukan? Adakah kita
pernah melakukan kezaliman terhadap Allah, Rasul, Kitab dan umat? Adakah kita
sudah memohon ampun kepada Allah terhadap dosa yang dilakukan? Adakah kita
sudah menunaikan janji-janji kita kepada Allah? Adakah kita yakin bahawa kita
akan dimasukkan kedalam syurga Allah SWT? Segala persoalan-persoalan ini perlu
dijawab oleh setiap individu kerana Allah SWT memberikan kita akal untuk
berfikir dengan dipandu wahyu iaitu Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.
Pengajaran dan
ringkasan:-
1.
Pada ayat yang
ke-190, para ulama’ menafsirkan bahawa setiap segala kejadian yang di bumi ini
adalah satu tanda kebuktiaan yang hebat daripada Allah SWT seperti
bintang-bintang, laut, gunung-ganang, pokok-pokok, buah-buahan, binatang ternakan
dan buas, pelbagai jenis warna dan bentuk dan sebagainya. Dan Allah SWT
menjadikan malam dan siang yang bersilih ganti. Ada tempat malamnya lebih
panjang dan ada tempat siangnya lebih panjang dari malam. Maka bagi orang-orang
yang berakal, mereka akan melihat dan merenung segala peciptaan ini untuk
diambil pengajaran dan merendah diri.
Al-Imam
al-Qurtubi pula menyatakan bahawa ayat ini menjadi satu dalil yang kuat oleh
Yang Maha Berkuasa untuk hamba-hambaNya supaya meyakini sepenuh keyakinan dan bukan
hanya kepercayaan turun-temurun dan ikut-ikutan.
Di
dalam ayat ke-190 ini juga membuktikan bahawa Allah SWT sentiasa berbicara
dengan hamba-hamba-Nya. Di mana terdapat perkataan Ulul Albab yang bermaksud
orang-orang yang berfikir dengan menggunakan akal dan dipandukan dengan wahyu.
Ulul Albab ini akan mendapat petunjuk daripada Allah jika dia memikirkan
kejadian alam di bumi dan di langit dengan rasa rendah diri dan bersyukur
dengan nikmat dan kurnia Allah SWT.
Seperti
mana yang saya sebutkan tentang beberapa golongan di atas. Kita akan dapati
golongan yang pertama dan kedua bahawa mereka ini hidup di dunia hanya akan
merosakkan kehidupan dan keharmonian bumi. Mereka tidak beriman dengan Allah. Mereka
mengambil manfaat dari hasil bumi dan di langit untuk kepentingan diri sendiri
semata-mata. Sesungguhnya golongan ini mendapat celaan daripada Allah SWT.
Firman Allah dalam surah Yusuf ayat ke-105 dan 106:
كَأَيِّن
مِّنْ آيَةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَمُرُّونَ عَلَيْهَا وَهُمْ عَنْهَا
مُعْرِضُونَ(105)
Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi
yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pagi dan datang, sedang
mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya
وَمَا
يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُم بِاللَّهِ إِلَّا وَهُم مُّشْرِكُونَ(106)
Dan
(orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada
Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.
2.
Ayat ke-191 itu
pula memberikan resolusi kepada kita bagaimana caranya untuk sentiasa berfikir
akan kebesaran Allah SWT. Ini bukti tanda kecintaan Allah SWT kepada
hamba-hamba-Nya kerana Dia tidak membebani hamba-hamba-Nya dalam beribadat
kepada-Nya. Dalam keadaan duduk dan berdiri tidak menjadi masalah namun mesti
sentiasa memikirkan tentang kebesaran Allah dan menyebut-nyebutnya.
Dengan
ayat ini juga, Imam Ibn Kathir menukilkan sebuah hadis daripada Nabi Muhammad
SAW tentang cara perlaksaan solat bagi umat yang ada kesusahan. Hadis shahih
daripada Bukhari daripada ‘Imran bin Husain radhiyallahu’anhu daripada nabi
Muhammad SAW, dia bersabda: “solatlah kamu dalam keadaan berdiri, jika tidak
mampu maka hendaklah kamu duduk, jika tidak mampu hendaklah kamu berbaring”. Oleh
itu, ini sangat jelas pembuktiaan cinta dan rahmat Allah yang luas kepada
hamba-hamba-Nya. Amatlah rugi bagi sesiapa yang tidak mengambil kesempatan
terhadap peluang keemasan ini kerana apabila sudah mati, kita tidak mampu untuk
melakukan solat dan memikirkan kebesaran Allah.
Saya
ingin menukilkan beberapa kalam hikmah yang terdapat di dalam tafsir ibn kathir
daripada para ulama’ tentang kepentingan berfikir dan cara berfikir berlandaskan
wahyu yang sebenar antaranya. Al-Imam Hasan al-Basri, beliau merupakan tabi’. Beliau
lahir pada tahun 21 Hijrah bersamaan 642 Masihi. Dilahirkan di Madinah. Beliau menyebut:
“berfikir sejenak lebih baik daripada mengejarkan qiamullail”. Wahab Bin
Munabbih pula ialah tabiin. Beberapa riwayat mengatakan beliau lahir pada 34
Hijrah bersamaan 654 Masihi. Dilahirkan di Yaman. Beliau menggariskan beberapa
pra syarat tentang berfikir iaitu pertama mestilah memahami, keduanya ada ilmu
dan ketiga pula beramal. Yang terakhir ialah kata-kata hikmah arab: “apabila
seseorang itu ada pemikiran(ilmu) makan dia akan mendapat mendapat hikmah(pengajaran)
Maka
jelaslah di disini, berfikir untuk bukan sebarangan dan berfikir mestilah
mendatangkan hasil terhadap diri dan orang sekeliling. Ramai yang mampu jadi
pemikir tetapi belum tentu dia boleh jadi perlaksana. Ilmu itu harus digabungkan
2 konsep ini iaitu berfikir dan beramal. Inilah ajaran islam yang sebenar yang
telah ditinggalkan oleh umat islam!
Di
dalam ini ayat ini juga, kita boleh mengambil pengajaran bahawa tidak mungkin
Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Setiap penciptaan pasti ada
hikmah. Kenapa burung, air, awan, angin, ikan, gunung-ganang, pokok, bunga,
binatang ternakan, binatang buas, binatang haram dimakan kecuali darurat dan
sebagainya. Satu buku yang menarik yang pernah saya baca iaitu “Keajabian
Haiwan” yang ditulis oleh Umi Kalthum dan Zulkifli. Buku ini menceritakan
pelabagai jenis haiwan dan manfaatnya. Contoh seingat saya ialah bagaimana
mereka mengambil iktibar daripada penciptaan Jerung. Dengan Jerung, daripada
siripnya itu, mereka tercetus idea untuk mencipta baju renang.
3.
Ayat ke-192-194
pula mendidik kita supaya sentiasa berdoa dan memohon pertolongan kepada Allah.
Doa merupakan senjata orang yang beriman. Orang yang beriman apabila dia berdoa
bersungguh-sungguh pasti akan diperkenankan oleh Yang Maha Berkuasa. Dia yang
memberikan segala-segalanya kepada hamba-hamba-Nya. Seperti ayat ke-192,
memohon dijauhkan daripada menjadi penzalim dan dizalimi kerana penzalim akan
dimasukkan ke neraka dan dizalimi pula mendapat kecelakaan di dunia. Dan ayat
ke-193 pula berpesan tentang memohon keampunan kepada Yang Maha Pengampun atas
segala dosa yang telah dilakukan sama ada secara sengaja mahupun tidak. Dosa-doa
kerana tidak mengikut perintah Allah dan Rasul-nya. Manakala ayat ke-104 pula
mengajar kita tentang pengharapan untuk mendapat ganjaran Allah SWT setelah
segala kebaikan dan kebajikan yang telah dilakukan dengan ikhlas.
Prinsip
doa yang harus kita amalkan ialah mesti memuji Allah SWT dengan ikhlas. Kedua
pula, kita berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli
keluarga baginda dan seterusnya berdoalah dengan penuh pengharapan dan bersungguh-sungguh
untuk mendapatkannya. Berdoalah dengan doa yang mudah difahami maksudnya kerana
itu lebih dekat dengan Allah. Jika ada kemampuan, berdoalah dengan doa-doa
al-Quran dan doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Wallahu
‘Alam. Terima kasih
8:41 AM |
Category: |
0
comments
Comments (0)