Usrah Qiyadah Pkpim.
26 April 2016.
Tempat: USIM.
Tema Perbincangan:
“Kurniaan Istimewa Allah SWT kepada pejuang Hararkiy”
(al-Taubah:111-112)
بسم
الله الرحمن الرحيم
.
إنَّ
اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ
الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ
وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ
أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي
بَايَعْتُم بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Sesungguhnya
Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta
benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan)
mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan
terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang
ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran;
dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu,
bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan
(ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang
besar.(111)
التَّائِبُونَ
الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ
الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ
لِحُدُودِ اللَّهِ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
(Mereka itu ialah): orang-orang yang
bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut
ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat
kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas
hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat
demikian).
Mukadimah.
Seorang bapa sentiasa bertungkus lumus untuk mencari
nafkah yang halal untuk isteri dan keluarganya. Dari pagi sampai ke malam, ke
sana ke sini demi kepentingan keluarganya. Seorang ibu pula, mempersiapkan
urusan di rumah, mendidik anak dengan didikan agama yang benar, menjaga
kehormatan dan harta suaminya. Seorang anak yang soleh akan mendoakan
kesejahteraan kedua ibu bapanya serta berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi
anak yang berguna dan bermanfaat serta berjasa kepada umat. Seorang pemimpin
menjaga kedaulatan dan keharmonian negara, menjaga kebajikan umat, memumuk
perpaduan, membentuk sebuah negara yang menolak kezaliman dan mementingkan
keadilan dan paling penting menegakkan syariat Islam dan mempraktiskannya dalam
setiap urusan. Seorang ulama’ juga memainkan peranan yang besar iaitu bukan
sahaja memberi fatwa tetapi mendidik umat ke jalan yang benar dan shahih serta
tidak menyimpang daripada ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah. Setiap umat
mempunyai peranan yang tersendiri. Pakar ekonomi, kejuruteraan, pertanian,
perdagangan, perundangan, perkapalan, aeroangkasa dan sebagainya mempunyai
tugas-tugas yang penting dan sesuai dengan skop kemahiran demi menjaga
kemaslahatan negara dan umat. Mereka semua ini pasti mendapat ganjaran yang
besar disisi Allah SWT jika mereka berninat kerana Allah SWT. Merekalah Pejuang
Hararkiy!
Saya melihat, pejuang zaman sekarang telah mengsekularkan
konsep dunia dengan kehidupan di akhirat. Terdapat 3 golongan iaitu pertama
yang memisahkan urusan dunia dari agama. Kedua ialah menolak dunia demi akhirat
semata-mata. Ketiga pula ialah golongan yang mengambil jalan tengah. Golongan
ketiga ini yang disebut di dalam al-Quran:
وَإِنَّ
هَٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ
Dan
sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu - ugama yang satu asas pokoknya,
dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.
Namun Allah SWT mencela
sebahagian golongan yang lain khususnya golongan pertama dan kedua kerana
mereka tidak melaksanakan suruhan Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW:
فَتَقَطَّعُوا
أَمْرَهُم بَيْنَهُمْ زُبُرًا ۖ كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ
Kemudian
umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan ugama mereka kepada beberapa
pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.
Jika
kita perhatikan firman Allah SWT di dalam al-Quran, kita akan dapati Allah SWT
tujuan manusia dijadikan ialah menjadi hamba yang menyembah Allah SWT, menjadi
pemimpin untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara, menyuruh yang
makruf dan mencegah yang mungkar. Begitu juga jika kita renungi sirah
Rasulullah SAW, beliau seorang pejuang di medan, seorang bapa, seorang suami,
seorang yang kuat beribadat, berilmu, menolong orang yang susah, seorang
pemimpin, seorang peniaga dan pengembala. Maka, sebahagian umat sekarang sudah
terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar dan mengada-adakan sesuautu bukan
dari ajarannya bahkan ada yang menolak sesuautu yang tidak bersesuaian dengan
dirinya. Ini bentuk pemikiran yang salah. Oleh hal demikian, muncullah
pemikiran seperti sekularisme, liberalisme, kapatalisme dan sebagainya.
Sepatutnya, kita harus kembali kepada ajaran Islam yang sebenar kerana Islam
agama yang syumul. Firman Allah SWT:
إِنَّ
الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ
Sesungguhnya
ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.(ali-‘Imran:19)
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ
دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ
دِينًا
Pada
hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan
nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk
kamu.
Allah
SWT akan memberikan ganjaran syurga kepada hamba-hamba-Nya yang sentiasa
berjuang di jalan Allah SWT dengan mengikut cara yang terdapat di dalam
al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
Terdapat
9 ciri-ciri orang yang beriman yang diberikan khabar gembira seperti yang
dinyatakan di dalam surah at-Taubah ayat ke-112 yang akan saya bahaskan
kemudian. 9 ciri-ciri ini membuktikan apakah makna seorang pejuang yang
sebenar. 9 ciri ini juga akan membentukan pemikiran dan kekuatan bagi seorang
pejuang. Apabila 9
ciri-ciri ini diamalkan oleh pejuang, dia akan menjadi seorang yang beriman
yang sempurna dan mampu mendidik keluarga, masyarat bahkan memimpin negera.
Insya-Allah.
Pejuang
itu bukan sekadar menghunus pedang dan lembaran-lembaran pemikiran sahaja
tetapi seorang pejuang itu harus seorang yang beriman, menginfakkan diri untuk
Allah SWT, bertaubat, pemuji Islam, pengembara untuk menuntut ilmu, menyembah
Allah SWT, mengerjakan solat, menyuruh yang makruf, mencegah yang mungkar serta
memelihara hukum-hukum Allah SWT.
Ramai
pejuang hararkiy yang mengatakan dia seorang pejuang yang sebenar tetapi
sebenarnya dia tersalah faham. Seperti buat kerja kebajikan untuk gelendangan
itu sahaja dinamakan pejuang hararkiy. Sama juga ada yang menyatakan bahawa
membaca dan membahaskan topik-topik intelektual sahaja itu ialah pejuang.
Pelbagai ragam umat zaman sekarang ini, kerana
kemungkinan sebahagian daripada mereka tidak meramas Al-Quran dan Hadis
Rasulullah SAW dengan mendalam dan jika dibahaskan pun, pemahaman itu tidak
sama apa yang dikehendaki. Oleh itu, wujud golongan-golongan pejuang hararkiy
yang punya idealisme yang pelbagai. Ada yang baik dan ada juga yang buruk.
Tafsiran al-Quran.
إنَّ
اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ
الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ
وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ
أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي
بَايَعْتُم بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Sesungguhnya
Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta
benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan)
mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan
terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang
ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran;
dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu,
bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan
(ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang
besar.(at-Taubah:111)
Turunnya ayat ini pada perjanjian Aqabah ke-2 di mana
ketika itu pada tahun ke-13 kenabian Nabi Muhammad SAW. Perkara ini disebut
oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya. Di dalam tafsir Ibn Kathir dan tafsir
al-Qurtubi juga membawa riwayat yang sama tentang penurunan ayat al-Quran ini. Abdulullah
bin Rawwahah r.a. pernah berkata kepada Rasulullah SAW pada malam Aqabah:
“Berilah persyaratan bagi Tuhanmu dan bagi dirimu sesuka hatimu.” Maka
Rasulullah SAW menjawab melalui sabdanya: “Aku memberi syarat bagi Tuhanku,
hendaklah kalian menyembah-Nya dan janganlah kalian memperseketukan Dia dengan
sesuatu pun. Dan aku memberikan syarat bagi diriku, hendaklah kalian membelaku
sebagaimana kalian membela diri dan harta benda kalian sendiri. Mereka
bertanya: “Apakah yang kami peroleh jika kami mengerjakan hal tersebut?
Rasulullah SAW menjawab: “Syurga”. Mereka pun membalas: “Jual beli yang
menguntungkan dan kami tidak akan mundur dan mengundurkan diri.” Lalu turunlah
ayat ini.
Di dalam perbincangan kami, kami semua bersepakat dan
bersetuju bahawa ayat ini adalah ayat motivasi. Sepotong ayat yang
membangkitkan semangat pejuang hararkiy yang ketika mana mereka tidak nampak
dengan jelas ganjaran terhadap apa yang telah mereka lakukan. Di saat pejuang
itu merasakan hartanya dikeluarkan untuk Islam seperti air sungai yang
mengalir, dia pun terfikir bahawa hartanya akan berkurang namun Islam
menjanjikan hal yang lebih baik apabila harta kekayaaan yang diberikan untuk
Islam, umatnya akan memperoleh ganjaran syurga dan redha Allah. Begitu juga,
seorang pejuang yang sentiasa bertungkus-lumus dengan tulang 4 keratnya untuk
memberikan manfaat kepada Islam dan umatnya. Semua ini, ada ganjaran bagi
pejuang yang beriman dengan firman Allah SWT.
Buya Hamka menyebut di dalam tafsirnya tafsir al-Azhar
bahawa kekuatan umat Islam ini pada dua tempat iaitu di Masjid dan hidup
berjemaah. Apabila umat itu sentiasa dekatkan diri dengan masjid, maka dia akan
seorang pejuang yang hatinya bersih dan begitu juga apabila dia selalu solat
berjemaah, dia suka hidup bersama masyarakat dan suka membantu. Para pejuang
itu harus melazimi diri mereka di rumah-rumah Allah dan sentiasa berjemaah
kerana ia teras dan paksi perjuangan yang sebenar.
Seperkara yang menarik juga telah disebut iaitu apakah
tugas dan siapakah sebenarnya pejuang itu? Pejuang itu ialah sebenarnya hamba dan tugasnya adalah mentaati segala
perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangannya. Terdapat dalam beberap hadis
jika kita pelajari di dalam Umdatul Ahkam yang menghimpunkan hadis-hadis
pilihan dari Bukhari dan Muslim, kita akan dapati satu bab tentang pembebasan
hamba. Hakikatnya, seorang hamba itu, tidak berhak ke atas dirinya sebarang
bentuk harta. Segala hartanya adalah milik tuannya sehinggalah dia dibebaskan.
Kerjanya adalah menjaga tuan dan hartanya. Begitulah umat Islam dengan Allah
SWT. Kita tidak punya harta pada hakikatnya dan kesemuanya itu hanyalah
pinjaman daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Dia mememerhatikan setiap
hamba-Nya yang manakah yang mengikfakkan diri dan hartanya untuk Dia dan
balasan itu bukan untuk Allah SWT tetapi ia kembali kepada hamba-Nya.
Allah SWT juga menegaskan satu bentuk perniagaan yang
akan menyelamatkan hamba-Nya daripada azab api neraka yang pedih. Firman Allah
SWT di dalam surah as-Saf ayat ke-1-dan ke-11:
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ
عَذَابٍ أَلِيمٍ
Wahai
orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh
menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
تُؤْمِنُونَ
بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ
وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Iaitu,
kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan
menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah
yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang
sebenarnya).
Sangat jelas dengan kedua-dua ayat ini.
Pada ayat 111 pada surat at-Taubah pula menjanjikan syurga dan ayat ke-10 dan
11 pada surah as-Saf ini menerangkan
tentang satu perniagaan yang akan menyelamatkan umat daripada api neraka.
Inilah kombinasi yang penting dan harus difahami oleh seorang pejuang hararkiy
yang ingin mengharapkan kurnian istimewa dari Allah SWT. Seorang pejuang itu
mesti beriman dengan Allah SAW dan Rasulnya serta berjuang menegakkan tauhid
dengan harta dan diri mengikut kemampuan yang ada.
Selain itu, saudara Fazril Salleh juga menerangkan tentang
keadaan pensaksian hamba-hamba Allah SWT itu bermula dari alam roh. Pada masa
itu, semua umat itu bersaksi dan beriman dengan Allah SWT. Dengan kesaksian
itu, mereka akan melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala
larangannya. Ketika mana tuhan bertanya adakah Aku tuhanmu, mereka menjawab
dengan mengiakan tanpa keraguan. Jadi, boleh dikatakan semua umat di dunia ini
sebenarnya sudah beriman namun sebilangannya kufur dan menolak perintah Allah
SWT dan memilih ajaran selain dari Islam. Saya masih berpendirian bahawa
sesiapapun yang melakukan kerja amalan kebajikan dan tidak dipengaruhi
kesyirikan, mereka adalah golongan yang benar dan akan mendapat ganjaran yang
setimpal dengan kebaikan itu.
Prof Naquib al-Attas juga menyebutkan tentang makna diri
ada 4 tingkatan yang berperingkat bermula kejadian umat itu ada kontrak. Mereka
perlu mengabdikan diri kepada Allah. Sunnatullah itu memberikan pengiktirafan
bahawa umat itu mempunyai pilihan sama ada ingin mengerjakan kebaikan ataupun
sebaliknya dan seterusnya menjadi pemimpin untuk mentadbir negara. 4 tingkatan
untuk makna diri sangat wajar diamalkan oleh para pejuang hararkiy. Kesan daripada
itu, dia akan mendapati dirinya sudah melaksanakan suruhan Allah SWT dan
meninggalkan larangan-Nya.
Para pejuang yang menegakkan suruhan Allah SWT
mendapatkan ganjaran di dunia dan di akhirat. Saya memetika beberapa hadis:
Daripada Abu Qatadah
al-Anshari R.A menututrkan bahawa para sahabat keluara bersama Rasulullah SAW
menuju ke Hunain( Selanjutnya dia menuturkan kisahnya) Rasulullah SAW lantas
bersabda 3 kali: “Barangsiapa yang membunuh musuh-musuh dan dia memiliki bukti
atas perbuatannya tersebut, maka dia berhakt mendapatkan pakaian musuh yang
dibunuhnya”. (Bukhari dalam Fardh al-Khumus, 3142)
Anas bin Malik R.A
menuturkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Keberangkatan seseorang di pagi
hari atau di petang hari (untuk berjihad) di jalan Allah walaupun hanya sekali
itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Bukhari, al-Jihad wa
as-Syiar,2791)
Abdulullah bin Umar R.A
mengatakan, “Rasulullah SAW mengutus pasukan ke Najd dan aku juga turut serta
dalam pasukan tersebut. kami mendapatkan unta dan kambing. Rampasan yang kami
peroleh mencapai dua belas unta. Oleh kerana itu, Rasulullah SAW memberi kami
masing-masing seekor unta.
Banyak sekali fadhilat dan ganjaran yang dijanjikan oleh
Allah dan rasul-Nya kepada pejuang yang benar-benar berjuang di jalan Allah SWT
dengan hati penuh dengan keikhlasan dan kejujuran.
Pada ayat ke-112 ini menjadi titik tolak permulaan bagi
seorang pejuang hararkiy untuk memperoleh kurnian istimewa dari Allah SWT serta
akan membentu jati dari seorang pejuang yang berjiwa besar, terampil dan
berkemajuan.
التَّائِبُونَ
الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ
الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ
لِحُدُودِ اللَّهِ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
(Mereka itu ialah): orang-orang yang
bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut
ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat
kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas
hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat
demikian).
Ayat ini memerlukan satu artikel yang lain, saya kita
saya perlu membahaskannya dalam bentuk penulisan yang lain dan tajuknya ialah “Ciri-ciri
Pejuang Hararkiy dan Hikmahnya”. Insya-Allah. Kerana, ia sebuah topik yang
harus diberikan pengkhususan yang lebih utama bagaimana cara untuk menjadi
pejuang hararkiy yang hakiki dan diredhai.
Kesimpulan
Pejuang hararkiy itu bukan seorang yang individualistik
kerana ini sudah dijelaskan oleh Allah di dalam ayat sebelum ini. Pejuang bukan
berjuang untuk diri sendiri semata-mata tetapi sebenarnya dia berjuang untuk
Islam dan umat.
Pejuang juga harus memiliki dhamir tersendiri dengan
menggunakan akal supaya tidak jumud dan berfikiran sempit. Mengikut-ikut
sesuatu perkara tanpa disoal selidik dan mencari kebenaran.
Pejuang juga harus cepat membina pontensi diri,
berketerampilan dan berkemajuan supaya umat sentiasa berkeyakinan dan
memberikan kepercayaan.
Seorang pejuang itu juga harus meninggalkan legasi yang
baik kepada generasi selepasnya. Ini satu perkara yang penting dan harus
dibincangkan dan dibahaskan. Kita harus bermuhasabah dan berfikir, apakah yang
sudah kita lakukan untuk umat. Apakah kita sudah mempersiapkan generasi
seterusnya untuk memikul legasi yang telah ditinggalkkan. Jika tidak mampu
mempersiapkan legasi yang baik, maka jelas bahawa kita belum menjadi pejuang
hararkiy yang sebenar kerana telah meninggalkan legasi yang buruk dan membawa
fitnah kepada masyarakat. Kita lihat bagaimana Rasulullah SAW meninggalkkan
para sahabat dengan sebuah legasi yang cukup hebat kepada generasi yang
terhebat!
Rasulullah SAW merupakah qudwah hasanah. Para pejuang
hararkiy wajib mencontohi akhlah nabi Muhammad SAW dalam berdakwah dan
berjuang. Rasulullah SAW tidak meninggalkan umatnya dalam kegelapan melainkan
jika umat itu yang tidak mencari petunjuk. Rasulullah SAW menyempurnakan amanah
yang diberikan oleh Allah SWT. Para sahabat hanya meneruskan legasi yang ditinggalkan
oleh Rasulullah SAW. Inilah contoh yang terbaik.
Dalam sepotong ayat al-Quran yang cukup memberikan saya
satu kekuatan mental dan memberikan saya satu keyakinan yang mutlak untuk saya
berada dalam jalan dakwah ini. Allah berfirman dalam surah Muhammad ayat ke-7:
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ
أَقْدَامَكُمْ
Wahai
orang-orang yang beriman, jika kamu berjasa untuk (ugama)
Allah nescaya Allah membalas jasa kamu (untuk mencapai kemenangan) dan
meneguhkan tapak pendirian kamu.
Inilah puncak kepada
paksi perjuangan. Tatkala kita berada dalam keletihan, kemurungan, kurang
semangat, putus asa, lelah, sedih dan sebagainya maka, renungilah ayat ini. Hayatilah
ayat ini. Tadaburrlah ayat ini. Hadam dan ramas ayat ini dengan hati dan akal.
Tanam ayat ini di dalam hati. Simpan ayat ini di dalam otak. Mudah-mudahan,
kita akan mendapat keyakinan dan kekuatan semula.
11:37 PM |
Category:
idealisme
|
0
comments
Comments (0)