Usrah Ziarah.
15/3/2016.
Bersama Ustaz
Siddiq Fadzil.
Tajuk: Maqasid
Tarbawi.
Bismililahhirrahmanirrahim.
Alhamdulillah.
Penulisan kali
ini, saya akan membincangkan hasil dapatan perkongsian ilmiah dan diskusi
perbincangan yang luar biasa yang disampaikan oleh seorang tokoh ilmuwan.
Seorang tokoh yang berusia namun pemikiran masih segar-bugar. Setiap perkataan
yang dipertuturkan adalah mutiara-mutiara yang bernilai. Hikmah berbicara.
Petah berpidato. Renungan mata yang tajam boleh menusuk hadirin yang hadir.
Kata-kata yang sangat memukau. Sungguh benar yang diungkapkan oleh pepatah arab
إن من البيان لسحرا yang membawa erti “setiap
ungkapan adalah sihir”. Saya ingin menyatakan bahawa beliau adalah seorang
pensihir yang boleh mematah setiap hujah lawan serta ungkapannya mampu
menyucikan pemikiran-pemikiran yang kotor dan salah. Beliau juru bicara umat.
Beliau seorang ayah yang kasih kepada anak. Nama Beliau ialah al-Fadhil Dato’
Dr. Siddq Fadzil. Beliau merupakan Ketua Majils Istisyari Wadah, Presiden Koleh
Dar Al-Hikmah dan Pengerusi Akademi Kajian Ketamadunan (AKK).
Saya juga ingin
menceritakan serba ringkas tentang beliau apa yang saya tahu. Saya agak baharu
mengenali tokoh ini, pada permulaan saya mengenalinya dalam kelas pengajian
Tafsir Maudu’iy. Saya mengikut perbahasannya di youtube serta saya juga pernah
membaca bukunya iaitu “Pendidikan al-Hikmah”. Beliau juga terlibat dalam
gerakan jemaah Pkpim, Abim dan Wadah. Beliau pernah menyandang sebagai presiden
Pkpim yang ke-10.
Beliau juga
berkongsi beberapa nasihat yang penting sebelum membahaskan topik yang sangat
besar. Beliau menceritkan bahawa kemasukan dia ke dalam jemaah PKPIM adalah
merupakan babak penting dalam menentukan pola dan corak kehidupan, peribadi
bahkan pemikiran. Liku-liku perjuangan yang ditempuhi sangat mencabar. Sudah
hampir setengah abad PKPIM mampu bertahan dalam kancah dakwah ini sehingga
masih mampu bertahan sehingga ke akhir ini. Kata beliau, faktor utamanya ialah
ilmu. Pada awal pertubuhannya, PKPIM hanya memfokuskan tentang kebajikan umat.
Setelah beberapa tahun muktamar, Anwar Ibrahim di angkat menjadi presiden.
Ketika itulah bermulanya era kebangkitan jemaah untuk umat. Anwar Ibrahim
menjadi pencetus idea untuk menggerakkan ahli jemaah menjadi lebih proaktif,
menjadi juru bicara umat, agen perubahan dan memastikan kebajikan ahli dan umat
terjaga. Beliau berpesan kepada kami bahawa tradisi ini harus dikekalkan dan
perlaksanaannya perlu lebih kehadapan. Keilmuan dan komitmen dalam perjuangan
harus seiring dan tidak boleh dipisahkan.
Saya memperoleh
satu pencerahan yang cukup jelas tentang perjalanan generasi terdahulu
bagaimana menggerakkan jemaah dan turun ke lapangan. Saya memerhatikan bahawa
generasi sekarang belum cukup mampu menandingi kehebatan keintelekutalisme
generasi terdahulu. Semua kitab dibahaskan. Pemikiran-pemikiran dari barat dan
timur dikupas. Setiap baris perkataan di dalam kitab dihayati dan beramal
dengannya. Apakah generasi sekarang sudah melakukannya? Tepuk dada tanya iman.
Kita bukan sahaja longlai dari segi perjuangan malahan ketangkasan dalam
menangkis pemikiran yang songsang juga belum mampu dikritik bahkan kita pula
yang menjadi pengikut. Kenapa hal ini berlaku? Salah sistem lagikah? Semoga
Allah sentiasa memberi kita peluang dan ruang untuk mencari hidayah yang benar
dan setiap langkah kita mendapat keredhaan Allah.
Maqasid Tarbawi
Topik ini harus
dibincangkan oleh segenap lapisan umat baik muslim mahupun kafir iaitu Maqasid.
Maqasid ialah tujuan, objektif dan matlamat. Setiap kehidupan ada maqasidnya. Dan
tujuan utama ialah mengabdikan diri kepada tuhan. Semua umat mengakui tujuan
hidup ini melainkan athies yang tidak mempercayai kewujudan tuhan. Tarbawi pula
membawa pendidikan. Jadi, penulisan ini akan memfokuskan kewujudan maqasid asas
yang 5 iaitu agama, nyawa, akal, harta dan keturunan dalam membina kependidikan
dalam konteks malaysia. Bagaimana maqasid ini akan mendidik umat yang berbilang
kaum serta kesatuan kaum untuk mengharmonikan maqasid dalam kehidupan seharian
demi kemasalahatan umat sejagat. Di Samping itu, di dalam perbahasan ini juga
akan menyentuh tentang syariat islam. Apakah maksud sebenar syariat islam ini.
Ustaz Siddiq berkata bahawa syariat yang difahami pada zaman
sekarang ini hanyalah yang berkait rapat degnan hukum sahaja sama ada ibadat
kepada Allah dan keluarga. Ada juga hanya memahami syariat itu hanyalah hukuman
hudud, qisas dan ta’zir. Ada yang juga yang mengerti bahawa syariat terpisah
daripada hukum sosial, politik dan ekonomi. Maka wujudlah pemikiran-pemikiran
baharu seperti sekularisme, sosialisme, kapalalisme dan lain-lagi.
Apa yang menarik minat saya ialah beliau menyebut bahawa islam
membawa values iaitu nilai-nilai ataupun dalam arabnya ialah القيام kepada seluruh umat. Ini tidak juga
bertepatan dengan rahmat Alllah kepada seluruh alam. Ini juga sangat
bersesuaian dengan pengutusan nabi Muhammad SAW untuk semua lapisan umat. Hukum perundangan islam adalah untuk menilai
perkara yang baik dan buruk. Daripada penilaian tersebut kita akan dapat
memahami apa yang baik dan buruk. Nilai yang baik kita ikut manakala nilai yang
buruk kita buang. Sebagai contoh, maqasid yang utama iaitu islam. Mengimani dan
mempercayai bahawa islam adalah agama yang diterima oleh Allah. Ini kewajipan
pertama bagi umat islam dan bukan islam juga beriman dan menyembah apa yang
dipercayainya. Allah menyebut hal ini di dalam surah al-Kafirun “untukmu
agamamu, untuku agamaku”. Contoh kedua ialah memelihara harta, bagi yang
mencuri perlu dikenakan hukuman yang setimpalnya. Contoh ketiga pula,
memelihara akal dengan menuntut ilmu untuk berkemajuan dan berketerampilan
serta membina peradaban negara. Ada juga yang ulama yang menuntut keadilan dan
kebebasan daripada maqasid ini kerana setiap umat memerlukan keadilan yang
saksama. Semua umat mahukan kebebesan bersuara dan menyuarakan pandangan. Oleh
itu, tidak boleh lari maqasid ini kepada semua umat. Semua nilai-nilai ini akan
memastikan kesejahteraan umat sejagat. Tiada ada umat yang menafikan
nilai-nilai yang baik ini serta mereka mengakui kepentingan nilai-nilai ini
demi kemaslahatan kehidupan.
Para pembaca juga kena memahami satu perkara iaitu siapakah ulama’
yang memulakan perbincangan maqasid syariah ini. Ulama’ ini tidak asing lagi
dari dunia keilmuan. Ramai para ulama’ mengakui kesarjanaan dan keilmuan beliau.
Beliau ialah al-Syatibi. Nama sebenar beliau ialah Abu Ishak Ibrahim bin Musa
bin Muhammad al-Lakmi al-Syatibi. Beliau berasal dari Andalus dan meninggal
pada tahuun 1388 hijrah di Asbania. Buku yang terkenal yang membincangkan
tentang maqasid syariah ini ialah al-Muafaqat. Beliau juga ulama’ fiqh dan
mengarang banyak buku antaranya al-‘Itisom. Walabagaimanapun, ada juga yang
mengkritik pemikirannya terhadap isu-isu ibadat dan pemikiran. Namun demikian.
Keikhlasan beliau dalam menyumbang ilmu diiktiraf oleh semua umat.
Selepas al-Syatibi, ramai ulama’ yang membahaskan Maqasid Syariah
ini dan kita boleh dapati kebanyakkan buku Usul Fiqh akan ada menyebut tentang
Maqasid Syariah ini. Ramai pemikir dan pendokong Maqasid Syariah seperti Thahir
Ibn ‘Asyhur tafsinyra at-Tahrir wa at-Tanwir dari Tunisia, al-Qardhawi,
Ahmed Ar-Raissouni, Dr. Jaser Auda, Syiekh Taha Jabbar yang menulis tentang al-Maqsid
al-‘ulya al-Hakimah dan lain-lain lagi
Ustaz Siddiq juga menyentuh tentang perpaduan umat. Perkara ini
saya kira satu hikmah yang telah hilang daripada islam. Umat Islam hanya memikirkan soal haram, kafir
mengkafir, mengwahabikan dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, Islam dilihat
sebagai agama yang mundur. Islam lagi tidak memperjuangkan kemajuan. Islam juga
tidak mementingkan persaudaraan. Sampailah islam digelar agama pengganas.
Walhal ajaran Islam tidak sempit seperti itu namun disebabkan umat Islam yang
tidak memahami didikan ajaran Allah dan sunnah Nabi Muhammad, terzahirlah
perkara yang buruk oleh umat islam kepada umat lain. Oleh itu, seruan kepada
maqasid syariah ini sangat unik. Perpaduan boleh dibina dengan kefahaman ini.
Perpaduan dapat dijalinkan dengan sempurna dengan adanya sistem ini. Umat islam
perlu menawarkan maqasid ini kepada umat lain dan membuktikan bahawa islam
adalah agama yang menyeluruh dan sempurna dari segi aspek.
Selain itu, kemunduruan islam adalah berkait rapat dengan ilmu dan
pendidikan. Satu kesalahan terdahulu yang perlu kita lakukan ialah
menterjemahkan kembali keindahan islam kepada umat lain. Dahulunya, pada zaman
Abbasiyyah terkenal dengan para ulama yang hebat. Mereka membaca karya-karya
Yunani, Rom, Greek, India, China dan lain-lain lagi. Sebelum kedatangan Islam
ke tanah arab, tamadun Arab belum maju lagi bahkan sebuah bangsa yang kotor dan
buta huruf. Oleh itu, banyak peradaban daripada luar daripada tanah arab,
mereka menyerapnya dan menterjemahkan. Antaranya yang terkenal seperti
al-Khawarizmi yang telah menterjemahkan kitab al-Sinad al-Hind daripada bahasa
urdu ke bahasa arab. Ada juga menterjemahkan buku falsafah dan membuat kritikan
ke atasnya seperti Ibnu Sina, Ibnu Rusyd dan al-Ghazali. Ada juga ulama’ lain
yang menyumbang. Satu kesilapannya ialah, selepas generasi mereka ini, tidak
ramai ulama’ tidak menterjemahkan ilmu-ilmu ke dalam bahasa umat yang lain
seperti di Malaysia iaitu Bahasa Malaysia. Mereka mungkin terlepas pandang dan
tidak memahami dengan baik ataupun mungkin terlupa iaitu ayat al-quran yang
Allah memerintahkan dengan pengutusan rasul dengan bahasa kaumnya. Saya melihat
ayat al-quran ini perlu diberi kefahaman yang mendalam. Pemahaman yang
mencetuskan idea yang bernas. Kita dalam dunia ini terdapat beribu-ribu bahasa
dan di Malaysia ini sahaja ada 13 negeri dan di setiap negeri ada loghatnya
tetapi bahasa rasmi kebangsaan yang termaktub dalam perlembagaan perkara 152
ialah bahasa melayu. Dahulunya ulama’ melayu telah berjaya menjejalah tanah
arab untuk menuntut ilmu. Ilmu yang diterjemahkan yang banyaknya hanya tertumpu kepada perkara-perkara yang
berkaitan dengan aqidah, fekah, akhlak dan soal-soal ibadat. Tidak banyak hal
yang lain dan mungkin ada serba sedikit pada waktu ini.
Ustaz Siddiq menyebutkan
lagi bahawa satu pengajaran yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW ialah penyucian
hati. Menurut beliau, Penyucian hati ini adalah seperti bersih persekitaran,
integriti, tidak tamak mengejar kekayaan, gelojoh merobek alam sekitar dan
apabila penyucian hati sudah disebati dalam jiwa manusia akan dapat membina
tamadun dengan menggunakan pertimbangan akal dengan wahyu. Perkara ini benar
dan tepat sekali dengan ajaran Nabi Muhammad SAW apabila diperintahkan oleh
Allah supaya mengajarkan al-quran kepada umatnya dan akan tetapi penyucian hati
adalah asas sebelum menyampaikan ilmu-ilmu al-quran.
Ustaz Siddiq juga menyebut tentang seorang tokoh hebat yang
disanjung tinggi oleh umat ialah Taha ‘Abdur-Rahman. Beliau berasal dari
Maghribi. Pengkhususan beliau dalam bidang Ilmu Mantiq, Falsafah, Bahasa dan
Akhlak. Menurut beliau bahawa Maqasid ini tumpuannya juga pada akhlak iaitu
memperbaiki diri dan mencantikkan sahsiah peribadi. Kata beliau bahawa apabila
Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi rasul ialah untuk menyumparnakan akhlak
sekalian umat. Daripada perkauman kepada satu perpaduan. Daripada kezaliman
kepada keadilan. Daripada benci kepada cinta. Beliau berpandangan bahawa
apabila para ulama’ meletakkan perbahasan tentang akhlak ini pada peringkat
yang ketiga selepas dharuriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat iaitu kepada tahsiniyyah
yang mana tidaklah sepenting Maqasid yang lain, adalah tidak tepat dan kurang
bersesuaian dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.
Maka jelas di atas beberapa topik penting tentang Maqasid Tarbawi.
Kesimpulannya ialah, ajaran Nabi Muhamad SAW merupakan jalan yang benar dan tepat
dan setiap suruhannya ada hikmah yang tersirat. Cara dakwah dan didikan Nabi
Muhammad SAW boleh diaplikasi setiap tempat dan waktu. Apabila diada-adakan
sesuatu yang bukan dari ajaran Nabi Muhammad, kemungkinan cara itu tidak akan
mendatangkan hasil yang baik dan sempurna. Mungkin ada sebilangan umat yang
mengatakan bahawa cara Nabi Muhammad SAW tidak algi sesuai diamalkan pada zaman
sekarang dan kuno dari segi perlaksanaanya namun bagi saya, saya yakin bahawa
sunnah Rasulullah adalah ajaran yang tepat. Mungkin juga sebahagian umat
merasakan bahawa apa yang dilakukan itu adalah sunnah tetapi sebenarnya tidak
seperti demo besar-besar yang tidak membawa faedah. Memperjuangkan tokoh-tokoh
tertentu dan bangsa-bangsa tertentu. Wallahu a’lam. Semoga Allah merahmati
usaha kita. Amin
Maqasid dan
perlaksanaan
Oleh itu, Ustaz Siddiq melihat dalam realiti di Malaysia ialah
bagaimana kesatuan umat di Malaysia ini akan bersatu kerana paksti akhlak ini
yang setiap agama mengiktiraf perkara yang baik dalam kehidupan seharian.
Perkara yang kedua ialah bagi ustaz Siddiq bahawa implikasi hukum
bersesuaian dengan realiti semasa. Implikasi hukum terhadap ekonomi, politik,
sosial, pendidikan perlu ada ijtihad baharu yang bersesuaian dengan keadaan di
negara kita. Para ulama’ juga harus membahaskan implikasi hukum yang baharu
terhadap isu-isu kenegaraan,perpaduan dan tidak hanya tertumpu kepada masalah
khilafiah semata-mata. Contohnya isu air di Negeri Selangor. Bagaimanakah
Maqasid Syariah ini dapat menyelesaikan masalah ini. Bagi Ustaz bahawa air ini
harus diberikan percuma kepada semua umat kerana air itu dalam nikmat dan
rahmat daripada Allah. Untuk mendidik umat ini melalui 3 cara iaitu 1)
kepentingan manusia 2) keadilan manusia 3) hati ke hati. Contoh lain yang
paling dekat dengan kita ialah pendekatan yang di bawa oleh Prof Yunus dari
Bangladesh. Beliau lahir pada tahu 1940 dan merupakan Founder Grameen Bank.
Beliau melihat bahawa faktor kemiskinan di Bangladesh sebagai ekonomi dan
beliau cuba menyelesaikan masalah di sana berpering-peringkat demi
kemasalahatan umat di sana. Oleh itu, ulama’ dan pemikir-pemikir dari pelbagai
bidang harus duduk semeja dan mencari jalan dalam menyelesaikan masalah yang
ada. Umat Islam mesti membuktikan bahawa Islam adalah tempat penyelesaian
segala masalah.
Bagi saya juga, para pemimpin dan pendakwah harus mengikut cara
kepimpinan dan dakwah rasulullah SAW iaitu menyeru semua umat mentauhidkan
Allah SWT. Adapun Pemimpin harus adil dalam membahagikan kesenangan dan
kemewahan kepada semua umat dan tidak hanya mengumpul kekayaan untuk diri dan
kaum kerabat tertentu sahaja. Rasulullah SAW membahagikan harta baitulmal
dengan adil dan saksama. Pada zaman sekarang, umat dibebani dengan cukai
bermacam-macam cukai pintu, bil-bil untuk kepentingan dunia dan umat islam pula
kena membayar zakat. Para pemimpim, ulama’ dan pemikir-pemikir harus
bersama-sama dalam menyelesaikan masalah ini dan mengurangkan sedikit bebanan.
Para pendakwah pula harus mengislahkan umat islam dengan ajaran
Islam yang sebenar iaitu mentauhidkan Allah dan melaksanakan apa yang
diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang. Adapun pendekatan para pendakwah
terhadap non-muslim pula, harus melakukan hal yang sedemikan serupa iaitu
menyeru supaya bersyahadah kepada Allah dan Rasul-Nya. Setiap para pemimpin dan
para pendakwah ada silapnya dan terkadang mereka memilih apa yang sesuai dengan
pendekatan mereka seperti Jemaah A untk kebajikan sahaja, Jemaah B politik dan
Jemaah C keilmuan. Islam datang untuk melengkapkan semua itu dan menjaminkan
kebahagian di dunia dan di akhirat.
3:07 AM |
Category: |
0
comments
Comments (0)