Membongkar Dakwaan Palsu Orientalis Terhadap Al-Quran
قضايا قرآنية في الموسوعة البريطانيا: نقد مطاعن، ورد شبهات
Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillah.

Pengenalan penulis buku.
Ini adalah tajuk sebuah buku dikarya oleh seseorang yang ahlinya dan hebat. Sebuah buku yang sangat besar dan padat dengan pengisian ilmiah. Membahaskan isu-isu dakwaan Orientalis yang sesat dan dipatahkan olehnya dengan berfakta dan berhikmah.
Buku ini ditulis oleh Shiekh Fadhal Hasan Abbas قضايا قرآنية في الموسوعة البريطانيا: نقد مطاعن، ورد شبهات dan diterjemahkan oleh Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Mohd Yusof bertajuk “Isu-isu Al-Quran dalam Eksiklopedia Britannica: Kritikan Terhadap Tuduhan-tuduhan dan Penolakan Terhadap Keraguan”. Hasilnya, buku ini diringkaskan kepada “Wacana AL-Quran, Membongkar Dakwaan Palsu Orientalis Terhadap Al-Quran”.
Siapakah Syiekh Dr. Fadhal Hasan Abbas? Beliau di antara ulama’ yang paling dekat dengan hati saya kerana diantaranya beliau adalah guru kepada Ustaz Dr. Radhwan Jamal al-Atrash, pensyarah Quran dan Sunnah Uiam iaitu juga guru saya. Saya sangat mengkagumi beliau kerana beliau seorang yang buta penglihatan. Saya teruja, bagaimana seorang yang kehilangan satu nikmat Allah azza wajalla ini mampu menjadi seorang yang alim dan fasih. Benarlah kata-kata Allah azza wajalla dalam al-Quran dalam surah al-Mujadilah ayat ke-11:
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Maksudnya: Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
 Hasil karya-karya beliau dikatakan lebih daripada 30 yang telah dikarang Sungguh benar, beliau seorang ilmuan yang sangat hebat. Keikhlasan dan kesungguhannya demi memelihara Al-Quran itu telah diangkat oleh Allah azza wajalla. Semoga Allah azza wajalla merahmati beliau dunia dan akhirat. Amin. Semoga ilmunya itu disebar luas dan umat kita dapa menikmat kelazatan ilmu itu. Insya-Allah. Amin.
Serba ringkas biodata Shiekh Dr. Fadhal Hasan Abbas. Beliau dilahirkan di Bandar Safuriah, Palestin pada tahun 1935 Masihi. Beliau memulakan pengajiannya pada peringkat awal di Madrasah Ahmadiyah kemudian melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Mesir. Kemudian, menyambung pengajian Ijazah di kulia Usuluddin al-Azhar dengan cemerlang. Pada tahun 1972, beliau telah berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dengan tajuk tesisnya : “Ittijahat al-Tafsir fi Sam wa al-Mesir”. Beiau seorang ulama’ yang arif dan pakar dalam bidang Tafsir dan secara khususnya I’jaz al-Quran, Balaghah dan Bahasa Arab. Dipetik dalam Biograf 99 Ulama Dunia oleh Mustafar Mohd Suki.
Justeru, tidak disangkal lagi, ulama’ seperti Shiekh Fadhal Hasan Abbas sangat diperlukan pada zaman fitnah bagi menjawab persoalan-persoalan orientalis yang sesat lagi menyesatkan.
Saya bercita-cita besar agar dapat dipertemukan walau sesaat bagi menatap wajahnya yang bercahaya dengan ilmu Allah azza wajalla. Semoga Allah perkenankan doa hamba yang lemah ini.


Pengenalan buku.

Demi Allah, Saya sangat menyarankan buku ini dibaca oleh setiap umat yang mencintai Alla azza wajalla dan mengasihi Nabi Muhammad SAW.
Fitrah manusia, jauh di lubuk hatinya terpancar sedikit keraguan dan kesamaran terhadap agama namun dia tetap sabar mencari jalan dan petunjuk agar keraguan itu disinari cahaya keimanan dan keyakinan.
Al-Quran adalah kalam Allah azza wajjala. Sebuah kalam yang penuh hikmah dan rahsia. Sebuah kalam cinta dan rindu bagi hamba-Nya yang sentiasa mendambakan cinta illahi. Sebuah kalam yang memberikan pedoman dan hidayah. Sebuah kalam yang memberikan kebahagian dunia dan akhirat.
Al-Quran diturun kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril dengan suruhan Allah azza wajalla secara berperingkat-peringkat, diturun dalam Bahasa Arab, mengandungi hikmah, pedoman dan pengjaran bagi seluruh hamba ciptaan-Nya.
Barangkali mungkin ada setitik cebisan hamba-Nya yang masih ragu-ragu dan samar-samar keimanannya sama ada al-Quran itu asalnya dari Bahasa Arab kerana terdapat desas-desus membincangkan bahawa al-Quran juga terdapat beberapa perkataan asalnya bukan dari Bahasa Arab sedangkan terang lagi bersuluh al-Quran menyebut dalam surah Yusuf ayat ke-2:
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Maksudnya: Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya
Dek lerana disebabkan beberapa percanggahan perbezaan pendapat ini, maka telah wujud perpecahan kepada 3 golongan. 1. Mereka mempercayai bahawa ada bahasa lain yang berada di dalam al-Quran. 2. Mereka mengimani bahawasanya setiap perkataan itu memang asal dari Bahasa Arab. 3. Mereka berpendapat ada bahasa bukan daripada Bahasa Arab tetapi setelah diturunkan dalam AL-Quran, maka ia menjadi Bahasa Arab, ia dinamai pengaraban (ta'rib)
Ustaz saya yang dikasihi iaitu Ustaz Dr. Anwar bin Ahmad yang sangat hebat dan tawadu’, beliau ialah Pensyarah Bahasa Arab UIAM yang telah mengajar saya subjek Nahu dan Balaghah Al-Quran dan Hadis telah bersetuju pada golongan ketiga. Ustaz saya telah memberikan satu contoh yang mudah. Kalau dalam Bahasa Melayu, perkataan Masjid, memang masjid asal Bahasa Arab tetapi sudah menjadi Bahasa Melayu, lalu rasmilah ia menjadi Bahasa Melayu dan bukan lagi Bahasa Arab. Begitulah beberapa perkataan lain seperti nama-nama Anbiyak seperti Ibrahim.
Pada pendapat saya pula yang masih menuntut ilmu dan serba kedhaifan, saya lebih cenderung kepada golongan kedua. Saya melihat dalil kerana firman Allah SWT dalam surah al-Zumar ayat ke-28 dan ianya begitu dekat dengan hati saya dan saya berasa sangat tenteram
قُرْآنًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِي عِوَجٍ لَّعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
Maksudnya: "laitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertaqwa."
Oleh itu, hukum-hakam dalam al-Quran adalah tetap dan tidak akan berubah, begitulah juga dari sudut bahasa, semuanya adalah Bahasa Arab, kalam Allah azza wajalla. Wallahu a'lam.
Buku ini mengandungi 8 Bahagian dan setiap satu bahagian mempunyai bab yang kecil. Setiap bab pula dibahaskan dengan baik dan padat. Beliau memulakan perbahasan dengan menerangkan pegangan asas dalam Islam berpandukan al-Quran, sunah dan qaul yang rajah, kemudian beliau akan menyentuh dakwaan orientalis dan membidasnya dengan tuntas sekali.
Sebagai contoh, Bahagian 1, beliau menulis tentang Pengenalan al-Quran, di dalam bahagian ini, mengandungi 3 bab iaitu pertama pengumpulan al-Quran, kedua cabaran menandingi dan meniru al-Quran dan ketiga asal-usul kalimah al-Quran.
Saya memetik satu contoh. Dakwaan orientalis mengatakan bahawa "Qalam" diambil daripada "Kalmus" dalam Bahasa Yunani. Jawapan Prof. Dr. Fadal Hassan Abbas:
"Dalam perkara ini, adalah tidak patut dirujuk daripada segi sejarah disebabkan adanya kemiripan makhraj iaitu sebutan antara kedua-dua lafaz tersebut. Ini kerana, kemiripan tidak menunjukkan yang mana lafaz terdahulu dicipta antara dua bahasa itu.
"Namun, kita boleh mengembalikan perkataan itu kepada Qalam atau Taqlim yang berasal daripada perkataan Qallamah dalam Bahasa Rab. Jadi, terbukti kalimah ini adalah asli."
Antara topik yang sering menjadi perbincangan oleh umat zaman sekarang ialah kesepaduan tema ayat al-Quran, penyambung dan pemutus ayat di antara ayat sebelum dan selepasnya, gaya bahasa al-Quran, perkataan asing dalam al-Quran, takdir manusia, pembukuan al-Quran, jihad dalam al-Quran, tafsir al-Quran, qiraat iaitu cara pembacaan dan sebagainya. Semuanya ini banyak disentuh oleh Syiekh Fadhal Hasan Abbas.
Di antara tomahan dan dakwaan orientalis. Saya sebutkan salah satunya agar para pembaca terasa tercabar. Mungkin daripada kita juga tidak mampu membalas dakwaan tersebut melainkan bagi yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Orientalis berkata: “Sebahagian daripada urah-surah panjang mengandungi pelbagai tajuk yang diceritakan pada pelbagai tempat dalam surah berkenaan. Al-Quran memberi kesan kepada pembaca dengan cara mengakhiri dengan ungkapan-ungkapa seperti (إن الله عليم حكيم) atau (إن الله سميع عليم) dan sebagainya. Akhir aya-ayat ini tiada kaitan dengan sebelumnya dan ia diletak hanya bagi menyempurnakan sajak dan rima sahaja”.
Justeru, persoalannya, bagaimana hendak menjawabnya? Banyak sekali ayat ini diungkap oleh Allah azza wajalla dalam kalam-Nya. Adakah benar dakwaan mereka? Jika salah, bagaimana mahu membidasnya? Jika mahu mengetahuinya, maka pelajarilah satu bab yang penting dalam kaedah Bahasa Arab iaitu dinamakan FASILAH.
Syiekh Fadhal Hasan Abbas juga telah membahaskan namun tidak secara terperinci. Walaubagaimanapun, ia telah menjadi titik permulaan untuk kita memahami kaedah FASILAH dalam al-Quran.
Banyak lagi perkara yang didakwa oleh orientalis yang ingin menimbulkan keraguan ke dalam hati muslim seperti dakwaan mereka terhadap kalimah Iman dan Solat daripada Ibrani . Ini jelas bahawa mereka cuba menafikan bahawa al-Quran itu diturunkan di dalam Bahasa Arab bahkan mahu juga mengatakan bahawa Allah SWT telah meminjam bahasa-bahasa mereka.

Kesimpulan
Al-Quran seperti yang disebut oleh Khurram Murad dalam bukunya Jalan Menuju Al-Quran bahawa al-Quran itu bukan semata-mata hanya dibaca untuk diperoleh 1 huruf 10 pahala semata-mata sahaja tetapi penting dalam memahaminya seperti tadabbur dan tazakkur.
Tidak dinafikan lagi, al-Quran ialah kalam Allah SWT yang memberikan pedoman dan petunjuk kepada umat yang bertaqwa.
Sungguh, kalam Allah azza wajalla sangat indah dan berhikmah. Ia mengandungi 1001 tersurat dan tersirat. Barangsiapa yang menemui rahsia yang tersingkap nescaya hati dan nuraninya akan bersinar dan bercahaya dunia dan akhirat. Insya-Allah.
Selamat membaca untuk menambah keimanan!


Comments (0)