Kisah debat seorang pemain bola dengan guru matematik
mengenai Solat Qasar dan Jamak dengan menyempurnakannya.
Pada tahun 2007, satu pasukan bola sepak Kicap Tamin akan bermain perlawanan persahabatan dengan sebuah pasukan bola sepak Kelapa Sawit. Perlawanan di antara dua pasukan akan bermula selepas waktu asar dan setelah membaca Al-Mathurat berjemaah.
Kicap Tamin berbaju berwarna putih biru manakala Kelapa Sawit berbaju kuning hitam. Perlawaan kedua pasukan ini sangat dinanti-nantikan kerana ini merupakan perlawanan pertama bagi kedua pasukan tersebut.
Perlawanan bermula dengan baik. Kicap Tamin lebih berhati-hati memerhati gerak lawan dan begitu juga Kelapa Sawit. Setelah 15 minit masa berlalu. Beberapa cubaan menarik pemain dari Kicap Tamin berjersi nombor 6 telah merembat bola dengan begitu kencang namun cubaan itu ditepis dengan hebat oleh penjaga gol lawan. Serangan demi serangan dilakukan serta terjahan demi terjahan juga dilepaskan. Hampir-hampir bertelegah.
Hampir-hampir wisel separuh masa pertama tamat untuk ditiupkan, Kelapa Sawit mendapat gol pendahuluan. Sorakan dari tuan rumah riuh. Satu kampong menyaksikan perlawanan itu. Kicap Tamin sedikit kecewa dan ketua pasukan bernama Hamid memarahi Shauqi kerana dia tidak menepis bola itu.
Kesemua pasukan berehat dan menyusun strategi semula. Kicap Tamin mula berbincang untuk mengatur langkah dengan lebih kemas dan sistematik. Jurulatih Chor memberitahu kelemahan Kelapa Sawit. Kicap Tamin terus membuat penukaran beberapa pemain dan posisi. Strategi daripada bertahan ditukar kepada menyerang dengan meletakkan 3 pertahanan, 4 pemain tengah dan 3 penyerang.
Wisel separuh masa kedua telah ditiup menandakan perlawanan bermula.  Serangan demi serangan Kicap Tamin telah lakukan. Saat itu, Burung-burung berterbangan kerana takut terkena rembatan bola yang kencang. Air yang berada di dalam cawan bergoncang-goncang kerana kelajuan para pemain berlari menyebabkan gegaran bumi namun Kicap Tamin terus buntu mencari gol penyamaan. Kekentalan pertahanan lawan yang sangat kebal tidak dapat ditembusi. Kicap Tamin hampir-hampir berputus-asa. Masa perlawanan berbaki 10 minit. Jurulatih juga mengelap peluh memikirkan strategi yang baru. Suaranya sudah serik kerana tidak berhenti menjerit-jerit memberikan arahan dan sokongan.
Sepakan sudut kali ke-10 buat Kicap Tamin pada masa kecederaan. Masa hanya berbaki 2 minit sahaja lagi. Semua pemain telah bersiap sedia di hadapan tiang gol lawan termasuk Shauqi turut serta. “bush” (bunyi sepakan bola dari Ashraff), satu sepakan lencong dan sangat baik dari Hamid melambung menuju ke tiang gol, Moaz dengan ketinggian 169 melompat setinggi-tinggi mengatasi semua pemain di situ dan dia terus melompat tinggi dan menanduk bola itu dengan sekuat hatinya sehingga bola itu masuk dengan begitu laju. “GOALLLLLLL!” Kicap Tamin bersorak!
Pengadit meniup wisel, “pritt…pritt…pritttt”. Perlawanan tamat. Keputusan berakhir seri 1-1. Semua pemain bersalaman dan berpelukan antara satu dengan lain. Mereka memuji di antara satu sama lain. Perlawanan persahabatan yang terbaik pernah mereka beraksi.
Usai sahaja mereka semua berkemas-kemas. Waktu maghrib pun tidak lama lagi sekitar dalam 30 minit lagi azan akan berkumandang.
Mereka pun pulang dan mencari masjid. Mereka telah berhenti di salah sebuah masjid untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.
“Allahu Akhbar Allhu Akhbar”…Azan Maghrib sudah berkumandang.
Tanpa melengahkan masa, semua bergegas mandi untuk persiapkan diri demi bertemu Raja Segala Raja.
Usai sahaja mereka semua bersiap, Jemaah Masjid tadi pun sudah selesai menunaikan solat.
Mereka pun mula untuk membuat jemaah baru untuk menunaikan solat selepas bersiap. Tiba-tiba, Moaz melihat guru matematik iaitu Cikgu Aziz mahu bersolat bersendirian.
Moaz bertanya: " Eh, Cikgu Aziz, kenapa tidak solat jamak qasar dan berjemaah bersama kami".
(Dengan nadanya yang sombong) Cikgu Aziz menjawab:" Ah, solat sempurna lagi bagus!”
Moaz itu berasa geram dan berbisik dalam hati. "Eh, Cikgu Aziz ini tak tahu agama mungkin, sesat la ni, Allah da bagi rukhsah kenapa la tidak ikut!”
Mereka semua terus mengerjakan solat Maghrib dan Isyak secara Jamak Qasar. Setelah itu, mereka semua pulang ke Sekolah…
Hari kian berlalu pergi, angin membawa diri. Begitulah manusia, apabila usia meningkat, perasaan mula mahu berdikari dan mencari nasib sendiri.
Moaz sudah berjaya, setelah dia lulus Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2009, dia mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya demi mencari ilmu kerana Allah azza wajalla. Walaupun keinginan dia untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara tidak kesampaian, dia tetap redha dan akur dengan keputusan Ibu Bapanya untuk dia terus menuntut ilmu dalam Negara sahaja.
Hampir 1 dekad mengembara. Cabaran dan dugaan sebagai seorang penuntut ilmu ditempuhi dengan sabar. Ada waktu imannya dia kuat, ada ketikanya imannya menurun. Itulah lumrah kehidupan dan sebagai seorang hamba, memohon keampunan kepada Allah azza wajalla, itulah rutit pada ¾ malamnya.
Moaz seorang yang bercita-cita tinggi, dek kerana pengalamannya yang lalu dan akhlah yang tidak baik, sedikit demi sedikit, cita-citanya kian menurun. Dia masih tidak mengerti apakan aturan perjalanan hidup ini sebenarnya. Di manakah permulaan dan bilakah penamat. Di saat jiwanya kecelaruan, hatinya tidak menentu pasti dia akan termenung di sebuah tasik. Jauh merenung merentasi langit sehingga dia selalu mengingati kata-kata Maryam: “Alangkah baik kalaulah aku mati sebelum ini…”
Moaz seorang yang suka membaca, Tafsir seperti Ibn Kathir, Tafsir Al-Qurtubi, Tafsir Misbahu al-Munir, Tafsir al-Azhar, Tafsir Sofwatu Tafasir, Hadis Shahih Bukhair, Riyadussolihin, 40 Hadis dan sebagainya itu juga hampir sudah dikhatamnya. Buku-buku aqidah, tauhid, fekah, usul fiqh, bahasa arab, sastera, sejarah, ekonomi, politik, sosial juga menarik minat dia. Bahkan buku tasawuf juga sering menjadi pendamping dia pada saat-saat jiwa sedang kacau seperti Al-Hikam dan Ihya’ Ulum ad-Din.
Buku-buku ini banyak mengubah pola kehidupannya daripada seorang yang suka berdebat kepada seorang yang pendiam. Buku-buku itu juga telah mempengaruhi corak pemikiran seperti daripada fanatik kepada lebih terbuka. Benarlah kata para ulama’, apabila semakin banyak ilmu yang dipelajari, hati akan akan menjadi lebih sayu dan lembut kerana ilmu yang dituntut itu mendatangkan keberhasilan dalam jiwa penuntut ilmu. Itulah tanda hatinya telah hampir dengan Sang Pencipta.
Pada suatu malam,
Moaz mula membaca buku seperti Bulugh al-Maram min Adillat al-Ahkam, karya Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani dan Subulus Salam oleh Imam Ash-Shan'ani.
Ibnu Hajar al-Asqalani lahir pada lahir pada tahun 773H dan meninggal pada tahun 852 H. Seorang ulama’ yang sangat besar bermazha syafiee dan pakar dalam bidang hadis dan fiqh. Antara karya yang terulung ialah Fath Al-Bari iaitu Huraian kepada Shahih Bukhari.
Al-Imam Ash-Shan’ani wafat pada tahun 1182 H. Beliau seorang ilmuan yang sangat besar. Pakar dalam bidang hadis dan buku Subulus Salam itu adalah huraian kepada Bulugh al-Maram.
2 Buku ini ialah karya yang hebat. Ramai ulama’ mengakui kehebatan penyusunan buku ini disusun. Para ulama’ juga membahaskan buku ini dan mengajarkannya kepada umat. 2 buku ini mengumpul dan menghuraikan hadis dari sudut hukum serta perlaksanaan.
Pada Bab Jamak Qasar.
Moaz membaca berulang kali. Seperti di dalam fikirannya ada sesuatu yang dia teringat. Matanya tidak berkelip. Tangannya kaku. Jantungnya berdegup dengan kencang.
Dia bingung terus apabila teringat peristiwa yang lalu iaitu pada 10 tahun yang lalu. Dia malu dan beristighfar kepada Allah azza wajalla agar diampunkan dosa yang lalu yang tidak dia sengaja lakukan kerana  dia telah berkata sesat kepada orang yang berilmu iaitu Cikgu Aziz.
Air matanya berlinangan. Moaz malu dengan diri sendiri. Dia terus beristighfar kepada Allah azza wajalla.
(Jauh di lubuk hatinya) Apakah benar cikgu Aziz itu mengerti hukum-hakam tentang fiqh dan ibadat. Apakah mungkin Cikgu Aziz belajar ilmu Mazhab Syafie dan Jumhur. Sekali lagi, Moaz menangis menyedari bahawa dia terlalu terburu-buru bersangka buruk kepada orang.
 Benarlah kata Cikgu Aziz iaitu menyempurnakan solat tanpa qasar dan jamak adalah lebih utama. Namun, bagi yang mengambil rukhsah tidaklah salah baginya. Kedua pendapat ini diterima oleh para ulama’.
Sungguh hiba hati Moaz. Dia berkata kepada diri sendiri: “Aku akan berdiam jika aku tidak tahu…”
Semoga Allah azza merahmati hamba-Nya yang ingin mencari keredhaan dan keberkatan hidup dunia dan akhirat.Semoga Allah azza wajalla mengampuni dosa yang dia tidak tahu.

Pengajaran yang boleh diambil.
1. Jangan mudah menghukum sesuatu jika tidak ada ilmu padanya.
2. Jika mendapati sesuau kemusykilan, terus mencarinya dan jangan berhenti.
3. Kefahaman akan datang kemudian mengikut tahap kematangan cara kita berfikir dan peningkatan umur serta ilmu yang dituntut.
4. Jangan pandang rendah kepada sesiapa pun.
5. Terus belajar dan menuntut ilmu, setidaknya untuk diri sendiri dahulu dan mengajarnya kepada kaum kerabat.
6. Impian dan harapan harus mesti berusaha untuk mengecapinya. Masanya tidak ketahui namun jangan pernah berhenti dan jangan sesekali berputus-asa.
7. Al-Imam Al-Syafie berkata: "Siapa yang mempelajari Al-Quran, besar harga dirinya. Siapa yang mempelajari hadis, tinggi martabatnya. Siapa yang mempelajari bahasa, lembut hatinya. Siapa yang mempelajari ilmu hisab, tajam pandangannya. Dan siapa yang tidak memelihara dirinya, tidak bererti ilmunya"



Comments (0)