Apakah perkahwinan
itu bukan idea besar
dan masa depan?
Mukadimah
Seseorang telah
meluahkan perasaannya di muka buku. Menurut dia bahawa perkahwinan itu bukan
idea yang besar dan bukan perkara sebenar untuk membina masa depan. Disebabkan
kawannya yang hampir mengalami kegagalan dalam perkahwinan, terus dia pukul
rata terhadap semua orang. Lebih malang daripada itu, seolah-olah dia mahnu menyalahkan
pernikahan.
Walhal, bukan
kerana perkahwinan tetapi kerana kefahaman individu kerana pernikahan itu satu
perkara yang mulia di sisi agama Islam. Islam mengangkat pernikahan dan
mewajibkan kepada seluruh umat bagi yang berkemampuan dan sudah sampai serunya.
Saya rasa pelik dan hairan. Sudah bertahun saya
memerhatikan hal ini. Saya rasa kasihan terhadap sebahagian aktivis.
Melaksanakan kerja dakwah dan membuat kerja sosial seperti memberikan makanan
kepada orang yang memerlukan dan mengajar kepada yang buta huruf. Mereka membuat
kerja kebajikan namun dalam masa yang sama diri sendiri tidak terurus dan belum
cukup memahami ajaran Islam yang hakiki.
Inilah penyakit aktivis zaman sekarang.
Al-Quran tidak dipelajari dengan baik. Hadis Nabi Muhammad SAW tidak difahami
dengan konteks yang tepat. Karya-karya ulama’ silam tidak diolah. Penulisan
ulama’ kontemperori tidak dihadam. Lalu, diceduk ilmu secebuk-cebuk tanpa
pegangan.
Saya mengerti bahawa dunia dakwah sangat luas. Saya
juga memahami bahawa dunia dakwah memerlukan pengorbanan masa, wang dan tenaga.
Sungguh, saya katakan dari hati saya bahawa saya sangat mengkagumi usaha para
pendakwah generasi muda yang berkorban jiwa dan masa untuk umat tetapi bagi
saya persiapan untuk diri sendiri perlu dimantapkan dan diperkukuhkan lagi agar
umat terus memahami Islam dengan cara yang betul dan tepat.
Disebabkan hal inilah, ramai aktivis suka
menyalahkan dan menunding jari kepada pihak tertentu. Mereka menyerang terhadap
pihak yang tidak sefahaman dengan mereka. Mereka gah dengan apa yang telah
mereka lakukan. Seolah-olah kerja kebajikan yang dilakukan itu, merekalah
pencentusnya.
Ikhlas saya ingin katakan. Untuk saya dan
semua, khususnya para pendakwah yang selalu turun kelapangan. Penuhilah ilmu di
dada. Fahamilah ajaran agama Islam. Hayatilah firman Allah azza wajalla.
Belajar ilmu hadis. Setidaknya, hati kita tenang dan akan terus berkerja dengan
hati yang ikhlas.
Saya senaraikan beberapa buku asas kepada para
pendakwah dan aktivis yang beragama Islam. Bacalah agar hati kita diterangi
dengan hidayah Illahi.
Sayyid Abdul Majid Al-Ghouri dalam bukunya Mabadi’
Taamaul Ma’ As-Sunah (prinsip-prinsip berinteraksi dengan sunah) telah
menyenaraikan beberapa buah buku untuk dibaca oleh para pendakwah. Saya akan
memberikan buku yang sesuai untuk pembacaan umum antaranya Al-Azkar oleh
al-Imam Nawawi, Al-Adab Al-Mufrad oleh Al-Bukhari, Umdatul Ahkam oleh
Al-Maqdisi, Shahih Bukhari dan Shahih Muslim, Maqasid Syariah oleh Ibn Asyhur
dan buku agama yang lain.
Saya juga menyarankan buku bacaan yang mudah
seperti Bahtera Penyelamat oleh Fathi Yakan, Apa Ertinya Saya Menganut Islam
oleh Fathi yakan, Al-Hikam dihurai olef Mufti kita Dr. Zulkifli, Pandangan
Hidup Muslim oleh Hamka, 40 Hadis Nawawi, Falsafah Ketuhanan oleh Hamka, Kepimpinan
Rasulullah oleh Johd Addair dan juga buku hararki.
Yang paling utama sekali ialah Al-Quran
Al-Karim. Inilah kitab yang paling agung. Segala masalah akan dapat diatasi
dengan baik. Saya memetika kata Syiekh Ghazali.
Beliau berkata dalam bukunya Bagaimana
Berinteraksi dengan Al-Quran: “Saya pernah terbaca dalam karangan ‘Abbas
Mahmud al-‘Aqqad tentang adanya apa yang dinamakan suasana kejiwaan, iaitu
seorang yang berasa dirinya merawang bersama dengan kandungan buku yang
dibacanya dan meningkat kepada hakikat atau sejarah atau sasaran yang
digambarkannya. Apabila hal yang seperti itu berlaku pada pembacaan buku biasa,
maka dengan Al-Quran sepatutnya lebih utama lagi. Dan inilah yang berlaku
generasi awal terdahulu”.
Wajarlah sebagai para pendakwah untuk
mempersiapkan diri sebelum turun ke lapangan menemui umat. Setidak-tidaknya
cubalah sedaya yang mampu dalam memahami ajaran Islam yang sebenar.
Apakah perkahwinan itu bukan idea besar dan
masa depan?
Saya rasa mungkin dia tidak menjumpai
dalil-dalil yang tepat dan bukti yang kukuh sehingga terlepas pandang terhadap
isu perkahwinan ini atau barangkali dia terlupa kerana terlalu banyak isu umat
yang bermain-main dalam fikiran sehingga persiapan diri tidak diurus dengan
baik.
Pemikiran dan idea yang mengatakan berkeluarga
bukan idea yang besar itu adalah satu kesilapan yang besar. Saya akan
memberikan 2 hujah, Pertama dari al-Quran dan kedua sunnah yang shahih.
Pertama, Firman Allah azza wajalla dalam surah
at-Tahrim ayat ke ke-6 bermaksud:
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا
النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ
اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Maksud: Wahai orang-orang yang beriman!
Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan
bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh
malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada
Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap
melakukan segala yang diperintahkan.
Firman Allah azza wajjala dalam surah an-Nisa’
ayat pertama:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا
رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا
وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ
بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
Maksud: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada
Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan
yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga
yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang
ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan
menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat;
kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
Firman Allah azza wajalla dalam surah an-Nisa’
ayat ke-3:
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا
فِي الْيَتَامَىٰ فَانكِحُوا مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ
وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ
أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا
Maksud: Dan jika kamu takut tidak berlaku adil
terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka
berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain):
dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di
antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau
(pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih
dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
Apakah ini dikatakan bukan idea yang besar?
Adakah ini menandakan bukan jalan dakwah dan membina umat? Adakah ini dinamakan
bukan masa depan.
Bacalah sejarah para Anbiyak, semuanya
mendirikan rumah tangga. Semuanya mengharapkan zuriat melainkan ada beberapa
perkara yang Allah azza wajjala perintah dengan arahan tertentu seperti Nabi
Isa. Namun, kesemuanya mempunyai pasangan dan memelihara keluarga dengan
sebaik-baiknya demi mencari keredhaan Yang Maha Berkuasa.
Bersama-sama kita bermuhasabah. Kita menghayati
suruhan Allah azza wajjala. Ada hikmah kenapa disuruh dan begitu juga terdapat
hikmah juga jika dilarang. Andai katalah perkahwinan ini bukan idea yang besar,
Kenapa al-Quran menyebut dengan satu penegasan yang sangat jelas. Kenapa para
anbiyak mendirikan rumah tangga? Fikirkanlah!
Kedua, Hadis Rasulullah SAW yang sangat terkenal.
Hadis pertama Shahih Bukhari dan hadis pertama dalam Riyadussolihin dan hadis
yang pertama juga dalam hadis 40 Nawawi.
Saya yakin, ramai para pendakwah menghafal
hadis ini.
عن
أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه، قال: سمعت رسول الله صلى الله
عليه وسلم يقول: (إنما الأعمال بالنيّات، وإنما لكل امريء ما نوى، فمن كانت هجرته
إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها، أو امرأة ينكحها،
فهجرته إلى ما هاجر إليه)
رواه
البخاري ومسلم في صحيحهما
Maksud: Dari Umar bin Khathab, bahwasanya
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:“Sesungguhnya segala amalan
itu tidak lain tergantung pada niat; dan sesungguhnya tiap-tiap orang tidak
lain (akan memperoleh balasan dari) apa yang diniatkannya. Barangsiapa
hijrahnya menuju (keridhaan) Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya itu ke arah
(keridhaan) Allah dan rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya karena (harta atau
kemegahan) dunia yang dia harapkan, atau karena seorang wanita yang ingin
dinikahinya, maka hijrahnya itu ke arah yang ditujunya
Hadis kedua pula yang mengisahkan beberapa
pemuda atau 3 orang pemuda yang bertanya tentang Ibadat Nabi Muhammad SAW
kepada isteri-isterinya. Salah seorang berkata, Saya akan bersolat malam
selamanya. Salah seorangnya berkata, Saya akan berpuasa dan tidak akan berbuka.
Yang lain pula berkata, Saya tidak mendekati wanita dan tidak akan berkahwin.
Apakah ini ajaran Nabi Muhammad SAW yang
sebenarnya. Kalaulah dikatakan itu ajarannya, saya berharap dia kembali
kepangkal jalan. Lihat apa jawapan Nabi Muhammad SAW:
"Kalian semua telah berkata demikian? Demi
Allah azza wajalla, Akulah orang yang paling takut dan paling bertaqwa kepada
Allah azza wajalla akan tetapi aku juga berpuasa dan berbuka, aku juga bersolat
dan berehat, aku juga berkahwin dengan perempuan, barangsiapa yang tidak menyukai
sunnahku maka dia bukan dari kalanganku."
حدثنا سعيد بن أبي مريم أخبرنا محمد
بن جعفر أخبرنا حميد بن أبي حميد الطويل أنه سمع أنس بن مالك رضي الله عنه يقول
جاء ثلاثة رهط إلى بيوت أزواج النبي صلى الله عليه وسلم يسألون عن عبادة النبي صلى
الله عليه وسلم فلما أخبروا كأنهم تقالوها فقالوا وأين نحن من النبي صلى الله عليه
وسلم قد غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر قال أحدهم أما أنا فإني أصلي الليل أبدا
وقال آخر أنا أصوم الدهر ولا أفطر وقال آخر أنا أعتزل النساء فلا أتزوج أبدا فجاء
رسول الله صلى الله عليه وسلم إليهم فقال أنتم الذين قلتم كذا وكذا أما والله إني
لأخشاكم لله وأتقاكم له لكني أصوم وأفطر وأصلي وأرقد وأتزوج النساء فمن رغب عن
سنتي فليس مني
Maksud: “Dari Anas radhiyallahu ‘anhu,
beliau berkata: Ada tiga orang yang datang ke rumah istri-istri Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam, mereka bertanya tentang ibadah Nabi shallallahu
‘alaihi wa sallam. Setelah mereka diberitahu, seakan-akan mereka menganggap
ibadah Nabi hanya sedikit, dan mereka berkata, ‘Di manakah tempat kami
dibandingkan dengan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, padahal beliau telah
diampuni semua dosanya baik yang telah lalu maupun yang akan datang’. Salah
seorang di antara mereka berkata, ‘Saya selamanya shalat sepanjang malam’. Yang
lain berkata, ‘Saya selamanya berpuasa sepanjang tahun dan tidak pernah
berbuka’. Yang lain lagi berkata, ‘Saya menjauhkan diri dari perempuan dan
tidak akan kawin selama-lamanya’. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam datang dan berkata kepada mereka, ‘Kaliankah yang tadi berkata demikian
dan demikian? Demi Allah, sesungguhnya saya adalah orang yang paling takut dan
paling bertakwa kepada Allah di antara kalian, tetapi saya berpuasa dan
berbuka, shalat dan tidur malam, dan saya juga menikah dengan perempuan.
Barangsiapa yang benci terhadap sunnahku, maka ia tidak termasuk golonganku’.”
(Muttafaq ‘alaih)
Kesimpulan
Inilah keindahan agama Islam, agama yang benar
di sisi Yang Maha Berkuasa. Agama yang mulia yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW
kepada seluruh umat sehingga Hari Khiamat. Keindahan syariat Islam sungguh
luas. Merangkumi segala aspek. Tidak terkecuali walaupun satu perkara. Semuanya
telah dijelaskan oleh Allah azza wajjala dan rasulullah SAW.
Jangan perkecilkan ajaran al-Quran dan sunah
rasulullah SAW, kerana jika diperkecilkan kesannya mendapat malapetaka ke atas
diri kita dan seluruh umat.
Begitu juga andai dibaikan 2 pegangan Syariat
Islamiah yang asas ini, akan menyebabkan kesan-kesan dakwah itu tidak sampai ke
hati penerima. Dakwah bukan hanya bersemi dengan cinta semata-mata tetapi ia
berasaskan prinsip yang jelas.
Maka jangan terkejut dan keliru kenapa dakwah yang
disampaikan tidak berkesan kepada umat. Amat mendukacita andai seorang
pendakwah itu beragama Islam tetapi belum cukup memahami prinsip-prinsip asas
mengenai Islam.
Justeru, kepada semua para pendakwah. Masa masih
ada. Jangan dibuang waktu dengan perkara yang tidak bermanfaat. Isilah dada
dengan ilmu yang boleh menamba keimanan dan pengetahuan.
Sekiranya kita berbeza pendapat dengan orang
lain, jangan sesekali menimbulka permusuhan. Bila berbalah dalam sesuatu isu,
maka kembalilah kepada Al-Quran dan sunah. Firman Allah azza
wajalla dalam surah an-Nisa’ ayat ke-59:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن
تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
Maksud:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa)
dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam
sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah
(Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan
hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula
kesudahannya.
Semoga Allah azza wajalla mengampuni dosa kita
dan memberikan kesempatan.
Wallahu a’lam.
9:06 PM |
Category:
idealisme
|
2
comments
Comments (2)
menjadi isu zaman sekarang sebab perkahwinan berlandaskan nafsu semata-mata. Bukan niat kerana Allah dan juga mengikut sunnah. Bukan nak kata semua tapi sebilangan jumlah saja. ya, menjadi ketakutan bagi mereka yang belum berumahtangga dan menjadi satu trauma/fobia. Mungkin belum cukup ilmu didada untuk berkahwin? atau perlu belajar lagi walaupun dah berkahwin?
dalam institusi perkahwinan, penulis melihat bahawa setiap pasangan mesti belajar dan menuntut ilmu tidak kira ilmu apa pun, yang penting ilmu itu akan membawa kebahagian bagi pasangan tersebut sampai ke syurga dan mendapat keredhaan. Ya benar mungkin trauma disebabkan isu namun ia tidak menjadikan seseorang itu menolak sunatulullah untuk mengikut sunah rasulullah SAW.