Untuk ahli gerakan yang dikasihi...
Apakah sebenarnya erti perjuangan yang digariskan syara'?
Apakah tujuan-tujuan perjuangan yang ingin diperjuangkan?
Apakah etika-etika dalam perjuangan?
Tiga perkara diatas adalah asas bagi saya untuk menjadi seorang pejuang yang betul-betul berada dalam landasan syariat islam.
1) Soalan pertama ialah mengenai erti perjuangan, menurut pandangan saya ialah perjuangan ialah seseorang berjuang untuk mendapatkan sesuautu yang diingin sama ada dengan cara baik mahupun buruk. Namun,terdapat maknaperjuangan yang lain bahkan lagi tepat seperti yang telah diajarkan seluruh para anbiya' iaitu "menyembah Allah", ini adalah konsep asas apakah erti perjuangan yang hakiki. Semoga persoalan pertama ini kita sudah terjawab dan kita telah cuba untuk melaksanakan.
Begitu juga menurut pandangan ulama' Hanbali iaitu mengajak atau menyeru kepada agama yang benar dan memerangi sesiapa yang tidak menerimanya (FIqh Islam, Dr Wahbah Zuhaili). Pandapat ini semua dikuatkan lagi dengan ayat alquran "Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." 9:41.
2) Soalan kedua pula adalah mengenai tujuan-tujuan atau matlamat-matlamat. Seharusnya kita harus sedar dan tahu apakah sebenarnya yang kita perjuangkan kerana takut-takut tujuan kita betul pada sisi pandangan kita namun belum tentu diterima Allah bahkan lebih merisaukan perjuangan kita itu menyebabkan kita terhumban ke dalam azab Allah. Saya merasakan kita perlu kembali kepada asas iaitu hadis pertama dalam hadis 40 imam Nawawi yang selalu disebut-disebut, diingatkan dan dikaji oleh para nuqaba' semasa Usrah, disyarahkan para asatizah di masjid dan sebagainya. Hadis pertama terjemahannya:
" Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab r.a katanya:" Aku mendengar Rasululah s.a.w. bersabda:" Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat, dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya, atau kerana perempuan yang ingin dikahwininy, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan"
Hadis diatas sangat ringkas namun padat isinya dan kita boleh memahami dengan pelbagai cara terutama pada zaman ini yang mana tafsiran perlu diselarikan dengan keadaan semasa.wallahu a'lam.
Oleh itu,saya ingin tegaskan kepada semua gerakan mahupun individu-individu yang mengatakan bahawa mereka adalah pejuang maka hendaklah fahamkan hadis ini dan beramal dengannya. Mungkin saya akan berbeza pendapat dengan sebilangan manusia yang memperjuangkan beberapa isu seperti "hidup-hidup mahasiswa", "hidup-hidup si fulan", "hidup gerakan-gerakan tertentu", hidup-hidup hak asasi manusia, dan sebagainya. Kita perlu jelas dan tahu apakah tujuan yang sebenar takut-takut kita tergolongan seperi yang disebut nabi Muhammad s.a.w. " maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan", kita mungkin dapat apa yang kita inginkan namun bagaimana apa yang Allah inginkan! ayuh para sahabat betulkan niat! Jadikanlah kita benar-benar ikhlas dalam perjuangan dan perjuangan yang dilakukan itu biarlah bertepatan dengan syariat islam.
Bahkan menurut apa yang telah disyarahlan oleh Dr Mustafa al-Bugha mengenai syarat niat, ulama' bersepakat mengatkan bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh mukmin tidak dikira dari sudut syaral, dan tidak diberi pahala dengan hanya melakukannya kecuali disertai dengan niat. Justeru itu, perjuangan juga merupakan ibadat kerana nabi Muhammad s.a.w. telah melakukannya seperti dakwahnya selama 23 tahun. Jangan sesekali memperlecehkan tentang niat kerana ia membezakan umat islam dengan orang kafir. wallahu a'lam. semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang ikhlas dalam setiap perjuangan yang kita perjuangkan.amin Allah berfirman dalam surah al-bayyinah:5" mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar".
3) Soalan yang terakhir ialah mengenai etika-etika dan adab-adab dalam perjuangan. Kita harus tahu adab-adab adalah perkara utama dan penting dalam meneruskan misi-misi dan perjuangan kerana jelas yang dinyatakan dalam hadis "akhlak Nabi Muhammad s.a.w. seperti al-quran", apa yang boleh difahami ialah dari segi percakapan dan perbuatan baginda Muhammd s.a.w. dan banyak contoh boleh kita boleh dapati antaranya kisah bagaimana nabi Muhammad menghadapi seorang arab badawi yang membuang air kecil dalam masjid, kita juga boleh lihat contoh bagaimana nabi Muhammad berdakwah kepada Abu Tholib yakni bapa saudaranya dengan penuh kasih sayang, kita juga boleh lihat bagaimana baginda Muhammad ditindas di Thaif, bahkan kita boleh lihat bagaimana adab-adab nabi Muhammad ketika dalam peperangan yakni tidak membunuh bagi yang menjadi tawanan. Di samping itu, kita boleh lihat bagaimana nabi menghantar surat kepada raja Rom dan Raja Parsi untuk mengabdikan diri kepada Allah.
Ini semua adalah contoh adab-adab yang telah ditunjukkan oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Selain itu kita boleh lihat bagaimana diutuskan nabi Musa A.S kepada firaun yang mengaku dia adalah "Tuhan yang Maha Besar"m, namun Allah s.w.t menjelaskan walaubagaimanapun dakwah dan perjuangan pertama adalah dengan cara baik seperti yang terdapat dalam al-quran ""Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". Taha:44.
Etika-etika dalam perjuangan perlu dijaga dan mesti diperaktikan dalam setiap perjuangan antaranya:
-elakkan fitnah sama fitnah sesama gerakan mahupun luar dari gerakan.
-jangan sebarkan maklumat yang salah yang boleh timbulkan fitnah.
-berdiam lebih baik.
-tidak tergopoh-gapah.
-hormat kepada kepimpinan selagi tidak melanggar syara' dan perlu utaman syariat islam daripada gerakan.
-hormati pihak lawan.
-sabar dalam perjuangan.
-sentiasa dekatkan diri dengan Allah.
-jangan mencari keaiban orang lain.
-menyumbang apa yang kita mampu dan jangan mengungkit/
-jangan mengumpat dan mencaci.
-jangan sesekali mulakan perpecahan.
-berkerjasama menghadapi segala cabaran dan dugaan.
-sentiasa merujuk kepada sumber yang utama iaitu al-quran dan hadis nabi Muhammad s.a.w. jika menghadapi segala masalah.
-tidak menimbulkan provokasi yang melampau-lampau sehingga boleh timbul fitnah.
-menuntut ilmu.
wallahu a'lam.
Kesimpulannya, semoga ketiga-tiga persoalan diatas kita jelas dan faham seterusnya bertindak dengan pandangan hati seorang muslim dan bukannya membuta tuli tidak tahu apa yang diperjuangkan. Semoga Allah memudahkan urusan para ahli gerakan yang memperjuangkan idealisme kerana Allah.amin. insyallah.
Tulisan ini khusus kepada ahli gerakan. Tulisan ini pandangan peribadi dari pengalaman sendiri.terima kasih.

7:21 PM |
Category:
idealisme
|
0
comments
Comments (0)