Manifestasi
cinta, salahkah ia…(1.0)
Kenapa sebilangan manusia
menyatakan bahawa cinta ini dosa dan ianya menjadi salah satu punca kepada
penzinaan. Apakah benar kenyataan ini ataupun ianya adalah percakapan
orang-orang lama atau apakah ianya ada maksud tersirat bahkan jika para pembaca
ingat, kita juga dimomok-momokkan dengan tanggapan negatif dan buruk bahawa
cinta ini adalah dari syaitan, cinta ini merosakkan, cinta palsu, cinta monyet,
cinta chipsmore (kejap ada kejap tak ada), mainan cinta, cinta kurap, bisikan
syaitan, cinta buta, cinta berahi, edan kesmaran (gila cinta), mabuk asmara dan
pelbagai lagi istilah yang buruk tentang cinta. Cinta oh cinta, mengapakah kau
salah…
Apakah sebenarnya cinta? Apakah cinta ini
tidak wujud? Apakah cinta ini bukan salah satu bentuk perasaan? Salahkan jika
mempunyai perasaan cinta? Apakah cinta ini adalah penyebab kepada ibu penyakit
dosa yakni zina. Apakah tidak wujud perasaan kasih sayang? Apakah tiada cinta
yang murni dan suci? Maka siapakah yang menjadikan perasaan cinta dan kasih sayang
ini? Mengapa ianya wujud dan jika ianya wujud kenapa ia dijadikan bahkan jika
ia dijadikan ianya membawa 1001 masalah. Jadi, salah siapa? Cinta ke, pemilik
cinta ke atau Pencipta cinta…Tepuk dada tanya iman.
Wahai saudara-saudariku, bacalah penulisan ini dengan hati penuh khusyuk dan berlapang dada untuk menerima segala
hujah-hujah selagi ianya tidak melanggar syara’. Allah berfirman di dalam
al-quran:
Wahai
saudara-saudariku sekalian. Penulis ingin menyatkan sedikit pandangan di dalam
tulisan ini bahawa manifestasi cinta ini tidaklah salah…wallhu a’lam.
ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ
وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ
رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ
بِالْمُهْتَدِينَ
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan
dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau
serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang
lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang
lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (An-nahl:125)
Allah Maha Pencinta
Sumber utama menjadi rujukan umat
islam adalah al-Quran dan diikuti sunnah nabi Muhammad s.a.w. Segala masalah
perlu dirujuk kembali kepada al-Quran kerana al-Quran tiada keraguan.
Dengan al-Quran, kita dapat memahami bahawa Allah banyak berbicara mengenai cinta dan kasih sayang. Cinta dan kasih sayang-Nya ini tiada berbelah bahagi dan mencakupi untuk semua makhluk di bumi ini sama ada binatang yang berakal atau binatang yang tidak berakal. Tanpa cinta dan kasih sayang Allah terhadap hamba-hamba-Nya apalah nasib yang akan menimpa mereka, mungkin hendak menghirup udara segar tidak dapat, tidak dapat melihat purnama yang indah dan bintang-bintang yang berkelipan, tidak dapat merasai nikmat-nikmat tumbuhan yang menghijau dan masak ranum, tidak dapat mendengar kicauan burung bahkan mungkin jika bukan kerana cinta dan sayangNya kita tidak dapat hidup di syurga yang sementara ini.
Dengan cinta dan kasih sayangNya, Dia tidak akan melupakan janji kepada orang yang beriman dan taat segala perintahNya dengan satu janji yakni syurga hakiki kekal abadi. Bukankah ini adalah tanda cinta dan kasih sayang? Kita boleh katakan bahawa tanpa cinta Allah kita bukanlah apa-apa.

Wahai saudara-saudariku yang dikasihi sekalian,
Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pencinta. Dia manifestasikan cinta kepada yang berhak seperti Allah menyayangi orang yang bertaubat, Allah mencintai orang-orang yang ikhlas, Allah menyukai orang-orang yang bersih, Allah mengasihi orang-orang bertaqwa dan terdapat banyak lagi dalil al-quran bahawa Allah telah menzahirkan perasaan cintaNya.
Ini jelas dan terbukti cinta dan kasih sayang ini adalah hak milik Allah dan perasaan ini adalah kurnian Allah kepada seluruh makhluknya seperti contoh seorang bapa sanggup berkerja siang dan malam demi keluarganya, seorang ibu sanggup berjaga malam untuk menyusukan bayinya, seorang pejuang sanggup menggadai nyawa demi agama dan negara bahkan jika kita perhatikan seekor ibu ayam pun sanggup mematuk bagi sesiapa yang cuba mengacau anak-anaknya. Apakah ini bukan cinta? Jika bukan cinta, ini apa!...
Nabi Muhammad qudwah kasih sayang
Para
saudara-saudariku yang dihormati,
Cinta dan kasih sayang ini ini adalah hak setiap manusia dan ianya adalah sifat semula jadi hatta para anbiya’ juga memiliki sifat ini. Sesungguhnya sifat ini adalah mulia, suci dan murni. Cinta ini dengan manusia ibarat isi dengan kuku, seperti kulit dengan daging, umpama ikan dengan air yang mana ianya tidak dapat dipisahkan walaupun dihunus pedang ke lubuk hati namun hati tetap tidak mampu menafikan perasaan ini kerana ianya bukan kehendak kita akan tetapi perasaan ini lahirnya dari Maha Pencinta.

Sunnah
nabi Muhammad s.a.w juga menggalakkan kita berkasih sayang dan saling mencintai
antara satu sama lain bahkan hadis ini turut menafikan tentang keimanan seseorang
jika kita belum mengasihi orang lain lebih dari kita sendiri.
Sabda Nabi Muhammad sollahu'alahiwasallam: “ Demi (TUHAN) yang diriku berada dalam tangan-NYA, tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihnya dari dirinya, bapanya dan anaknya”. (Riwayat al-Bukhari).

Maha
suci Allah yang telah menaburkan perasaan kasih sayang kepada kekasihnya nabi
Muhammad s.a.w. Begitu murninya cinta para sahabat kepada junjungan besar nabi
Muhammad s.a.w sehingga sanggup berkorban segala-segalanya demi kasih kepada
agama, Allah dan rasulnya. Itulah cinta, cinta yang memerlukan pengorbanan.
Itulah manifestasi cinta…
Falsafah
cinta ini telah diterjemahkan didalam satu hadis dan itulah cinta yang hakiki bagi seorang yang beriman dan percaya bahawa cinta ini adalah benar
dan memanifestasikannya adalah harus.
Hadis yang pertama “jika seseorang lelaki menyukai saudara lelakinya maka hendaklah dia menyampaikannya” (Riwayat Al-Bukhari).
Dan begitu juga hadis kedua yang menggambarkan tentang kemanisan cinta yang disebut nabi Muhammad s.a.w: “tiga perkara sesiapa yang memilikinya maka dia mendapat kemanisan iman. (pertama) hendaklah Allah dan Rasul-NYA lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia membenci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia membenci untuk dicampakkan ke dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim), inilah dinamakan manifestasi cinta...
wallahu A'lam (bersambung)

2:31 AM |
Category:
idealisme
|
0
comments
Comments (0)