بسم الله الرحمن الرحيم والحمد
لله رب العالمين
Kalilah
wa Dimnah; Karya Abdullah ibn al-Muqafa'
Pertama kali saya kenal buku ini
pada tahun 2011@2012 dari buku
Peradaban Islam Di Bumi Melayu; Kini Dan Dahulu oleh Dr. Abdul Ghani. Saya
membeli buku Kalilah wa Dimnah pada tahun 2017 di pesta buku di PWTC.
Saya mula membaca pada tahun 2018. Bila saya hendak mula membaca, saya
berkongsi buku ini dengan Dr. Abdul Ghani, kami sepakat, lepas habis buku kita
bincang dan borak-borak. Pantang diajak, ustaz Abdul Ghani lebih awal
mengkhatamkan buku ini.
Sebelum
saya berkongsi, saya masih teringat kata-kata Dr. Abdul Ghani, saya tanya pada
dia: "Ustaz, buku saya banyak ja lagi tak habis baca, nak baca ini nak
baca itu". Ustaz membalas: "Enta beli ja dan suatu hari enta akan
membacanya bila tiba masanya". (Pastikan kita membeli buku yang
betul-betul kita suka dan ingin mendalaminya).
Kalilah
wa Dimnah sebuah karya asal sanskrit hindu dan diterjemahkan dalam Bahasa Arab
oleh Abdullah ibn Muqafa'. Abdulllah ibn Muqafa’ seorang tokoh retorik dan ahli
fasahah. Agama asal beliau adalah Majusi Persian, kemudian beliau memeluk agama
Islam. Beliau juga sempat bertemu dengan seorang tokoh ahli Nahw yang hebat
iaitu al-Khalil. Kehebatan ibn Muqafa’ dipuji oleh al-Khalil sendiri[1]. Dikatakan beliau mati
dibunuh oleh Muawiyah bin Abi Sufyan. Beliau lahir pada 106Hijrah.[2]
Ternyata
benar bahawa beliau bukan asal berbangsa Arab namun kehebatannya dalam
menterjemah karya ini ke dalam Bahasa Arab sangat mengkagumkan. Ini boleh dijadikan
contoh dan teladan bagi pelajar bahasa Arab bukan Arab untuk terus berusaha dan
mengkaji ilmu Bahasa Arab.
Dalam
karya Kalilah wa Dimnah bagi saya secara peribadi sebuah karya yang sangat hebat
dan indah. Pada hemat saya, cuma
terdapat sedikit masalah iaitu:
1) Beliau telah mengubah nama
watak asal iaitu Kalilah wa Dimnah bukanlah nama watak sebenar.
2) Karya sanskrit beragama hindu
diubah menjadi karya Arab Islam. (Ini satu perkara yang sangat berat kalau
diikutkan dalam dunia akademik pada masa ini).
Siapakah yang perlu membaca buku
ini?
Bagi saya, semua umat Islam wajib
membaca buku ini, ini kerana pada zaman sejarah Melayu, karya ini telah sampai
di Bumi Melayu, ulama' terdahulu telah membaca karya ini termasuk masyarakat
Melayu dahulu. Justeru, saya ingin memberi saranan kepada 5 golongan yang
terdiri daripada:
1) Pengkaji bahasa, sastera
dan retorik. Inilah karya sastera yang sangat hebat dan unik. Bahasa
digunakan indah. Begitu juga terjemahannya dalam bahasa Melayu begitu hebat.
Saya banyak mengambil manfaat ilmu terutamanya ilmu bahasa.
2) Penuntut ilmu, buku ini
mengangkat isu pendidikan dan peranan ulama'. Bermula seorang penuntut ilmu
sehinggalah menjadi ilmuwan untuk mendidik diri dan memimpin umat mencari jalan
kebenaran dan meninggalkan kebatilan. Kita boleh lihat dan menghayati watak
Failasuf Baidaba dan anak muridnya.
3) Pemimpin, buku ini
mengajar dan mendidik insan untuk menjadi seorang raja atau pemimpin yang adil,
berhikmah, disenangi rakyat dan digeruni lawan. Pemimpin itu mestilah berilmu
dan bersamanya di sisi para ilmuwan yang bijaksana dan sentiasa berhati-hati
dengan manusia yang jenis gunting dalam lipatan dan talam dua muka. Hayati
watak Raja Dabsyalim.
4) Mencari sahabat. Dalam
hal ini, banyak alegori yang diketengahkan dan dipersembahkan sebagai contoh
kisah Kalimah wa Dimnah itu sendiri. Di sini, kita akan mengetahui,
siapakah teman dan siapakah lawan.
5) Pendebat, buku ini
sangat bagus untuk golongan ini. Pelbagai alasan dan hujah yang mantap, mantik
dan logik yang kuat mampu mematahkan hujan lawan diajar dalam karya ini. Kita
akan melihat seolah-olah yang jahat itu boleh jadi benar dan tidak melakukan
kesalahan namun terbukti kebenaran sentiasa akan memang. In Sya Allah.
Banyak lagi manfaat dan
pengajaran yang boleh kita ambil. Saya yakin kalian pasti tak berasa jemu. Dan
kalau boleh, jangan tergesa-gesa membaca buku ini sebab kita hendak
menyelamaninya dan memprakitkkannya. Saya mengambil masa 210 hari untuk
mengkhatamkannya. Di antara alegori yang saya suka:
1) Kalimah wa Dimnah.
2) Perjalanan Barzawy dan penyalinan buku. (Cintakan ilmu)
3) Alegori tukang pikul dan penemu harta karun (ini bagus yang suka simpan buku).
4) Siasatan Terhadap Dimnah. (sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah)
5) Hikayat Burung Gagak dan Hantu (Jangan mudah percaya).
6) Hikayat Kera dengan Kura-kura Jantan (Yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran).
7) Alegori Merpati Sejoli (kisah cinta).
8) Hikayat Putera Mahkota dan Teman-temannya (kelebihan dan bakat itu anugerah, jangan sesekali memperlekehkan kelebihan dan kekurangan manusia kerana setiapnya ada peranan tersendiri).
9) Hikayat Merpati Dengan Seekor Rubah dan Bangau (inilah masalah kita sekarang, suka jaga tepi kain orang, tak pandai ukur baju di badan sendiri, aib orang dicanang aib sendiri terlondeh).
2) Perjalanan Barzawy dan penyalinan buku. (Cintakan ilmu)
3) Alegori tukang pikul dan penemu harta karun (ini bagus yang suka simpan buku).
4) Siasatan Terhadap Dimnah. (sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah)
5) Hikayat Burung Gagak dan Hantu (Jangan mudah percaya).
6) Hikayat Kera dengan Kura-kura Jantan (Yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran).
7) Alegori Merpati Sejoli (kisah cinta).
8) Hikayat Putera Mahkota dan Teman-temannya (kelebihan dan bakat itu anugerah, jangan sesekali memperlekehkan kelebihan dan kekurangan manusia kerana setiapnya ada peranan tersendiri).
9) Hikayat Merpati Dengan Seekor Rubah dan Bangau (inilah masalah kita sekarang, suka jaga tepi kain orang, tak pandai ukur baju di badan sendiri, aib orang dicanang aib sendiri terlondeh).
Abdullah ibn Muqafa' menterjemah
karya ini bersesuaian dengan panduan al-Quran dan sunah. Setakat pembacaan saya
la, segala unsur-unsur kesyirikkan dibuang dengan sesempurna yang mungkin.
Selamat membaca. Semoga bermanfaat. In Sya Allah
8:35 PM |
Category:
intelektualisme
|
0
comments
Comments (0)