KHUTBAH JUMAAT
Tajuk:
HAK ORANG
KURANG UPAYA DARI PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH
Penulis:
Muhammad Nur
Farhan bin Zamziba
Pensyarah
Management and Science University (MSU-SHAH ALAM)
Pelajar PhD
International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM)
HAK ORANG
KURANG UPAYA DARI PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH
إنَّ الْحَمْدَ لِلهِ
نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا
وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ
يُضْلِلْ فَلاَ هَادِىَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ
لاَ شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ
مُسْلِمُونَ} (آل عمران:102)
{يَا أَيُّهَا النَّاسُ
اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا
زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ
الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا}
(النساء:1)
{يَاأَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيدًا. يُصْلِحْ لَكُمْ
أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ
فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا} (الأحزاب: 70، 71).
أَمَّا بَعْدُ،
Muslimin yang dirahmati Allah ﷻ sekalian,
Ini mimbar ingin mengambil peluang
menasihati diri sendiri dan sidang jumaat, marilah kita bersama-sama meningkatkan
ketaqwaan kepada Allah ﷻ dengan melaksanakan segala
perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, mudah-mudahan kita mendapat
keredhaan dan rahmat Allah ﷻ di dunia bahkan di akhirat
kelak.
Pada hari ini, khatib akan berbicara
sebuah khutbah yang bertajuk “Hak Orang Kurang Upaya Dari Perspektif Maqasid Syariah”.
Hadirin yang
dikasihi Allah ﷻ,
Mengikut AKTA OKU 2008 menjelaskan bahawa
Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu mereka yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa
panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila
berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri
sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat..
Justeru, AKTA ini menjelaskan bahawa
ciri-ciri OKU dapat diklasifikasikan dalam tujuh kategori, antaranya: 1) kurang
upaya pendengaran, 2) kurang upaya penglihatan 3) kurang upaya pertuturan 4)
kurang Upaya pembelajaran 5) kurang upaya fizikal 6) kurang Upaya mental dan 7)
kurang Upaya pelbagai.
Muslimin yang
diredhai Allah,
Sesungguhnya, Islam menititberatkan
ihsan, saling mengasihi dan hormat-menghormat di antara manusia kerana itu
adalah tanda ketaqwaan kita kepada Allah, Allah ﷻ berfirman:
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا
تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ
شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
Maksudnya:
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha
Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (Al-Maaidah: 2)
Menurut Ibn Kathir dalam tafsirnya
Tafsir Ibn Kathir: “Allah memerintah hamba-Nya yang beriman supaya
bantu-membantu dalam perkara kebaikan, meninggalkan perkara yang mungkar, dan
menegah orang lain daripada melakukan kebatilan, itulah erti kebaikan dan
ketaqwaan”.
Demikianlah,
persis kita melihat saudara seagama ataupun sahabat yang bukan dalam kalangan
Islam tetapi mereka dalam kalangan OKU, maka menjadi satu tanggungjawab kita
untuk bantu-membantu dengan melakukan kebaikan kepada mereka dengan penuh
keikhlasan dan kejujuran tanpa mengharapkan balasan daripada mereka. Inilah
tanda kebaikan dan ketaqwaan bagi orang-orang yang bertaqwa.
Sidang Jemaah
yang diredhai Allah,
Maqasid Syariah adalah satu tuntutan
dan matlamat kehidupan iaitu antara matlamat umum Maqasid Syariah memberikan kebaikan
dan menolak kemudaratan. Justeru, dalam memahami erti Maqasid Syariah,
menyantuni OKU dengan berhikmah dengan memberikan kebaikan dan menolak
kemudaratan, itu telah melestarikan Maqasid Syariah. Mereka juga diberi hak oleh Allah ﷻ
untuk bernyawa, beragama, berharta, berminda dan bercinta. Ini selaras dengan firman Allah ﷻ:
لَّيْسَ عَلَى الْأَعْمَىٰ
حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْأَعْرَجِ حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْمَرِيضِ حَرَجٌ ۗ وَمَن
يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا
الْأَنْهَارُ ۖ وَمَن يَتَوَلَّ يُعَذِّبْهُ عَذَابًا أَلِيمًا
Maksudnya:
Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah menjadi salah kepada
orang tempang, dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut
berperang, kerana masing-masing ada uzurnya). Dan (ingatlah), sesiapa yang taat
kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkanNya ke dalam Syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai; dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksaNya
dengan azab yang tidak terperi sakitnya. (Al-Fath: 17)
Dr. Tuan Sidek Tuan Muda dan Dr.
Munira Abdul Razak menyatakan bahawa bagi setiap kehidupan yang ada di muka ada
hak yang diperlu ditunaikan dan perlu diberikan terutamanya OKU kerana mereka
juga adalah insan seperti kita yang mempunyai perasaan meskipun diuji oleh
Allah dengan sedikit kekurangan namun itu tidak menafikan hak mereka sebagai
hamba Allah Ar-Rahman.
Oleh
yang demikian, mereka juga berhak kepada ketiga-tiga peringkat Maqasid Syairah
iaitu Daruriyyat, Hajiyyat dan Tahsiniyyat.
Sidang Jemaah
yang dicintai Allah,
Sejarah umat Islam memperlihatkan
kepada kita kisah tauladan para ulama dan cendiakawan Islam yang hebat meskipun
mereka dalam kalangan OKU, antaranya Abdullah ibni Ummi Maktum yang kisahnya
dirakamkan dalam Al-Quran Al-Karim. Beliau seorang lelaki yang buta tetapi kecintaannya
kepada Allah dan rasul-Nya seluas lautan seharum mawar.
Tatkala
Nabi Muhammad ﷺ mengutamakan pembesar-pembesar
Quraisy yang hakikatnya tidak berkehendak dengan ajaran Islam sehingga baginda
SAW telah mengabaikan Abdullah ibni Ummi Maktum yang sebenarnya beliau benar-benar
ingin menerima ajaran Islam. Walau bagaimanapun, beliau tidak mendapat
perhatian dari Nabi Muhammad ﷺ. Lantaran itu, Allah menegur perbuatan Nabi
Muhammad ﷺ dalam surah A’basa yang
bermaksud:
Dia
memasamkan muka dan berpaling,. Kerana ia didatangi orang buta. Dan apa
jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali ia
mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya
daripadamu)! Ataupun ia mahu mendapat
peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. Adapun orang yang
merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran), Maka
engkau bersungguh-sungguh melayaninya. Padahal engkau tidak bersalah kalau ia
tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). Adapun orang yang segera
datang kepadamu, Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah),
- Maka engkau berlengah-lengah melayaninya. Janganlah melakukan lagi yang
sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan
(yang mencukupi). (Surah ‘Abasa 1-11).
Oleh
yang demikian, kita mesti menyantuni dan menghormat OKU dalam segenap urusan
kerana ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa Allah mengiktiraf dan
mengangkat darjat OKU sebagaimana yang telah dirakamkan kisah ini dalam
Al-Quran Al-Karim.
Sidang hadirin yang dimuliakan,
Kerajaan Madani telah mengambil
insentif untuk memartabatkan OKU ketika membentang belanjawan 2023 antaranya
peningkatan kadar elaun pelatih OKU daripada RM150 kepada RM300 sebulan dengan
peruntukan sebanyak RM30 juta yang akan memanfaatkan lebih 18,000 pelatih OKU.
Selain itu, kerajaan telah menyediakan RM5 juta untuk manfaat 5,000 komuniti
tumpuan di 105 kolej komuniti di seluruh negara pula akan menggalakkan komuniti
rentan seperti OKU.
Tambahan, Universiti Islam Sains
Malaysia (USIM) juga telah memuliakan OKU semenjak dari 2016 di mana USIM telah
menjadi universiti pertama dalam
menawarkan kursus wajib fakulti iaitu Aplikasi Braille dalam Pengajian Quran
Sunnah. Bidang OKU ini turut menjadi niche atau Special Interest
Group (SIG) di Fakulti Pengajian Quran Sunnah (FPQS) dan akhirnya telah berjaya
mencipta aplikasi Quran Isyarat.
Sehubungan
dengan itu, ini membuktikan bahawa Kerajaan Madani serta USIM telah cakna
dengan keberadaan OKU bersesuaian dengan konsep Maqasid Syariah itu sendiri.
Oleh itu, kita semua juga perlu dan mesti mengambil peluang untuk membantu dan
berjasa kepada OKU sebagaimana peribahasa Melayu menyebut: “Berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing”.
Muslimin yang
dikasihi Allah,
Mengakhiri khutbah pada hari yang
mulia ini, mimbar ingin membuat beberapa kesimpulan:
1)
Kita perlu
mengasihi dan tolong-menolong OKU kerana ketaqwaan kerana itu merupakan satu
tuntutan dalam ajaran Islam.
2)
Maqasid
Syariah menjelaskan bahawa OKU juga mempunyai hak yang sama iaitu, hak untuk bersukma,
untuk beragama, untuk berminda, untuk berharta dan untk bercinta.
3)
Jangan kita
mengabai dan memandang rendah OKU kerana ianya ditegah dan dilarang oleh Allah ﷻ.
4)
Kita perlu
sedaya upaya untuk berkhidmat dan berjasa kepada OKU mengikut kepakaran dan
keupayaan yang kita miliki.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ
فِي الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ
الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّيْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ.
أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ
الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ
الرَّحِيْمُ.
KHUTBAH KEDUA
اَلْحَمْدُ للهِ عَلَى إِحْسَانِهِ، وَالشُّكْرُ لَهُ عَلَى
تَوْفِيْقِهِ وَامْتِنَانِهِ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ
شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
وَسَلِّمْ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا النَّاسُ،
اِتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ.
Sudah terang
lagi bersuluh bahawa kita perlu membantu OKU dengan melakukan kebaikan dengan
penuh ketaqwaan. Bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul
kerana melihat keperitan dan kesulitan yang mereka alami hakikatnya berat
berbanding kita yang tidak pernah merasai dan berada di kaki mereka. Justeru,
ringankanlan tulang untuk membantu mereka kerana itu juga adalah tuntutun
Maqasid Syariah.
Daripada
Abdullah bin Umar r.a. menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
Seorang
Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menzalimi
dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat
saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan
kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada
hari Kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan
menutup aibnya pada hari kiamat.” (Riwayat Bukhari, 2442).
Al-Imam
Ibn Hajar Al-Asqalani ketika mensyarahkan hadis ini, beliau menyatakan:
“Saudara itu adalah mereka yang hamba yang bebas, hamba Allah, golongan akhil
baligh dan mumayyiz”. Oleh itu, OKU juga saudara kita dan haram bagi kita
menyakiti mereka. Mudah-mudahan Allah ﷻ membantu
kita menunaikan hajat OKU, melapangkan kesusahan mereka dunia dan akhirat.
وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ أَمَرَكُمْ بِأَمْرٍ بَدَأَ فِيْهِ
بِنَفْسِهِ وَثَـنَّى بِمَلآئِكَتِهِ بِقُدْسِهِ، وَقَالَ تَعَالَى إِنَّ اللهَ
وَمَلآئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَآأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا
صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا.
اللّهُـمَّ
صَلِّ عَلـى مُحمَّـد، وَعَلـى آلِ مُحمَّد،كَمـا صَلَّيـتَ عَلـى إبْراهـيمَ
وَعَلـى آلِ إبْراهـيم،إِنَّكَ حَمـيدٌ مَجـيد ،اللّهُـمَّ بارِكْ عَلـى مُحمَّـد،
وَعَلـى آلِ مُحمَّـد،كَمـا بارِكْتَ عَلـى إبْراهـيمَ وَعَلـى آلِ
إبْراهيم،إِنَّكَ حَمـيدٌ مَجـيدٌ، وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الْخُلَفَاءِ
الرَّاشِدِيْنَ أَبِيْ بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيٍّ وَعَنْ بَقِيَّةِ
الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِيْنَ وَتَابِعِي التَّابِعِيْنَ لَهُمْ بِإِحْسَانٍ
إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، وَارْضَ عَنَّا مَعَهُمْ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ
الرَّاحِمِيْنَ.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ
لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ
الأَحْيَآءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مَجِيْبُ
الدَّعَوَاتِ. اللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَأَذِلَّ
الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ وَانْصُرْ عِبَادَكَ الْمُوَحِّدِيْنَ
الْمُخْلِصِيْنَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ الْمُسْلِمِيْنَ ودَمِّرْ أَعْدَآئَنَا
وَأَعْدَآءَ الدِّيْنِ وأَعْلِ كَلِمَاتِكَ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. اللَّهُمَّ
ادْفَعْ عَنَّا الْبَلاَءَ وَالْوَبَاءَ وَالزَّلاَزِلَ وَالْمِحَنَ وَسُوْءَ
الْفِتْنَةِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ عَنْ بَلَدِنا مَلِيزِيَا خَآصَّةً
وَعَنْ سَائِرِ الْبُلْدَانِ الْمُسْلِمِيْنَ عَآمَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.
Ya Allah!
Kurniakanlah petunjuk kepada kami untuk mendirikan solat fardu lima waktu
secara berjemaah dan menunaikan zakat untuk membantu hamba-hamba-Mu yang
memerlukannya.
Jadikanlah kami
antara hamba-Mu yang menjaga amanah. Kuatkan iman kami agar menjauhi perbuatan
khianat serta jauhkan kami termasuk dalam golongan yang
mengabaikan tanggungjawab dan jauhi negeri dan negara kami daripada kehancuran
disebabkan perbuatan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Serahkan
tanggungjawab memimpin negara kami kepada hamba-Mu yang amanah dan jujur serta
tegas lagi berani menegakkan kebenaran dan melaksanakan keadilan berlandaskan
syariat.
Jadikanlah Ya
Allah masjid dan surau di serta rumah-rumah-Mu yang aman, mempersatukan dan
menjadi nadi kekuatan ummah.
Bantukanlah Ya
Allah supaya kami dapat berkhidmat dan berjasa kepada OKU. Rahmatilah mereka
dunia dan akhirat.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً
وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ
وَإِيْتَآءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنْكَرِ
وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ، وَاذْكُرُوا اللهَ الْعَظِيْمَ
يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْئَلُوْهُ مِنْ
فَضْلِهِ يُعْطِكم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكْبَرُ، واللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
Comments (0)