KEPENTINGAN BAHASA ARAB.
Muqadimah
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirrabil’alamin. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad sollah’alaihiwasallam, ahli keluarganya, para sahabat dan tabi’ tab’in
yang berjasa dalam urusan agama.
العلامة محمد سالم عدود: رب كفر ناشئ بسب جهل شخص بلسان العرب
Al-‘alamah
Muhammad Salim ‘Adud berkata: “Boleh jatuh kufur kepada mana-mana pemuda disebabkan
kejahilannya memahami lisan arab”.
Ungkapan ini merupakan satu
amaran besar kepada seluruh umat manusia yang bermain-main dalam mempelajari Bahasa
Arab, mempersendakan agama, mengeluarkan fatwa tanpa menelusuri dan mendalami Bahasa
Arab, mengajar pelajar-pelajar dan memberi ceramah kepada masyarakat awam.
Amaran yang tegas ini juga tuju
kepada sesiapa yang tidak tahu Bahasa Arab tetapi berani dan berlagak
seolah-olah dia tahu Bahasa Arab lantas mengeluarkan hukum dan mengajarkannya
kepada masyarakat.
Kepentingan Bahasa Arab
Untuk
memahami al-Quran dan sunah Nabi Muhammad sollahu'alaihiwassalam (perkataan
terutamanya), maka setiap daripada kita mesti belajar dan mendalami ilmu Bahasa
Arab dengan benar dan bersungguh terutamanya ilmuwan dan sarjana yang
mengeluarkan fatwa dan mengajar ilmu agama kepada masyarakat.
Kesilapan dan kesalahan boleh
mengundang seseorang itu jatuh kufur (bukan kita hendak melabel) tetapi sebagai
pengajaran dan pedoman. Inilah masalah yang dihadapi umat pada masa kini. Tidak
ada asas Bahasa Arab tetapi berani menjatuhkan hukum dan fatwa. Tidak mendalami
ilmu Bahasa Arab tetapi mengajar ilmu agama kepada masyarakat.
Pada hakikatnya, bukanlah maqsad
utama untuk belajar bahasa Arab kerana ingin bertutur dengan lancar, menulis
dengan indah berirama, mendeklamasi syair artistik dan membahas retorika
al-Quran dan sunah tetapi maqsad utamanya adalah kita hendak mendekati Yang
Maha Pencinta Teragung. Bukanlah penulis hendak mengkritikik mana-mana persatuan
dan pertubuhan yang mengadakan kelas Bahasa Arab tetapi perlu bagi setiap pengajar
dan muridnya mengetahui bahawa ada matlamat utama yang lebih prioriti kenapa
perlu mempelajari Bahasa Arab.
Allah azza wajalla berfirman:
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Maksudnya Sesungguhnya Kami
menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu
(menggunakan akal untuk) memahaminya. (Surah Yusuf 12:2)
قُرْآنًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِي عِوَجٍ لَّعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
Maksudnya: laitu Al-Quran yang
berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong;
supaya mereka bertaqwa. (Surah al-Zumar 39:28)
كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِّقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
Maksudnya: Sebuah Kitab yang
dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam
bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami
kandungannya. (Surah Fussilat 41:3)
Supaya kita berfikir, supaya kita
bertaqwa dan kita dapat memahami kandungannya, inilah maqsad utama mempelajari
Bahasa Arab. Kita berfikir tentang kejadian bumi dan langit, siang dan malam,
malaikat dan jin, manusia dan haiwan. Kita bertaqwa kepada Allah azza wajalla
dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Kita memahami ayat-ayat al-Quran agar menjadi panduan kehidupan dunia akhirat.
Begitulah alegori itik jantan
mengejar itik betina, dari telur menjadi anak, baru sahaja menetas sudah mula
ada kemahuan untuk mencari kehidupan, ada pandangan pertama, itik jantan merapati
itik betina, dia cuba mendekatinya, dia cuba menyelamainya, dia cuba
mendakapinya dan dia hendak menjiwainya siang dan malam. Itu alegori kehidupan
cinta itik jantan dan itik betina. Apatah lagi cinta manusia terhadap Illahi
maka perlu lebih daripada itu.
Begitulah asbabnya kenapa ada
seorang pemuda yang dahulunya tidak ada hala tujuan kini kembali ke persada
ilmu dalam pengkhususan bahasa Arab, tidak lain tidak bukan kerana ada
kesedaran. Mudahan diterima dan dipermudahkan.
Contoh-contoh kesalahan dan kesilapan.
Perkataan Fatana (فتن), apakah semuanya membawa satu maksud
iaitu fitnah. Jawapannya tidak. Dalam al-Quran. Allah azza wajalla menyebut
perkataan ini dengan pelbagai jenis bentuk dan membawa makna yang pelbagai.
7:46 AM |
Category:
bahasa arab
|
0
comments