Sejarah Pendidikan di Perak. Isu
Sekolah Kerajaan Zaman Penjajah Kolej Melayu (MCKK) vs Pondok dan Sekolah Agama
Madrasah Idrisiah (MADID)
مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ
عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا
بَدَّلُوا تَبْدِيلًا
Terjemahannya:Di antara orang-orang
yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah
dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara
mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan
di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa
yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (Surah al-Ahzab 33:23)
Sejarah Madrasah di Tanah Melayu.
Jika di Kelantan, adanya Maahad Muhammadi (banin dan banat) yang diberi nama
ini pada tahun 1956. Jika di Pulau Pinang, adanya Madrasah al-Masyhur
ditubuhkan pada tahun 1919.
Tetapi jangan lupa, ada sebuah madrasah yang telah mula dibina seawal pada tahun 1916 iaitu Madrasah Idrisiah
di Perak.
Madrasah Idrisiah diilhamkan
oleh Sultan Idris Mursidul Adzam Shah 1 bersamanya seorang ulama iaitu Tuan
Sheikh Haji Nawawi bin Haji Tahir. Madrsaha ini dibuka pengajian pertamanya pada
tahun 1922 bersamaan 1340 Hijrah.
Madrasah Idrisiah merupakan
madrasah pertama di Perak yang berteraskan konteks sistem pendidikan Islam. Mereka mencontohi sistem pendidikan dan pengajaran dari Mekah. Dan pada awal pengajian
dimulakan, madrasah merupakan pusat ilmu yang bersistematik kerana
memiliki sukatan pelajaran yang menyeluruh dalam semua bidang.
Pada awal penubuhan Madrasah
Idrisiah bertujuan:
1. Memberikan pendidikan agama
dan mengembangkan syiar Islam.
2. Institusi yang diharapkan akan
dapat mempertahankan Islam.
Selain itu, Madrasah ini terus
dipimpim, dipelihara, dijaga dan dididik oleh ramai ulama' yang terkemuka dan
disanjungi umat sepanjang zaman, di antaranya:
1. Tuan Haji Muhammad bin Haji
Salleh (1922-1924) menjadi mudir yang pertama. Beliau berasal dari Kelantan
dan mendapat pendidikan dari Mekah.
2. Tuan Syiekh Abdulullah
Maghribi (1924-1932) berbangsa Arab Saudi menjadi mudir yang kedua.
3. Syiekh Abdullah Fahim bin
Haji Ibrahim (1932-1948) berasal dari Kepala Batas dan mendapat
pendidikan di Mekah. Menjadi mudir yang ketiga.
4. Tuan Syiekh Haji az-Zubair
Haji Ahmad (1948-1976) mendapat pendidikan dari Mekah serta menjadi
mudir yang keempat.
5. Dato' Haji Abu Al-Hasan
Ashari bin Abdul Majid (1976 - 1983).
6. Tuan Haji Nawawi b. Hassan
(1982-1985).
7. Ustaz Musa bin Zainuddin
(1985-1999) merupakan anak kelahiran Teluk Intan. Menjadi mudir ketujuh.
Disebut ahli sejarah bahawa zaman madrasah era beliau ini merupakan 1 zaman
perubahan dan lonjakan kegemilangan serta kebangkitan. Di samping itu, pada nasa itu negeri Perak jugadinaungi oleh Sultan Azlan yang sangat berwibawa dan sering memberikan sumbangan kepada madrasah ini.
8. Ustaz Kamaruddin bin Ahmad
(1999-2011).
9. Dan sekarang bermula pada
tahun 2011-kini dipimpin oleh Ustaz El Syazali bin Musa yang merupakan
anak bagi mudir yang ketujuh, beliau mendapat pendidikan dari Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia.
Madrasah ini telah melahirkan
ramai sarjana Islam baik dalam bidang agama mahupun profesional. Di sini,
bermula lahirnya seorang Mufti Perak iaitu Mufti Harussani, pejuang kemerdekaan
Perak seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pensyarah, guru-guru, peguam, juruwang,
YDP ABIM N9 dan YDP ABIM Kinta, YDP KPIP, presiden PKPIM, Amir Pkpim, usahawan,
jurutera, doktor, penulis, Imam, aktivis, ahli politik kerajaan dan pembangkang
dan sebagainya.
Saya melihat bahawa yang pasti,
kelahiran daripada Madrasah ini pastinya menjadi "seseorang" yang
selalu dicanang-canang oleh para senior iaitu insan yang berilmu, berakhlak dan berjasa untuk agama dan umat.
Seandainya Madrasah Idrisiah ini
ingin terus menjadi satu wadah pembentukan idealisme, intelektualisme dan spritiualisme yang
berkualiti, maka segala persiapan mesti bermula dari atas sehingga ke bawah.
Mereka wajib memainkan peranan dengan sesungguhnya tanpa penat, jemu dan putus
asa.
Adapun generasi saya (2005-2009),
menjadi satu zaman perubahan dan peralihan. Zamannya bermula sekolah agama
dianaktirikan. Isu-isu dalaman diantara para perwakilan pelajar dengan
pentadbiran, masalah displin pelajar dan lain-lain. Mungkin banyak kelemahan
dan tidak perlu menunding jari bahawa generasi awak tiada apa-apa yang boleh
dibanggakan kerana setiap manusia pada zaman itu memainkan peranannnya.
Semoga Madrasah Idrisiah ini
terus-menerus melahirkan insan yang cemerlang dan terbilang seperti yang pernah
dilahirkan sesebelum ini. In-sya-Allah.
Madrasah
Idrisah vs Kolej Melayu Kuala Kangsar; Dasar Pendidikan Pada Zaman Penjajahan
"Tujuan pembaratan orang
Islam ini adalah supaya umat Islam meninggalkan ajaran Islam, lalu dibuka Kolej
Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Tambahnya, MCKK menjadi tempat mengajar pelatih
guru Melayu untuk mengajar tulisan rumi demi menghapuskan tulisan jawi.
Dalam masa yang sama, di MCKK juga pelajar belajar sejarah Majapahit, sejarah Hindu namun meninggalkan sejarah Islam dan melumpuhkan pengajian Islam melalui pengajian kebangsaan.” Tuan Guru Haji Hadi (2018)
Dalam masa yang sama, di MCKK juga pelajar belajar sejarah Majapahit, sejarah Hindu namun meninggalkan sejarah Islam dan melumpuhkan pengajian Islam melalui pengajian kebangsaan.” Tuan Guru Haji Hadi (2018)
4:01 AM |
Category:
idealisme
|
0
comments