بسم الله  الرحمن الرحيم والحمد لله رب العالمين

Kalilah wa Dimnah; Karya Abdullah ibn al-Muqafa'



Pertama kali saya kenal buku ini pada tahun 2011@2012 dari buku Peradaban Islam Di Bumi Melayu; Kini Dan Dahulu oleh Dr. Abdul Ghani. Saya membeli buku Kalilah wa Dimnah pada tahun 2017 di pesta buku di PWTC. Saya mula membaca pada tahun 2018. Bila saya hendak mula membaca, saya berkongsi buku ini dengan Dr. Abdul Ghani, kami sepakat, lepas habis buku kita bincang dan borak-borak. Pantang diajak, ustaz Abdul Ghani lebih awal mengkhatamkan buku ini.
Sebelum saya berkongsi, saya masih teringat kata-kata Dr. Abdul Ghani, saya tanya pada dia: "Ustaz, buku saya banyak ja lagi tak habis baca, nak baca ini nak baca itu". Ustaz membalas: "Enta beli ja dan suatu hari enta akan membacanya bila tiba masanya". (Pastikan kita membeli buku yang betul-betul kita suka dan ingin mendalaminya).
Kalilah wa Dimnah sebuah karya asal sanskrit hindu dan diterjemahkan dalam Bahasa Arab oleh Abdullah ibn Muqafa'. Abdulllah ibn Muqafa’ seorang tokoh retorik dan ahli fasahah. Agama asal beliau adalah Majusi Persian, kemudian beliau memeluk agama Islam. Beliau juga sempat bertemu dengan seorang tokoh ahli Nahw yang hebat iaitu al-Khalil. Kehebatan ibn Muqafa’ dipuji oleh al-Khalil sendiri[1]. Dikatakan beliau mati dibunuh oleh Muawiyah bin Abi Sufyan. Beliau lahir pada 106Hijrah.[2]
Ternyata benar bahawa beliau bukan asal berbangsa Arab namun kehebatannya dalam menterjemah karya ini ke dalam Bahasa Arab sangat mengkagumkan. Ini boleh dijadikan contoh dan teladan bagi pelajar bahasa Arab bukan Arab untuk terus berusaha dan mengkaji ilmu Bahasa Arab.
Dalam karya Kalilah wa Dimnah bagi saya secara peribadi sebuah karya yang sangat hebat dan indah.  Pada hemat saya, cuma terdapat sedikit masalah iaitu:
1) Beliau telah mengubah nama watak asal iaitu Kalilah wa Dimnah bukanlah nama watak sebenar.
2) Karya sanskrit beragama hindu diubah menjadi karya Arab Islam. (Ini satu perkara yang sangat berat kalau diikutkan dalam dunia akademik pada masa ini).

Siapakah yang perlu membaca buku ini?

Bagi saya, semua umat Islam wajib membaca buku ini, ini kerana pada zaman sejarah Melayu, karya ini telah sampai di Bumi Melayu, ulama' terdahulu telah membaca karya ini termasuk masyarakat Melayu dahulu. Justeru, saya ingin memberi saranan kepada 5 golongan yang terdiri daripada:


Zaman dahulu beratap langit,
Zaman kini beratap konkrik,
Zaman dahulu aku diangkat,
Zaman kini aku dikhianat,

Tiada kemewahan tiada kemuliaan,
Tiada keilmuwan tiada kemasyhuran,
Itulah aturan kehidupan.

Manusia tamak mengumpul harta seluas lautan,
Harta digenggam membelah hutan,
Harta digenggam mentarah gunung,
Harta digenggam memutus persaudaraan,
Harta digenggam neraka sebagai peneman,
Dalamnya enam kaki pun masih harta digenggam

Nilai sebuah al-Takathur. 1/11/2018.
Sejarah Pendidikan di Perak. Isu Sekolah Kerajaan Zaman Penjajah Kolej Melayu (MCKK) vs Pondok dan Sekolah Agama Madrasah Idrisiah (MADID)

مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا
Terjemahannya:Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (Surah al-Ahzab 33:23)

Sejarah Madrasah di Tanah Melayu. Jika di Kelantan, adanya Maahad Muhammadi (banin dan banat) yang diberi nama ini pada tahun 1956. Jika di Pulau Pinang, adanya Madrasah al-Masyhur ditubuhkan pada tahun 1919.
Tetapi jangan lupa, ada sebuah madrasah yang telah mula dibina seawal pada tahun 1916 iaitu Madrasah Idrisiah di Perak.
Madrasah Idrisiah diilhamkan oleh Sultan Idris Mursidul Adzam Shah 1 bersamanya seorang ulama iaitu Tuan Sheikh Haji Nawawi bin Haji Tahir. Madrsaha ini dibuka pengajian pertamanya pada tahun 1922 bersamaan 1340 Hijrah.
Madrasah Idrisiah merupakan madrasah pertama di Perak yang berteraskan konteks sistem pendidikan Islam. Mereka mencontohi sistem pendidikan dan pengajaran dari Mekah. Dan pada awal pengajian dimulakan, madrasah merupakan pusat ilmu yang bersistematik kerana memiliki sukatan pelajaran yang menyeluruh dalam semua bidang.
Pada awal penubuhan Madrasah Idrisiah bertujuan:
1. Memberikan pendidikan agama dan mengembangkan syiar Islam.
2. Institusi yang diharapkan akan dapat mempertahankan Islam.
Selain itu, Madrasah ini terus dipimpim, dipelihara, dijaga dan dididik oleh ramai ulama' yang terkemuka dan disanjungi umat sepanjang zaman, di antaranya:
1. Tuan Haji Muhammad bin Haji Salleh (1922-1924) menjadi mudir yang pertama. Beliau berasal dari Kelantan dan mendapat pendidikan dari Mekah.
2. Tuan Syiekh Abdulullah Maghribi (1924-1932) berbangsa Arab Saudi menjadi mudir yang kedua.
3. Syiekh Abdullah Fahim bin Haji Ibrahim (1932-1948) berasal dari Kepala Batas dan mendapat pendidikan di Mekah. Menjadi mudir yang ketiga.
4. Tuan Syiekh Haji az-Zubair Haji Ahmad (1948-1976) mendapat pendidikan dari Mekah serta menjadi mudir yang keempat.
5. Dato' Haji Abu Al-Hasan Ashari bin Abdul Majid (1976 - 1983).
6. Tuan Haji Nawawi b. Hassan (1982-1985).
7. Ustaz Musa bin Zainuddin (1985-1999) merupakan anak kelahiran Teluk Intan. Menjadi mudir ketujuh. Disebut ahli sejarah bahawa zaman madrasah era beliau ini merupakan 1 zaman perubahan dan lonjakan kegemilangan serta kebangkitan. Di samping itu, pada nasa itu negeri Perak jugadinaungi oleh Sultan Azlan yang sangat berwibawa dan sering memberikan sumbangan kepada madrasah ini.
8. Ustaz Kamaruddin bin Ahmad (1999-2011).
9. Dan sekarang bermula pada tahun 2011-kini dipimpin oleh Ustaz El Syazali bin Musa yang merupakan anak bagi mudir yang ketujuh, beliau mendapat pendidikan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Madrasah ini telah melahirkan ramai sarjana Islam baik dalam bidang agama mahupun profesional. Di sini, bermula lahirnya seorang Mufti Perak iaitu Mufti Harussani, pejuang kemerdekaan Perak seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pensyarah, guru-guru, peguam, juruwang, YDP ABIM N9 dan YDP ABIM Kinta, YDP KPIP, presiden PKPIM, Amir Pkpim, usahawan, jurutera, doktor, penulis, Imam, aktivis, ahli politik kerajaan dan pembangkang dan sebagainya.
Saya melihat bahawa yang pasti, kelahiran daripada Madrasah ini pastinya menjadi "seseorang" yang selalu dicanang-canang oleh para senior iaitu insan yang berilmu, berakhlak dan berjasa untuk agama dan umat.
Seandainya Madrasah Idrisiah ini ingin terus menjadi satu wadah pembentukan idealisme, intelektualisme dan spritiualisme yang berkualiti, maka segala persiapan mesti bermula dari atas sehingga ke bawah. Mereka wajib memainkan peranan dengan sesungguhnya tanpa penat, jemu dan putus asa.
Adapun generasi saya (2005-2009), menjadi satu zaman perubahan dan peralihan. Zamannya bermula sekolah agama dianaktirikan. Isu-isu dalaman diantara para perwakilan pelajar dengan pentadbiran, masalah displin pelajar dan lain-lain. Mungkin banyak kelemahan dan tidak perlu menunding jari bahawa generasi awak tiada apa-apa yang boleh dibanggakan kerana setiap manusia pada zaman itu memainkan peranannnya.
Semoga Madrasah Idrisiah ini terus-menerus melahirkan insan yang cemerlang dan terbilang seperti yang pernah dilahirkan sesebelum ini. In-sya-Allah.

Madrasah Idrisah vs Kolej Melayu Kuala Kangsar; Dasar Pendidikan Pada Zaman Penjajahan

"Tujuan pembaratan orang Islam ini adalah supaya umat Islam meninggalkan ajaran Islam, lalu dibuka Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Tambahnya, MCKK menjadi tempat mengajar pelatih guru Melayu untuk mengajar tulisan rumi demi menghapuskan tulisan jawi.
Dalam masa yang sama, di MCKK juga pelajar belajar sejarah Majapahit, sejarah Hindu namun meninggalkan sejarah Islam dan melumpuhkan pengajian Islam melalui pengajian kebangsaan
.” Tuan Guru Haji Hadi (2018)



KEPENTINGAN BAHASA ARAB.
Muqadimah
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirrabil’alamin. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sollah’alaihiwasallam, ahli keluarganya, para sahabat dan tabi’ tab’in yang berjasa dalam urusan agama.
العلامة محمد سالم عدود: رب كفر ناشئ بسب جهل شخص بلسان العرب
Al-‘alamah Muhammad Salim ‘Adud berkata: “Boleh jatuh kufur kepada mana-mana pemuda disebabkan kejahilannya memahami lisan arab”.
Ungkapan ini merupakan satu amaran besar kepada seluruh umat manusia yang bermain-main dalam mempelajari Bahasa Arab, mempersendakan agama, mengeluarkan fatwa tanpa menelusuri dan mendalami Bahasa Arab, mengajar pelajar-pelajar dan memberi ceramah kepada masyarakat awam.
Amaran yang tegas ini juga tuju kepada sesiapa yang tidak tahu Bahasa Arab tetapi berani dan berlagak seolah-olah dia tahu Bahasa Arab lantas mengeluarkan hukum dan mengajarkannya kepada masyarakat.
Kepentingan Bahasa Arab
Untuk memahami al-Quran dan sunah Nabi Muhammad sollahu'alaihiwassalam (perkataan terutamanya), maka setiap daripada kita mesti belajar dan mendalami ilmu Bahasa Arab dengan benar dan bersungguh terutamanya ilmuwan dan sarjana yang mengeluarkan fatwa dan mengajar ilmu agama kepada masyarakat.
Kesilapan dan kesalahan boleh mengundang seseorang itu jatuh kufur (bukan kita hendak melabel) tetapi sebagai pengajaran dan pedoman. Inilah masalah yang dihadapi umat pada masa kini. Tidak ada asas Bahasa Arab tetapi berani menjatuhkan hukum dan fatwa. Tidak mendalami ilmu Bahasa Arab tetapi mengajar ilmu agama kepada masyarakat.
Pada hakikatnya, bukanlah maqsad utama untuk belajar bahasa Arab kerana ingin bertutur dengan lancar, menulis dengan indah berirama, mendeklamasi syair artistik dan membahas retorika al-Quran dan sunah tetapi maqsad utamanya adalah kita hendak mendekati Yang Maha Pencinta Teragung. Bukanlah penulis hendak mengkritikik mana-mana persatuan dan pertubuhan yang mengadakan kelas Bahasa Arab tetapi perlu bagi setiap pengajar dan muridnya mengetahui bahawa ada matlamat utama yang lebih prioriti kenapa perlu mempelajari Bahasa Arab.
Allah azza wajalla berfirman:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Maksudnya Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.  (Surah Yusuf 12:2)

قُرْآنًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِي عِوَجٍ لَّعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
Maksudnya: laitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertaqwa. (Surah al-Zumar 39:28)

كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِّقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
Maksudnya: Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. (Surah Fussilat 41:3)

Supaya kita berfikir, supaya kita bertaqwa dan kita dapat memahami kandungannya, inilah maqsad utama mempelajari Bahasa Arab. Kita berfikir tentang kejadian bumi dan langit, siang dan malam, malaikat dan jin, manusia dan haiwan. Kita bertaqwa kepada Allah azza wajalla dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Kita memahami ayat-ayat al-Quran agar menjadi panduan kehidupan dunia akhirat.
Begitulah alegori itik jantan mengejar itik betina, dari telur menjadi anak, baru sahaja menetas sudah mula ada kemahuan untuk mencari kehidupan, ada pandangan pertama, itik jantan merapati itik betina, dia cuba mendekatinya, dia cuba menyelamainya, dia cuba mendakapinya dan dia hendak menjiwainya siang dan malam. Itu alegori kehidupan cinta itik jantan dan itik betina. Apatah lagi cinta manusia terhadap Illahi maka perlu lebih daripada itu.
Begitulah asbabnya kenapa ada seorang pemuda yang dahulunya tidak ada hala tujuan kini kembali ke persada ilmu dalam pengkhususan bahasa Arab, tidak lain tidak bukan kerana ada kesedaran. Mudahan diterima dan dipermudahkan.
Contoh-contoh kesalahan dan kesilapan.
Perkataan Fatana (فتن), apakah semuanya membawa satu maksud iaitu fitnah. Jawapannya tidak. Dalam al-Quran. Allah azza wajalla menyebut perkataan ini dengan pelbagai jenis bentuk dan membawa makna yang pelbagai.


Novel Rindu Karya A.Rahman C.M


Rindu bukan sebarang rindu. Rindu sedalam lautan. Rindu serindunya terhadap seseorang yang dikasihi sehingga terasa tangkai jantung ditarik-tarik, menusuk kalbu bagai dicarik-carik hati itu.


Ini novel menceritakan kisah rindu ayah bernama Dali dan ibunya bernama Leha kepada anaknya Sani. 


Dek kerana keegoan seorang ayah iaitu Ayah Dali dan disebabkan sifatnya yang panas baran mengundang padah sehingga menyebabkan anaknya Sani lari dan keluar dari rumah beberapa tahun lamanya.

Ungkapan yang menyaktikan seperti: "aku haramkan engkau menyentuh jasad aku bila aku mati, kalau anak tidak dengar kata, apa guna lagi berada di rumah ini". Ungkap Si Ayah kepada Sani kerana Sani tidak mahu menuruti pilihan ayahnya untuk menyambung dalam bidang agama.

Sani anak bongsu daripada 3 orang beradik. Seorang yang soleh dan taat serta tidak melawan kata.

Sani mempunyai cita-cita yang tinggi ingin menjadi doktor namun mendapat tentangan dari ayahnya yang berkehendak agar dia menjadi ulama'.

Akhirnya, nekad Sani tanpa membalas sepatah dua kata lalu meninggalkan keluarganya demi mengejar cita-citanya. Setelah siang dan malam bersilih ganti beberapa zaman berlalu Sani pulang. Adakah Sanimenjadi anak yang soleh dan menjadi Doktor yang beriman?

Hayatilah novel ini. Dan jika hampir pada realiti. Barangkali boleh jadikan ia sebagai pedoman.

Kebiasaan bagi pembaca apabila membaca sesuatu, dia ingin mendapatkan kepuasan yang terbuku di hati dan fikiran selain mendapat ilmu dan bahasa.

Beberapa pengajaran:

1. Teringat kata-kata seorang senior, jangan keras sangat tetapi bertegas. Kata-kata ini sangat bersesuaian untuk ibu bapa dalam mendidik anak.

2. Berilah peluang kepada si anak dalam membuat keputusan namun si anak jangan lupa untk mendengar nasihat ibu bapa.

Selamat membaca dan mudah-mudahan bermanfaat. in sya Allah.




Novel berjudul "Kisah Dua Bersaudara Nol-bu dan Hung-bu". Karya Samuel Kimm dan diterjemah oleh Zaleha Abidin.


"Kekayaan membuat hidup kita selesa dan mewah, tetapi kemiskinan mengajar kita menjadi insan yang tabah dan lasak.". Hung-bu.
"Hak yang sama untuk belajar
hak yang sama untuk berjaya
hak yang sama untuk bermesra
hak yang sama untuk menjadi ketua
hak yang sama untuk ketawa." Hung-bu.
Sebelum saya membedah buku, saya ingin menerangkan tentang sastera secara ringkas iaitu apakah sastera islam, sastera berunsurkan islam dan sastera bukan islam seperti sastera arab, melayu dan sebagainya. Hal ini sangat penting supaya kita dapat membezakan karya sastera yang dihasilkan.
Sastera islam ialah sastera hasil penulisan dan pemikiran dari umat islam dan padanya meletakkan nilai-nilai islam seperti pengabdian diri kepada Allah azza wajalla, mencinta Nabi Muhammad sollahu'alahiwasallam ahli keluarga baginda serta para sahabat dan menekankan tentang keperibadian yang baik dan mementingkan kebajikan dan kebaikan bahkan menolak kebatilan. Inilah yang dinamakan sastera islam. Apabila kita membaca puisi, cerpen, novel dan seumpamanya maka kita dapatlah membezakan sastera islam dan sastera berunsur islam mahpun sastera bukan islam.
Berbalik kepada novel, asal usul novel ini dalam Bahasa Korea. Samuel menerapkan nilai-nilai kepercayaan kepada tuhan yakni dewa yang pelbagai, menekankan perihal kekeluargaan dan kesatuan bermasyarakat, menolak perihal keakuan yang mementingkan diri sendiri, memupuk semangat terus berusaha dan tidak berputus-asa walaupun hidup dalam kepapaan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan pelbagai lagi nilai-nilai murni yang boleh diambilkan pengajaran dan pedoman.
Pada saya, buku ini sangat sesuai kepada pasangan suami isteri yang baru berkahwin ataupun sudah lama berkahwin. Ini kerana, kisah Hung-bu dengan isterinya Chu-hi yang tidak pernah berputus asa dan lelah bagi meneruskan kehidupan seharian dan mengharungi kehidupan mendatang dengan penuh kesabaran dan kesungguhan.
Watak protagonis ialah Hung-bu adik kepada Nol-bu. Seorang adik yang sangat penyabar, sentiasa bersungguh, taat kepada ajaran agama, patuh kepada ibu bapa, rajin berkerja dan berusaha, bukan pendendam, penyayang, pemurah, berani kerana benar, tidak mengambil kesempatan dan sentiasa bersyukur.
Nol-bu abang kepada Hung-bu merupakan watak antagonis. Seorang abang yang jahat, suka membuli adiknya, suka menyakat anak gadis, kedekut, tamak, tidak mempedulikan ajaran agama, tidak menyantuni perintah ibu bapa, pemalas dan sentiasa iri hati kepada adiknya. Perhatikan kata-kata Nol-bu yang tamak dan berhati busuk
"Bangsat, serahkan semuanya kepada aku. Kamu dah makan banyak,".
Semoga bermanfaat dan mendapatkan buku untuk dibaca dan diamalkan.
Terima kasih.