Berjasalah
untuk nikmat Allah; Syurga
Maha Suci Allah
tuhan semesta alam, segala puji bagi Allah dengan limpah dan kurnia-NYA, kita
sebagai manusia yang lemah ini masih dapat menikmati segala-segalanya baik
dapat dinikmati pada zahirnya mahupun batin. Sesungguhnya nikmat Allah itu luas
dan sangat mencukupi bagi semua makhluk yang ada dibumi ini. Sesungguhnya
sebaik-baik manusia ialah orang yang bersyukur dan sentiasa mensyukuri segala
pemberian-NYA sama ada susah mahupun senang. Dan begitulah kata Pak Hamka yang
menyebut tentang cirri-ciri orang yang bersyukur yang mana beliau menyebut orang
yang bersyukur ketika senang adalah biasa namun orang yang bersyukur ketika
menimpa musibah adalah orang yang luar biasa”.
Wahai para sahabat seperjuangan yang dikasihi sekalian,
Kita hayatilah
kisah-kisah para anbiya’ dalam perjuangan mereka dalam meninggikan kalimah
tauhid Yang Maha Esa kepada kaum mereka. Mereka mengorbankan segala tenaga, jiwa,
harta demi kerana Allah. Bukankah itu namanya berjasa? Namun, kebelakangan ini, manusia makin terus alpa dan leka dengan kemewahan dan kekayaan di dunia
yang sementara, sibuk mengejar pangkat dan kemulian diri sendiri demi menjadi
manusia yang mulia disisi manusia sendiri. Apakah bezanya kita dengan binatang
yang masing-masing hidupnya makan, tidur dan berasmara semata-mata? Apakah kita
telah lupa ataupun sengaja buat-buat lupa dengan perintah dan larangan Allah?
Pernahkah kita terfikir dan bermuhasabah diri sebelum kita tidur atau apabila
celik mata sesudah mati sementara itu mengenai berjasa atau berbudi?
Tidakkah kita rasa bersalah atau hati kita sudah mati ditelan kegelapan malam
sehingga hati itu tidak rasa apakah pentingnya cahaya.
Sungguh dukacita
dan kecewa jika kita masih bermimpi di siang hari dan berkhayalan di malam hari
sehingga tidak ada satu jasa dan budi pun kita taburkan untuk agama.
Jika para anbiya’ boleh tidur sedikit, berlapar banyak, berdahaga sehingga
tekak kering dan badan berlumuran darah dalam memartabatkan islam, kenapa kita
tidak kita? Cubalah wahai sahabat-sahabatku, berjasalah dan berbudilah untuk
mengecapi nikmat Allah.
Wahai pencinta jasa dan budi,
Satu perkara yang
menjadi seorang itu dicintai Allah adalah dimana seharian dalam hidupnya tidak
lekang daripada berjasa dan berbudi seperti seorang pemimpin sentiasa bersama
masyarakatnya ketika mereka dalam kesusahan begitu juga rakyat yang sentiasa
menyokong padu untuk bersama-sama membina tamadun dan taat setia kepada
pemimpin, seorang ayah mencari rezeki walaupun matahari terpacak tinggi lurus
diatas kepala, seorang ibu membasahi tangannya untuk menyediakan sesuapan nasi,
seorang anak yang soleh mendoakan kesejahteraan untuk ibu bapanya, seorang suami
mengerah tenaga tulang empat kerat untuk menyediakan keperluan keluarganya
begitulah seorang isteri menanti si suami dengan mengemas rumah dan menyediakan
keperluan walaupun dengan secawan kopi. Wah! Indahnya kitaran hidup jika setiap
manusia berjasa dan berbudi didalam kitarannya. Pun begitu, ingatlah bahawa
jasa dan budi ini bukan setempat dan bermusim, bukan untuk sebulu dan sekuku bahkan
bukan hanya sekufu apatah lagi ada jika ada kepentingan duniawi.
Ingatlah hadis nabi bahawa sebaik-baik umat adalah yang bermanfaat kepada umat yang lain. Kan indah dan suci ajaran islam itu, jika setiap umat faham akan agama bahkan lebih murni dan mulia jika diamalkan dalam kehidupan seharian. Ingatlah, tatkala manusia dibadai taufan dan dibelasah ombak dan ketika itu kita dalam dakapan sinaran bintang yang berkelipan dan diterangi bulan cahaya benderang bahkan ditemani sinaran matahari menyinari cahaya, ketika itu telah jatuh satu kewajipan untuk kita berjasa dan berbudi demi mencapai keredhaan Allah dan bukanlah niat hanya bila kita berbudi sekarang kelak satu hari nanti mereka akan bantu kita. Maka pesanlah pada diri bahawa jika kamu menolong agama Allah nescaya Allah juga akan membantu kamu. Sedarlah, dunia ni adalah putaran, ada masa kita diatas ada ketikanya kita dibawah. Mohonlah kepada Yang Maha Berkuasa untuk menjadikan kita sebaik-baik umat.
Ingatlah hadis nabi bahawa sebaik-baik umat adalah yang bermanfaat kepada umat yang lain. Kan indah dan suci ajaran islam itu, jika setiap umat faham akan agama bahkan lebih murni dan mulia jika diamalkan dalam kehidupan seharian. Ingatlah, tatkala manusia dibadai taufan dan dibelasah ombak dan ketika itu kita dalam dakapan sinaran bintang yang berkelipan dan diterangi bulan cahaya benderang bahkan ditemani sinaran matahari menyinari cahaya, ketika itu telah jatuh satu kewajipan untuk kita berjasa dan berbudi demi mencapai keredhaan Allah dan bukanlah niat hanya bila kita berbudi sekarang kelak satu hari nanti mereka akan bantu kita. Maka pesanlah pada diri bahawa jika kamu menolong agama Allah nescaya Allah juga akan membantu kamu. Sedarlah, dunia ni adalah putaran, ada masa kita diatas ada ketikanya kita dibawah. Mohonlah kepada Yang Maha Berkuasa untuk menjadikan kita sebaik-baik umat.
Wahai teman yang ku sayangi,
Tidakkah kita
terpanggil dengan suruhan Allah dalam surah al-‘imran yang menganjurkan kepada
umat yang ingin menjadi sebaik-baik umat dalah menyuruh kepada yang ma’ruf dan
mencegah yang mungkar. Adakah kita tidak ingin menjadi sebaik-baik umat disisi
Allah atau hanya terlintas dalam fikiran bahawa dunia sahaja yang menjadi
keperluan dan kehendak demi memuaskan nafsu sendiri. Kalaulah setiap umat
melaksanakan perintah Allah yakni melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar
pasti dunia akan menjadi sebaik-baik dunia. Dan perlu diketahui bahawa apa yang
dilakukan itu tidak lain tidak bukan adalah jasa dan budi kerana setiap perkara
yang ingin dilakukan itu memerlukan satu perjuangan dan ijtihad yang hakiki.
Kita renungilah kisah perjuangan nabi Muhammad s.a.w, bagaimana baginda s.a.w. berjasa dan berbudi sejak kelahirannya pada
sekitar abad ke 6 sehingga baginda s.a.w. wafat, selama 63 tahun masa itu dipenuhi dengan segala budi dan jasa
sehingga umat kini dapat merasai dan menikmatinya dengan baik sekali. Jika
tidak kerana jasa dan budi baginda s.a.w ketika penghijrahan dari mekah ke madinah
tidak akan ada satu piagam yang agung dalam sejarah telah tercatat. Jika tidak
kerana budi dan jasa nabi pada pembukaan kota mekah, tidak akan ada pembebasan
hajaratul aswad sehingga pada zaman kini dan terus diziarahi oleh sekalian umat bahkan
menabur cinta membuak-buak untuk menujuk ke sana. Tidakkah kita rasa terhutang
budi dengan baginda dengan segala yang telah dilakukan. Cubalah berbicara
dengan hati sendiri, apakah sebanyak jasa dan sebesar budi yang kita lakukan
kerana Allah? Nauzubillah, pasti kita akan rasa kita seperti mayat hidup yang
mana ada pun taka apa, tak ada pun tak
apa. Pilihlah wahai teman-temanku…
7:46 AM |
Category:
aktivisme
|
1 comments