Pada tahun 1992, telah lahir
seoarang pelayar. Pada tahun itu juga pasukan badminton Malaysia telah
menjuarai Piala Thomas sehinggakan sebuah lagu yang berjudul “Fikirkan Boleh”
selalu didendangi di kaca TV dan Radio, lagu yang sangat mengasyikkan dan
membangkitkan semangat kesukanan negara Malaysia untuk terus maju dalam sukan. Lewat
tahun 90an berlaku krisis ekonomi di asia tenggara dan beberapa negara lain
bahkan Malaysia juga terasa tempiasnya terutama pada tahun 1997-98.
Kehidupan pelayar itu terus berlalu
seperti biasa. Ibu bapanya bekerja pada waktunya dan pulang pada kebiasaannya.
Rutin pelayar masa kecil tidaklah banyak ragam. Pada waktu kecil, dia sering
diajar supaya melihat pandangan alam, jangan tidur ketika dalam perjalanan dan
turut dilatih pergi ke kebun untuk lebih mengenali setiap ciptaan Allah. Walaubagaimanapun,
beliau juga mempunyai ramai kawan. Cuma sedikit malu dengan perempuan.
Cita-cita pelayar itu sangat besar.
Beliau bercita-cita ingin menjadi seorang ulama’ yang terkemuka kerana
terpengaruh dengan pasca politik almarhum Tuan Guru Nik Aziz dan saban harinya
selalu dilagukan dengan al-quran dari para syiekh seperti Imam Sudais, Syuraim
dan sebagainya. Beliau juga pernah bercita-cita ingin menjadi seorang
pendakwah, jadi askar, orang kaya sebab hendak bantu keluarga dan sanak
saudara. Beliau mungkin sedikit nakal. Biasalah anak-anak kecil belum mumayyiz.
Bila sudah mula hendak menjadi
remaja, sikit demi sedikit keadaan kian berubah. Awan yang putih dilihat hitam.
Taik dikatakan bunga. Panas dikatakan ribut. Hujan dikatakan kemarau. Kawan
dikatakan lawan. Orang tua dikatakan musuh. Guru dibayangkan penyekat. Segala
yang manis jadi tawar. Semua berubah! Pelayar itu seolah-olah masih belum
mengerti kenapa dan bagaimana. Pelayar itu meneruskan kehidupan seperti biasa.
Ada masa beserban dan ada ketikanya menjadi setan. Itulah hakikat kehidupan
jika tidak dipandu dengan iman dan islam.
Masa terus berlalu dan pelayar itu membesar
dan menjadi remaja separa dewasa pula. Sedikit cerah awan. Keadaan mulai
tenang. Akal menjadi matang. Tingkah laku semakin baik. Namun pelayar itu masih
mencari-cari jawapan yang mana jawapan itu tidak diketahuinya apakah persoalan
yang dicari. Segala pekerjaan sudah dilakukan baik di rimba mahupun desa. sama
ada berat mahupun ringan. Ada yang susah ada yang senang. Dari timur, utara,
selatan ke barat sudah beliau belayar. Namun pelayar itu masih belum mengetahui
apakah yang sebenarnya.
Hari kian pergi, bulan dan matahari
terbit dan tenggelam. Ada Bintang yang berkelipan terang dan suram. Setiap
perjalanan diteruskan. Pelayar itu sudah hampir dewasa. Pada suatu hari,
pelayar telah menemui sebuah kapal yang besar tetapi tak tahu apa hendak
digelarkannya. Dia tidak pernah melayar dengan menggunakan kapal sebesar itu.
Dahulunya, dia hanya menggunakan rakit, sampan dan adakalanya bot dan mewah
sikit kapal. Dia sangat bersyukur apa yang dimiliki dan memanfaatkan apa yang
digunakan. Namun kali ini, pelayar itu sangat teruja melihat kapal sebesar itu.
Lantas ada orang berbisik di telinganya: “itulah bahtera”. Barulah pelayar itu
mengetahuinya.
Pelayar itu tidak terfikir akan
dapat belayar dengan bahtera tersebut. Tetapi dia sedikit terimbau seakan-akan semasa
dia kecik-kecik dahulu dia pernah nampak bahtera ini dan bapanya pernah
meletakkannya pada beberapa seketika. Tibalah musim buah maka
berlambak-lambaklah buah di pasaran. Masyarakat dari bandar turun ke desa
sehinggakan desa seolah-olah menjadi bandar kerana ramainya manusia. Raja buah
iaitu Durian menjadi kegilaan ramai. Hampir Setiap umat manusia mencintanya dan
ada sebahagiannya ada yang menjadi hamba kepada raja buah itu dek kerana setiap
saat berjaga di dusun supaya buahnya tidak dicuri orang. Sungguh umat manusia
cepat melupakan siapakah yang menjadikan raja buah itu.
7:37 PM |
Category: |
0
comments