Pada tahun 1992, telah lahir
seoarang pelayar. Pada tahun itu juga pasukan badminton Malaysia telah
menjuarai Piala Thomas sehinggakan sebuah lagu yang berjudul “Fikirkan Boleh”
selalu didendangi di kaca TV dan Radio, lagu yang sangat mengasyikkan dan
membangkitkan semangat kesukanan negara Malaysia untuk terus maju dalam sukan. Lewat
tahun 90an berlaku krisis ekonomi di asia tenggara dan beberapa negara lain
bahkan Malaysia juga terasa tempiasnya terutama pada tahun 1997-98.
Kehidupan pelayar itu terus berlalu
seperti biasa. Ibu bapanya bekerja pada waktunya dan pulang pada kebiasaannya.
Rutin pelayar masa kecil tidaklah banyak ragam. Pada waktu kecil, dia sering
diajar supaya melihat pandangan alam, jangan tidur ketika dalam perjalanan dan
turut dilatih pergi ke kebun untuk lebih mengenali setiap ciptaan Allah. Walaubagaimanapun,
beliau juga mempunyai ramai kawan. Cuma sedikit malu dengan perempuan.
Cita-cita pelayar itu sangat besar.
Beliau bercita-cita ingin menjadi seorang ulama’ yang terkemuka kerana
terpengaruh dengan pasca politik almarhum Tuan Guru Nik Aziz dan saban harinya
selalu dilagukan dengan al-quran dari para syiekh seperti Imam Sudais, Syuraim
dan sebagainya. Beliau juga pernah bercita-cita ingin menjadi seorang
pendakwah, jadi askar, orang kaya sebab hendak bantu keluarga dan sanak
saudara. Beliau mungkin sedikit nakal. Biasalah anak-anak kecil belum mumayyiz.
Bila sudah mula hendak menjadi
remaja, sikit demi sedikit keadaan kian berubah. Awan yang putih dilihat hitam.
Taik dikatakan bunga. Panas dikatakan ribut. Hujan dikatakan kemarau. Kawan
dikatakan lawan. Orang tua dikatakan musuh. Guru dibayangkan penyekat. Segala
yang manis jadi tawar. Semua berubah! Pelayar itu seolah-olah masih belum
mengerti kenapa dan bagaimana. Pelayar itu meneruskan kehidupan seperti biasa.
Ada masa beserban dan ada ketikanya menjadi setan. Itulah hakikat kehidupan
jika tidak dipandu dengan iman dan islam.
Masa terus berlalu dan pelayar itu membesar
dan menjadi remaja separa dewasa pula. Sedikit cerah awan. Keadaan mulai
tenang. Akal menjadi matang. Tingkah laku semakin baik. Namun pelayar itu masih
mencari-cari jawapan yang mana jawapan itu tidak diketahuinya apakah persoalan
yang dicari. Segala pekerjaan sudah dilakukan baik di rimba mahupun desa. sama
ada berat mahupun ringan. Ada yang susah ada yang senang. Dari timur, utara,
selatan ke barat sudah beliau belayar. Namun pelayar itu masih belum mengetahui
apakah yang sebenarnya.
Hari kian pergi, bulan dan matahari
terbit dan tenggelam. Ada Bintang yang berkelipan terang dan suram. Setiap
perjalanan diteruskan. Pelayar itu sudah hampir dewasa. Pada suatu hari,
pelayar telah menemui sebuah kapal yang besar tetapi tak tahu apa hendak
digelarkannya. Dia tidak pernah melayar dengan menggunakan kapal sebesar itu.
Dahulunya, dia hanya menggunakan rakit, sampan dan adakalanya bot dan mewah
sikit kapal. Dia sangat bersyukur apa yang dimiliki dan memanfaatkan apa yang
digunakan. Namun kali ini, pelayar itu sangat teruja melihat kapal sebesar itu.
Lantas ada orang berbisik di telinganya: “itulah bahtera”. Barulah pelayar itu
mengetahuinya.
Pelayar itu tidak terfikir akan
dapat belayar dengan bahtera tersebut. Tetapi dia sedikit terimbau seakan-akan semasa
dia kecik-kecik dahulu dia pernah nampak bahtera ini dan bapanya pernah
meletakkannya pada beberapa seketika. Tibalah musim buah maka
berlambak-lambaklah buah di pasaran. Masyarakat dari bandar turun ke desa
sehinggakan desa seolah-olah menjadi bandar kerana ramainya manusia. Raja buah
iaitu Durian menjadi kegilaan ramai. Hampir Setiap umat manusia mencintanya dan
ada sebahagiannya ada yang menjadi hamba kepada raja buah itu dek kerana setiap
saat berjaga di dusun supaya buahnya tidak dicuri orang. Sungguh umat manusia
cepat melupakan siapakah yang menjadikan raja buah itu.
Pada suatu hari, pelayar itu
berkenalan dengan seorang teman secara tidak sengaja. Mereka berbincang tentang
pelayaran, teknik-teknik, kesusahan dalam pelayaran. Pelayar itu tidak tahu
siapakah teman itu. Selepas itu, berlalu pergi teman itu. Sudah berzaman,
tiba-tiba pelayar itu berjumpa sekali lagi teman itu di satu pusat pengumpulan
kapal-kapal. Pelayar itu bersyukur kerana dia dapat melihat pelbagai jenis
kapal. Ad yang baik, cantik dan besar. Malahan ada juga yang terdampar, dibakar
dan dilupus. Itulah peraturan kehidupan. Pelayar melihat bahawa yang baik
sahaja dipuji dan diangkat manakala yang busuk terus dibuang tanpa dibentuk
semula. Sedangkan di kampung dahulu, pokok pisang pun kami jadikan sampan.
Papan-papan yang lama kami jadikan atap. Sungguh berbeza keadaan kami dan di
sini. Maha Suci Allah yang telah menjadikan sesuatu pasti ada hikmahnya dan
tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Alhamdulillah. Segala puji bagi
Allah tuhan sekalian. Teman itu telah membawanya belayar dengan bahtera. Tidak
beberapa purnama kelibat teman itu tiba-tiba hilang. Pelayar itu merasa hairan.
Teman itu manusia ke, jin ke atau malaikat. Kejap tenggelam kejap timbul. Pelayar
itu buatlah apa yang paut di dalam bahtera itu. Ada aktiviti yang menarik dia
akan sertai. Semua aktiviti disertainya dengan konsisten. Tiba-tiba ketua bahtera
menyeru nama dia. Pelayar itu menjadi takut. Sudahlah berada di lautan.
Berenang pun tidak pandai. Yang ada hanya al-quran dan beberapa ilmu yang lain.
Hendak dikata buat salah, baru je naik dan tidak pernah kenal mana-mana pelayar
lain. Makan pun selalu bersendirian. Berpeluh satu badan ketika hendak berjumpa
dengan ketua bahtera tersebut. Pelayar itu berfikir hanya ketua bahtera sahaja
yang berada di dalam bilik itu tetapi rupanya ada ramai lagi. Ada yang berjambang dan beruban.
Ada yang berisi ada yang kurus. Ada yang menulis dan ada yang berbisik. Ada
yang masam mukanya dan manis rupanya. Pelbagai ragam umat manusia di dalam itu.
Makin bertambahlah ketakukan dan terkuarlah satu suara: “duduklah”. Maka
pelayar itu duduk dengan tidak semena-mena segala watikah, pakaian khas,
kelengkapan kotak yang besar berupa khazanah yang usang diletakan dihadapannya.
Dia juga disajikan kata-kata manis dan pelbagai janji. Segala pujian yang
melampau ke atas pelayar itu. Pelayar itu terkejut beruk. Mereka ini dari
makhluk mana. Pelayar hanya beristighfar dan berharap pertolongan Allah kerana
dia percaya bahawa Allah tidak akan membebani hamba-Nya dengan sesuatu bebanan
yang berat dan tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya. Para rasul dahulu pun tidak
mengetahui adakah mereka itu adalah utusan Allah. Mereka juga seperti manusia
biasa makan, minum dan berkahwin. Apa yang penting mereka terus membawa
panji-panji islam untuk menyebarkan islam demi kesejahteraan umatnya. Mungkin
begitu juga apa yang pelayar itu merasai bahawa dia mesti melakukan kerja-kerta
tersebut.
Pelayar itu diberi amanah untuk
mengawal bahagian pusat kapal yang mana tugasnya menjaga tata tertib pelayar
lain, mengawal keadaan, menyediakan santapan dalaman dan luaran serta
memastikan setiap pelayar mengikuti sistem bahtera yang telah diwartakan. Tugas
ini paling penting di antara semua tugasan lain. Ibaratnya ia adalah sebuah
jantung.
6 purnama pertama telah berlalu
pergi, segala pahit dan manis dia merasainya. Setiap cabaran dan dugaan dia
merempuh. Segala ragam manusia dia telan. Setiap pengalaman dia garap. Kesemua
kelebihan dan kekurangan dia telan. Apa yang dihadapi oleh pelayar itu dia
beranggapan bahawa itu semua kurnian tuhan semesta alam yakni Allah Maha
Berkuasa.
Pelayar bermonolog dengan tiang
utama bahtera itu. Sudah menjadi kebiasaan pelayar itu bersembang dengan tiang
itu dikala dia sedih dan gembira. Di dalam bahtera tiang itulah satu-satunya
teman yang paling setia. Lebih baik bercakap dengan tiang daripada sebilangan
pelayar dengan pelayar yang lain menyapa dan bertegur tetapi dalam masa yang sama talam dua muka.
Depan nampak baik tetapi apabila di belakang mengumpat itu seperti nasi yang
mesti di makan. Pada waktu cutila, para pelayar akan pergi bermandi-manda,
memancing, beramah mesra dan ada sebahagiannya pergi ke tempat kawasan orang
lain untuk membuat kacau bahkan ada juga yang sibuk menunjuk kuasa di kawasan
sendiri seolah-olah mereka tidak mengerti ada ketua yang berkuasa bahkan ada
juga sibuk pergi membuat kacau terhadap sampan dan kapal yang kecil. Pelayar
itu suka bersendirian kerana baginya waktu bekerja adalah bekerja dan waktu
hiburan adalah waktu hiburan tapi baginya waktu hiburan adalah peluang keemasan
untuk dia bertenang mencari kedamaian.
Pelayar itu diangkat menjadi penolong
kepada ketua bahtera. Kerjanya lebih mencabar. Diikat kontrak untuk 24 purnama
bersamaan lebih 600 hari. Pelayar itu tak sangka begitu pantas berlalu. Apa
yang diharapkan tidak pernah dapat namun apa yang tidak diharapkan sering kali dikecapi.
Ini namanya dugaan ataupun rezeki. Pelayar itu tidak tahu apa yang hendak
dibuat kerana kalau tidak dibuat dan menerima jawatan kena terjun laut. Apakan
daya seorang pelayar, diluah mata emak ditelan mati bapak. Terima sahaja dengan
pengharapan Yang Maha Berkuasa akan membantu hamba-Nya. Pelayar itu beriman
dengan ayat-ayat al-quran iaitu apabila kamu menolong agama Allah, Dia akan
menolong kamu. Segala kecacatan yang lalu cuba diperbaiki. Bahtera menjanjikan
bahawa segala persiapan dan kelengkapan akan mencukupi untuk bertahan sampai
destinasinya. Satu persoalan yang pelayar akan bertanya ialah dimana destinasi
terakhir bahtera ini akan berhenti.
Perjalanan 600 hari itu cukup
mencabar, peperangan dari pihak lanun dari bahtera yang lagi hebat bahkan besar
cuba merempuh dan merompak. Apa yang paling ditakuti oleh para pelayar dalam
bahtera kami ialah apabila kami kalah, harta kena rampas, tawananakan dibunuh
ataupun dipenjara dan mungkin si gadis akan dirogol dan dijadikan pelacur. Mungkin
juga anak-anak kecil akan jadi hamba. Peranan pelayar yang menjadi penolong
bahtera paling susah kerana mesti melatih para pelayar teknik bertahan dari
segi dalaman mahupun luaran. Setiap minggu mesti ada satu rutin mereka
berkumpul untuk berlatih. Mengajar dan mendidik anak buah nelayan dengan
pelbagai aspek. Ini menjadi satu kewajipan oleh warisan turun temurun. Apabila
pelayar membaca watikah-watikah terdahulu sehingga ada yang menyebut bahawa
menjadi satu dosa jika tidak berlatih pada waktu yang tertentu. Namun biasalah
ada yang ingkar yang mana tidak hadir dan melakukan aktivit lain seperti
menangkap ikan, menenun kain, mengemas bilik dan paling teruk ialah membongkang
di katil!
Pelayar itu banyak belajar. Pelayar
itu juga banyak membaca. Segala watikah yang terdapat dalam khazanah yang usang
itu dihadamnya walaupun tidak semua sebab sibuk memikirkan tentang kerjaya setelah
tiba di destinasi yang tidak tahu bila akan sampai. Pernah satu ketika pelayar
itu terbaca satu ayat al-quran iaitu taatlah Allah dan taatlah rasulullah SAW
dan para pemimpin. Pelayar itu sedar bahawa dia masih ada ketua, dia jarang
bertindak jika ketua itu tidak memberi keputusan namun bila sudah terdesak maka
ijtihadnya hadir. Pelayar itu terfikir kenapa ada dikalangan anak buahnya
kurang mendengar kata-katanya. Pelayar itu selalu bersendirian. Kadang-kadang
dia kasihan kepada mereka kerana mereka lebih lama berada dalam bahtera tetapi
sistem bahtera belum difahami dengan baik. Hidayah itu bukan kehendak manusia
tetapi adalah milik Allah, Dia yang akan memberikan kepada sesiapa yang Dia
kehendaki.
Pelayar itu tiba-tiba tertidur dari sudut yang
tak semua pelayar mengetahuinya, adakah mereka mencarinya???...
Dia dibuai mimpi, dan dia
mengharapkan tidak akan bangun dari mimpinya. Dia hanya berharap bahtera ini
akan terus membawanya ke destinasi yang selamat. Dia teringat kata-kata ibu
bapanya yang mana sentiasa membawa diri dengan baik, belajar dan jaga agamamu.
Ibu bapanya berpesan bahawa hidup ini sementara. Dunia ini merupakan satu
persinggahan. Pelayar itu terfikir,
apakah selepas ini aku akan belayar dengan bahtera yang lain pula? Apakah
sebenarnya? Sungguh ajaib dunia ini.
Pelayar itu tidak dapat meneruskan
perjalannya di masa hadapan kerana ia adalah perkara ghaib sedangkan para nabi
juga tidak mengetahui apatah lagi umat manusia yang rakus dan sentiasa membuat
kerosakan di dunia. Pelayar itu sedar bahawa pelayaran bersama bahtera cukup
hebat.
Pelayar itu akan bercerita lagi
kisah sebenar di dalam bahtera tersebut dan bahtera itu milik
siapa...insya-Allah.
7:37 PM |
Category: |
0
comments
Comments (0)