Merangkak-rangkak mencari satu harapan dari desa hingga ke metrpolitan. Melihat manusia memikul harapan di belakang bahu yang tidak ada  hala tuju. Jauh dari sana, sekelompok manusia memegang harapan sedangkan harapan itu kosong. Di satu sudut di bawah pokok manggis pula, manusia berharap buah manggis menjadi buah durian. Ibnu adalah nama pekebun. Dia melihat gelagat satu orang membawa kereta proton Saga tetapi meletakkan lambang Mercedez Benz. Pekebun itu terus berjalan-jalan sehingga sampai ke satu tempat, dia melihat dua kumpulan orang muda berkelahi sesama mereka kerana merebut satu harapan iaitu harapan untuk menjadi ‘along kawasan’. Dia beristighfar... “astagfirullahala’zim”

5 tahun Ibnu bermastautin di bandar yang berpusat-pusat. Ada yang dahaga ilmu maka di cari pustaka, wacana dan masjid. Ada pula yang dahaga mencium pusat maka di cari tempat pusat melepaskan dahaganya. Ada yang baik sikit pada paginya ke pusat berjasa tetapi pada malamnya ke pusat Petaling Street. Dia pula ke semua pusat dia telah pergi namun ke dalam pusat bumi sahaja lagi dia belum bermukim bukan 2 tahun tapi selama-lamanya.

Ibnu dibuai mimpi... dahulunya, hidupnya kais pagi makan pagi kasi petang makan petang, matahari belum bangun dari tidur lagi dia sudah bangun, setelah itu dia akan bergerak ke kebun dengan harapan mendapat hasil. Sampai sahaja di sana, rimbanya mulai melambai-lambai, burung pipit bersiulan menyambut kedatangan Ibnu. Paku, Salang dan Khantan tersenyum lebar menerima kedatangan Ibnu. Durian, Manggis, Langsat, Petai dan Cempedak ketawa riang. Indahnya hidup di rimba.

Bismilillahirrahmanirrahim, lafaz mulia diungkapkan untuk melakukan amal. Dimulakan kerja dengan niat kerana niat yang membezakan ibadat dan adat. Langkah kanan di dahulukan kerana sunnah rasulullah SAW, besar rimbanya dan jauhlah destinasi terakhirnya. Dan disitulah HARAPAN!. Ibnu bersama bintun iaitu teman sehati sejiwa.

Bintun    : wahai ibnu yang ku kasihi, bajumu dihujani lebat oleh peluhmu. Rehatlah sebentar. Aku sudah siapkan kopi O ais untukmu.
Ibnu        : sikit lagi wahai bintun yang ku sayangi, tulang empat keratku masih mampu untuk sampai ke destinasi itu. Tunggulah sebentar.

Bintun  : matahari tegak berdiri di atas kepalamu, tidakkah engkau penat. Semua haiwan sudah pulang ke rumah. Pekebun lain pun sudah bersiap untuk qailullah. Malam nanti nak jadi rahib pula.
Ibnu      : itu haiwan! Aku manusia! Allah jadikan aku khalifah untuk mentadbir bumi ini. Jangan disamakan aku dengan haiwan. Mencari harapan juga ibadat. Pasti Allah akan merahmati apa yang aku mampu lakukan. Aku takut jika aku tangguh aku tidak akan berpeluang melakukan hal ini pada hari esok. Apakahkah kamu tahu mati aku bila? ( kata ibnu dengan nada merayu)

Bintu    : maafkan aku wahai ibnu. Aku akan setia bersamamu. Aku akan sentiasa bersamamu. Aku janji! Selagi sungai rimbamu tidak kering selagi itulah aku akan sentiasa bersamamu. Aku ingin menjadi seperti Shah Razad! insyaAllah. Jika aku diberi pilihan, maka pilihanku ialah mati bersama-samamu. Oh ibnu, jauh lagikah harapan itu?
Ibnu        : hampir-hampir sudah harapan itu. Sedikit waktu lagi. Sedikit langkah sahaja lagi. wahai bintun, marilah sini.

Bintun   : untuk apakah wahai ibnu. Aku suka memerhatimu melakukan kerja. Aku sedang berdoa kepada Allah supaya Dia memberikanmu kekuatan.
Ibnu        : Amin ya Allah. Marilah sini. Ingin aku tunjukkan kepadamu sesuatu.

Bintun    : baiklah, aku kemari.
Ibnu        : apakah kamu nampak sesuatu di sana?

Bintun    : yang mana? Itu ke yang ada warna-warni itu.
Ibnu       : alaaa, dekat lagi la bintun. Kamu tidak akan nampak kalau disitu. Mari sini lagi.

Bintun     : ooo, yang kelip-kelip itu kah?
Ibnu         : bintun, bukaklah matamu, bukalah kaca matamu.

Bintu       : ibnu! Kalau aku buka kaca mataku, aku tidak akan dapat melihat apa-apa. Janganlah main-main. (merajuk bintun)
Ibnu       : ayuh bintun, hulurkan tanganmu. (sambil memeluk dari belakang) wahai bintun yang ku sayangi, di puncak gunung itu dekat dengan langit. Dan bila bulan timbul maka bintang sangat dekat di atas puncak itu. Maka aku akan memetik bintang yang paling bersinar untukmu wahai bintun.

Bintun       : oh ibnu. (sambil menitis air mata...)
Ibnu         : tidakkah kau bertanya tadi tentang harapankan? Aku menjawab jauh lagi. Sekarang harapan itu sudah dekat.

Bintun      : haaa. Bagaimana wahai ibnu? Sedangkan puncak itu dari kita jauh 100 batu lagi. Boleh bermusafir kita nanti. ( bintun ketawa dengan ayu nampak giginya yang puith)
Ibnu           : tadikan kamu jauh di belakangku sebab itulah harapan itu jauh. Sekarang kamu sudah berada disisiku, maka harapan itu dekat. Aku berharap harapan ini tidak akan lembik seperti pokok pisang. Aku juga berharap harapan ini akan sentiasa berbunga dan berbuah tidak bermusim seperti Durian yang hanya setahun sekali dan kadang-kadang baik sikit setahun dua kali. Aku sangat berharap harapan ini seperti ikan yang cintakan air. Akulah ikan dan kamulah air.

Bintun        : ibnu...terima kasih...tetapi aku tidak tahu kemanakah aku akan pergi. Dan Sejauh manakah harapan itu akan ku dapat bersamamu.
Ibnu            : bukankah tadi kamu sudah berjanji...

Bintun        : kita merancang Allah menentukan...

Ibnu tersedar dari mimpi. Jam menunjukkan 6.00 pagi dan azan subuh pun berkumandang. Ibnu beristighfar dan terus bersiap-siap menuju ke rumah Allah untuk melaksanakan perintah Allah iaitu mengabdikan diri dengan mengimani tauhid uluhiyyah...Allahu Akhbar

Ibnu seorang yang bercita-cita besar. Dia pernah berangan-angan menjadi tentera untuk mempertahankan negara. Dia juga pernah bercita-cita menjadi ulama besar seperti Tuan Guru. Dia juga pernah berharap akan menjadi orang yang mempunyai banyak gelaran seperti Dato. Prof. Dr. Syeikh Ibnu...banyak lagi harapannya. Ada yang setinggi banjaran Himalaya dan seluas lautan Nil. Setiap hari harapan dan impiannya boleh berubah mengikut keadaan setempat dan hal yang berlaku.

Kata-kata ‘Umar Abdul Aziz yang menjadi pendorongnya:"dalam diriku ini ada satu sifat iaitu Tawwaqah yakni sifat mengkehendaki sesuatu yang lebih daripada apa yang aku miliki sekarang. Aku bercita-cita ingin berkahwin dengan fatimah dan aku telah mengahwininya, aku bercita-cita ingin menjadi gabenor maka aku pun dilantik, aku telah memiliki semuanya apa yang aku harapkan. Namun sekarang aku bercita-cita ingin memiliki syurga Allah”.

Persoalannya adakah setiap harapan manusia itu mudah diperolehi dan senang dicapai ataupun ianya susah dan keberangkalian tidak akan dapat dikecapi?

Harapan yang palsu

Manusia zaman sekarang rakus dan tamak. Mereka tidak rasa cukup apa yang mereka miliki. Kalau ada satu gunung emas mesti hendak gunung yang kedua. Kalau ada permata seluas sungai Perak mesti hendak mencari di lautan Merah. Sudahlah tamak bahkan kedekut. Sudahlah kedekut dan bakhil lagi. Sudahlah bakhil mencerca orang miskin  juga. Apakah itu manusia? Semoga Allah merahmati dan memberi hidayah kepada mereka jika mereka alpa.

Tidakkah mereka itu terfikir bahawa ada seorang dua yang yang berharap untuk memilik sedikit sesuap nasi untuk dimakan setelah seminggu berpuasa. Tidakkah mereka ada sifat belas kasihan untuk menghadiakan tanpa perlu berselfie dan memamparkannya di muka buku. Kenapa mereka hendak menjaja amal kebaikan? Atau mereka hendak mengatakan bahawa orang miskin itu sebenarnya rezeki mereka di tangan orang kaya!. Ya Allah! Jika itu yang mereka fikirkan, semoga Allah merampaskan semula segala kenimkatan itu. Aminnnnn!

Ibnu berharap orang kaya dan orang miskin bersatu dan saling menolong antara satu sama lain. Allah menjanjikan rahmat bagi orang yang suka menolong dan melipat gandakan rezeki itu sehingga tujuh ratus tangkai banyaknya.

Si Tanggang Derhaka kerana ketamakannya. Dan matinya penuh dalam kehinaan. Dewasa ini, lebih ramai lahir si Tanggang yang bodoh bahkan lebih jelek dari binatang. Dipukul ibu bapa dengan parang. Di tetakknya mereka dengan kapak. Di kandanngnya seperti kambing. Celakalah mereka! Semoga Allah mengazab mereka dengan azab yang pedih. Amin!

Sekarang, para si  Tanggang yang laknat itu bukan sahaja mencederakan ibu bapa mereka secara fizikal bahkan lebih menyanyat hati apabila roh dan hati itu dirobak-robak dan dicarik-carik. Segala duri dan sembilu terus menyerang sama ada dari belakang, depan, atas, bawah, kiri dan kanan. Segala makian sudah menjadi makanan rutin bagi mereka. Apabila si Tanggang sudah berharta dilupakannya malahan sekupang itu sudah dikatakan membazir jika dibelanjakan untuk kedua ibu bapanya. Terserlahlah bahawa zaman sekarang perilaku si Tanggang amat busuk. Maka tunggulah azab! Tunggulah saat ketibaan di Hari Pembalasan pasti mereka itu tidak terlepas. Semoga Allah menyelematkan ibu bapa daripada segala-galanya. Amin.

Harapan Ibu Bapa @ Harapan Anak

 Ibnu yang bercita-cita besar namun dalam masa yang sama dia juga belajar bagaimana hendak menjadi berjiwa besar untuk kedua ibu bapanya. Setiap saat dan setiap waktu dia selalu memikirkan apakah segala harapan yang dia impikan itu adalah sama seperti harapan ibu bapanya. Dia buntu...Dia ingin mengejar cita-citanya namun dalam masa yang sama dia rasa ada sesuatu yang menghalangnya tetapi dia sendiri pun tidak mengetahui apa yang dihalangnya.

Sahabat Ibnu bernama Moaaz merupakan hafiz al-quran dan pakar dalam bidang kejuruteraan. Pernah satu ketika Ibnu menghantar satu pesanan ringkas bertanya segala kesulitan yang bermain di mindanya itu. Kata-kata Moaaz telah menyedarkannya dari mimpi yang selama ini mungkin dikawal oleh Syaitan, Beliau berkata:“Redha ibu bapa”. Sehari suntuk Ibnu memikirkannya dan akhirnya dia sedar bahawa tiada kejayaan yang lebih agung daripada berjasa untuk ibu bapanya. Mungkin inilah namanya Harapan. Harapan Ibu Bapa adalah Harapan bagi anak-anak. Mungkin si anak akan berasa tertekan tetapi percayalah hikmah yang besar akan hadir bagi anak yang bertaqwa.

 Rezeki, jodoh dan mati semuanya adalah ketentuan Tuhan. Qada’ dan Qadarnya telah menetapkan segalanya. Menjadi satu puncak keimanan yang unggul apabila seorang hamba itu beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah SWT dan percaya setiap yang telah berlaku dan akan berlaku pasti ada rahsianya. Tidak mungkin sifat Allah itu menzalimi hamba-Nya yang bertaqwa. Tidakkah umat manusia itu beriman dengan ayat al-quran iaitu yang dikenali sebagai ayat seribu dinar. Hayatilah maknanya dan berimanlah dengannya pasti akan ada sesuatu menantinya di masa akan datang. Jangan dilupakan usaha, doa dan tawakal. Jangan berhenti untuk terus merebut peluang yang ada dan janganlah sesekali berputus asa. Janganlah berputusa asa dengan rahmat Allah kerana rahmat-Nya amat luas sekali.

Khatimah

Harapan anak ialah untuk memberi kebahagian buat ibu bapanya. Harapan anak ialah sentiasa berusaha untuk mengembirakan ibu bapanya. Harapan anak ialah mendoakan untuk ibu bapanya kerana amal yang tidak putus ialah doa anak yang soleh.

 Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi ayat 11:

 Maksud: “Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan bertemu dengan Allah, maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.” 

Dalam sebuah hadis:"keredhaan Allah terletak kepada keredhaan kedua ibu bapa.”

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa setiap harapan itu perlu dilakukan dengan amalan yang soleh. Begitulah berbuat kepada ibu bapa. Banyak ayat yang menceritakan tentang berbuat baik kepada ibu bapa dan jangan sesekali menderhakainya. Beramal dan berjasalah untuk ibu bapa selagi mana kedua matamu dapat melihatnya secara zahir di dunia dengan perkara yang baik. insyaAllah, Allah akan membalas ganjaran itu dengan sebaik-baiknya. Pasti!

Semoga Allah memberikan satu kekuatan kepada ibnu untuk terus mencari harapannya dan dipermudahkan segala impiannya. Amin. 

Comments (0)