Mukadimah
Bismilillahirrahimnirrahim.
Alhamdulillahirabil’alamin.
Tun Dr. Mahathir pernah mengungkap satu perkataan: “The World now
lives in fear. We are afraid of everything...War must therefor be made
illegal”. Apakah makna hidup? Apakah nilai nyawa sudah tidak berharga lagi?
Apakah nilai nyawa semurah Kangkung? Mengapa ini semua berlaku? Kenapa perang
disana disini baik di barat mahupun di timur sama ada sesama agama ataupun
sesama bangsa? Adakah dunia waktunya sudah sampai penghujung? Bagaimana harus
dihentikan semua perkara fasad ini? Bilahkah perang akan tamat? Bilakah dunia
akan aman? Apakah kekuasaan dengan menghancurkan umat itu menjadi satu
kebanggaan? Hidup manusia sudah tiada kedamaian. Pasti ada kecelakaan akan
berlaku. Lihatlah bagaimana saudara-saudara kita di Rohingnya, Palestin, Syria,
Selatan Thai, Bosnia dan perhatikanlah masyarakat islam di negara Malaysia
sendiri. Senapang digantikan dengan pensil bagi kanak-kanak. Hakikatnya meraka
adalah kanak-kanak yang mempunyai impian dan cita-cita. Ada bercita-cita ingin
menjadi alim ulama’, jurutera, peniaga, angkasawan dan sebagainya namun hidup
mereka dipaksa memegang senapang untuk mempertahankan negara. Nyawa digadai.
Cita-cita terabai!
Hidup ini hanya
sementara. Hidup di dunia adalah satu persinggahan. Hidup di dunia adalah untuk
mencari bekalan di sana. Apabila manusia dihidupkan oleh Alllah di muka bumi
ini pasti mempunyai tujuan yang tertentu. Maka, Allah menjadikan manusia yang
pertamanya adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah semata-mata dan keduanya
ialah untuk menjadi pemimpin untuk memimpin diri daripada api neraka dan
menjadi pemimpin yang adil untuk mengurus dunia.
Isu umat mesti
ditangani dengan baik dan adil. Segala kerosakan mesti diperbetulkan. Perkara
yang mungkar ditegah dan perkara yang ma’ruf mesti disuruh dan diamalkan. Islam
menititberatkan soal kedamaian, kesihatan, keselamatan, keadilan dan menolak
perkara yang batil, kezaliman dan kemusnahan. Tiada satu agama pun di dunia ini
yang berani mengaku bahwaa ia menyokong perkara-perkara yang zalim.
Justeru,
penulisan pada kali ini akan memfokuskan hal isu semasa yang wajar direnungi
dan difahami oleh seluruh umat khususnya umat islam. Apa yang islam ajar itulah
yang harus kita ikuti. Dan apa yang islam tegah itulah yang harus kita
tinggalkan.
Bagaimanakah
jihad boleh memberi keamanan dan kesejahteraan kepada umat? Dan apakah fungsi
jihad? Oleh itu, umat islam harus sedar dan memahami konsep jihad dengan betul.
Sungguh! Konsep jihad sangat luas. Dimensinya menyeluruh aspek kehidupan
bermula dari rumah tangga hinggalah kepada pemerintahan. Konsep jihad jika
dihayati dengan mata hati, segala prinsip maqasid syariah juga berkait rapat
dengan jihad.
Insyallah, pada
kesempatan ini, penulis ingin berkongsi dapatan hasil pembacaan dan pemahaman
yang cetek ini kepada sekalian pembaca mengenai “Memaknai Jihad, Perana Umat
untuk Umat”.
1. انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ
وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ
تَعْلَمُونَ
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan
Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan
keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan
harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian
amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (at-Taubah:41).
1:49 AM |
Category: |
0
comments