Mukadimah
Bismilillahirrahimnirrahim.
Alhamdulillahirabil’alamin.
Tun Dr. Mahathir pernah mengungkap satu perkataan: “The World now
lives in fear. We are afraid of everything...War must therefor be made
illegal”. Apakah makna hidup? Apakah nilai nyawa sudah tidak berharga lagi?
Apakah nilai nyawa semurah Kangkung? Mengapa ini semua berlaku? Kenapa perang
disana disini baik di barat mahupun di timur sama ada sesama agama ataupun
sesama bangsa? Adakah dunia waktunya sudah sampai penghujung? Bagaimana harus
dihentikan semua perkara fasad ini? Bilahkah perang akan tamat? Bilakah dunia
akan aman? Apakah kekuasaan dengan menghancurkan umat itu menjadi satu
kebanggaan? Hidup manusia sudah tiada kedamaian. Pasti ada kecelakaan akan
berlaku. Lihatlah bagaimana saudara-saudara kita di Rohingnya, Palestin, Syria,
Selatan Thai, Bosnia dan perhatikanlah masyarakat islam di negara Malaysia
sendiri. Senapang digantikan dengan pensil bagi kanak-kanak. Hakikatnya meraka
adalah kanak-kanak yang mempunyai impian dan cita-cita. Ada bercita-cita ingin
menjadi alim ulama’, jurutera, peniaga, angkasawan dan sebagainya namun hidup
mereka dipaksa memegang senapang untuk mempertahankan negara. Nyawa digadai.
Cita-cita terabai!
Hidup ini hanya
sementara. Hidup di dunia adalah satu persinggahan. Hidup di dunia adalah untuk
mencari bekalan di sana. Apabila manusia dihidupkan oleh Alllah di muka bumi
ini pasti mempunyai tujuan yang tertentu. Maka, Allah menjadikan manusia yang
pertamanya adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah semata-mata dan keduanya
ialah untuk menjadi pemimpin untuk memimpin diri daripada api neraka dan
menjadi pemimpin yang adil untuk mengurus dunia.
Isu umat mesti
ditangani dengan baik dan adil. Segala kerosakan mesti diperbetulkan. Perkara
yang mungkar ditegah dan perkara yang ma’ruf mesti disuruh dan diamalkan. Islam
menititberatkan soal kedamaian, kesihatan, keselamatan, keadilan dan menolak
perkara yang batil, kezaliman dan kemusnahan. Tiada satu agama pun di dunia ini
yang berani mengaku bahwaa ia menyokong perkara-perkara yang zalim.
Justeru,
penulisan pada kali ini akan memfokuskan hal isu semasa yang wajar direnungi
dan difahami oleh seluruh umat khususnya umat islam. Apa yang islam ajar itulah
yang harus kita ikuti. Dan apa yang islam tegah itulah yang harus kita
tinggalkan.
Bagaimanakah
jihad boleh memberi keamanan dan kesejahteraan kepada umat? Dan apakah fungsi
jihad? Oleh itu, umat islam harus sedar dan memahami konsep jihad dengan betul.
Sungguh! Konsep jihad sangat luas. Dimensinya menyeluruh aspek kehidupan
bermula dari rumah tangga hinggalah kepada pemerintahan. Konsep jihad jika
dihayati dengan mata hati, segala prinsip maqasid syariah juga berkait rapat
dengan jihad.
Insyallah, pada
kesempatan ini, penulis ingin berkongsi dapatan hasil pembacaan dan pemahaman
yang cetek ini kepada sekalian pembaca mengenai “Memaknai Jihad, Perana Umat
untuk Umat”.
1. انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ
وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ
تَعْلَمُونَ
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan
Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan
keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan
harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian
amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (at-Taubah:41).
Ayat ini jelas menceritakan kepada kita erti kepentingan berjihad
di jalan Allah. Terdapat ayat al-quran yang lain dan juga hadis menyebut
perihal jihad. Jihad melawan nafsu. Jihad menuntut ilmu. Jihad berbakti kepad ibu bapa.
Jihad melakukan amar ma’ruf dan nahi mnungkar. Jihad dalam melaksanakan
hukuman. Jihad dalam menentukan hukum. Inilah beberapa konsep jihad. Jihad
sangat luas. Jihad bukanlah seperti yang difahami oleh kaum orientalis ataupun
dari agamawan islam itu sendiri seperti Al-‘Alyani, dia berkata: “Aku berkata,
sesungguhnya kedudukan jihad itu, jika mereka ketahui ialah menetak dengan
pedang sehingga mati sekiranya tidak tunduk kepada islam atau membayar jizyah”.(Kepentingan
Jihad). Al-Qardhawi mengencam dan menempelak kata-kata ini di dalam bukunya
Fiqh Al-Jihad dengan mengatakan: “alangkah malang dan memalukan! Manakah
kebodohan yang lebih teruk daripada seorang yang memelihara suatu perkara yang
digunakan oleh pihak musuh sebagai tohmahan dan pendustaan ke atas dirinya
sendiri.” Dalil paling rajih ialah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat
ke-190: “ berperanglah di jalan Allah dengan orang yang memerangi kamu dan
janganlah kamu melampaui batas (dengan memulakan peperangan) kerana
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.”
Seterusnya, betapa pentingnya kita memahami makna ayat al-quran dan
bagaimana para ulama’ mentafsirkan ayat al-quran. Setiap perbahasan ilmu tafsir
al-quran ada prinsip-prinsip tertentu. Dan setiap prinsip itu harus disifati
oleh para pentafsir al-quran kerana al-quran adalah kalam Allah dan mukjizat
nabi Muhammad SAW. Dalam sebuah kitab Manhaj Mufassirin Fi Tafsir al-Quran,
seperti yang disebut oleh Imam as-Shuyuti dalam kitabnya al-itqan menukilkan perkataan al-Imam Abu Talib at-Thobari dalam tafsirnya
iaitu: “ketahuilah bahawa syarat untuk mentafsirkan al-quran mesti pentafsir
itu memiliki aqidah yang benar disisi Allah dan rasul serta mempraktikan sunnah
islam dalam kehidupan seharian”. Ini adalah asas yang utama namun terdapat lagi
perbahasan yang panjang menghuraikan kriteria-kriteria seorang pentafsir
al-quran namun begitu, al-quran menegaskan bahawa setiap dari umat islam harus
menghayati ayat-ayat atau tanda-tanda kebesaran Allah yang terdapat di dalam
al-quran.
2. انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا
·
Riwayat
dari Ibnu Abbas dan Qatadah: Ringan iaitu badan sangat cergas manakala berat
ialah tidak cergas.
·
Menurut
Mujahid: Ringan ialah kaya dan berat ialah miskin.
·
Menurut
al-Hassan: Ringan ialah muda dan berat ialah tua.
·
Menurut
Zaid bin Aslam: Ringan ialah belum berkeluarga dan berat ialah sudah
berkeluarga.
·
Menurut
al-Auza’i: Ringan ialah tentera berjalan kaki. Berat ialah tentera
berkenderaan.
3. وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Perngertian Jihad ialah bersungguh-sungguh dan berkerka keras. Dari
segi bahasanya menurut dalam bahasa arab ialah berusaha bersungguh-sungguh
untuk memiliki sesuatu. Manakala dari segi istilahnya ialah berusaha
bersungguh-sungguh untuk menegakkan syariat islam, mengangkat kalimah tauhid di
tempat yang mulia serta menyebarluaskan syariat islam.(Fiqh Manhaji, Bab Jihad,
115).
·
Berkerja
keras, bersungguh-sungguh dan berjuang. Berperang dengan musuh yang ingin
menyerang islam dan sebagainya.(Hamka).
·
Perbezaan
Jihad dengan Perang. Al-Qardhawi: “Secara ringkasnya, jihad lebih umum
pengertiannya daripada perang(qital). Peperangan adalah sebahagian konsep jihad
yang mana jihad merangkumi jihad harta, jihad percakapan, jihad nafsu dan
lain-lain”.(Fiqh Jihad)
·
Pembahagian
jihad antaranya jihad menuntut ilmu, jihad mempertahankan diri dan jihad
menyerang.(Fiqh Manhaji)
4.
ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
·
Supaya
kemerdekaan agamamu terpelihara, tanah airmu selamat dari segala bahaya dan
jiwamu selamat di dunia dan akhirat.(Hamka)
·
كُتِبَ عَلَيْكُمُ
الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ
لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ
وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
(al-Baqarah: 216 ) ertinya: Kamu diwajibkan berperang (untuk
menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci;
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh
jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah
jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Peranan Umat
untuk Umat
Seterusnya kita
akan membincangkan satu bab yang penting. Kita pun sudah memahami apakah erti
jihad dan cabang-cabang perbahasannya. Di dalam bab ini, kita membincangkan
perilah tingkah laku dan bagaimana ilmu tadi dapat dipraktikan dalam kehidupan
seharian. Terdapat satu pepatah arab: “ilmu tanpa amal, ibarat pohon yang tidak
berbuah”. Dan begitu jugalah seperti pepetah melayu: “masuk telinga kiri keluar
telinga kanan” dan “ seperti mencurah air ke daun keladi”. Semua perumpaan ini
menggbambarkan apabila ilmu tidak dihayati dan diamalkan maka ilmu tiadalah
nilainya. Para nabi juga mengajar kita supanya berdoa supaya dikurniakah ilmu
yang bermanfaat dan berguna. Maksudnya ilmu itu kita dapat mengamalkan dengan
mengharapkan keredhaan Allah. Apabila kita
membaca sebuah buku karya Prof Wan Mohd Nor Wan Daud iaitu “Budaya Ilmu”
membincangkan tentang konsep keperluan dan aspek ilmu, konsep budaya ilmu, islamisasi terhadap suatu
ilmu, ciri-ciri ilmu yang boleh diteladani dan diikuti dan bagaimana konsep
ilmu boleh mempengaruhi isu-isu semasa. Buku ini wajar dimiliki dan dibaca oleh
semua umat.
Di dalam buku
Fiqh Jihad karangan al-Qardhawi menggariskan beberapa golongan yang perlu
membaca buku tersebut di antaranya golongan ulama syariah, pengamal
undang-undang, golongan islam, ahli sejarah, ahli pemikir, orientalis,
pendebat, ahli politik, tentera serta cendiakawan ilmuan yang lain-lain bidang.
Justeru,
perbahasan kali ini lebih praktikal. Dan kita harus berlapang dada dalam
menerima ilmu ini. Mungkin ada beberapa perkara yang tidak disenangi tetapi
percayalah setiap hukum dan arahan Allah itu pasti ada hikmahnya. Penulis
memberikan beberapa kupasan yang ringkas, insyaallah jika ada ruang yang lain,
penulis akan membahas lebih terperinci.
1.
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا
أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا...
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga
kamu dari neraka(at-Tahrim:6).
Inilah ayat
yang pertama dan wajar direnungi oleh setiap umat islam. Perkara asas dalam
islam adalah memelihara dan menjaga hak diri. Menjaga hak diri untuk agamna.
Itulah prinsip maqasid syariah yang pertama iaitu Hifz Din. Sebagai umat islam,
asanya ialah memelihara dalam diri untuk terus tetap dalam agama islam kerana
apabila di akhirat nanti, segala amal dan dosa ditanggung oleh empunya badan.
Seperti firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat ke-15 :
ولَا
تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ
Ertinya: Dan seseorang yang
boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa
usahanya sahaja)
Begitu juga Allah berfirman dalam
surah al-Zalzalah ayat ke-7 dan 8.
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا
يَرَهُ ، فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
Ertinya: Maka sesiapa berbuat kebajikan
seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa
berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Maka jelas disini, peranan individu ini keutamaanynya
ialah mengislahkan diri kearah kebaikan
sebelum mengislahkan umat yang lain. Jika akarnya baik insyallah hasil buahnya
juga cantik. Tanggungjawab tentang hal ini perlu dipikul dengan sebaik-baiknya.
Walaupun terdapat firman Allah yang maksudnya bahawa Dia tidak akan membebani
satu tanggungjawab kepada hamba-Nya melainkan apa yang hamba-Nya mampu lakukan.
Bukanlah seorang mukmin itu akan mengambil satu kesempatan untuk memberikan
1001 alasan bahawa dia tidak mampu
memikul satu perkara apatah lagi beberapa perkara tetapi mukmin yang
hakiki akan melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan sebaik-baiknya. Seorang
penyair arab iaitu Muhammad Iqbal ada menyebut: “ Mukmin yang lemah itu akan menyalahkan takdir apabila dia
mengalami kegagalan, tetapi mukmin yang kuat adalah mukmin yang melakukan suatu
pekerjaan apabila dia gagal dia akan berkata bahawa dia tidak mampu melawan
takdir qada’ dan qadar Allah”.
2.
إنمَا الْمُؤْمِنُونَ
إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Ertinya:Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,
maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.(al-Hujrat:10)
· sabda
nabi Muhammad SAW: “Seorang Muslim itu adalah saudara kepada muslim yang
lain, dan dia tidak menzaliminya dan dia juga tidak membiarkan saudaranya
disakiti serta menolong dan mempertahankannya.”
·
hadis
nabi Muhammad SAW yang shahih dalam kitab “Al-Mujam Al-Ausath” karya
Ath-Thabarani menyebut:
من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Ertinya: “sesiapa yang tidak
mengambil berat tentang urusan orang islam maka dia bukan dalam kalangan
mereka.”
·
hadis
Nabi Muhammad SAW daripada riwayat Muslim Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Sesiapa
yang berjihad menentang dengan tangan, maka dia ialah Mukmin. Sesiapa yang
berjihad menetang mereka dengan lisan, maka dia ialah Mukmin. Sesiapa yang
berjihad menentang mereka dengan hati, maka dia ialah mukmin. Selepas tiga
peringkat, tidak ada lagi iman walaupun sebesar sebiji sawi.”
Maka jelas perkara penting disini, seluruh masalah umat sama ada
baik mahupun buruk seperti mereka ditimpa kecelekaan, kezaliman, kemusnahan dan
ditindas, maka seharusnya seluruh umat islam bersatu untuk membantu meringankan
beban saudara kita tersebut bukan itu sahaja. Allah juga berfirman maksudnya:
“bertolong-tolonglah kamu dalam kebenaran dan janganlah kamu bertolong-tolong
dalam kerosakan”. Oleh itu, kewajipan ini dituntut. Apabila kita melihat
adik-beradik kita dalam kesusahan kita harus membantunya. Begitu juga saudara
seagama juga menjadi tuntutan. Malahan jika bangsa dan agama lain juga kita
diharuskan menghulurkan pertolongan.
Isu sejagat, isu Syria dan Palestin sangat mendukacitakan hati umat
islam. Dimanakah khilafah islamiyyah yang konon-kononya menzahirkan diri mereka
sebagai pemegang obor-obor islam tetapi tidak memperdulikan nasib saudara
seagama. Adakah ini dinamakan islam? Adakah itu ajaran islam yang mereka faham?
Jika mereka benar-benar faham makna islam pasti keamanan dunia akan dinikmati
oleh seluruh umat islam.
Pelbagai bantuan yang boleh kita hulurkan, bukanlah semestinya
bantuan ketenteraan tetapi inilah jihad yang utama namun terdapat alternatif
yang lain seperti kewangan, pembinaan, protes, boikot, menerima kemasukan
pendatang dan sebagainya. Cubalah kita bermuhasabah tanya iman kita. Apakah
kita sudah berjasa kepada ibu bapa, keluarga, kaum kerabat serta kepada umat
islam!
3. Inilah
khalam terakhir yang ingin penulis nukilkan. Semoga kita semua dapat memikirkan
apakah yang boleh dilakukan dan bagaimana harus kita bertindak. Kata-kata Al-Qardhawi
dalam “Fiqh Jihad”: “kaum lelaki mempunyai peranan yang sesuai dengan mereka,
kaum wanita mempunyai peranan yang sesuai dengan mereka, golongan tua mempunyai
peranan yang sesuai dengna mereka, kanak-kanak mempunyai peranan yang sesuai
dengan mereka, orang yang berpendidikan mempunyai peranan yang sesuai dengan
mereka dan golongan buta huruf turut mempunyai perana yang sesuai dengan
mereka. Apa yang dituntut ialah setiap orang ditempatkan pada posisi yang
sesuai dengannya.”
Kesimpulan
1.
Jihad
adalah satu tuntutan wajib bagi seluruh umat islam.
2.
Jihad
selalu dikaitkan hanya dengan peperangan namun definisinya sungguh luas.
3.
Jihad
adalah sumber kekuatan dan kesatuan islam.
4.
Setiap
umat islam mempunyai peranan masing-masing bagi mengangkat syiar islam.
5.
Jihad
adalah sunnah rasulullah SAW.
6.
Jihad
mementang kezaliman dan mencegah kezaliman merupakan perkara utama.
7.
Jihad
pada masa kini, sebagai umat islam harus memikirkan bagaimana cara yang terbaik
untuk menyebarkan islam.
1:49 AM |
Category: |
0
comments
Comments (0)