Bagaimanakah keadaan seseorang di
Akhirat kelak?
Cubalah kita menghayatinya
beberapa kalam dari Sang Pengasih. Sungguh Dia Maha Pengampun dan Maha
Penyayang. Sungguh Dia tidak menzalimi dan sentiasa adil kepada para hamba-Nya.
Ketika saya dan seorang sahabat
diberi amanah untuk membentang satu bab daripada ilmu balaghah tentang Tashbih fi al-Quran dalam kelas Balaghah fi al-Quran wa al-Hadis bersama Dr. Ustaz
Anwar bin Ahmad, beberapa potongan ayat itu saya tidak mampu untuk meneruskan
perbahasannya kerana ia terlalu berat bagi saya untuk berbahas mengenainya
kerana ia terkait dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu.
Benar, apabila seseorang itu
mencintai seseorang dengan sepenuh jiwa raganya, maka seseorang itu ingin
bersamanya sampai ke syurga bermula cinta itu terhadap cinta ibu bapanya, cinta
kepada isteri dan anak-anaknya, cinta kepada adik-beradik dan juga cinta kepada
sanak saudaranya.
Pertama, Firman Allah SWT dalam
surah al-Qamar ayat ke-7:
خُشَّعًا
أَبْصَارُهُمْ يَخْرُجُونَ مِنَ الْأَجْدَاثِ كَأَنَّهُمْ جَرَادٌ مُّنتَشِرٌ
Maksudnya: "(Pada saat itu)
masing-masing dengan keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan keluar
dari kubur seperti belalang yang terbang bertebaran."
Inilah perumpamaan keadaan kita pada Hari Khiamat kelak. Allah SWT telah memberi kiasan belalang-belang dengan para umat nanti. Bukan itu sahaja, jika kita memerhatikan kehidupan belalang pada musimnya sekitar bulan 11, mereka akan keluar beramai-ramai mencari rezeki di kebun jagung dan padi. Bersepah-sepah sehingga jumlahnya tidak terkira.
Begitulah para umat di Hari
Khiamat kelak. Menyibukkan diri dalam keadaan terumbang-ambing mencari amalan
walaupun sekecil zarrah untuk diselamatkan api neraka yang panas membakar.
Cuba kita renungkan pada zaman
sekarang. Apabila kita mengalami kesesakan lalu lintas pun sudah terasa lemas.
Cubala menaiki Monorail pada jam 5 hingga 6 petang dari Kl Sentral ke Gombak,
anda akan terasa kepanasan, berbau, lemas, dan sebagainya. Ini baru dunia
apatah lagi Akhirat.
Kedua, begitu juga Firman Allah
SWT dalam surah ad-Dukhan ayat ke-41:
يَوْمَ
لَا يُغْنِي مَوْلًى عَن مَّوْلًى شَيْئًا وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ
Maksudnya: "Iaitu hari itu,
seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang
perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat karibnya, dan mereka pula
tidak akan diberikan pertolongan (untuk menghapuskan azab itu),”
Apabila tibanya Hari itu, kita menyangka bahawa kaum Kerabat dan teman seperjuangan di sini akan membantu kita seperti yang sekarang, bersama-sama menuntut ilmu, membuat kerja berkumpulan dan sebagainya tetapi keadaan ini tidak sama pada Hari itu. Allah sahajalah tempat perlindungan.
Apa lagi kehidupan yang kita
dambakan. Kenapa kehidupan di dunia yang menjadi sasaran. Berlumba-lumba
mencari harta yang banyak. Berkenalan dengan ramai orang terutama bangga bila
dapat kenal dengan orang yang berpangkat dan ternama. Apakah itu akan membantu
kita di sana kelak? Fikirkanlah…
Ketiga, Sekali lagi, Firman Allah
SWT dalam surah al-Mujadilah ayat ke-17:
لَّن تُغْنِيَ عَنْهُمْ أَمْوَالُهُمْ
وَلَا أَوْلَادُهُم مِّنَ اللَّهِ شَيْئًا ۚ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ
فِيهَا خَالِدُونَ
Maksudnya: "harta benda
mereka dan anak pinak mereka tidak sekali-kali akan dapat memberikan sebarang
pertolongan kepada mereka dari azab Allah. Merekalah ahli neraka, mereka tetap
kekal di dalamnya.
Begitulah saat-saat kita yang
tidak ada harta yang boleh membeli segala kesenangan di Akhirat kelak tidak
juga umat yang boleh membantu kita dan apa yang paling malang ialah jika kita termasuk
dalam golongan kuffar yang akan dicampak ke dalam api neraka yang panas
menggelegak.
Yang terakhir, ayat ini sungguh
memberikan satu tamparan yang hebat buat penulis, pernah satu hari Dr. Ustaz
Radhwan Jamal bertanya, apakah terdapat ayat di dalam al-Quran yang
paling-paling kamu suka sehingga kamu terkesan padanya? Satu persoalan yan
cukup berat. Pada ketika itu, tidak siapa yang berani menjawab dan
kebannyakkannya menundukkan kepala. Pada hari itu juga, boleh dikatakan hari-hari yang sangat sayu. Secara tak semena, terlintas satu
kalam Firman Allah SWT dalam surah 'Abasa ayat ke-34 hingga ke 37:
يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ، وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ، وَصَاحِبَتِهِ
وَبَنِيهِ، لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ
Maksudnya: "Pada hari
seseorang itu lari dari saudaranya, Dan ibunya serta bapanya, Dan isterinya
serta anak-anaknya; Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada
perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya
sahaja." Apakah ada waktu untuk dipertemukan lagi pada Hari Kebangkitan
itu?
Gementar hati, berpeluh tubuh membasahi
keringat, awan yang cerah terasa mendung, angin sepoi-sepoi bahasa menukar
rentaknya menjadi angin kencang dan segala wajah-wajah terus terpampang dalam
fikiran. Tertanya-tanya, apakah tidak ada peluang untuk bersama mereka. Apakah cara
yang boleh bersama mereka. Bagaimana ibu bapa boleh mencari jalan. 1001
persoalan terus bermain-main dalam benak
fikiran.
Sungguh, apa lagi yang kita mahu
harapkan. Sungguh, apa lagi harapan yang kita ingin kejar. Sungguh, apa lagi
impian yang perlu dicapai jika tidak untuk bersama dengan orang yang kita
cintai di Sana kelak.
Kalam Allah SWT mengetuk hati
bagi sesiapa yang ingin mahukan kebenaran. Masih ada ruang dan peluang
bertaubat. Tiada ada manusia yang tidak pernah membuat silap. Mengharapkan
rahmat Allah SWT untuk menghapuskan dosa-dosa yang lalu dan menutup segala
keaiban.
Mudah-mudah diberikan peluang,
ruang dan kesempatan.
Wallahu a’lam.
4:13 AM |
Category:
Spritualisme
|
0
comments