"Jalan Menuju al-Quran"
oleh Khurram Murad. Buku asalnya "Way To The Qur'an".
(sumber dari google)
Saya sangat menggalakkan dan
menyarankan kepada semua untuk membaca buku ini terutama bagi sesiapa yang
ingin mencari cinta Illahi. Bagi yang mengharapkan rahmat Allah azza wajalla
dalam setiap amalan yang dilakukan juga patut membaca buku ini. Bahkan, bagi
sesiapa yang masih baru menjinak-jinakkan diri dalam mengenali dan memahami
kalam Allah azza wajalla adalah semestinya memulai dengan membaca buku ini.
Siapakah Khurram Murad?
(sumber dari google)
Beliau dilahirkan pada tahun 1932
dan meninggal pada tahun 1996. Beliau berbangsa pakistani. Seorang ulama' yang
hebat dan pernah menjawat jawatan sebagai Naib Amir Jamaat al-Islami Pakistani
dan juga jawatan tertingginya ialah Amir di Bangladesh. Beliau juga pernah
dipenjara beberapa kali bukan disebabkan melakukan perkara yang mungkar tetapi
menegakkan kebenaran terutamanya beliau banyak mengupas tentang isu India dan
Pakistan. Pendidikannya. ijazah dan master dalam bidang Civil Engineering.
Beliau telah menulis banyak buku dan buku "Jalan Menuju al-Quran"
adalah buku pertamanya, saya membacanya.
Kenapa buku ini?
Banyak sebab kenapa mesti membaca
buku? Saya kira setiap pembaca akan mendapat manfaat yang berbeza-beza. Saya
jjuga mendapat manfaat yang berbeza dengan apa yang kalian membacanya nanti.
Buku ini dalam 100 m/s sahaja
tetapi penulisan dan isinya padat dan berkualiti.
Saya sangat terkesan apabila
beliau menulis dalam mukadimahnya tentang kenapa dia menulis buku ini. Kata
beliau:
"Tujuan saya menulis buku
ini sangat sederhana. Ini bukanlah sebuah hasil ilmiah yang tinggi, saya
bukanlah mufassir yang alim dan tidak juga menulis untuk para aulia'. Saya
tidak berhasrat untuk mengajar dan memberi panduan kerana saya tidak
berkelayakan dalam bidang ini, Saya hanya menulis untuk orang biasa, mereka
yang baru dan mahu menimba ilmu dari al-Quran, khususnya mereka yang muda, yang
bertungkus lumus untuk mencapai hasrat dan cita-cita untuk memahami, mendalami
dan menghayati al-Quran sebagaimana yang saya sendiri lakukan".
Banyak perkara yang beliau telah
mengupas dan saya kira beliau telah melakukan satu kerja yang besar dan
memudahkan para pembaca untuk memahaminya. Beliau telah menjiwai watak sebagai
seorang generasi muda yang telah mewakafkan diri untuk umat dengan melibatkan
diri dalam jemaah. Beliau telah melihat satu pandang sisi bagaimana al-Quran
mampu membentuk fikrah yang sempurna dan menyantuni pemikiran yang tidak
sependapat dengannya. Apa yang saya dapati dari buku ini, apabila pendakwah
yang telah jauh dari pemahaman al-Quran yang sebenar, itulah punca utama kenapa
umat makin jauh dan terasing.
Beliau bukan sahaja membicarakan
tentang soal-soal Penghayatan Al-Quran seperti Bab 2 Syarat-syarat Utama
Membaca Al-Quran, bab 3 tentang Penglibatan Anggota Rohani, bab 4 Peraturan
membaca al-Quran, bab 5 Mempelajari dan Memahami al-Quran semata-mata tetapi
jauh lebih daripada itu terutama dalam bab 7 iaitu Menghayati al-Quran dalam
Kehidupan, beliau ingin membumikan kalam Allah azza wajlla dalam kehidupan umat
agar umat dapat mempraktikkannya semampu yang boleh.
Akhir kalam, berikanlah ruang dan
masa untuk membaca sesuatu yang akan mententeramkan hati dan jiwa. Carilah satu
buku yang menghuraikan al-Quran untuk diterjemahkan dalam kehidupan. Saya
yakin, kalau dia dari bidang sejarah, dia akan menjadi pakar sejarah yang
benar. Kalau dia dari bidang politik, dia akan menjadi ahli politik yang jujur.
Kalau dia dari bidang pendidikan Islam, dia akan menjadi pendakwah yang
disayangi umat. Kalau dia bermain catur, mungkin boleh jadi pencatur yang
bersemangat kot. Kalau dia dari bidang Bahasa Arab? (Saya belum jumpa lagi
sebab saya masih mencarinya, saya dari bidang Bahasa Arab). Yang paling
penting, al-Quran akan menjadi penolong kepada kita.
Percayalah, para pendakwah yang
jurubicara umat, saya sangat mengkagumi kesungguhan mereka dalam berdakwah yang
saya fikir saya belum cukup kuat untuk melakukannya tetapi sebelum itu atau
semasa dengannya, cuba dan terus mencuba memahami kalam Allah azza wajlla dan
kehendak-Nya. Kita akan menjumpai sesuatu perkara yang kita tidak menyangka
akan dapat menjumpainya. Insyallah, umat akan mengikut kalian dengan hati tulus
ikhlas. Kalian memang hebat.
Selamat membaca.
Gambarnya itu saya ambil dari
google sahaja.
Wallahu a'lam.
10:30 PM |
Category: |
0
comments
Comments (0)