Tazakkur iaitu peringatan tentang kisah Nabi Adam alahihissalam.
Tajuk: Manusia tidak terlepas daripada buat dosa.
Manusia mana yang tidak pernah membuat kesilapan. Manusia mana yang tidak pernah membuat dosa. Sama ada sengaja mahupun tidak. Sama ada besar mahupun kecil. Adakah itu tandanya manusia itu pendosa selamanya dan tidak akan mendapat keredhaan Allah azza wajalla.
Ketika mana Allah azza wajalla sudah melantikan Nabi Adam alahissalam menjadi khalifah itu adalah satu tanda kemuliaan yang agung di sisi-Nya. Nabi Adam alahissalam dikurniakan seorang isteri Hawa serta mendapat menikmati segala kenikmatan yang ada di dalam syurga melainkan 1. Firman Allah azza wajalla dalam surah al-Baqarah ayat ke-25:
وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya: (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".
Sungguh, sifat manusia itu lemah. Melihat sesuatu perkara yang baru dan pelik. Ada sahaja yang bermain-main di fikirannya. Bukan mahu sebenarnya untuk melakukan dosa tetapi tatkala diuji, keimanannya pula goyah tanpa disedari. Diuji dengan wanita, kekayaan, pangkat, ilmu, dan sebagainya.
Begitulah kisah Nabi Adam alahissalam bersama isterinya yang tercinta ketika mana mereka berdua berada di Syurga Allah azza wajalla yang mana satu perkara yang diharamkan oleh DIa ialah jangan menghampiri pokok tersebut, namun apakan daya, godaan dan hasutan yang halus daripada Iblis dan Syaitan telah menggoyahkan sedikit keimanan mereka berdua tanpa mereka sedari walaupun pada hakikatnya mereka sudah mengerti perintah Allah azza wajalla iaitu janganlah menghampiri pokok tersebut.
Ditakdirkan, mereka berdua tersilap dan telah memakan buah daripada pohon tersebut sehingga dikeluarkan mereka daripada syurga dengan serta merta. Firman Allah azza wajalla dalam surah al-Baqarah ayat ke-36:
فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ ۖ وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ
Maksudnya: mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain
Apalagi yang diharapkan oleh seseorang, apabila melakukan khilaf dan dosa melainkan mengharapkan keampunan daripada Maha Pengampun.
Nabi Adam alahissalam seorang nabi, seorang khalifah dan seorang suami. Menginsafi diri, bermunajat, beruzlah dan merenung bahkan tidak putus-putus berdoa kepada Allah azza wajalla dengan hati yang penuh lara mendambakan kasih dan keampunan daripada Allah azza wajalla. Beliau berdoa dengan satu doa:
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".(al-‘Araf:23)
Apatah lagi kita sebagai insan biasa, setiap saat mungkin ada dosa yang telah dilakukan. Dosa-dosa yang terdahulu ketika masih dalam kejahilan. Dosa-dosa yang sangat banyak ibarat setinggi gunung. Hanyalah Allah azza wajalla menjadi tempat untuk memohon keampunan. Pecayalah, Allah Maha Pengampun.
Jika sesaat dahulu, kita adalah seorang pendosa, jika pada dahulu, zikir-zikir kita dengan carut-carutan, melihat perkara yang mengasyikkan, hampir kepada zina, menipu, mengkhianati, bercakap kasar dengan kedua ibu bapa, tidak menghormati guru dan sebagainya. Yakinlah! sesungguhnya bertaubat akan mensucikan segala dosa yang lalu.
oh manusia dan rakan-rakan. kalau kawan kita ada dosa yang lalu dan aib yang besar. Simpanlah, kerana Allah azza wajalla mungkin telah mengampuni dosa mereka. Siapalah kita untuk mengungkit dan membuka keaibannya.
Dahulu, mungkin dia belum sedar tetapi siapa tahu urusan di antara dia dengan Allah azza wajalla.
Semoga Allah mengampuni dosa kita.
Top of Form

Comments (0)