KASSIM AHMAD DALAM KENANGAN.

Bismillhirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabil'alamin.

Mukadimah.

Sarjana kontroversi Kassim Ahmad meninggal dunia hari ini selepas dilaporkan koma semalam akibat masalah jangkitan kuman dan jantung tersumbat. Sarjana kontroversi Kassim Ahmad meninggal dunia di hospital di Kulim Bandar Baru pada usia 84 tahun. MalaysiaKini melaporkan berita kematian Pak Kassim pada 07102017.

Dr.Mahathir juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada keluarga pak Kasim. Dr.Mahathir meluahkan kekesalannya terhadap penentang Pak Kassim dengan ungkapan, “Kasim Ahmad yang meninggal dunia hari ini, semasa hayatnya tidak mendapat keadilan seperti yang dikehendaki oleh agama Islam, hanya kerana beliau dituduh kononnya membelakangkan hadis, Bacalah tulisannya sebelum menghukumnya," kata Dr Mahathir dalam kenyataan media, merakamkan takziah atas pemergian Kassim.(TheMalaysianInsight)

Tidak terlepas juga seorang waris daripada Pak Kassim untuk memberikan sepatah dua kata mengenai wasiat terakhir Pak Kasim :“Beliau selalu berpesan supaya membaca Al-Quran setiap hari dengan minda yang kritikal. Beliau juga berkata jangan ikut semua hadis atau ulama, kerama semua itu ciptaan manusia. Bapa saya selalu berkata ‘Al-Quran adalah jalan sebenar’.”(waris al-Marhum daripada petikan freemalaysiatoday)

Seorang tokoh pertubuhan yang sentiasa menyanjung dan mendokong pemikiran Pak Kassim juga menyebut perihal keperibadian Pak Kasim: “Beliau mempertahankan banyak idea dan prinsip sepanjang hayatnya – keadilan, kebebasan berfikir dan bersuara, dan kebebasan beragama.“Beliau menunjukkan keberanian dan daya tahan ketika berada di titik rentan,” Pengarah Eksekutif SIS Rozana Isa (petikan daripada freemalaysiatoday).

Innalillahiwainnailaihirajiun. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga beliau walaupun sudah 7 hari Kassim Ahmad telah pergi menghadap Allah azza wajalla. Semoga kita semua mendapat pengampunan dan mudah-mudahan kita juga mendapat pengajaran daripada apa yang telah berlaku.

Saya baru mengenali beliau kira-kira 7 tahun yang lalu daripada buku yang menjadi "kontroversi" dan sejak itu saya terus mencari penulisan beliau yang lain dan cuba juga untuk memahami gaya penulisan dan corak pemikiran beliau sehinggalah saya menemui buku "Dialog Dengan Sasterawan" dan saya membaca buku ini pada tahun 2015.

Buku: Dialog Dengan Sasterawan


Pendahuluan kata, Wan Hamidi Hamid memuji Kassim Ahmad: "Nada kritikan Kasim keras tapi tak kejam, tegas tapi tak kurang ajar, jauh sekali menghina penulis atau penulisan. Beliau menumpukan sepenuhnya kepada karya tanpa menghakimi peribadi penulisnya".
Mukjizat Al-Quran Al-Karim; Bahasa Arab dan Al-Qiraat.

بسم الله الرحمن الرحيم, Alhamdulillahirabil’alamin. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sollahu’alaihiwasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat dan seluruh umat sekalian alam.

Mukadimah
Satu perkara yang menjadi teka-teki yang mengganggu ketenteraman jiwa dan ketenangan hati bagi insan yang mendalami dan menghayati al-Quran ialah kefahaman tentang Bahasa al-Quran iaitu Bahasa Arab, yang mana setiap ayat ada makna tertentu berdasarkan konteksnya. Bahkan kepelbagaian ilmu al-Qiraat dalam al-Quran juga mendatangkan sedikit kecelaruan hati kerana seolah-olah al-Qiraat ini telah lari dan menyimpang daripada kaedah asas Bahasa Arab. Timbul lagi persoalan yang lain di minda iaitu bagaimana keseleraian Bahasa Arab dan al-Qiraat ini dapat dipertemukan dalam satu nokhtah sehingga menatijahkan mukjizat al-Quran itu.

Persoalan demi persoalan tersebut telah timbul sejak bertahun-tahun lagi dan telah memberikan kesan dan bebanan yang sangat berat untuk dihadapi apatah lagi berfikir untuk mencari jawapannya. Pengembaraan menuntut ilmu dalam bidang Al-Quran dari sudut bahasa dan qiraat sering meresahkan hati kerana sentiasa kedengaran bisikan dan hasutan yang halus untuk meraguinya.

Justeru, dengan mengharapkan redha Allah azza wajalla, mudah-mudahan penulisan kali ini berharap dapat memberikan satu pencerahan umum kepada penulis dan pembaca mengenai Mukjizat al-Quran dari segi Bahasa Arab dan Qiraat. Insya-Allah. Penulisan yang ringkas ini hasil daripada pembentangan penulis dalam kelas Al-‘Ijaz Al-Bayani yang dibimbingi oleh Prof. Dr Nesreldin. Penulis ingin mengucapkatan jutaan terima kasih kepada Prof. Dr. Nesreldin(Pensyarah Bahasa Arab Uiam) kerana memberikan penulis peluang untuk membentang dan mengupaskan tajuk Al-Qiraat yang ditulis oleh para ulama’. Alhamdulillah, sedikit sebanyak mendatangkan ketenteraman hati. Semoga Allah azza wajalla merahmati beliau.Amin

Sedikit sahaja ingin penulis tekankan. Mengenai Mukjizat Al-Quran dari segi Bahasa Arab, sudah penulis ketengahkan dalam beberapa penulisan sebelum ini dab boleh rujuk dalam penulisan yang lalu namun penulis mengakui bahawa masih perlu diperbaiki dan menggali ilmu tersebut.