Untuk ahli gerakan yang dikasihi...
Apakah sebenarnya erti perjuangan yang digariskan syara'?
Apakah tujuan-tujuan perjuangan yang ingin diperjuangkan?
Apakah etika-etika dalam perjuangan?
Tiga perkara diatas adalah asas bagi saya untuk menjadi seorang pejuang yang betul-betul berada dalam landasan syariat islam.
1) Soalan pertama ialah mengenai erti perjuangan, menurut pandangan saya ialah perjuangan ialah seseorang berjuang untuk mendapatkan sesuautu yang diingin sama ada dengan cara baik mahupun buruk. Namun,terdapat maknaperjuangan yang lain bahkan lagi tepat seperti yang telah diajarkan seluruh para anbiya' iaitu "menyembah Allah", ini adalah konsep asas apakah erti perjuangan yang hakiki. Semoga persoalan pertama ini kita sudah terjawab dan kita telah cuba untuk melaksanakan.
Begitu juga menurut pandangan ulama' Hanbali iaitu mengajak atau menyeru kepada agama yang benar dan memerangi sesiapa yang tidak menerimanya (FIqh Islam, Dr Wahbah Zuhaili). Pandapat ini semua dikuatkan lagi dengan ayat alquran "Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." 9:41.
2) Soalan kedua pula adalah mengenai tujuan-tujuan atau matlamat-matlamat. Seharusnya kita harus sedar dan tahu apakah sebenarnya yang kita perjuangkan kerana takut-takut tujuan kita betul pada sisi pandangan kita namun belum tentu diterima Allah bahkan lebih merisaukan perjuangan kita itu menyebabkan kita terhumban ke dalam azab Allah. Saya merasakan kita perlu kembali kepada asas iaitu hadis pertama dalam hadis 40 imam Nawawi yang selalu disebut-disebut, diingatkan dan dikaji oleh para nuqaba' semasa Usrah, disyarahkan para asatizah di masjid dan sebagainya. Hadis pertama terjemahannya:
" Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab r.a katanya:" Aku mendengar Rasululah s.a.w. bersabda:" Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat, dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya, atau kerana perempuan yang ingin dikahwininy, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan"

7:21 PM |
Category:
idealisme
|
0
comments