Terjemahan buku “العابد والقرية”.
Daripada Asbabun Nuzul al-Quran.
Penulis: Muhammad Hamzah as-Sa’dawi.
Pelukis: Muhammad Nabil.
Penterjermah: Muhammad Nur Farhan bin Zamziba (Guru Praktikal Bahasa Arab SMA Syubbaniah).
12/07/2016.

Kisah Pengajaran Seorang Hamba dan Sebuah Kampung.



Ada sebuah kisah pada zaman dahulu,

Seseorang lelaki yang diberi nama Uzair. Dia sangat dikenali sebagai seorang yang menjaga segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya serta beliau seorang lelaki yang soleh. Beliau juga rajin dan kuat beribadat kepada Allah SWT serta beliau selalu mengajak umat untuk melakukan kebaikan dan berkasih sayang.

Uzair juga selalu memikirkan kebesaran Allah SWT seperti penciptaan haiwan, gunung-ganang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Beliau selalu memerhati kebesaran Allah dan berinteraksi dengan makhluk di sisinya.

Pada suatu pagi,

Uzair menunggang keldainya untuk pergi ke kebunya. Kebun beliau sangat besar dan cantik. Banyak tumbuhan, pokok-pokok dan buah-buahan. Selepas itu, Uzair akan mengisi buah anggur dan buah tin ke dalam bakul.

Dalam perjalanan dia pulang ke rumahnya. Dia termenung dan berfikir tentang anugerah Allah yang dikurniakan kepada hamba-Nya. Dia pun berkata:

Maha Suci Allah! Allah SWT telah menganugerahkan kepada kita bumi yang subur dengan tanaman, tumbuhan dan buah-buahan. Dia menjadikan semua itu berbeza-beza dan tidak sama rasa dan warna dengan yang lain seperti buah anggur tidak sama dengan buah epal. Buah oren tidak sama dengan buah tin. Walaupun semua buah-buahan itu ditanam di satu tempat yang sama dan disiram dengan air yang sama.
Agak lama Uzair memikirkan tentang ini. Tiba-tiba...

Dia dapati yang dia telah sesat jalan dan tidak menjumpai jalan pulang ke rumah. Namun dia tiba di sebuah kampung yang usang rumahnya dan tidak ada satu penduduk pun yang menetap di situ bahkan mayat-mayat terdampar di jalanan.

Setelah itu,

Uzair pun turun dari keldainya. Kemudian dia mengikat keldainya di dinding rumah yang masih ada. Disebalah keldainya pula diletakkan bakul-bakul bua-buahan dan bungkusan makan minumnya.



Uzair pun memerhati keadaan sekelilingnya. Dia mendapati kampung itu telah usang dan ada jasad manusia yang tidak disemadi dengan baik. Beliau berkata:

Kepada Allah SWT boleh menghidupkan semula jasad-jasad manusia yang telah mati. Bagaimana Allah SWT boleh membangkit dan menghidupkan semula semua ini pada hari khiamat kelak?

Maka benarlah! Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa yang boleh menghidup dan mematikan sesiapa yang dikehendaki kerana Dia berkuasa ke atas semua perkara.

Selepas beberapa minit,

Angin sepoi-sepoi bahasa datang meniup. Uzair pun terasa mengantuk dek kerana angin itu. Selepas itu, Uzair pun terlena dan tertidur dengan nyenyak seolah-olah manusia yang tidur di dalam kubur.

Tahun demi tahun berlalu hampir 100 tahun. Uzair seakan hidup tanpa roh. Beliau seolah-olah telah mati.

Dengan kehendak Allah SWT. Uzair telah terjaga dari tidur disebabkan kuasa dan kehendak Allah. Beliau melihat matahari terbenam di penghujung senja. Beliau menyangka bahawa beliau telah tidur selama sehari ataupun beberapa hari.

Tiba-tiba,

Uzair mendengar suara Malaikat. Malaikat bertanya kepada beliau: wahai Uzair, Berapa lamakah awak telah tidur?

Uzair termenung dan memerhati sekali lagi keadaan sekelilingnya. Beliau tidak mendapati seseorang pun yang berada di sekitarnya. Beliau menjawab: saya telah tidur sehari ataupun mungkin beberapa hari.

Malaikat tadi menjawab: sebenarnya awak telah tidur selama setahun. Roh awak telah terpisah dari jasad awak.

Malaikat terus bercakap:

Wahai Uzair... awak lihatlah makanan dan minuman awak disebelah awak. Ia tidak merubah zat dan tidak rosak walaupun sudah berlalu selepas 100 tahun.

Wahai Uzair, awak lihatlah keldai awak. Dia telah jadi bangkai yang busuk. Tulangnya telah menjadi reput. Allah SWT akan menghidupkan keldai itu di hadapan awak untuk memberikan hati awak tenang bahawa Allah SWT boleh membangkit manusia dari kubur. Allah SWT sahajalah yang mampu menghidup dan mematikan sesiapa yang Dia kehendak kerana Dia Maha Berkuasa kepada semua perkara.

Uzar pun melihat keldainya dengan penuh perasaan. Tiba-tiba keldai itu hidup dengan serta merta walaupun sebelum ini ia sudah menjadi bangkai yang busuk. Dengan tidak sengaja, beliau melafazkan kalimah Allah:
Maha Suci Allah SWT...sesungguhnya Allah SWT mampu dan boleh melakukan apa sahaja. "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?"

Selepas itu, Uzair menunggang keldainya semula dan membawa bekal makan minumnya. Beliau meneruskan perjalanannya kerana beliau telah mengetahui jalan pulang ke rumahnya. Namun,keadaan jalan ke rumahnya telah berubah.

Akhirnya, Uzair sampai juga ke kampung halamannya. Beliau menjumpai seorang wanita yang tua sedang duduk di hadapan rumahnya. Beliau baru sedar bahawa wanita tua ini merupakan orang gajinya sedangkan semasa beliau pergi, orang gajinya masih mentah.

Uzair pun bertanya: wahai makcik, adakah ini rumah Uzair?

Wanita tua menjawab: ya benar. Sesungguhnya masyarakat di sini telah melupakan beliau kerana beliau tidak pernah pulang lagi dan tidak satu orang pun bertanya tentang beliau. Beliau telah menyembunyikan diri selama 100 tahun lamanya.

Uzair membalas: Sayalah Uzair.

Pada permulaannya, wanita itu tidak percaya akan tetapi akhirnya dia mempercayai juga. Dengan bersegera, wanita itu memanggil orang kampung dan menjerit. Uzair sudah pulang... Uzair sudah pulang...

Orang kampung pun mula mengerumi Uzair. Ada diantara mereka yang sudah mempunyai anak serta cucu. Ada juga yang sudah mencecah umur 50 tahun bahkan umur 90 tahun pun juga ada.

Ada Salah seorang anak. Beliau berkata: Sesungguhnya di bawah bahu ayah saya ada satu tanda lahir. Uzair pun membuka bahunya dan semua orang melihat tanda tersebut ada pada Uzair.

Salah dari mereka pula ada yang berkata: Uzair seorang yang menghafal kitab Taurat. Jika awak benar Uzair. Cuba baca!. Maka Uzair pun memperdengarkan bacaannya dan tidak ada satu kesilapan dan kesalahan.

Dengan itu, semua orang kampung berpuas hati dan yakin bahawa beliau memang Uzair. Di sebabkan mengetahui hal itu mereka telah hilang keyakinan kepada Allah dan menjadi kufur kerana beranggapan bahawa Uzair adalah anak Allah SWT.

Mereka menyangka bahawa Allah SWT mempunyai isteri dan anak. Namun sebenarnya Allah SWT Maha ESA yagn tidak beranak dan memperanakkan dan tidak ada sesiapa pun yang menyerupainya.
Oleh itu, Allah SWT telah merakamkan kita ini di dalam surah al-Baqarah. Firman Allah SWT:


Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Comments (0)