Terjemahan buku
“مائدة من السماء”.
Daripada
Asbabun Nuzul al-Quran.
Penulis:
Muhammad Hamzah as-Sa’dawi.
Pelukis:
Muhammad Nabil.
Penterjermah:
Muhammad Nur Farhan bin Zamziba (Guru Praktikal Bahasa
Arab SMA Syubbaniah).
22/7/2016.
Kisah
Pengajaran Rezeki dari Langit.
Pada suatu
hari,
Nabi ‘Isa
‘alahissalam telah meluru keluar bersama dengan satu kumpulan dalam kalangan
orang yang beriman dengan Islam. Golongan ini ialah orang yang ikhlas
melaksanakan syariat islam. Mereka ini digelar “Al-Hawariyyun”.
Mereka telah
keluar bersama dengan bertujuan untuk berdakwah kepada manusia agar kembali
beriman kepada Allah SWT. Mereka berdakwah dari satu tempat ke satu tempat
dengan membawa misi iaitu mentauhidkan Allah.
Disebabkan hal
yang demikiran, mereka telah menghadapi cabaran dan dugaan ketika melaksanakan
misi dakwah ini seperti kekurangan bekalan makanan dan minuman bahkan mereka
juga diancam dan diperangi oleh kaum kuffar.
Mereka terus
bermusafir sehinggalah mereka berhenti di sebuah padang pasir yang sangat luas
dan bermalam di situ. Di padang pasir itu tidak ada satu pun tanaman dan juga
air.
Mereka pun
duduk beristirehat. Mereka kelihatan sangat penat dan akan tetapi mereka tetap bersemangat
dan bersungguh-sungguh untuk meneruskan misi dakwah ini.
Namun, mereka diuji dengan kelaparan. Mereka sudah
tidak memiliki bekalan makanan dan minuman tetapi semangat
juang yang tinggi, mereka tetap mempelajari ilmu agama. Mereka bertanya kepada
Nabi ‘Isa tentang persoalan-persoalan agama dan belajar daripadanya. Mereka
sentiasa memikirkan ganjaran yang baik daripada Allah SWT jika menyebarkan
dakwah dan mengajak untuk beriman kepada Allah SWT.
Pelbagai persoalan
yang timbul dalam pemikiran golongan al-Hawariyyun ini namun mereka tidak mahu
meluahkan apa yang terbuku itu ketika berhadapan dengan Saidina ‘Isa.
Akhirnya...selepas
beberapa waktu, mereka pun memberanikan diri untuk bertanya kepada Nabi ‘Isa. Mereka
bertanya:
Wahai Nabi
Allah ‘Isa: adakah Tuhanmu mampu menurunkan rezeki dari langit untuk kami?
Nabi ‘Isa
sangat terkejut dengan persoalan yang diutarakan.
Nabi ‘Isa
membalas pertanyaan itu: Adakah kalian masih meragui dengan kerasulan saya
ini sebagai utusan Allah? Tidakkah kalian melihat di hadapan kalian dengan
mukjizat yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada saya. Tidakkah kalian
perhatikan bagaimana saya dapat menghidupkan kehidupan yang telah mati dengan
izin Allah. Mukjizat saya yang dapat mencelikkan orang yang buta dengan
pertolongan Allah SWT. Saya telah menjadikan burung dari tanah liat dengan izin
Allah SWT juga. Semuanya itu berlaku di hadapan kalian.
Semua itu jelas
dan terang lagi bersuluh bahawa itu semua anugerah dari Allah Yang Maha
Berkuasa. Maka benarlah bahawa saya adalah utusan Allah SWT. Saya dianugerakan
pelbagai mukjizat.
Golongan al-Hawariyyun
berkata: Kami membenarkan dan menyakini terhadap Allah SWT dan para
rasulnya. Semua yang kami inginkan itu adalah untuk menambah keimanan kami. Oleh
itu, rezeki yang turun dari langit itu sebagai satu bukti yang nyata dan baru
bahawa awak adalah benar dan perkara mukjizat itu memang benar-benar berlaku di
hadapan kami. Kami lapar. Kami mahu makan untuk memberikan kekuatan dalam
berdakwah dan meneruskan perjalanan permusafiran ini.
Nabi ‘Isa
alahissalam berfikir sejenak apa yang diperkatakan oleh al-Hawariyyun tersebut.
mereka mahu kebenaran yang nyata dan benar-benar berlaku di hadapan mereka
untuk menambah keyakikan dan keimana terhadap Allah SWT dan kebenaran dakwah
tersebut.
Disebabkan hal
itu, Nabi ‘Isa alahissalam mengangkat tangannya ke langit dan berdoa kepada
Allah SWT agar dikurniakan rezeki dari langit untuk mereka.
Isa
ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan
kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi
hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang
kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang
menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami,
kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki". (surah al-Maidah:114)
Dengan serta
merta, Allah SWT telah mengkabulkan doa Nabi ‘Isa alahissalam. Firman Allah SWT
di dalam surah al-Maidah ayat ke-115:
Allah
berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang
kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya
hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang
tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk".
Rezeki pun
turun dari langit dari celahan-celahan awan dan saling terikat di antara satu
sama lain. Nabi ‘Isa sentiasa berdoa agar Allah SWT menjadikan rezeki itu berkat
dan berkhasiat dan bukannya rezeki yang dimurkai dan rosak.
Selepas itu,
rezeki dari Allah SWT itu tiba di tangan Nabi ‘Isa alahissalam. Nabi ‘Isa dan
al-Hawariyyun menjamu selera dengan membaca bismillahirrahmanirrahim.
Kisah ini
dirakamkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dalam surah al-Maidah. Firman Allah
SWT:
Dan
(ingatlah) ketika orang orang Hawariyyiin berkata: "Wahai Isa Ibni Maryam!
Dapatkah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu hidangan dari
langit?" Nabi Isa menjawab: "Bertaqwalah kamu kepada Allah jika benar
kamu orang-orang yang beriman". (112)
Mereka
berkata: "Kami hanya ingin hendak makan dari hidangan itu (untuk mengambil
berkat), dan supaya tenang tenteram hati kami, dan juga supaya kami ketahui
dengan yakin, bahawa sesungguhnya engkaun telah berkata benar kepada kami, dan
supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikannya sendiri" (113)
Isa
ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan
kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi
hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang
kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang
menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami,
kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki". (114)
Allah
berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang
kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya
hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang
tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk". (115)
9:26 PM |
Category:
bahasa arab
|
0
comments
Comments (0)