Terjemahan buku
“القاضي الصغير”.
Daripada
Asbabun Nuzul al-Quran.
Penulis:
Muhammad Hamzah as-Sa’dawi.
Pelukis:
Muhammad Nabil.
Penterjermah:
Muhammad Nur Farhan bin Zamziba (Guru Praktikal Bahasa
Arab SMA Syubbaniah).
05/07/2016.
Kisah
Pengajaran Seorang Hakim Kecil Yang Adil.
Ada satu kisah,
Nabi Daud ialah
seorang raja yang diutuskan untuk bani Israel. Nabi Daud alaihissalam seorang
yang mementingkan kebenaran dan keadilan. Prinsip ini diamalkan sepanjang
pemerintahannya sehinggalah beliau tua.
Pada suatu
hari, baginda duduk termenung tentang nasib
rakyatnya. Baginda memikirkan siapakah yang bakal memikul tanggungjawab sebagai
raja selepas baginda mangkat.
Nabi Daud
alahissalam teringat kepada anak-anaknya dan baginda berfikir dan termenung: Baginda
memikirkan, antara semua anak-anaknya siapakah yang lebih baik dan layak untuk menjadi raja selepasnya.
Akhirnya,
selepas beberapa hari, baginda membuat keputusan.
Nabi Daud
mendapati bahawa anaknya Sulaiman adalah yang paling layak dan berhak untuk memimpin dan menjaga kaum bani Israel.
Walaubagaimanapun,
Sulaiman merupakan anaknya yang bongsu. Umur beliau ketika itu dalam lingkungan
11 tahun akan tetapi umur itu tidak
menjadi ukuran kerana beliau seorang yang sangat cerdik serta baik budi
pekertinya berbanding abang-abangnya. Beliau seorang yang tidak malu bertanya untuk mengetahui sesuatu
bahkan beliau juga suka menuntut ilmu daripada orang yang lebih berilmu
daripadanya. Di samping itu juga, beliau seorang yang peramah dalam berurusan
dengan orang ramai.
Oleh itu, Nabi
Daud alaihissalam telah mula untuk mempersiapkan Sulaiman untuk menjadi raja
selepas kewafatannya. Setiap masa Nabi Daud akan membawa Sulaiman bersama ke
mana sahaja beliau pergi. Nabi Daud juga akan membawa Sulaiman ke majlis-majlis
keramaian dan mesyuarat untuk memberikan pendedahan awal supaya Sulaiman dapat
mendengar, memerhati dan belajar secara tidak langsung. Sulaiman juga dilatih
untuk membuat keputusan, mengurusan tadbir negara dan beramah-mesra dengan
masyarakat setempat.
Perkara
kebiasaan yang dilakukan oleh Nabi Daud alahissalam ialah baginda akan menjadi
hakim untuk menyelesaikan masalah-masalah dan pertengkaran yang berlaku dalam
kalangan kaumnya.
Oleh itu, Nabi
Daud membawa Sulaiman ke tempat medan pengadilan untuk memberi tunjuk ajar. Sulaiman
pun duduk di sisi ayahnya kerana pada masa itu ada satu aduan yang dilaporkan
untuk dihakimi.
Kisahnya
bermula,
Plaintiff: Wahai pesuruh Allah Daud alaihissalam. Aku ada ladang. Aku berpenat
lelah mengusahakan tanah tanaman aku sehingga tanaman aku menjadi subur dan
besar. Selepas itu tanaman aku juga telah mengeluarkan hasilnya. Pada suatu malam,
tanamanku dimasuki oleh haiwan peliharaan lelaki ini. Binatang ternakan dia
telah makan tanaman dan merosakkan buah-buahan. Oleh itu, aku ingin menuntut
keadilan berkenaan perkara ini dan aku ingin menuntut hak aku kembali.
Disebabkan itu,
Nabi Daud memerhati pemilik binatang ternakan tersebut. Adakah dia mahu
mempertahankan dirinya dan membuktikan dia tidak bersalah. Namun lelaki itu
sedar, dia tidak boleh memanipulasi bahawa cerita itu tidak benar atau untuk
menafikan perkara tersebut.
Oleh itu, Nabi
Daud telah yakin dengan aduan yang disampaikan oleh pemilik kebun itu. Baginda telah
membuat keputusan:
Wahai pemilik
kebun. Engkau ambillah binatang ternakan lelaki itu sebagai ganti sebahagiannya
sebagai tanda kecuaiannya kerana telah meninggalkan binatang ternakannya
memakan hasil tanaman orang lain.
Sebentar...sebentar...
Terdengar celahan
suara anak kecil iaitu Sulaiman di majlis itu. Lantas beliau berucap:
Tidak wahai
ayahku.. Aku rasa pemilik kebun itu patut mengambil hasil hasil susu dan bulu
dari binatang ternakannya. Serta pemilik ternakan itu mengambil hasil tanaman
tersebut dan menggantikan tanaman yang baru sehingga tanaman itu subur dan
berbuah seperti sedia ada. Selepas itu, kena pulangkan semula tanaman itu
kepada pemiliknya dan dia akan mendapat semula ternakannya.
Nabi Daud hanya
tersenyum. Hatinya tentang dengan kebijaksanaan Sulaiman dan pemikirannya yang
cerdas. Akal yang cerdas membuatkan
baginda kagum dan mengyakini dengan kemampuan Sulaiman untuk menjadi pemimpin
selepasnya. Disebabkan itu, Sulaiman telah mendapat dan mengambil alih hal yang
berkaitan dengan isu kehakiman dan keadilan rakyat.
Allah SWT telah
merakamkan kisah ini di dalam surah al-Anbiya’ ayat ke-78 dan 79. Firman Allah SWT:
( 78
) Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan Nabi Sulaiman,
ketika mereka berdua menghukum mengenai tanaman-tanaman semasa ia dirosakkan
oleh kambing kaumnya pada waktu malam; dan sememangnya Kamilah yang memerhati
dan mengesahkan hukuman mereka.
( 79
) Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi
masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat
kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan
unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa
melakukan semuanya itu.
10:18 PM |
Category:
bahasa arab
|
0
comments
Comments (0)