Terjemahan buku “أصحاب البستان”.
Daripada Asbabun Nuzul al-Quran.
Penulis: Muhammad Hamzah as-Sa’dawi.
Pelukis: Muhammad Nabil.
Penterjermah: Muhammad Nur Farhan bin Zamziba (Guru Praktikal Bahasa Arab SMA Syubbaniah).
28/6/2016.

Kisah Pengajaran Pemilik Kebun Yang Tamak



Pada zaman terdahulu. Ada sebuah kampung yang diberi nama Dhirwan yang terletak di bumi Yaman. Di kampung itu, ada seorang Syiekh yang sangat soleh yang menetap di situ. Beliau mempunyai 3 orang anak dan memiliki sebuah kebun yang besar. Kebun beliau dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan, pokok-pokok dan buah-buahan.

Selepas syiekh yang soleh itu mengumpulkan buah-buah dari kebunnya. Beliau akan bersedekah sebahagian dari hasilnya kepada fakir miskin yang berada di kampungnya. Beliau juga memberi kepada kaum kerabatnya. Kemudian apabila beliau sudah selesai urusan itu, beliau pula akan pergi ke pasar dan menjual baki buah-buahan yang masih ada.
Pada suatu petang. Syiekh duduk bersama bersama-sama anak-anaknya dan berbual-bual santai dengan mereka.

Anak sulong berkata: wahai Ayah, sesungguhnya ayah telah mengusaha kebun-kebun dan dapat hasil yang banyak tidak seperti pekebun lain. Apa kata, kita mengumpul hasil buah-buhan dan jangan  memberikan kepada fakir miskin, kaum kerabat dan para sahabat. Kalaulah kita menjual hasil buah-buahan tersebut serta tidak memberikan kepada sesiapa. Kita akan memperoleh banyak harta.

Anak yang bongsu berrkata: wahai ayahku, betul cakap abang. Kenapa kita perlu memberikan hasil buah-buahan kepada mereka sedangkan kita yang berpenat lelah bercucuk tanam dan membajainya. Mereka pula berpeluk tubuh tidak melakukan apa-apa.

Sebelum anak yang kedua berbicara.

Ayahnya mencelah dan berkata: wahai anak-anakku yang dikasihi. Sesungguhnya kamu semua telah silap.
Sesungguhnya Allah SWT menyuruh  setiap manusia yang memiliki harta, tanaman dan tumbuhan. Mereka perlu bersedekah kepada fakir miskin dan orang yang memerlukan sebahagian dari hasil mereka. Hidup mereka akan diberkati oleh Allah SWT dan mendapat kejayaan dan pahala yang besar bahkan akan terselamat daripada kemurkaan dan azab Allah SWT. Oleh itu, tidakkah anak-anak melihat bahawa Allah SWT telah memberkati kita dan kebun kita. Kebun kita juga adalah di antara kebun yang paling subur dan paling baik di kampung kita.

Hari demi hari kian berlalu,

Syiekh yang soleh meninggal dan kembali bertemu dengan Allah SWT.

Ketika mana bila tiba musim buah-buahan, anak-anak itu telah mengadakan pertemuan. Mereka berbincang di antara satu sama lain tentang bagaimana harus mereka lakukan dengan hasil buah-buahan ini

Abang yang sulong memberi pandangan: Tidak sama sekali kita akan lakukan seperti yang dilakukan ayah kita. Kita tidak perlu memberi hasil buah-buahan dari tanaman kita kepada fakir bahkan juga tidak kepada kaum kerabat.

Adik yang bongsu pula bersetuju: ya, betul. Kita akan buat seperti yang along katakan. Kita akan mendapat harta yang banyak.

Abang yang kedua  memberi pandangan yang berbeza. Beliau berkata: aku berpendapat bahawa kita kena lakukan seperti mana yang ayah kita lakukan. Kita tidak boleh menafikan hak fakir miskin dan orang yang memerlukan ke atas hasil kita. jika kita melakukan itu, Allah akan memberkati kebun dan harta kita.

Abang yang sulong menolak pandangan adiknya yang kedua. Beliau berkata: kita tidak akan buat! Kami berdua sudah sepakat. Pandangan kami berdua lebih berhak ke atas hasil buah-buahan ini. Suara majoriti mesti diikuti! Kita akan menjual semua hasil buah-buahan dan kita tidak akan memberikan kepada sesiapa pun.



Akhirnya...

Ketiga-tiga adik-beradik tersebut telah bersepakat dan bersetuju dengan cadangan yang diutarakan iaitu mereka akan bangun awal sebelum terbit matahari lagi. Mereka akan pergi ke kebun untuk mengumpulkan hasil buah-buahan mereka. Kemudian mereka pun akan menjualnya di pasar. Kalau terdapat fakir miskin datang untuk mengambil hasil mereka seperti yang dijanjikan. Mereka fakir miskin itu tidak menemui apa-apa hasil buah-buahan tersebut.

Pada suatu malam, semua orang tidur dengan nyenyak. Mereka keluar dan berbisik antara satu sama lain. Setiap daripada mereka berpesan-pesan di antara satu sama lain supaya jangan mengeluarkan 1 suara pun ketika keluar ke rumah supaya orang ramai tidak sedar dengan tindakan mereka.
Dugaan yang tidak disangka-sangkakan.

Ketika mana mereka sampai ke kebun. Mereka semua tercengang dan hampir-hampir pengsan kerana mereka mendapati bahawa semua pokok-pokoknya menjadi hitam seolah-olah dibakar dengan api. Tidak ada sehelai daun bahkan tidak ada sebiji buah.

Abang yang sulong menjerit: Tidak! Ini bukan kebun kita. Mustahil! Kita semua tersesat jalan!

Adik yang bongsu menangis-nangis kesedihan. Dia merintih: Aku tidak percaya apa yang aku telah...bukankah kebun kita dipenuhi dengan buah-buaham. Aku melihat setiap dahan-dahan pokok itu hampir patah disebabkan buah-buahan yang banyak. Aku melihatnya semalam...

Abang kedua dengan tenang hatinya memujuk saudaranya sambil memberi nasihat: ya, kita sebenarnya tidak sesat. Inilah kebun kita. sesungguhnya Allah SWT telah memusnahkan niat kita yang jahat dan busuk. Bukankah kalian berdua mahu mengharamkan hasil buah-buahan kita kepada orang fakir miskin. Maka dengan itu, Allah SWT telah mengharamkan hasil buah-buahan itu juga kepada kita. tidakkah aku mengingatkan kepada kalian berdua supaya melakukan seperti yang ayah kita telah lakukan sebelum ini.

Abangnya yang dengan hati yang kecewa dan sedih. Dia menempelak dirinya sendiri: Celakalah kita! kita buta dan kedekut. Kita tidak mahu mengerjakan kebaikan. Alangkah baiknya jika kami mendengar nasihat abang kedua.

Selepas itu,

Ketiga adik-beradik itu pulang ke rumah mereka. Mereka masih tidak percaya setelah apa yang menimpa kepada mereka. walaupun begitu, mereka semua telah berbincang dan membuat 1 keputusan untuk bercucuk tanam semula serta memajukan hasil kebun mereka. Mereka juga berjanji akan mengembalikan hak kepada fakir miskin dan sesiapa yang memerlukan dari hasil tanaman mereka. Mereka juga bertekad untuk melakukan seperti mana yang ayah mereka lakukan.

Kisah mereka ini dirakam di dalam al-Quran pada surah al-Qalam ayat 18-32. Allah SWT berfirman:

(17)   Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; -
( 18 )   Serta mereka tidak menyebut pengecualian.
( 19 )   Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.
( 20 )   Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.
( 21 )   Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain -
( 22 )   (Setengahnya berkata): "Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya".
( 23 )   Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):
( 24 )   "Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu".
( 25 )   Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.
( 26 )   Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita)".
( 27 )   (Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: "Tidak! Kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)".
( 28 )   Berkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu) ?"
( 29 )   Mereka berkata (dengan sesalnya): "Maha Suci Tuhan Kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!"
( 30 )   Kemudian setengahnya mengadap yang lain, sambil cela-mencela.
( 31 )   Mereka berkata: "Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang yang melampaui batas.
( 32 )   "Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita yang lebih baik daripada (kebun yang telah binasa) itu; sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap".




Comments (0)