Terjemahan buku
“يوم الظلة”.
Daripada
Asbabun Nuzul al-Quran.
Penulis:
Muhammad Hamzah as-Sa’dawi.
Pelukis:
Muhammad Nabil.
Penterjermah:
Muhammad Nur Farhan bin Zamziba (Guru Praktikal Bahasa
Arab SMA Syubbaniah).
21/6/2016.
KISAH
HARI YANG GELAP
Terdapat sebuah
Qabilah yang diberi nama Madyan. Madyan ialah sebuah kampung yang terletak di
kawasan Ma’an yang berada dalam Sham dan berada dihujung Al-Hijaz. Ia adalah 1
qabilah yang terlibat dalam banyak jenayah, kerosakan dan penipuan dalam
perniagaan. Mereka mereme-temehkan mengenai timbangan jualan ketika mereka menjalankan
perniagaan. Namun jika mereka membeli, mereka mahu disempurnakan dengan
timbangan yang tepat. Mereka juga melakukan kezaliman dan tidak berlaku adil.
Mereka juga merompak dan mencuri harta masyarkat awam. Bahkan mereka juga tidak
menyembah Allah, mereka menyembah Al-Aikah. Al-Aikah itu ialah sebuah pokok
Al-Aik yang sukar dijumpai.
Allah SWT telah
mengutuskan seorang lelaki kepada kaum itu. Beliau sangat dikenali dalam
kalangan mereka disebabkan sifat lemah-lembut dan jujur. Beliau ialah Nabi
Syuaib alaihissalam. Allah SWT mengutuskan Nabi Syuaib untuk menyeru kaumnya
supaya kembali beribadat dan menyembah Allah dan mengesakan-Nya. Nabi Syuaib
juga menyeru kaumnya supaya berlaku adil dalam perniagaan dan melarang melakukan
kerosakan dan kezaliman. Beliau mengingatkan mereka tentang anugerah dan
kurniaan yang Allah berikan kepada kaumnya. Bahkan beliau juga memberikan
amaran akan kemurkaan dan kemarahan Allah SWT jika tidak melaksanakan apa yang
diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang..
Firman Allah
SWT:
Dan
kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. Ia berkata:
"Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu
selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata
dari Tuhan kamu. Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah
kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi
haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah
menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih
baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.
Akan tetapi
kaum Nabi Syuaib tetap ingkar dengan perintah tersebut. Mereka juga memperolok-olok
dakwah Nabi Syuaib. Mereka sentiasa cuba menggagalkan dakwah Nabi Syuaib. Mereka
juga berdolak dalih untuk menerima dakwah nabi Syuaib alaihissalam. Mereka memekakkan
telinga bahkan mereka lebih suka berada dalam kesesatan yang melampui batas
itu. Mereka memandang ringan tentang ‘ibadat kepada Allah dan solat fardhu.
Mereka meninggalkan apa yang diwarisi oleh datuk nenek mereka yang terdahulu.
Mereka
berkata: "Wahai Syuaib! Adakah sembahyangmu (yang banyak itu) menyuruhmu
perintahkan kami supaya meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami, atau
supaya kami lakukannya apa yang kami suka melakukannya dalam menguruskan harta
kami? Sesungguhnya engkau (wahai Syuaib) adalah orang yang penyabar, lagi bijak
berakal (maka bagaimana pula engkau menyuruh kami melakukan perkara yang
bertentangan dengan kebiasaan kami)?"(hud87)
Sungguh, mereka
tetap degil tidak mahu menerima dakwah nabi Syuaib bahkan mereka mengancam nabi
Syuaib dengan ancaman bunuh serta menghinanya walaupun mereka mengetahui akan
azab akan menimpa mereka.
Mereka
berkata: "Wahai Syuaib,! kami tidak mengerti kebanyakan dari apa yang
engkau katakan itu, dan sesungguhnya kami melihat engkau orang yang lemah dalam
kalangan kami; dan kalau tidaklah kerana kaum keluargamu, tentulah kami telah
melemparmu (dengan batu hingga mati). Dan engkau pula bukanlah orang yang dipandang
mulia dalam kalangan kami!”.
Nabi
Syuaib berkata: "Wahai kaumku! (Mengapa kamu bersikap demikian)? Patutkah
kaum keluargaku kamu pandang lebih mulia dari pada Allah serta kamu pula
jadikan perintahNya sebagai sesuatu yang dibuang dan dilupakan di belakang
kamu? Sesungguhnya Tuhanku Amat Meliputi pengetahuanNya akan apa yang kamu
lakukan.(91-92)
Nabi Syuaib
tidak mempedulikan ancaman dan dugaan dari kaumnya. Oleh hal yang demikian, Beliau
tetap tidak menghentikan cita-citanya untuk memperbaiki dan membetulkan
kaumnya. Beliau sentiasa menyeru umatnya untuk menyembah Allah walaupun jumlah
orang yang beriman sangat sedikit. Kaum Nabi Syuaib berasa takut kerana lama
kelamaan Nabi Syuiab mempunyai ramai pengikut dan agamanya disebar luas. Oleh
itu, mereka membuat ugutan bahawa siapa yang beriman bersama nabi Syuaib, mereka akan dihalau keluar dari
kampung halaman mereka melainkan jika mereka meninggalkan agama Islam. Disebabkan
itu, ada yang kembali ke tempat asal iaitu
ke arah kekufuran. Namun begitu, terdapat juga dalam kalangan mereka
yang tidak memahami tentang ajaran Islam dan kemanisan Iman tersebut menyebabkan
mereka kembali dalam kesesatan dan kemaksiatan kerana takut diancam bunuh.
Ketua-ketua
yang sombong takbur dari kaum Nabi Syuaib berkata: "Sesungguhnya kami akan
mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi
pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini, atau kamu berpindah kepada ugama
kami". Nabi Syuaib menjawab: "Adakah (kamu hendak melakukan yang
demikian) sekalipun kami tidak menyukainya?
Nabi Syuaib
sentiasa mengingatkan mereka untuk kembali kepada Allah dan menakutkan mereka
tentang azab Allah bagi yang ingkar. Beliau menjelaskan akibat bagi orang yang
kafir dan degil. Beliau menceritakan kisah kaum terdahulu yang kufur dan ingkar
dengan perintah Allah SWT seperti yang terjadi kepada kaum Nuh, ‘Ad, Thamud dan
juga kuam Lut. Nabi Syuaib merasakan hilang harapan untuk berdakwah kepada
mereka. mereka tetap degil dan masih berada dalam kekufuran. Nabi Syuaib
mengadu kepada Allah tentang kaumnya yang sangat zalim dan degil. Allah SWT
telah mendengar luahan nabi Syuaib. Maka Allah SWT telah mengazab mereka dengan
cuaca yang sangat panas. Mereka merasa dahaga yang amat, walaupun mereka dapat
minum air. Rumah-rumah mereka kepanasan menyebabkan mereka keluar dari rumah. Mereka
berlari daripada udara yang panas. Dan mereka pun melihat awan yang
disangka-sangka akan memberikan mereka perlindungan. Mereka pun berkumpul di
bawah awal tersebut sehingga kesemuanya duduk berteduh di bawah awan tersebut.
tiba-tiba awan tadi telah mengeluarkan percikan api dan melemparkan batu-bata
kepada mereka. disebabkan itu, bumi menjadi kering-kontang dan mereka semuanya
hancur musnah melainkan orang-orang yang beriman kepad Allah SWT dan rasul-Nya.
Firman Allah
SWT:
(189) Maka mereka tetap juga mendustakannya, lalu
mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; sesungguhnya kejadian itu adalah
merupakan azab seksa hari yang amat besar - (huru-haranya).
(
190 ) Sesungguhnya peristiwa yang
demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam
pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
(
191 ) Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja
yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (as-Syu’ara’)
Allah SWT telah
merakamkan kisah-kisah mereka ini di dalam al-Quran terutamanya pada surah al-A’raf,
Hud, as-Asyu’ara’ dan al-‘Ankabut.
10:20 PM |
Category:
bahasa arab
|
0
comments
Comments (0)