LATIHAN
DALAM PERKHIDMATAN.
Muhammad Nur
Farhan bin Zamziba.
Guru Praktikal
Bahasa Arab Sma Syubbaniah.
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji
bagi Allah tuhan sarwa alam. Memberi rahmat kepada seluruh kehidupan baik di
laut mahupun di darat. Rahmat-Nya menyinari setiap genap penjuru dari barat sehingga
ke timur. Rahmat Allah Yang Maha Agong itu mencurah-curah. Setiap kehidupan
mendahagakannya dan mendambakannya.
Allah SWT
seorang al-Murabbi iaitu Maha Pendidik. Dia mendidik hamba-hamba-Nya agar
mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata. Dengan kurnian dan rahmat-Nya
itu telah lahir seorang pendidik yang terulung iaitu junjungan besar nabi
Muhammad SAW. Baginda SAW mendidik para sahabat daripada tin kosong sehingga
menjadi tin yang penuh sehingga para sahabat menjadi sebaik-baik umat di muka
bumi Allah SWT ini. Itulah tanggungjawab seorang pendidik. Mendidik matlamanya
untuk melahrikan generasi yang cemerlang dan terbilang dalam meneruskan misi
tauhid dan menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran. Sistem
pendidikan harus berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah SAW. Itulah teras dan
puncak kegemilangan pendidikan yang menjaminkan kesejateraan umat di dunia dan
akhirat.
Saya teringat
dengan kata-kata Syed Nursi Badiuzzaman ketika saya membaca sebuah buku karya
Habiburrahman El Shirazy iaitu “Api Tauhid”. Seorang cendiakawan islam yang
hebat. Pengislah umat. Mujaddid dari Turki ini namanya tidak asing lagi dalam
dunia kerana keikhlasan dan keilmuannya itu.
Beliau mengungkapkan
tentang sistem pendidikan:“pendidikan mengandungi tiga aspek penting iaitu
aspek tilawah (pengenalan,pemahaman dan penghayatan ayat-ayat Allah), aspek
tazkiyah (pembersihan hati dan penyucian jiwa) serta aspek ta’lim (pengajaran)”
menurut penulis buku Api Tauhid, dia telah merumuskan aspek ini dalam
istilah filsafat. Dia mengungkapkan: “Badiuzzaman Said Nursi ingin
menegaskan pentingnya ontologi, epitimologi dan aksiologi”. Maka benarlah
apa yang diperkatakan itu. Untuk mendidik generasi memerlukan sistem yang benar
yang bersumber wahyu. Jika perkara ini tidak dilaksanakan secara sistematik dan
bersungguh maka kegagalan dan kehancuran akan menimpa kita serta generasi yang
akan datang.
LADAP 3 OGOS
2016.
Pengalaman pertama
saya sebagai guru praktikal dalam menyertai Latihan dalam Perkhidmatan atau
dikenali sebgai LADAP telah membuka mata dan minda saya. En. Zabidi merupakan
guru cemerlang menjadi fasilitator untuk memberi pengisian LADAP tersebut.
Setiap baris
dan kalimat yang dipertuturkan oleh En. Zabidi, saya hadam satu persatu. Beliau
membuatkan hati saya berdegup kencang. Mata saya hampir berkaca. Tangan
bergetar-getar. Darah dalam badan berkocak-kocak. Tutur katanya telah
memberikan satu suntikan yang halus.
Ketika itu,
baru saya sedar erti nilai seorang pendidik. Ketika itu baru saya faham jasa
dan pengorbanan seorang pendidik. Saya rasa malu dengan diri sendiri walaupun
saya hanya sebagai guru praktikal, adakah saya sudah menjadi seorang pendidik
yang dapat mendidik umat. Apa yang paling membuatkan saya rasa sebak ialah
ketika saya berada di bangku sekolah dahulu, pelbagai kata cacian dan makian
menjadi buah zikir kepada para pendidik. Endah tidak endah dalam menuntut ilmu.
Belagak seperti kancil sedangkan dungu seperti keldai. Saya terasa insaf.
Semoga Allah memberkati jasa dan budi guru-guru saya.
10 pesana-pesan pen didikan oleh Guru
Cemerlang, En Zabidi.
En. Zabidi berada di sebelah kiri gambar sedang menyampaikan pesan-pesannya.
1. Para pendidik harus komited
dengan kerjanya. Mesti proaktif dalam pengajaran dan pemudah cara (PDP). Harus
professional dari segi urusan kerja dan urusan peribadi serta mesti menjadi
seorang pendidik yang berdedikasi.
2. Objektif dalam pendidikan yang
utama ialah ILMU. Ilmu diumpakan dengan sebiji Durian. Manusia kebanyakkannya
menyukai buah Duiran. Buah Durian harus dimakan isinya satu persatu. Tidak ada insan yang boleh memakan sebiji buah Durian
sekali dengan kulitnya berduri. Bahkan tidak manis sebagai seorang insan yang
dianugerahkan Allah SWT akal dan nafsu untuk terus melahap semua biji Durian
sekali harung. Begitulah ilmu. Harus disampaikan secara berperingkat-peringkat.
Harus dinikmati keenakan setiap buah yang dimakan. Bahkan perlu dikemaskan dan
dibersihkan selepas menikmati kelazatan itu. Inilah peranan Ilmu dan
penyampainya.
3. Saya melihat kesungguhan beliau
menceritakan pengalamannya menjadi seorang pendidik yang telah berkhidmat
hampir 26 tahun. Sungguh, saya kagum dengan beliau. Amat benar dan layak beliau
dikurniakan sebagai Guru Cemerlang. 23 tahun menempuh cabaran sebagai seorang
pendidik bukan satu jalan yang mudah. Mesti belajar dari pengalaman dan cepat
memikirkan idea-idea baru untuk memastikan genarasi baru akan terdidik.
4. Beliau berkongsi satu
pengalamannya. 3 hari beliau bermain badminton di SMA Syubbaniah. Rumahnya
terletak di Anak Kurau. Lebih kurang 15 minit-20 minit perjalanan. Selepas
asar, Beliau akan bergegas untuk ke sekolah untuk bermain badminton. Beliau
akan menggunakan jalan Kampung Perak untuk sampai ke sekolah. Selepas itu,
ketika hendak pulang, beliau akan menggunakan jalan lain. 1 hari 1 jalan. 3
hari 3 jalan yang berlainan. Jalan Kg. Bertam, Jalan Kampung Perak dan Bendang
Nering. Jalan paling mudah ialah jalan Kampung Perak, jalan yang lurus namun pada
waktu tengahhari dan sebelah petang, cuaca agak panas. Manakala jalan Kg.
Bertam pula, akan melalui kampung. Agak jauh perjalanan tetapi dapat menikmati
keindahan sawah padi. Dapat melihat bangau berterbang. Anak muda bermain
layang-layang. Jalan terakhir pula jalan Bendang Nering, jalannya agak sempit
dan agak sukar tetapi ramai akan menggunakan jalan itu kerana dilindungi pokok
rimbunan hijau yang cantik dan sejuk. 3 jalan itu diumpamakan oleh En. Zabidi seperti
jalan Pendidikan. 3 jalan pendidikan itu ialah pertama Jalan Akademik, kedua
Jalan Kokurikulum dan ketiga ialah Jalan Kepimpinan atau Sumur. Kita sebagai
pendidik ada objektif yang mesti direalisasikan, akan tetapi bagaimanakah wasilah
yang terbaik dapat dilaksanakan. Kemana hala tuju pendidikan yang ingin
diterapkan. Dia meninggalkan persoalan ini kepada para pendidi. Beliau juga
menyatakan, Kemanakah para cikgu semua ingin membawa anak murid ini?
5. En. Zabidi juga berkongsi
pengalaman. 3 buah sekolah yang disebut untuk dijadikan contoh mempunyai
matlamat yang jelas dan pembentukan para didiknya.
- SMKA Slim
River pada tahun 1993. Mereka ingin melahirkan Professional Islamik. Beberapa
anak didiknya telah menjadi ketua jabatan, peguam dan sebagainya.
- STAR. Mereka
ingin melahirkan pemimpin bertaraf dunia sama ada dari segi politik, ekonomi,
sektor awam dan badan bukan kerajaan. Antaranya yang disebut seperti Dato’
Idris Jusoh dan Annuar Musa.
- Maahad
al-Ummah. Mereka ingin melahirkan generasi khayra ummah. Maahad al-Ummah
yang dipimpin 4 Jemaah besar iaitu Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP),
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM) dan WADAH. Mereka juga ingin menerapkan nilai-nilai pejuang
yang akan mengembalikan kegemilangan islam dari sudut keilmuan bahkan menjadi
prioriti mereka ialah menekankan tentang sistem nilai masyarakat yang sebenar.
Bukan material menjadi kayu ukur tetapi ketaqwaan menjadi penilaian yang
hakiki.
- SMA
SYUBBANIAH. Sekolah kami. Beliau mengemukakan
persoalan. Siapa yang tahu visi dan misi sekolah. Tiba-tiba dewan mesyuarat
menjadi kaku. Hanya kedengaran bunyi kipas sahaja. Ada yang tunduk malu. Ada
yang saling berpandangan. Beliau bertanya lalu beliau yang menjawab. SMA
SYUBBANIAH berada dibawah naungan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Beliau
memetik kata-kata Tan Sri Madinah Dr. Madinah binti Mohammad yang merupakan
setiausaha Menteri Pendidikan.katanya: “professional agamawan”. Iaitu
menjadi tokoh agama ini mesti menjadi seorang yang berprofesional dari semua
aspek sama ada sosial, teknologi, kewangan dan sebagainya. Saya juga melihat
bahawa ini juga diperkatakan oleh 4 Jemaah Besar yang saya sebut di atas iaitu
“mengulama’kan professional” dan “memprofessionalkan golongan ulama”.
Erti kata ulama’ ini memfokuskan agamamawa.
6. En. Zabidi sekali lagi
melontarkan persoalan. Persoalan demi persoalan yang ditujukan. Saya kira,
beliau ingin sekali para pendidik itu faham dan berfikir apa yang disebutkan.
Saya sangat setuju dengan tindakan itu. Beliau bertanya: “Kenapa zaman sekolah
itu harus dibentuk peribadi dan sahsiah para pelajar, Kenapa tidak selepas
mereka telah mendapat tempat di IPT”. Seoalan yang mudah dan ringkas tetapi
bagaimanapun memberikan 1001 makna yang mendalam. Jawapannya ialah “Melentur
buluh biar dari rebungnya”. Jawapan yang ringkas namun untuk mempraktikkannya
memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Saya sangat bersetuju dengan beliau. Di
Menara Gading bukan tempat yang cocok untuk dijadikan medan utama dalam
pembentukan peribadi tetapi proses itu harus dilakukan lebih awal daripada itu
kerana pemikiran anak muda lepas SPM sudah berawang-awangan. Mereka mahukan
kebebasan. Mereka sudah mahu dikongkong. Oleh itu, sebelum pemikiran mereka
terbabas dan bebas tanpa ada panduan, justeru mereka akan hidup dalam terumbang
ambing. Saya juga tidak menafikan ada sebilangan kecil yang dapat melakukan
perubahan akan tetapi hanya berskala kecil.
7. Guru dan seorang pendidik ialah
satu pekerjaan yang mulia di sisi Allah SWT dan nabi Muhammad SAW. Perhatikan
lirik lagu “al-Mu’alim” oleh Sami Yusuf.
We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu’allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu’allim…
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu’allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu’allim…
He was Muhammad salla Allahu ‘alayhi
wa sallam,
He prayed while others slept
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu’allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu’allim..
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu’allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu’allim..
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled.
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled.
En. Zabidi
mengingatkan kepada para pendidik jangan hanya memikirkan pekerjaan menjadi
pendidik ini hanya disebabkan ada gaji tetap, mendapat kenaikan dan elaun yang
banyak. Saya merasakan perkara ini juga harus dijelaskan kepada bakal para
pendidik yang ingin menjadi pendidik untuk mendidik ummah di masa mendatang.
Nabi Muhammad
SAW telah menjadi pendidik yang terbilang. Kita perhatikan sejarah para ulama’
silam seperti khulafa’ ar-Rasyidin, para sahabat dan para tabi’ tabi’in serta
para imam, muhaddthis, mujtahid, fuqaha’. Kalaulah mereka mementingkan ganjaran
dunia pasti kita tidak akan menikmati kemanisan dan kenikmatan Iman dan Islan.
Cuba kita perhatikan generasi pendidik zaman sekarang. Jauh beza ibarat bumi
dan langit. Sibuk memikirkan tentang rumah, kereta, tanah, hal keluarga tetapi
kurang berbicara dan berbincang tentang perubahan para pelajar dan kemajuan
dunia akhirat.
8. Para pendidik mesti memastikan
para didiknya itu mempunyai cara dan gaya hidup yang berpaksikan al-Quran dan
hadis nabi Muhammad SAW yang shahih. Hal yang sedemikian akan melahirkan
generasi al-Quran yang professional. Natijahnya, umat islam akan bangkit.
Kegemilangan islam akan terjamin. Kesucian islam terpelihara.
9. Dunia sekarang berada pada penghujungnya.
Bumi makin penat. Bumi sudah berusia. Fitnah berleluasa. Peperangan dan
pembunuhan menjadi fitrah. Umat islam ditindas. Islam dikatakan agama
terrorisme. Barat memperkudakan pemimpin islam. Islam berperang di antara satu
sama lain. Penyelesaiannya ialah mengembalikan sistem pendidikan itu kepada
sistem yang tulus suci. Semua agama dan bangsa harus menuntut ilmu yang benar.
Mencari kebenaran yang hakiki. Menuntut keadilan dan kesaksamaan. Walaupun umat
islam telah menjadi umat majoriti melebihi 1 billion tetapi benarlah apa yang
disabda nabi Muhammad SAW hanya menjadi buih-buih di lautan yang takut mati dan
cintakan dunia.
10. Perkara terakhir yang
dikongsikan oleh En. Zabidi ialah beliau merumuskan bahawa para pendidik mesti
mencuba untuk melahirkan generasi dalam meneruskan kesinambungan survival
tauhid dan kenabian.
Penutup Kalam
oleh Pengetua.
En. Rosli
sekali lagi memberi ingatan dan ulangan tentang moto, visi dan misi SMA
Syubbaniah.
Visi Sekolah: Ke
arah melahirkan insan yang cemerlang Akademik dan Cemerlang Agama agar mencapai
kebahagian dunia dan akhirat.
Misi Sekolah: Berusaha
untuk mendidi pelajar mencapai keputusan 100% dan meningkatkan tahap pelajaran
dan pembelajaran untuk mencapai kecemerlangan dalam SPM, PMR, Thanawi dan I’dadi.
Falsafah
Sekolah: Setiap insan boleh dididik menjadi insan gemilang dengan didikan
dengan Syairah Islamiah.
Visi
Kementerian Pendidikan Malaysia: Pendidikan berkualiti, Insan terdidik dan
Negara sejahtera.
Misi
Kementerian Pendidikan Malaysia: Melestarikan sistem pendidikan yang
berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
Beliau juga
menegaskan bahawa para pendidik wajar menjadi role model dalam
memastikan iklim sekolah menjadi sihat. Para pendidik hidup dalam kebersamaan,
saling hormat-menghormati.
Beliau juga
berpesan agar para pendidik lebih kreatif dan inovatif dari segi pengkaedahan
teknik mengajar agar ilmu yang disampaikan itu difahami oleh para para lantas
mudah mereka mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Para pendidik
tidak hanya menunggu arahan dari pihak pentadbiran tetapi mesti cepat bertindak
dalam penjanaan idea.
Saya juga
merasakan hal ini benar. Presiden Pkpim iaittu Saudara Fazril Salleh
mengingatkan bahawa umat islam menjadi individu yang berkemajuan dan terampil.
Kesimpulan
Saya bersyukur
kerana diberi kesempatan ruang dan peluang untuk berkhidmat di SMA Syubbaniah
ini. Semoga jasa dan usaha yang dikorbankan itu mendapat keredhaan Allah SWT
dan menjadi bekalan di akhirat kelak.
Saya juga
berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan rahmat kepada para pendidik supaya
menjadi pendidik yang berwawasan dan bersungguh dalam melaksanakan misi dan
pendidikan. Dengan hal itu, para didik akan terdidik dan menjadi insan yang
cemerlang dunia akhirat. Amin.
7:10 PM |
Category: |
0
comments
Comments (0)