بسم الله الرحمن الرحيم.
6 Paksi Ilmu oleh Al-Imam al-Syafi’e.
لن تنال العلم إلا بستات،
سأنبئك عن تفصيلها ببيان،
ذكاء، واجتهاد، وحرص، وبلغة،
وصحبة الأستاذ، وطول زمان.
Tidak sama sekali kamu akan memperoleh ilmu kecuali 6 paksi,
Saya akan menghuraikan kepada kalian dengan jelas dan terperinci 6 paksi itu,
Bijaksana, Bersungguh, Memelihara dan Menyampaikan,
Kasih kepada Pendidik serta Sepanjang Zaman.

Al-Imam al-Syafie satu nama yang tidak asing lagi bagi seluruh umat. Ilmunya dihargai. Jasanya dikenang. Perjuangngannya dikagumi. Akhlaknya yang terpuji. Ketaqwaan dan keikhlasan mendapat tempat di sisi Allah SWT dan rasul-Nya.

Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris bin al-‘Abbas al-Qurshi. Seorang Imam Mujtahid, ahli fiqh, muhaddtih dan penyair. Nama mazhab syafi’e diambil daripada sempena nama beliau. Beliau merupakan seorang tokoh yang terawal yang menulis tentang ilmu usul fiqh dan mengumpulkan kaedah usul fiqh. Di antara karya yang terulung beliau ialah Al-Umm, ar-Risalah dan al-Musnad. Beliau kembali kerahmatullah pada 204 hijrah.(Usul Fiqh Ibn Taimiyyah, m/s 28)

Allah SWT berfirman di dalam surah al-‘Asr ayat kedua: “mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. Nabi Muhammad SAW juga bersabda: “Agama itu Nasihat”. (riwayat muslim). 2 dalil ini menjelaskan kepada umat Islam agar sentiasa menyampaikan nasihat dan kebenaran. Umat terjamin kesejahteraannya jika agama menjadi panduan hidup. Hidup umpama sebuah kamar. Kamar diperlukan sebagai tempat perlindungan. Kamar juga sebagai tempat ketenangan. Ia juga menjamin kedamaian. Kamar juga ada peraturan dan undang-undangnya. Tidak mungkin orang lain boleh masuk ke kamar orang lain tanpa kebenaran. Begitulah kita, Islam umpama kamar. Kita mesti menghidupkan dan menjaga kamarnya. Indahnya kamar maka jua penghuninya. Oleh itu, Islam mesti menjadi pegangan dan panduan. Allah SWT telah menetapkan segalanya dan setiap daripada itu tersembunyi hikmahnya.

Pada 2014, saya telah menghadiri satu seminar anjuran Abim dan Pkpim bertempat di pejabat Abim Taman Cemerlang. Seminar itu disampaikan oleh seorang tokoh ilmuan. Saya terlupa namanya namun saya mendoakan agar ilmu yang disampaikannya itu menjadi bukti di akhirat kelak. Amin. Pada waktu itulah, beliau berkongsi syair al-Imam al-Syafi’e. Sungguh saya mahu katakan, kenangan itu sering menjadi mainan tidur saya selepas  saya terbaca syair ini beberapa hari yang lalu. Hati saya sebak dan luluh. Saya rasa malu kerana saya tidak mengamalkan ilmu ini. Saya merasakan saya adalah insan yang paling rugi kerana saya tidak mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. “Maa zha Khasiral ‘ Alamu Binhithaathil Muslimin(Kerugian dunia karena kemunduran Umat Islam) karangan Syeikh Sayid Abul Hasan Ali Al Hasany An Nadwi. Apabila kalian membaca buku ini, kalian akan merasai apa yang saya rasainya. Kerugian yang teramat. Masa tidak mungkin boleh diulang kembali. Saya melihat generasi yang hebat, mereka memanfaatkan usia mereka dengan baik. Mereka menghargai setiap saat menelaah ilmu. Setiap detik tak pernah tak bermunajat kepada Allah SWT. Inilah kunci kejayaan umat islam yang sebenar.

Titik ghaib sentiasa menghampiri. Ia akan menjemput tanpa mengira waktu dan tempat. Ia pasti akan mengambil haknya. Saya termenung jauh melihat pemandangan Balai Raja yang terletak di Batu Kurau. Dalam 30 kilometer dari Kamunting. Sebuah bukit yang tinggi. Sebuah bukit yang dihiasi dengan tumbuhan hijau. Sepanjang perjalanan saya mengembara di Balai Raja, saya tertanya-tanya, adakah saya masih punya waktu dan apakah saya masih berkesempatan mengejar impian? Hati kecil saya berkata ya namun titik ghaib sentiasa menidakkannya. Aduh, saya mengeluh...

Tiba-tiba saya teringat satu bisikan angin. Saya terdengar satu suara yang membisik-bisik ke cuping saya. “Jangalah kamu berputus asa dengan rahmat Allah”.  Abah saya selalu berpesan kepada saya. Dahulu, manusia bermandi peluh untuk rezeki. Berjalan kaki menempuh berbatu-batu untuk mencari sesuap rezeki untuk seisi keluarga. Bukit-bukau diredahnya. Air sungai deras dilintasinya.

Bagi pengusaha kebun mahupun ladang. Barangkali 4 dan 5 tahun, baru mendapat hasilnya. Seperti serai mungkin setahun sudah mendapat hasilnya. Cili padi juga dalam 1 tahun lebih. Durian juga dalam 5 tahun. Sawit dan getah dalam 7 tahun. Tempoh yang lama bukan bukan menjadi batu penghalang untuk menutup jalan. Cuba kalian perhatikan sebuah batu yang besar diletakkan di dalam sungai, tetap ada ruang-ruang juga air itu akan melintasinya. Akhirnya saya mengerti, peluang itu tetap ada, hanya sahaja kita mencari dan merebut peluang sedia ada.

Para pembaca yang dikasihi Allah SWT,

Paksi utama untuk memperolehi Ilmu ialah bijaksana. Allah SWT telah menjadikan insan sebaik-baik kejadian. Firman Allah SWT dalam surah at-Tin ayat ke-4: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Saya yakin dan percaya setiap kejadian yang wujud di muka bumi mempunyai hikmah yang tersendiri dan tersembunyi. Ada yang tercapai akal memikirkannya namun ada juga rahsia tersirat  di sebalik kejadian itu yang belum diketemukan. Setiap umat berbeza kebijaksanaannya dengan umat yang lain. Kebijaksanaan itu selayak dengan kemampuan hamba tersebut. Ada umat yang bijak dalam bidang perubatan, ada juga dalam bidang ketenteraan, bidang ekonomi dan bijak dalam mengeluarkan fatwa yang berkaitan dengan agama.

Begitu juga ada sebahagian umat yang bijak menghafal, bijak mengira, bijak memimpin, bijak mencari wang dan sebagainya tetapi jangan sesekali bijak memijak. Jangan pula bijak menzalimi bahkan jangan bijak mengkhianat agama demi kepentingan diri sendiri Seperti kata Darma dan Kamil di dalam bukunya “Hadiah Buat Sahabat; Dua Wajah Dua Minda” yang menceritakan dalam satu bab iaitu “Menolak yang olok-olok”. Kata Darma: “Sikap olok-olok dalam melakukan ketaatan kepada Allah hanya membawa kepada nihil, satu penyudah yang muram dan penyesalan, bak kata ungkapan, “Kayu habis tidak masak. Nihil.”

Saya juga percaya bahawa tidak ada satu umat yang bodoh, dungu dan jahil selama-lamanya. Semua ingin menjadi bijak dan cerdik. Ilmu walaupun sedikit itu akan mengangkat martabat seseorang insan tersebut. Allah SWT Maha Bijaksana, pasti Dia tidak akan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Maha Bijaksana itu sudah mestinya akan melimpahkan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Yakin dan percaya bahawa semua umat mempunyai kebijaksanaan. Hidup dan carilah ilmu untuk menjadi kalian bijak.

Jelas, kebijaksanaan adalah anugerah yang perlu dicari. Kita semua bijak. Benar, kita sudah memiliki paksi yang utama. Menunjukkan bahawa kita semua layak menuntut ilmu.
Paksi kedua ialah bersungguh. Bersungguh dalam melakukan satu pekerjaan. Bersungguh mesti berterusan. Tidak boleh berhenti walau sesaat. Andai penat, berehat. Jangan pernah rasa untuk berhenti apatah lagi meninggalkannya. Allah SWT memberikan sesuatu keupayaan kepada hamba-hamba-Nya selayak untuk dipikulnya.

Ada pepatah arab menyebut: “من جد وجد” membawa erti “siapa yang berusaha dia dapat”. Kunci kejayaan utama bagi penuntut ilmu ialah bersungguh. Ternyata paksi ini juga dirakamkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Paksi jihad di jalan Allah SWT membuahkan hasil kepada penjihad  yang bersungguh di jalan Allah. Di dalam berjihad itu perlu dikorbankan harta dan nyawa demi mencapai kejayaan yang sebenar di sisi Allah. Jika kita menghayati dan mentadabbur ayat al-Quran di dalam surah at-Taubah, kita akan menjumpai tema-tema kesungguhan.

Sejarah islam juga mencatatkan pelbagai kisah. Kisah yang memberikan rangsangan dan motivasi. Para sahabat seperti Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan ‘Ali, mereka bersungguh-sungguh menyebarkan dakwah dan natijahnya nikmat Islam itu dapat dinikmati walaupun selepas 1437 tahun sudah berlalu.

Al-Imam al-Syafi’e  begitu juga. Beliau seorang yang bersungguh untuk menuntut ilmu. Jauh perjalanan tetapi ditempuhinya. Berbekalkan keimanan dan kesungguhan itu telah menjadikan beliau seorang ulama yang tersohor. Bukan sahaja al-Imam al-Syafi’e malah ramai orang ulama seperti Ibn Taimiyyah, Syiekh Muhammad al-Ghazali, Said Nursi Badi’uzzaman, Ustaz Haji Hadi Awang, al-Qardhawi, Dr. Maza, Dr. Fathul Bari, al-Zamakshari, Sibawaih dan lain-lagi.

"Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk". Maksud Firman Allah SWT di dalam surah al-‘Ankabut ayat ke-6.

Apalagi yang kita nanti-nantikan sedangkan hidangan sudah terhidang di hadapan mata. Tinggal sahaja tangan untuk mengambil dan menyuap ke dalam mulut untuk menikmati kelazatan hidangan itu. Sebenarnya, umat itu yang berlengah-lengah urusan untuk memperoleh sesuatu sehingga mereka menyalahkan masa dan keadaan sekeliling.

Walaupun ramai para ulama’ tafsir al-Quran membahaskan ayat al-Quran ini dengan pengertian menentang musuh akan mendapat pahala dan ganjaran syurga. Tetapi kita juga boleh melihat dari sudut pandangan yang lebih luas. Pengajaran –pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Al-Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya, beliau berkata: “kebaikan itu tidak akan kembali kepada Allah SWT kerana Allah SWT Maha Kaya...”. begitu juga al-Bhagawi memberikan satu penafsiran yang sangat jelas, beliau berkata: “bersungguh itu ialah satu kesabaran yang gigih...”.

Kunci kejayaan yang dinyatakan oleh al-Imam Syafie ternyata benar. Penuntut ilmu harus berusaha dengan jitu dalam mencari ilmu. Kejayaan akan dikecapi dengan usaha yang gigih.

Perhatikan seorang pekebun yang mengusahakan sebuah kebun Durian sebesar dua ekar. Dari lalang setinggi bahu. Pokok besar yang sudah mati. Pekebun itu berikhtiar untuk mengusahakan kebunnya. Ya, memang, memerlukan waktu. Untuk pecah tanah sudah 1 bulan. Bagi membersihkan dalam 2 bulan. Menanam anak pokok 1 hari boleh 10 pokok. Dalam 1 bulan boleh dapat 100 pokok. Selepas 5-6 tahun, insya-Allah akan mendapat hasil yang baik. Nah, bukan mudah dan tidak senang, bukan? Yang penting. Usaha tangga kejayaan.

(bersambung)


 Cerita Merdeka

Bismilliah,
Pangkal segala kebaikan,
Permulaan segala urusan penting,
Dan dengannya juga,
Kita memulai segala urusan,(Said Nursi)

Merdeka! Merdeka! Merdeka.
59 engkau hidup, 3,540 engkau bernafas,
siang dan malam bersilih ganti
bulan tidur matahari celik,
berzaman bahkan berabad,
Engkau ku cari, Tidak aku jumpai,
Merdeka; sebenarnya kau di mana?

Aku bingung, aku keliru,
Kau bicara kau bebas,
Kau kata kau tak terjajah,
Namun, segalanya masih tersingkap,
Semuanya belum terjawab,
Nama hanya merdeka,
Hati kau masih terpenjara,
Minda kau jua dalam sangkar

Aku perhati, Aku meneliti,
Setiap janji belum ditepati,
Terus, angin membawanya pergi,
Itu sahaja yang ku dengari,
Aku bosan, aku lelah,
ah semuanya dusta.

Tidak tumpah darah mengalir ke bumi,
Kerana jasa dan budi,
Untuk bangsa, Untuk keluarga, Untuk pertiwi,
Agamanya mesti,
Untuk semuanya itu telah aku perjuangkan,
Harta, jasad dan waktu aku persembahkan,
Setiap saat nafasku berhembus,
Tak sesaat aku tidak memikirkanmu engkau wahai merdeka,

Insan bersongkok, insan bertudung, hayatilah!
Di manakah engkau, Nasibmu masih tidak berubah,
Engkau masih katak,
Engkau masih beratap tempurung,
Engkau penakut, Engkau pengecut,
Engkau dungu, Engkau buta mata, buta hati,
Gah berbicara lagak laksamana, pedang tidak ditajam,
Apatah lagi pena belum diasah,
Terikut-ikut ajaran yang tak berpanduan,
Buku-buku tidak engkau hadam,
Madah-madah berbaris atas, bawah dan depan tidak kau hafal,


Medrese sebagai rukun pendidikan,
Mekteb sebagai paksi pendidikan umum,
Tekke sebagai asas lembaga sufi,
Madrasah pusat pemikiran, pusat tarbiyyah, pusat kebajikan,
Tempat memerah idea, mencungkil bakat, membina jati diri,
Tempat menadah ilmu, fardhu dan kifayahnya
4 Nama berlainan walhal niat yang sama,
Namun, tidakku rasa roh itu di sini,
tidak ada haruman 7 baris semerbak kesturi,
Hanya, Kokongan dan paksaan,
Dendam kesumat, umpat dan kejian,
Tidak ada qaulan kariman,
Terus buluh menjadi santapan,
kata-kata kesat menjadi bacaan,
Surat-surat merah menjadi titipan,
habis semua menjadi debu-debu bertaburan,
kau sama aku akan menjadi buih-buih di lautan,

Pendidik,
Tanggungjawabmu mulia, anugerah Allah tidak terhingga,
Amanah seberat bukit tinggi Yusa Tepesi , sebesar Laut Hitam,
Sungguh, aku katakan, ikan cintakan air,
Benar, ayam suka cacing,
Ternyata lembu dan rumput juga tak mau dipisahkan,
Pastinya bulan dan semacam bintang perlukan serpihan matahari,
Begitulah sang murid, berhajat sang pendidik,
Tanpamu, murid entah ke mana,
silap2 mau boleh jadi manusia yang bertopengkan syaitan,
Bantu dan bimbinglah,
Didiklah dengan 3 ta, tahbib, tarbiyyah dan ta’lim
Kasihkanlah dan semailah dengan cinta,
Bicaralah semanis kata-kata Nabi Musa,
Berjuanglah seperti Abdullah bin Rawahah,
Tauladanilah qudwah hasanah junjungan besar Muhammad SAW.



Cerita merdeka tidak ada garis penamat,
Berzaman-zaman jua disuara umat,
kalam-kalam merdeka menjadi impian,
zikir-zikir kebebasan menjadi sarapan,
ayuh semua, pelajar bitara pelajar merdeka,
mulakan hari merdekamu dengan membaca,
semaikan hari merdekamu dengan cita-cita,
perjuangkan hari merdekamu dengan harapan,
pantang menyerah, usah putus asa,
ingatlah firman tuhan,
rahmat-Nya itu segeralah diusahakan
hari merdeka masih punya waktu,
jalan masih luas, lautan terbentang,
langit terbuka dan bumi menghampar
semata-mata untukmu hamba Allah,
barangkali cukup sudah, cerita merdekaku sampai sini saja,
Nah, Bermadah untukmu, moga engkau bisa faham dan beramal!
Doaku mengiringi kalian sampai kalian merdeka.
Ayuh, MERDEKALAH!
Kita bakal bercerita tentang kemerdekaan kita.


 Cerita Merdeka

Bismilliah,
Pangkal segala kebaikan,
Permulaan segala urusan penting,
Dan dengannya juga,
Kita memulai segala urusan,

Merdeka! Merdeka! Merdeka.
59 engkau hidup, 3,540 engkau bernafas,
siang dan malam bersilih ganti
bulan tidur matahari celik,
berzaman bahkan berabad,
Engkau ku cari, Tidak aku jumpai,
Merdeka; sebenarnya kau di mana?

Aku bingung, aku keliru,
Kau bicara kau bebas,
Kau kata kau tak terjajah,
Namun, segalanya masih tersingkap,
Semuanya belum terjawab,
Nama hanya merdeka,
Hati kau masih terpenjara,
Minda kau jua dalam sangka

Aku perhati, Aku meneliti,
Setiap janji belum ditepati,
Terus, angin membawanya pergi,
Itu sahaja yang ku dengari,
Aku bosan, aku lelah,
ah semuanya bohong

Tidak tumpah darah mengalir ke bumi,
Kerana jasa dan budi,
Untuk bangsa, Untuk keluarga, Untuk pertiwi,
Agamanya menjadi keutamaan,
Untuk semuanya itu telah aku perjuangkan,
Harta, jasad dan waktu aku persembahkan,
Setiap saat nafasku berhembus,
Tak sesaat aku tidak memikirkanmu engkau wahai merdeka,

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN.
Muhammad Nur Farhan bin Zamziba.
Guru Praktikal Bahasa Arab Sma Syubbaniah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah tuhan sarwa alam. Memberi rahmat kepada seluruh kehidupan baik di laut mahupun di darat. Rahmat-Nya menyinari setiap genap penjuru dari barat sehingga ke timur. Rahmat Allah Yang Maha Agong itu mencurah-curah. Setiap kehidupan mendahagakannya dan mendambakannya.

Allah SWT seorang al-Murabbi iaitu Maha Pendidik. Dia mendidik hamba-hamba-Nya agar mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata. Dengan kurnian dan rahmat-Nya itu telah lahir seorang pendidik yang terulung iaitu junjungan besar nabi Muhammad SAW. Baginda SAW mendidik para sahabat daripada tin kosong sehingga menjadi tin yang penuh sehingga para sahabat menjadi sebaik-baik umat di muka bumi Allah SWT ini. Itulah tanggungjawab seorang pendidik. Mendidik matlamanya untuk melahrikan generasi yang cemerlang dan terbilang dalam meneruskan misi tauhid dan menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran. Sistem pendidikan harus berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah SAW. Itulah teras dan puncak kegemilangan pendidikan yang menjaminkan kesejateraan umat di dunia dan akhirat.

Saya teringat dengan kata-kata Syed Nursi Badiuzzaman ketika saya membaca sebuah buku karya Habiburrahman El Shirazy iaitu “Api Tauhid”. Seorang cendiakawan islam yang hebat. Pengislah umat. Mujaddid dari Turki ini namanya tidak asing lagi dalam dunia kerana keikhlasan dan keilmuannya itu.

Beliau mengungkapkan tentang sistem pendidikan:“pendidikan mengandungi tiga aspek penting iaitu aspek tilawah (pengenalan,pemahaman dan penghayatan ayat-ayat Allah), aspek tazkiyah (pembersihan hati dan penyucian jiwa) serta aspek ta’lim (pengajaran)” menurut penulis buku Api Tauhid, dia telah merumuskan aspek ini dalam istilah filsafat. Dia mengungkapkan: “Badiuzzaman Said Nursi ingin menegaskan pentingnya ontologi, epitimologi dan aksiologi”. Maka benarlah apa yang diperkatakan itu. Untuk mendidik generasi memerlukan sistem yang benar yang bersumber wahyu. Jika perkara ini tidak dilaksanakan secara sistematik dan bersungguh maka kegagalan dan kehancuran akan menimpa kita serta generasi yang akan datang.

LADAP 3 OGOS 2016.

Pengalaman pertama saya sebagai guru praktikal dalam menyertai Latihan dalam Perkhidmatan atau dikenali sebgai LADAP telah membuka mata dan minda saya. En. Zabidi merupakan guru cemerlang menjadi fasilitator untuk memberi pengisian LADAP tersebut.

Setiap baris dan kalimat yang dipertuturkan oleh En. Zabidi, saya hadam satu persatu. Beliau membuatkan hati saya berdegup kencang. Mata saya hampir berkaca. Tangan bergetar-getar. Darah dalam badan berkocak-kocak. Tutur katanya telah memberikan satu suntikan yang halus.

Ketika itu, baru saya sedar erti nilai seorang pendidik. Ketika itu baru saya faham jasa dan pengorbanan seorang pendidik. Saya rasa malu dengan diri sendiri walaupun saya hanya sebagai guru praktikal, adakah saya sudah menjadi seorang pendidik yang dapat mendidik umat. Apa yang paling membuatkan saya rasa sebak ialah ketika saya berada di bangku sekolah dahulu, pelbagai kata cacian dan makian menjadi buah zikir kepada para pendidik. Endah tidak endah dalam menuntut ilmu. Belagak seperti kancil sedangkan dungu seperti keldai. Saya terasa insaf. Semoga Allah memberkati jasa dan budi guru-guru saya.