Bismiilihirrahimanirrahim.
Alhamdulillahhirrabil’alamin. Salam dan selawat ke atas junjungan besar nabi
Muhammad SAW.
Al-quran ialah kalam Allah SWT dan mukjizat nabi
Muhammad SAW yang paling unggul. Al-Quran ialah petunjuk bagi seluruh umat yang
berada di muka bumi ini. Risalah al-Quran menjadi panduan dan pedoman bagi
setiap zaman dan tempat tempat sehingga Hari Pembalasan.
Namun sebahagian umat ada yang menolak dan
menafikan al-Quran itu ialah kalam Allah SWT. Mereka mengatakan bahawa ianya
adalah kata-kata seperti syari-syair arab jahiliah. Mereka mengatakan bahawa
nabi Muhammad mereka-reka ayat al-Quran tersebut. Walaubagaimanapun, penafian
itu semuanya tertolak. Mereka tidak dapat mendatangkan satu surah al-Quran
bahkan 1 ayat pun tidak mampu mereka melakukan. Ini terbukti bahawa al-Quran
ialah kalam Allah SWT yang sempurna dan benar selama-lamanya.
Pun begitu, terdapat juga sebahagian umat yang
mengakui bahawa dia menganut agama Islam walhal dia telah menolak al-Quran. Ini
satu bencana dan fitnah yang terbesar. Kefahaman dan keikhlasan untuk
mendalamni Islam daripada sumber auntentik iaitu al-Quran telah disalahertikan.
Disebabkan itu, umat kafir telah mengambil kesempatan ini untuk mendakwa bahawa
pengikut agama Islam juga telah menolak al-Quran. Ini musibah yang besar!.
Ulama’ terdahulu dan kontemperori telah banyak
mengarang kitab dan menulis jurnal bagi menjelaskan permasalah tersebut. Tidak
hairan jika kekeliruan itu berlaku pada zaman ini kerana perkara ini juga sudah
terjadi pada masa kenabian Muhammad SAW tetapi kita mesti menanam keimanan yang
tinggi terhadap kesucian al-Quran dan mempertahankannya.
Kitab I’Jaz al-Quran banyak ditulis oleh para
ulama’. Matlamat mereka adalah memberikan penerangan yang sebenar tentang
ketulenan al-Quran itu sendiri. Al-Quran kitab hidayah bagi sesiapa yang
mencarinya, mereka pasti akan dipertemukan cahaya yang terang yang akan
menerangi kehidupan yang gelita.
Sudah tidak disangkal lagi bahawa setiap
permasalahan ada jalan penyelesaian. Keimanan terhadap al-Quran itulah yang
menjaminkan ketenangan dalam mencari jalan keluar bagi setiap masalah yang
dihadapi.
Kita perlu bersedia mempertahankan al-Quran dan
menjelaskan kepada orang-orang yang jahil terhadapnya. Islam mengajar umatnya
untuk berdebat apabila perlu bagi mencari kebenaran. Kebenaran itu diukur atas
landasan fakta yang tepat. Bukan semata-mata logik akal apatah lagi jika tidak
dapat menerima kebenaran, segala kata cacian dan makian menjadi topik
perbincangan.
Dengan itu, saya rasa terpanggil untuk menulis
beberapa perkara yang berkaitan dengan asas-asas al-Quran yang saya telah
pelajari. Andai salah dan silap, mohon diperbetulkan.
Sebuah kitab yang dikarang oleh Prof. Nasreldin
Ibrahim bin Ahmad Husin yang berjudul “wujuh
al-I’jaz fi Khitab al-Uslubi walma’rifi lilquranikarim” yang bermaksud
“Pandangan Keajaiban Al-Quran dari segi percakapan, gaya bahasa dan ilmu
pengetahuan.
Saya ingin berkongsi dapatan yang saya dapat dari
hasil kefahaman saya untuk para pembaca kalian mendapat manfaat dan semoga saya
juga dapat beramal dengannya.
Bab 1.
“Al-Jadal wa
al-Tahaddi fi al-Quran” yang
membawa erti “Perbahasan dan Cabaran dalam al-Quran”. Satu topik yang cukup
luas. Satu topik awal dalam memberikan penerangan kepada seluruh pembaca agar
mengenali bagaimana al-Quran itu telah dicabar oleh kaum musyrikin khususnya
pada zaman Nabi Muhammad SAW. Dalam topik ini juga mengandungi perbahasan yang
menarik dalam merungkai beberapa teori asas dalam pembentukan sahsiah dan minda
umat.
Penting untuk kita mendalami apakah yang
dimaksudkan dengan perbahasan atau kata lainnya ialah perdebatan pada kaca
ulama’. Prof Nasreldin telah merumuskan beberapa isi-isi penting. Sebelum kita
mengetahuinya. Dr. Anwar telah menjelaskan kepada kami tentang kaedah para
ulama’ menulis kitab. Perkara utama ialah penakrifan. Setiap bab ataupun topik,
perkara utamanya ialah penakrifan. Apabila kita jelas tentang penakrifan
tersebut maka kita akan mudah memberikan tumpuan terhadap topik yang
dibincangkan.
Prof. Nasreldin telah merumuskannya menjadi 8 penakrifan:
1. Perdebatan dan perbahasan
2. Perbahalan yang keras.
3. Perdebatan, pertentangna dan konflik.
4. Menzahirkan kebenaran ke atas kebatilan.
5. Berdebat atas dasar fakta.
6. Mengatasi permusuhan dengan memberikan
kefahaman untuk mendapatkan bukti yang nyata.
7. Membuat rundingan dalam menyelesaikan konflik
8. mMenerangkan kepada sesiapa yang ingin mencari
kebenaran dan jawapan.
Dari segi isitlah pula. Abu al-Baqa’ bin Musa
al-Husaini di dalam kitabnya: alkuliyyat:mu’jam
fi mustalahat alfuruk allughawiyat mengatakan: “seseorang yang
mempertahakan dirinya dengan kata-kata berasaskan fakta dari pihak lawannya
yang telah memburuk-burukkannya.”
Di dalam al-Quran, Prof. Nesreldin menyatakan
makna jadal di dalam al-Quran
terdapat 29 tempat bahkan Allah SWT telah menurunkan satu surah khas iaitu
surah al-Mujadilah. Sebagai contoh:
1.
قَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّتِي
تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا وَتَشْتَكِي إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ يَسْمَعُ تَحَاوُرَكُمَا
ۚ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ
Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan
perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya,
sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya),
sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha
Mendengar, lagi Maha Melihat.(al-Mujadilah:1)
Pada perkataan tujadiluka yang membawa makna aduan
ataupun berdebat. Kisah ini mempunyai asbabul nuzul. Boleh lihat tafsir seperti
Ibn Kathir ataupun Sofwatur Tafasir. Kisah seorang perempuan yang bernama
Khaulah yang mengadu kepada nabi Muhammad SAW mengenai zihar.
2. وَلَا تُجَادِلُوا أَهْلَ الْكِتَابِ إِلَّا بِالَّتِي
هِيَ أَحْسَنُ
Dan janganlah kamu berbahas
dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik(al-Ankabut:46)
Pada perkataan tujadiluu
yang membawa erti berbahas. Ayat ini juga menerangkan kepentingan bagi
orang mukmin yang ingin melakukan perdebatan dengan ahli kitab melainkan dengan
cara yang baik, lemah lembut dan paling penting ada sumber ilmu yang benar. Demikian
seperti apa yang dikatakan oleh Dr. Abdul Rahman bin Haji Abdullah dalam
bukunya Sejarah dan Tamadun Islam: “ ditegah pula agar tidak berdebat
dengan ahli-ahli kitabi kecuali dengan cara yang baik”. Beliau menjelaskan
bagaimana menjaga hubungan antara muslim dengan orang musyrik.
3. وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ
عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَابٍ مُّنِيرٍ
Dalam pada itu, ada di antara
manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak
berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga
berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.(Luqman:20)
Ini adalah contoh ketiga. Lihat
pada perkataan yujadil yang memberi makna membantah.
Ayat ini menerangkan bagaimana kebanyakkan manusia yang menyanggah tentang
sifat-sifat Allah SWT berdasarkan logik akal semata-mata. Mereka tidak menuntut
ilmu. Mereka tidak mahu menerima hidayah walaupun kebenaran sudah jelas di
hadapan mata. Mereka juga tidak merujuk al-Quran iaitu sumber utama dalam
perundangan syariah islamiah.
Ini adalah ringkasan mengenai bab al-Jadal. Insya-Allah
akan datang. Saya akan berkongsi dapatan yang lain. Semoga bermanfaat.
9:29 AM |
Category:
intelektualisme
|
0
comments
Comments (0)