Buku
“Muqadimah ila fanni al-Turjumah” مقدمة إلى فن الترجمة
Buku
berjudul “Muqadimah ila fanni al-Turjumah” ini hasil karya Dr.Muhammad
al-Bakhir. Beliau merupakan pensyarah Universiti Islam Antrabangsa Malaysia.
Seorang pendidik yang berdedikasi. Seorang yang guru yang memiliki semangat
mengajar yang tinggi dan sentiasa ikhlas menyampaikan ilmu. Seorang ustaz yang
tidak pernah lelah dan sentiasa memberikan dorongan dan nasihat kepada anak
muridnya agar menjadi manusia yang cemerlang akademik dan sahsiah.
Buku
ini juga menjadi silibus utama dalam subjek terjemahan bagi pelajar jurusan
Bahasa Arab di UIAM khususnya bagi pelajar yang mengambil subjek dengan Dr.
Muhammad al-Bakhir, maka buku ini menjadi rujukan utama dalam mengenali displin
terjemahan serta mempelajari tata cara terjemahan.
Buku
ini mengandungi 7 topik utama dan setiap topic utama ini mengandungi sub topik
yang membincangkan setiap topic utama tersebut secara mendasar.
Topik
pertama, menerangkan tentang pengenalan ilmu terjemahan dari segi maknanya dan
syarat-syaratnya.
Topik
kedua menghuraikan tentang kepentingan ilmu terjemahan dan kesan ilmu ini
terhadap kemajuan dan pembangunan Negara serta membina pemikiran masyarakat.
Topik
ketiga, menjelaskan faktor perkembangan ilmu terjemahan dari sudut sejarah dan
bagaimana masyarakat terdahulu mementingkan ilmu terjemahan ini
.
Topik
keempat, membahaskan jenis-jenis teks yang bersesuaian berpandukan ilmu
terjemahan kerana setiap ilmu terjemahan mempunyai displin yang berbeza jika hendak
menjadikan terjemahan itu berjaya.
Topik
kelima, mengupas kaedah ilmu terjemahan. Kaedah-kaedah ini sangat penting dalam
menterjemahkan sesuatu ilmu.
Topik
keenam, membincangkan soal bentuk-bentuk ilmu terjemahan yang masih berkait
dengan topic kelima namun disertakan permasalah di setiap bentuk-betuk ilmu
terjemahan tersebut.
Topik
ketujuh, topik yang terakhir. Menutup perbincangan dengan menyediakan beberapa
sumber rujukan yang lain dan beberapa latihan asas dan mudah namun memerlukan
kemahiran yang tinggi untuk menterjemahkannya.
Pada
penulisan yang ringkas ini, saya sebutkan beberapa kaedah dan displin ilmu
terjemahan. 1. Terjemahan berhuruf iaitu terjemahan 100% mengikut bahasa tanpa
ada penambahan dan pengurangan. Secara ringkas, teknik ini boleh menyebabkan
satu terjemahan menjadi tempang. 2. Terjemahan maknawi iaitu penterjemah
memahami teks dan menterjemahan ikut gaya bahasa dia suka. Teknik ini juga
tidaklah baik tetapi masih boleh diterima. 3. Terjemahan berhuruf dan maknawi
iaitu menggabungkan kedua-dua teknik tersebut dan hasilnya akan menjadikan
sebuah terjemahan yang sangat baik. Terdapat banyak lagi teknik lain.
Kita
perlu mengetahi bahawa ilmu terjemahan merupakan salah satu kaedah menuntut
ilmu. Karya-karya asing diterjemahkan ke dalam Bahasa Ibuanda untuk difahami
isi kandungan tersebut. Amalan ini telah diamalkan sejak berzaman sebelum lagi
kedatangan Islam. Apabila Islam menjadi kuasa besar pada kurun 3H. Proses ini
menjadi salah satu sumber ilmu yang sangat penting. Karya-karya dari Parsi, Rom
dan India diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab supaya masyarakat ketika itu dapat
memahami ilmu dari bangsa asing. Sebagai contoh karya yang teragung seperti
kitab “Al-Sinad Hind” mengenai ilmu falak oleh al-Khawarizmi, karya Bahasa
Sanskrit ini telah diterjemahkan kepada Bahasa Arab.
Dr.
Abdul Rahman bin Haji Abdulullah dalam bukunya “Sejarah dan Tamadun Islam”
menyenaraikan beberapa usaha kerajaan abbasiah terhadap ilmu terjemahan. Sebagai
contoh Khalifah Abu Jaafar Mansur ialah khalifah abbasiah yang kedua. Beliau menggalakkan
dan memulakan kegiatan penterjemahan buku-buku Yunani, Parsi dan India ke
bahasa Arab.
Begitu
juga Khalifah Harun al-Rasyid dan diteruskan juga oleh khalifah al-Makmun juga
melakukan hal yang sedemikan seperti menggiatkan lagi usaha kegiatan
terjemahan, pembukuan dan penciptaan ilmu pengetahuan walaupun dia bermazhab
muktazilah tetapi kita perlu menghargai sumbangan beliau.
Proses
terjemahan merupakan satu kerja yang agak sukar dan walaubagaimanapun tidaklah
susah untuk dilaksanakan bagi yang ahlinya. Proses ini memerlukan kesungguhan
dan kefahaman yang mendalam terhadap bahasa. Jika dia bangsa melayu, dia mesti
menguasai Bahasa Malaysia sepenuhnya dan jika dia mahu menterjemahkan Bahasa
Arab ke Bahasa Malaysia, dia perlu menguasai kedua-dua bahasa tersebut.
Saya
melihat dunia penterjemahan bagi negara kita agak kurang berbanding negara luar
seperti Jepun. Dikhabarkan kepada saya, satu buku dari luar yang masuk ke negara
mereka, mereka mengambil satu hari sahaja untuk menyiapkan terjemahan tersebut.
Di sini, kita belum ada kekuatan seperti itu kerana banyak faktor di antaranya
kemalasan dan menggangap terjemahan ini bukan satu sumber ilmu.
Walaupun
di Negara kita memiliki banyak penerbitan buku tetapi saya mengakui bahawa kita
belum ada kekuatan dalam menterjemahkan karya asing ke dalam Bahasa Malaysia
sedangkan kita tahu bahawa Bahasa Malayisa adalah bahasa rasmi Negara. Masyarakat
kita majoritinya fasih menutur dan membaca dalam Bahasa Malaysia.
Di samping
itu, ada juga cepat melatah terus mengkritik jika terjemahan kitab arab
diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia seperti tidak sampai makna dan banyak
potongan. Saya melihat, itu tidaklah menjadi isu yang sangat besar kerana karya
asing juga tidaklah sempurna tatabahasanya seperti al-Quran yang terjamin 100%
tepat bahasanya. Karya asing masih tetap ada kesalahan.
Apa
yang penting, masyarakat kita dapat memahami ilmu yang disampaikan. Tiada apa
yang sempurna tetapi kita cuba menyempurnakannya. Kalau hendak diikutkan
terjemahan al-Quran yang sedia ada pun tidaklah tepat sangat dan memerlukan
pembentulan dan penambahan. Tetapi fitrah manusia, apabila dia mula mengetahui
1 bab, dia mesti ingin mengetahui bab yang lain. Oleh itu, proses menuntut ilmu ini berterusan dan mempelajarinya sehingga akhir hayat.
Berbalik
kepada isu utama mengenai terjemahan karya Bahasa Arab ke Bahasa Malaysia. Ya,
memang benar bahawa ilmu alat Bahasa Arab sangat penting namun juga kena ingat
firmah Allah azza wajalla dalam surah Ibrahim ayat ke-4:
وَمَا
أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ ۖ
“Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul
melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah)
kepada mereka.”
Suruhan
ini sangat jelas kepada para sarjana Islam di Malaysia khususnya supaya
menterjemah karya Bahasa Arab ke Bahasa Malaysia supaya masyarakat kita mudah
membaca dan memahami serta dapat mengamalkannya.
Oleh
itu, bagi para ahli yang mahir, menjadi kewajipan mereka untuk menterjemahkan
karya-karya arab untuk tatapan masyarakat awam. Jika ada terjemahan yang
tempang, mereka perlulah mengubahsuai dan membetulkan semula dan mencetakkannya
kembali. Ini lebih baik kerana buku itu akan menjadi rujukan kepada seluruh
alam.
Saya
juga terbayang, apakah ada satu hari nanti, sarjana Islam dari luar pula akan
mencari karya-karya dalam Bahasa Malaysia untuk diterjemahkan ke dalam bahasa
mereka. Insya-Allah.
Selamat
membaca buku ini.
Wallahu
a’lam.
12:07 AM |
Category:
intelektualisme
|
0
comments
Comments (0)