Rahsia dan hikmah kalam-kalam suci Yang Maha Besar.
Ada 2 kaedah asas yang mesti dipelajari oleh setiap umat dalam memahami kalam-kalam suci ini. Iaituو pertama, memahami makna perkataan yang asal dan kedua memahami konteks ayat iaitu siyaq ayat.
Ini kerana, setiap perkataan mempunyai makna yang berbeza walaupun pada zahirnya seakan perkataan itu sama. Terjadi perbezaan tersebut disebabkan konteks ayat yang ada cerita yang berlainan.
Untuk mengetahui makna perkataan perlu dirujuk kamus-kamus al-Quran seperti Mu'jam Qharib al-Quran oleh al-Baqha'i, Qamus al-Quran oleh al-Dhamaghani, kamus-kamus seperti lisan arab, al-muhit, mu'jam faris dan sebagainya.
Manakala untuk memahami konteks ayat (siyaq al-ayat), perlu menuntut ilmu dalam buku-buku seperti tafsir al-Maudhu'i oleh al-Khalidi atau Dr. Radhwan Jamal serta syiekh al-Ghazali dan pelbagai lagi buku kerana konteks ayat ini mengandungi teori-teori asas yang mesti difahami.
.
Pertama, menghampiri atau dekat.

Firman Allah azza wajalla:
أتى أَمْرُ اللَّهِ فَلَا تَسْتَعْجِلُوهُ ۚ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Hari Khiamat semakin menghampiri, maka janganlah kamu untuk disegarakannya. Maha suci Allah dan Maha tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan.
(Surah an-Nahl 16:1)
Firman Allah azza wajalla:
وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ
Dan sembahlah tuhan kamu sehingga kamu menghampiri kepada keyakinan.
(Surah al-Hijr 15:99)

Kedua, Menimpa Musibah, kecelakaan, kerugian.

Firman Allah azza wajalla dalam surah al-‘An’am ayat ke-40 dan 47:
قُلْ أَرَأَيْتَكُمْ إِنْ أَتَاكُمْ عَذَابُ اللَّهِ أَوْ أَتَتْكُمُ السَّاعَةُ أَغَيْرَ اللَّهِ تَدْعُونَ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Khabarkanlah kepadaku, jika kamu ditimpa` azab Allah, atau datang kepada kamu hari kiamat, adakah kamu akan menyeru yang lain dari Allah (untuk menolong kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar?"
(Surah al-‘An’am 6:40)
Abu Lahab dan Abu Jahal;
Adakah mereka memahami keindahan bahasa al-Quran?
Mukadimah.

Bismilillahirrahimanirrahim. Alhamdulillahirabil’alamin. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad shallahu’alaihi wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat, tabi’ tab’iin.

Al-Quran ialah kalam-kalam suci Allah azza wajjala. Kalam yang memberikan petunjuk sepanjang usia kepada seluruh insan tanpa mengira waktu dan tempat. Kalam yang menyampaikan risalah ketuhanan dan pengabdian. Kalam yang mengandungi hukum dan hikmah untuk dijadikan pedoman. Kalam yang indah menyentuh hati dan perasaan.

Justeru, sebagai umat Islam yang beriman, mereka mestilah menekuni kalam-kalam-Nya supaya kehidupan mereka terjamin dunia dan akhirat. Setiap hari, wajib bagi setiap umat Islam untuk menzahirkan cintanya kepada Yang Maha Agong dengan 3 cara iaitu membaca, memahami dan menghayati kalam-kalam-Nya. Dengan itu, kelestarian cinta akan berputik dan menyatukan cinta itu.

Walaupun kalam-kalam Allah azza wajalla ini diturunkan ke dalam Bahasa Arab namun dia mempunyai hikmah yang tersendiri. Dr. Abdul Ghani menyebut dalam bukunya Al-Islam fi ‘Alam Melayu al-thaqafi Al-Madhi wa Al-Hadhir bahawa bahasa Al-Quran diturunkan kepada Bahasa Arab ialah sebagai satu lambang bahasa dakwah untuk difahami oleh masyarakat ketika itu.

Setiap para nabi memiliki mukjizat seperti Nabi Musa ‘alahissalam yang menentang Firaun yang mana ketika itu zaman sihir dan begitu juga pada zaman Nabi ‘Isa alahissalam ialah zaman perubatan.

Uniknya risalah Nabi Muhammad shallahu’alaihi wasallam berbeza, kalam-kalam itu bukan kalam baginda akan tetapi kalam Allah Yang Maha Berkuasa. Tujuan Nabi Muhammad sallahu’alaihi wasallam diutuskan ialah mengajar dan mendidik masyarakat ketika itu seperti mana firman Allah azza wajalla:

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
(Surah al-Jumaah 62:2)

Hubungan Masyarakat Arab dengan Bahasa Arab.

Sejarah mencatatkan bahawa sebelum kedatangan Nabi Muhammad shallahu’alaihi wasallam pada tahun 610 M, sebelum itu sudah ada kerajaan Arab iaitu kerajaan Himyar (115 S.M-525 M). Dan sesebelum itu juga terdapatnya kerajaan berbangsa Arab warisan nenek moyang Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ‘alahissalam.

Pada kurun ke-6. Masyarakat Arab Badwi sudah menapak di bumi Mekah yang diketuai oleh Qabilah Arab Quraisy. Mereka mengurus tadbir urusan kota Mekah. Urusan jual beli, barang dagangan dan haji diaturkan oleh mereka. Segala peristiwa besar dilakukan di kota Mekah seperti pertandingan syair yang nama paling popular ialah suq ukaz.

Oleh disebabkan syair menjadi salah satu perayaan yang paling istimewa. Mereka pun menititberatkan soal bahasa dan sastera. Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi. Daripada kalangan mereka ada yang berketurunan jiwa penyair seperti al-walid bin al-Mughirah dan Zuhair bin Abi Salma.Penyair lain seperti Ka’ab bin Zuhair seorang penyair yang hebat yang meninggal pada tahun 22H bersamaan 622M.