Dr.M menghina Dr. Maza.
Kata Dr.M bahawa Dr. Maza seorang yang pekak. Kenapa perkataan PEKAK yang diucapkan Dr. M?
Bukan saya nak berlebihan mentafsirkan ayat Dr. M dan menyemarakkan api tetapi Dr. M menghina Dr. Maza dengan hinaan yang sangat berat iaitu dikatakan Dr. Maza Pekak.
Mengapa Dr. M menggunakan perkataan 'Pekak', pada saya, dia seorang Dr. perubatan, maka dia berkehendak satu maksud yang sangat mendalam dalam ungkapan beliau. Bagi saya, dia betul-betul memaksudkan hinaan tersebut.
Dalam al-Quran, banyak lafaz pendengaran didahulukan sebelum penglihatan yang mana, apabla didahulukan pendengaran menunjukkan pendengaran merupakan pancaindera yang paling penting bagi manusia. Bahkan, dalam ilmu perubatan membuktikan bayi dalam rahim sudah boleh mendengar sedangkan melihat beberapa waktu selepas bayi dilahirkan.
Kenapa Dr. Maza pekak?
Dr. M nak menggambarkan bahawa Dr. Maza ini tidak tahu apa-apa, satu ilmu pun tidak ada berbanding bayi dalam rahim. Seolah-olah Dr. Maza pekak dan tidak bermanfaat kepada umat dan memiliki kecacatan yang paling teruk iaitu pekak.
Kata al-Karmani dalam al-Burhan dan Fadhil soleh al-Samarakyi dalam al-Ta'bir al-Qurani, Kalau kita membaca sejarah, kita boleh dapati para nabi ada yang buta tetapi tidak ada yang pekak, ada yang ummi tetapi boleh mendengar, tidak tahu satu ilmu tetapi diajar. Kita juga tahu ada ulama' yang buta tetapi boleh menghafal al-Quran, kita pernah dengar ada budak buta mampu hafal ribuan hadis, tetapi adakah pernah dengar individu yang pekak menjadi ulama'?
Dr. M menghina Dr. Maza, seolah-olah dia tak ada ilmu dan tidak boleh menghafal al-Quran dan hadis serta tidak bermanfaat bagi umat.
Hakikatnya Dr. M adalahbegitu. Sesuailah ayat-ayat semacam ini kepada dia!
Kalau ditanya, siapa yang saya akan bersama, SAYA BERSAMA DR. MAZA!
11:26 PM |
Category: |
0
comments
Comments (0)