Prinsip Asas Dalam Menghakimi Seseorang.
Pertama, Ada dalil dan bukti yang
jelas.
Kedua, Menghukum pada zahir sahaja.
Ketiga, Adil iaitu mengamalkan prinsip Al-Jarh wa At-Ta'dil (kena belajar ilmu hadis sedikit)
Kedua, Menghukum pada zahir sahaja.
Ketiga, Adil iaitu mengamalkan prinsip Al-Jarh wa At-Ta'dil (kena belajar ilmu hadis sedikit)
Baru-baru ini, kita dikejutkan
dengan pelbagai berita yang tidak enak didengari. Kes khalwat oleh pihak
berkuasa telah mengundang padah kerana kegopohan mereka bertindak untuk
menangkap pasangan namun telah silap kerana telah menangkap pasangan yang telah
sah berkahwin. Natijahya, telah mengundang padah sehingga bakal disaman oleh
pasangan suami isteri tersebut. Hal ini juga telah mendapat kencaman yang hebat
daripada para netizen dan juga ilmuwan,
Sebelum itu, beberapa isu lain
seperti menuduh seorang pemimpin tidak melaksanakan amanah dan hanya
mementingkan soal rohani semata-mata.
Sebenarnya, banyak lagi isu yang
boleh dibentangkan di sini selain tuduhan wanita berzina. Pengalaman saya
bersama seorang kawan saya ketika menginap sebuah hotel di Kelantan, ketika
kawan saya melihat beberapa wanita yang tidak menutup aurat itu dikatanya
pelacur, Allahu Rabbi. Tuduhan melulu dibuatnya. Boleh dijatuhkan qazaf
terhadapnya. Begitu juga kes yang tidak pernah selesai sejak bertahun-tahun
seperti tuduhan meliwat terhadap bekas ketua pembangkang. Apakah ini petanda
akhir zaman? Semoga kita bukan menjadi sebahagian pembawa fitnah.
Saya sangat simpati kepada umat
terutamanya sebahagian teman-teman saya yang masih belum memahami beberapa prinsip
asas dalam menghakimi seseorang kerana mereka itu adalah para pendakwah untuk
mendidik umat. Mereka melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Mereka
berhadapan dengan cabaran yang berliku-liku demi memastikan umat itu kembali
kepada ajaran Islam yang sebenar. Saya sangat mengkagumi mereka kerana saya belum
mampu untuk menjadi sebaik mereka. Justeru, saya meletakkan 3 prinsip asas itu:
Pertama, Ada dalil dan bukti yang
jelas.
Ingat wahai teman-teman, kita
hanya menghakimi seseorang berdasarkan bukti yang jelas. Banyak sekali dalil
yang mengatakan baik daripada al-Quran mahupun hadis.
Saya juga simpati terhadap
sesetengah teman-teman saya yang masih belum cukup memahami prinsip ini kerana
mereka adalah para pendakwah. Mereka berhadapan dengan cabaran yang hebat. Saya
sangat bangga dengan mereka kerana mereka mewakafkan diri untuk hal itu dan saya
bukan ahlinya.
Renungi bersama firman Allah azza
wajalla dalam surah al-Baqarah ayat ke-111:
قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِن
كُنتُمْ صَادِقِينَ
Maksud: "Bawalah kemari
keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu,
jika betul kamu orang-orang yang benar".
Ayat ini menceritakan bagaimana
Yahudi dan Nassrani beranggapan bahawasanya mereka sahaja yang layak untuk
memasuki syurga sedangkan mereka bukan daripada pihak yang benar. Tidak ada
satu pun dalil untuk membuktikan dakwaan mereka tersebut. Mereka cuba memanipulasi
kebenaran demi kepentingan diri sendiri.
Dalam hadis yang shahih riwayat
Muslim pula, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata:
يا رسولَ اللهِ! إني عالجتُ امرأةً في أقصى المدينةِ. وإني أصبتُ
منها ما دون أن أمسَّها. فأنا هذا. فاقضِ فيَّ ما شئتَ. فقال له عمرُ: لقد سترك اللهُ،
لو سترتَ نفسك. قال فلم يُردَّ النبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ شيئًا. فقام
الرجلُ فانطلق. فأتبعه النبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ رجلًا دعاه، وتلا عليه
هذه الآيةَ: أَقِمِ الصَّلاَةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ الّليْلِ،
إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ [11 /
هود / 114]. فقال رجلٌ من القومِ: يا نبيَّ اللهِ! هذا له خاصَّةً؟ قال " بل
للناسِ كافَّةً “. وفي رواية: يا رسولَ اللهِ! هذا لهذا خاصَّةً، أو لنا عامةً؟
قال " بل لكم عامَّةً “.
Maksud: “Wahai Rasulullah, aku
mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya
(seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang
engkau mahu.”Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: “Allah telah tutupi
keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu
lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan
membaca kepadanya firman Allah: (maksudnya) “Dan dirikanlah sembahyang pada dua
bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran
dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan.
Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi
orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).Maka ada seorang bertanya:
“Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?Jawab Nabi saw:“Bahkan untuk
manusia keseluruhannya”.
Kita bukan penghukum terhadap
perkara yang batin. Urusan yang tidak jelas dan dibelakang itu adalah urusan
dia dengan Allah azza wajalla.
Maha Suci Allah tuhan Yang Maha
Pengampun. Dia mengampuni dosa-dosa hamba-Nya jika dia benar-benar bertaubat
dan benar-benar ingin mensucikan diri kepada Allah azza wajjala. Jangan sesekali
seseorang itu membuka aib dirinya bahkan orang lain juga tidak perlu membuka
aib orang lain selagi seseorang itu tidak melakukan kemaksiatan secara terbuka.
Pernah satu hari, dalam kelam
Ayat Ahkam bersama Dr. Sofiah Shamsuddin, pensyarah UIAM, saya bertanya kepada
beliau. Apakah patut sesuatu jabatan dan pihak berkuasa pergi menangkap pelaku
maksiat yang dilakukan bukan terbuka seperti di rumah dan hotel yang bertaraf. Kata
beliau, demi menjaga kemaslahatan, perkara itu wajar dilakukan namun perlu
bersistematik.
Apabila kita mempelajari surah
an-Nur dan tafsirannya, pada bab qazaf, satu perkara yang sangat penting dan
berat sekali untuk dibincangkan. Saya melihat situasi sekarang adalah di mana pihak
berkuasa terus membiarkan penzinaan dan kemaskiatan itu berlaku dan selepas itu
mereka baru akan bertindak dengan mencekup dan menangkap.
Kenapa tidak diikuti ajaran
al-Quran iaitu mencegah dahulu sebelum perkara itu berlaku. Saya perhatikan,
pihak berkuasa zaman sekarang sempat lagi membuat rakaman dan menonton untuk
dijadikan bahan bukti secara sengaja. Apakah itu ajaran ISLAM! Saya katakan tidak
sama sekali.
Pihak berkuasa mesti memainkan
peranan sebagai pencegah bukan sebagai penghukum di muka pengadilan. Jika perhatikan
sunah rasulullah SAW, itulah ajaran yang sebenarnya. Sesuai dengan firman Allah
azza wajalla dalam surah al-‘Imran ayat ke-104:
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ
وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ
الْمُفْلِحُونَ
Maksud: Dan hendaklah ada di
antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan
Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada
segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah
orang-orang yang berjaya.
Kedua, Menghukum pada zahir
sahaja.
Ada satu kata-kata yang sangat
baik yang wajar kita renungi dan amati. Kata-kata yang diungkapkan oleh al-Imam
al-Syafie yang dirakamkan oleh al-Suyuti dalam bukunya الدرر المنتثرة. Kata al-Imam
al-Syafie:
أُمرتُ أنْ أحكمَ بالظاهرِ واللهُ يتولى السرائرَ
Maksud: Aku diutuskan untuk
menghakimi pada zahirnya dan sesungguhnya Allah azza wajalla mengetahui yang
batin.
Begitu indah akhlak al-Imam
al-Syafie, sebagai pendokong mazhab syafie, kita seharusnya mencontohi akhlak al-Imam
al-Syafie kerana ia akan memberikan kebaikan kepada individu dan seluruh umat.
Begitu juga syair yang
diungkapkan oleh al-Imam al-Syafie dalam Diwannya pada bab Adab Orang Yang
Memberi Nasihat. Beliau berkata:
تَعَمَّدني بِنُصْحِكَ في
انْفِرَادِي وجنِّبني النصيحة َ في الجماعهْ
فَإِنَّ النُّصْحَ بَيْنَ
النَّاسِ نَوْعٌ من التوبيخِ لا أرضى
استماعه
وَإنْ خَالَفْتنِي وَعَصَيْتَ
قَوْلِي فَلاَ تَجْزَعْ إذَا لَمْ
تُعْطَ طَاعَه
Maksud: berilah nasihat kepadaku
secara peribadi, Dan jauhi aku daripada memberi nasihat di hadapan khayalak
ramai,
Kerana nasihat di hadapan umum
itu daripada bentuk penghinaan, aku tidak redha untuk mendengarinya,
Jika engkau berbeza denganku dan
menginkari kata-kataku, janganlah marah sampai berpatah arang berkerat rotan.
Kata-kata ini sungguh mendamaikan
hati. Tidakkah para pendakwah itu harus menghafal nasihat ini dan tanamkan
ianya di dalam sanubari. Saya percaya, umat akan lebih menerima nasihat untuk
berubah demi kebaikan diri dan agama.
Juster, apabila kita menilai
seseorang itu cukuplah pada zahirnya. Jika dia solat masjid, bersangkalah
baiklah bahawa dia juga bersolat di rumah. Jika dia membaca al-Quran di masjid,
bersangka baiklah dia juga membaca al-Quran di biliknya. Siapalah kita untuk
menghakimi di belakang tabir dan sesuatu kita tidak melihatnyaJangan jadi
penghukum. Kesolehan itu diukur di sisi Allah. Ketaqwaan itu dinilai oleh Allah
azza wajalla. Bukan KITA wahai teman-teman!
Ketiga, Adil iaitu menggunakan
prinsip Al-Jarh wa At-Ta'dil (kena belajar ilmu hadis sedikit)
Ingat wahai teman-teman, adillah
dalam menghakimi seseorang. Kini baru saya memahami tentang kepentingan prinsip
Al-Jarh wa At-Ta'dil yang disusun oleh para ulama Hadis dalam menilai sesuatu
hadis dan perawinya. Saat ini, saya mengerti, praktikal konsep ini dalam semua
hal. Jelas, sunah juga praktikal dalam banyak perkara.
Firman Allah azza wajalla dalam
surah al-Maidah ayat ke-8:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ
شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا
تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ
اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Maksud: Wahai orang-orang yang
beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan
keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali
kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan
keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil
itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Sebelum saya mengakhiri penulisan
ini. Suka saya ingin menyenaraikan beberapa adab dalam menilai seseorang yang
telah disusun oleh para ulama' hadis ketika mereka cuba menerima hadis dan
menghakimi perawi, antaranya:
1. Adil dalam menghakimi.
2. Tidak boleh menghakimi melebihi daripada keperluan.
3. Tidak boleh menghakimi jika tidak ada keperluan.
4. Nyatakan sebab yang jelas.
5. Jangan fanatik.
6. Menghukum pada zahirnya.
2. Tidak boleh menghakimi melebihi daripada keperluan.
3. Tidak boleh menghakimi jika tidak ada keperluan.
4. Nyatakan sebab yang jelas.
5. Jangan fanatik.
6. Menghukum pada zahirnya.
Benar, ilmu ini sangat penting
dalam penilaian sesebuah hadis dan perawinya namun pada saya, saya melihat ia
boleh juga memberikan manfaat yang sangat besar untuk umat khususnya para
pendakwah, ustaz, pihak berkuasa dan sebagainya.
Kesimpulan.
Saya ingin menegaskan lagi kepada
semua bahawa prinsip-prinsip asas dalam menghakimi seseorang iu ada tiga
perkara yang mudah diamalkan. Pertama, ada dalil dan bukti yang jelas. Kedua,
Menghukum pada zahir sahaja. Ketiga, Adil iaitu menggunakan prinsip Al-Jarh wa
At-Ta'dil.
3 prinsip ini sangat mudah dan
dapat dihadam. Meskipun saya tidak berkecimpung dalam medan dakwah tetapi saya
sebagai rakyat marahaen ingin melihat keadilan ditegakkan kepada seluruh umat
dan tidak hanya berpihak kepada sebahagian pihak sahaja. Yang kaya dan berkuasa
bermaharajalela manakala miskin dan lemah ditindas.
Semoga kita semua mendapat
sedikit pencerahan agar kehidupan kita terus harmoni khususnya hubungan antara
sesama muslim terus mekar dan mewangi seharum kasturi.
Wallahu a'lam.
1:05 AM |
Category: |
0
comments
Comments (0)