Pilihan Sang Hamba
Bismillahhirahmanirrahim, alhamdulillahhirabil ‘alamin. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya dan semoga Allah memberkati dan merahmati para sahabat, tabi’ tabiin dan para salafussoleh. Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus iaitu jalan yang telah Kamu kurniakan nikmat kepada mereka dan bukannya jalan orang-orang yang telah Kamu murkai dan bukan juga jalan orang-orang yang sesat. Kita disajikan dengan pelbagai
berita sama ada betul mahupun palsu bahkan berita yang paling menyakitkan hati
adalah berita yang melibatkan sebahagian pihak mencabuli hak kemanusian pihak
yang lain demi memuaskan nafsu sarakah mereka, misalannya isu gaza yang
bertahun-tahun tiada ada jalan penyelesaian walaupun beberapa kali gencatan
senjata sudah diwartakan namun jalan masih buntu. Selain itu, di era ini peperangan
demi peperangan sudah menjadi satu kelaziman dalam kehidupan seharian sehingga
terus menafikan hak asasi manusia malahan terus diabaikan, bahkan nyawa manusia
pada tika ini ibarat makanan asasi bagi puak yang jahil lagi hina. Kanak-kanak
kecil tidak mempunyai pilihan selain terus berjuang dan berjihad di medan peperangan
sehingga mengorbankan jasad dan begitu juga wanita-wanita tiada pilihan melainkan
menjadi hamba pemuas nafsu. Ribuan malahan jutaan manusia terus hidup tanpa
dapat membuat pilihan seakan-akan perkataan “pilhan” dalam kamus mereka tidak
pernah wujud.
Kekejaman apakah ini sehingga sang hamba terus menerus berada dalam kesesatan, kesulitan dan kegelapan. Tiada tuan yang memperdulikan nasib dan rintihan sang hamba. Dan Sang hamba tidak dapat membuat pilihan sama ada ingin menjadi kaya, berwawasan, berpelajaran dan bebas dalam membuat apa juga pilihan yang di impikan. Sebagaimana kisah jihad pada zaman nabi Muhammad s.a.w yang mana umatnya ketika itu yang tidak berani berjihad di jalan Allah. Dan turunlah ayat al-quran:
Kekejaman apakah ini sehingga sang hamba terus menerus berada dalam kesesatan, kesulitan dan kegelapan. Tiada tuan yang memperdulikan nasib dan rintihan sang hamba. Dan Sang hamba tidak dapat membuat pilihan sama ada ingin menjadi kaya, berwawasan, berpelajaran dan bebas dalam membuat apa juga pilihan yang di impikan. Sebagaimana kisah jihad pada zaman nabi Muhammad s.a.w yang mana umatnya ketika itu yang tidak berani berjihad di jalan Allah. Dan turunlah ayat al-quran:
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ
كُرْهٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ
وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ
وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Kamu
diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah
perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia
baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi
kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu
tidak mengetahuinya.
Ayat ini jelas terang lagi bersuluh bahawa manusia itu juga diberi hak untuk membuat pilihan sama ada baik mahupun buruk. Namun rahsia-rahsia disebalik pilihan kita sama ada baik mahupun buruk hanya Allahlah sahaja yang Maha Mengetahui. Yang pastinya sang hamba ada hak untuk membuat pilihan.
Di samping itu, sang hamba juga
harus jujur dan ikhlas membuat pilihan kerana Allah kerana disebalik pilihan-pilihan
mungkin nafsu yang mendesak sang hamba untuk terjerumus dalam lembah kesesatan
lagi kejahilan.
Satu bait syair yang harus direnungi dan dihayati oleh setiap
hamba yang ingin membuat pilihan takkala ketika itu terdapat dua pilihan yang
kita tidak tahu apakah baik mahupun buruk. Al-Imam As-syafie menukilkan bait
yang berbunyi:
إذا حار أمرك في معيين فلم تدر حيث الخطاء والصواب
فخالف هواك فإن الهوى يقود النفوس إلى ما يعاب
Jika saudara keliru pada dua
urusan,Tidaklah diketahui sama ada
pilihan itu baik mahupun buruk,Maka hendaklah saudara
ketepikan hawa nafsuKerana hawa nafsu itu
menundukkan jiwa kearah keaiban,
Begitulah syariat islam yang mulia
bahawa sang hamba diberi peluang untuk membuat pilihan dan islam juga tidaklah
memaksa sang hamba untuk terus menerus mengikut pilihan yang telah ditetapkan
tanpa memahami tujuan pilihan tersebut. Dan jika Allah sebut tiada paksaan
dalam beragama apatah lagi jika dalam beragama sehinggakan terdapat ibadat yang
ada rukhsah dalam keadaan tertentu. Itulah islam yang indah.
Percayalah wahai sang hamba yang
beriman, setiap pilihan yang dibuat kerana Allah pasti ada ganjarannya selagi
mana tidak bercanggah dengan syariat islam. Dengarlah kata hatimu wahai sang
hamba yang beriman bahawa setiap pilihan yang telah dipilih perlulah berdoa
kepada Allah dan berilah kepercayaan sepenuhnya kepada Allah bahawa setiap
pilihan itu baik disisiNya.
Mudah-mudahan Allah akan permudahkan urusan setiap
hamba-hambanya yang beriman dan yakin tentang pilihan yang murni dan suci.
Amin.
11:53 PM |
Category:
idealisme
|
0
comments
Comments (0)