Usrah Qiyadah Pkpim
29 Mac 2016.
Cucms, Putrajaya.
“Kemanisan Dalam Ujian Kehidupan”.
(Surah al-Ankabut 1-7)
Surah al-Ankabut diturunkan di Mekah. 69 ayat.

بسم الله الرحمن الرحيم.

الم،أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ (1-2)

Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (3)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.

أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ أَن يَسْبِقُونَا ۚ سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ (4)

Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.

مَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ اللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لَآتٍ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (5)

Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

وَمَن جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ (6)

Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَنُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَحْسَنَ الَّذِي كَانُوا يَعْمَلُونَ (7)

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan – dengan sebaik-baik balasan.

Huraian:-

Sebelum saya menghuraikan penafsiran ayat al-quran. Seperkara yang saya ingin kongsikan kepada kalian pengenalan umum tentang surah ini. Saudara Khair Sujud menyebutkan bahawa surah ini membuktikan Allah SWT mengiktiraf semua makhluk yang ada di bumi yang dijadikan-Nya. Ternyata kebuktiannya itu seperti surah al-Ankabut yang mana maknanya ialah Labah-Labah. Selain itu, terdapat surah an-Naml iaitu Semut, 
al-Baqarah iaitu Lembu Betina, al-An’am iaitu haiwan ternakan dan lain-lain lagi.

Selain itu juga, ayat 1-7 dalam surah al-Ankabut ini memberikan satu gambaran umum iaitu menurut Fazril Salleh masalah juga adalah makhluk Allah dan ianya merupakan sunnatulullah. Beliau menambah lagi dengan melontarkan 1 persoalan iaitu bagaimana seorang muslim yang beriman mampu menghadapi dan menangani masalah yang dihadapinya. Maka, cara itu terdapat di dalam surah al-Ankabut ayat 1-7.

1.      Ayat pertama, Imam Ibnu Kathir menukilkan banyak riwayat dan yang paling rajih alim lam mim adalah salah satu daripada nama al-quran. Ada juga yang menyatakan bahawa ianya salah satu dari nama Allah. Al-Imam al-Zamakshari menyebut bahawa Al-Quran  yang dimulai dengan huruf ada 29 tempat seperti Qaf, Shad, Alim Lam Mim Ra. Setiap huruf, perkataan dan semua yang terdapat di dalam al-quran kita wajib mengimani 100% kerana al-quran ini adalah kalam Allah dan Mukjizat nabi Muhammad SAW. Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat ke-2 yang menjelaskan kepada kita bahawa al-quran ini tiada keraguan padanya. Ini adalah pegangan ahli sunnah wal jamaah bahawa Al-quran lengkap dan kekal selamanya kerana Allah menjanjikan akan memeliharanya selama-lamanya. Terdapat beberapa golongan yang mengatakan bahawa al-quran ini belum lengkap. Ada juga yang menyebut ada beberapa perkataan dalam al-quran telah dibuang. Ini merupakan fahaman songsang dan terpesong dari ajaran islam. Semoga Allah melindungi umat islam yang beriman dan menjaga agama Allah ini.

2.      Ayat kedua pula memulai dengan satu persoalan yang harus bagi setiap umat islam memikirkannya. Terdapat satu kaedah dalam ilmu Bahasa Arab disebut istifham inkari atau istifham ta’ajubi yang membawa maksud memberi pertanyaan tanpa ada jawapan. Banyak uslub ini terdapat di dalam al-quran supaya umat islam mengkoreksi diri dan mengenal makna diri dalam mencari keredhaan Allah. Pertanyaan itu menjadikan satu persoalan untuk kita melakukan sesuatu supaya dimasukkan ke dalam syurga Allah. Tiada umat pada zaman ini yang boleh mengatakan bahawa dia akan masuk syurga namun usaha ke arah itu menampakkan seseorang itu akan dimasukkan syurga. Pada zaman nabi Muhammad SAW, Allah telah menjanjikan beberapa sahabatnya akan dimasukkkan ke dalam syurga seperti khulafa’ ar-Rasyidin. Oleh itu, beramalah dengan amalan-amalan yang soleh dan benar di sisi Allah kerana itu akan menjaminkan seseorang itu di masukkan ke dalam syurga. Insya-Allah.

Di dalam tafsir ibnu Kathir, beliau menyebut bahawa Allah SWT akan menguji hamba-hamba-Nya yang beriman berdasarkan keimanan mereka. Allah menegaskan lagi di dalam surah ali-al’imran ayat ke-142:

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?

Nabi Muhammad SAW bersabda:

أشد الناس بلاء الأنبياء ثم الصالحون ، ثم الأمثل فالأمثل ، يبتلى
الرجل على حسب دينه ، فإن كان في دينه صلابة زيد في البلاء "

 “Maknanya ialah, manusia yang paling berat memikul beban dan dugaan adalah para nabi kemudian orang yang shahlih, kemudiannya manusia yang seperti dan sepertinya. Allah akan menguji seseorang mengikut pada pegangan agamanya, jika dia kuat pegangan pada agama islam itu Allah akan bertambah lagi dugaan.”

Hadis ini menunjukkan bahawa peringkat keimanan setiap manusia dengan manusia sangat berbeza. Semakin banyak dia menerima dugaan semakin bertambah iman dan semakin dekat dia dengan Allah. Allah akan menguji mengikut kemampuan keimanannya. Bersama-sama kita bermuhasabah mengenai tingkat keimanan kita. Bersamalah kita berfikir sejauh mana kepergantungan kita kepada Allah. Jika kita meyakini bahawa kita orang yang beriman, kita pasti diuji dengan pelbagai ujian sama ada besar mahupun kecil.

Seperkara yang menarik harus kita hayati ialah perkataan فَتَنَ, يفتنون. Perkataan fitnah juga berambil daripada perkataan ini. Mungkin ada sebahagian dari kita yang memahami bahawa fitnah ini satu perkara yang negatif. Sebenarnya di dalam kamus arab seperti Lisan Arab oleh Ibn Manzour, beliau mennyebutkan bahawa fatana ini ialah menguji untuk menyucikannya. Maksud yang mudah ialah, apabila kita diuji, sebenarnya Allah ingin membersih dan menyucikan hati serta menambahkan keimanan dan rahmat-Nya. Maka jangan khuatir apabila kita difitnah kerana itu tandanya kita disayangi Allah. Jangan gusar hati andai ditimpa musibah setiap masa kerana itu tanda kecintaan Allah dan takutlah jika pada diri kalian jika tidak ada musibah atau dugaan yang menimpa kerana itu kemungkinan Allah membiarkan kita dalam kejahilan dan istidraj.

3.      Pada ayat ke-3 ini merupakan satu penegasan yang nyata kepada dua golongan. Golongan pertama yang benar-benar beriman dan golongan kedua ialah menipu atau hipokrit. Imam Ibn Kathir menyebut bahawa Allah SWT Maha Mengetahui apa yang telah berlaku dan akan berlaku serta Dia Maha Mengetahui setiap perbuatan yang dilakukan dan bagaimana dilakukan. Setiap hamba-hamba-Nya tidak dapat menyembunyikan walaupun dia berbisik di hati apatah lagi jika dia menzahirkan perkara yang baik dan buruk. Golongan pertama iaitu golongan yang beriman dengan Allah dan rasul-Nya. Mereka melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang. Apabila mereka ditimpa musibah mereka redha dan berfikiran positif dengan apa yang berlaku adapun golongan kedua mereka berpura-pura beriman dengan Allah dan rasul-Nya tetapi pada hakikatnya mereka mengharamkan apa yang dihalakan dan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan rasul. Kedua golongan ini akan mendapat tempat yang sesuai dengan keimanan dan ketaqwaan mereka kepada Allah. Jika beriman maka dimasukkan ke dalam syurga dan kufur akan diazab yang pedih.

Berapa ramai dalam kalangan kita yang benar-benar beriman dan beramal soleh? Adakah kita benar-benar menyakini akan perintah Allah dan melaksanakan segala suruhan-Nya. Adakah kita hanya di hadapan manusia sahaja kita melakukan kebaikan namun disebaliknya meninggalkannya. Tepuk dada tanya hati dimanakah tempat kita.

Tambahan pula, Ibn ‘Abbas membawa satu penafsiran dengan metodologi pentafsiran al-quran yang utama iatu dengan tafsir al-quran dengan al-quran. Beliau memetik satu ayat  daripada surah al-Baqarah ayat ke-143 untuk menerangkan lagi keberadaan bagi orang yang beriman yang menimpa dugaan dan cabaran:

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا ۗ وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنتَ عَلَيْهَا إِلَّا لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ ۚ وَإِن كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ ۗ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

Ayat ini mengajar kita kita bahawa ujian dan dugaan pasti akan ditempuhi oleh umat islam terutamanya para pendakwah yang menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar. Para pendakwah yang beriman yang mengajak umat dalam mentauhidkan Allah merupakan satu cabaran yang besar dan berat. Inilah dinamakan sunnah Rasulullah yang mana pada 13 tahun dakwahnya, tugasnya adalah mentauhidkan seluruh umat untuk menyembah Allah yang Esa. Untuk memasuki taman-taman Allah, umat islam yang beriman pasti akan menghadapi segala macam dugaan dan cabaran baik besar mahupun kecil.

Di samping itu, ayat ini juga mengambarkan bahawa pentingnya kita belajar dari sejarah yang terdahulu. Saudara Fazril menyebut bahawa kita mesti bijak dalam memahami sejarah yang lalu kerana mereka sudah melaluinya dan mengambil iktibar supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Jika ada kekurangan maka ditambah dengan cara yang lebih tepat dengan berpandukan al-quran dan sunnah. Saya melihat bahawa sejarah umat terdahulu, kita harus belajar. Kita lihat bagaimana Nabi Nuh berdakwah kepada umatnya siang dan malam dan secara rahsia mahupun zahir. Kita perhatikan kisah perjuangan Nabi Ibrahim berdepan dengan raja Namrud dan ayahnya. Kita cuba renungi kesabaran Nabi Musa melawan Firaun. Kita hayati keteguhan keimanan Nabi Isa yang diuji sehingga umatnya yang ingin menyalibnya. Semestinya kita pelajari sejarah Rasulullah SAW dan para sahabat dalam mempertahankn aqidah sehingga umat sekarang dapat menikmati islam itu dengan aman dan sejahtera.

4.      Ayat ke-4 pula memberi pengajaran bahawa jangan kita ambil mudah dan berkeyakinan tinggi khususnya umat islam bahawa mereka akan dapat masuk syurga dengan jalan yang mudah tanpa amal yang soleh dan cabaran dalam menempuh dugaan hidup. Kita perhatikan bagaimana Rasullullah mendidik para sahabat sehingga mereka menjadi sebaik-baik umat dan dijanjikan syurga. Mereka menempuh jalan kehidupan yang berliku-liku. Mereka diboikot, diperangi, dibunuh, diseksa, diperang, dikurung, diperhamba, dihina dan sebagainya. Setiap waktu pasti ada sahaja dugaan yang menimpa mereka. Mereka tetap teguh pendirian dalam aqidah Allah. Hasilnya, mereka menjadi generasi yang terunggul. Mereka tetap bersabar dan kesabaran itu mendatangkan faedah-faedah yang lumayan bukan sahaja dunia malah di akhirat.

Maka, jalan itu juga akan dilalui oleh generasi zaman sekarang. Para pendakwah khususnya harus mencermati sunnah Rasulullah dan para sahabat dalam berdakwah, mendidik dan menyamapaikan ilmu. Islam datang dalam keadaan asing dan begitulah islam akan datang. Cara mungkin kuno dikatakan sebahagian umat tetapi ada rahsia yang boleh dipelajari dan mesti bertepatan dengan sunnah tersebut. insya-Allah.

5.      Ayat ke-5 pula, memberikan satu khabar gembira kepada orang yang beriman yang setelah penat lelah tempuhi segala onak dan duri. Maka orang beriman yang berjaya akan mendapat ganjaran disisi Allah namun syaratnya tetap ada. Keyakinan bukan hanya mengungkap dengan bibir semata-mata tetapi ia perlu dibuktikan dengan perbuatan. Perbuatan itu ialah amalan-amalan yang soleh dan sahih yang wajib seperti solat, berpuasa, zakat, haji dan sebagainya. Ayat ini juga sangat bertepatan dengan sunnah Rasulullah seperti mana firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat ke-110:

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

Banyak amalan yang boleh kita lakukan. Jika kaya maka bersedekah. Jika ada kekuatan turun lapangan. Jika ada ilmu sampaikan. Segala macam bentuk kemahiran yang Allah anugerahkan kepada setiap umatnya dan pastinya setiap umat dengan umat yang lain ada perbezaan kemahiran yang tersendiri. Maka, lakukanlah dan hidup biar berjasa.

6.      Ayat yang ke-6, memberikan satu pengajaran bahawa bagi setiap yang berjihad di jalan Allah itu sebenarnya dia telah menolong diri sendiri kerana Allah telah menjanjikan bahawa setiap amalam kebaikan yang dilakukan pasti akan mendapat ganjarannya. Berjihad di jalan Allah melalui dua perkara iaitu dengan jiwa dan harta. Berjihad dengan jiwa iaitu menuntut ilmu, mendidik diri, mennsucikan hati dan berdakwah kepada kaum kerabat dan umat keseluruhannya. Berjihad dengan harta ialah menginfakkan harta di jalan Allah, bersedekah, memberi hadiah, membayar zakat mengikut kemampuan yang ada.

Berjihad di jalan Allah ini akan berterusan sehingga ke hari khiamat. Setiap saat dan dimana sahaja kita berada, perjuangan menegakkan kalimah Allah mesti dilaksanakan serta mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Perjuangan ini telah bermula sejak dari para anbiya’, setiap daripada mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mengajak umat untuk mengabdikan diri kepada Allah. Berjihad untuk mengangkat kalimah tauhid iaitu kalimah syahadah merupakan perkara utama yang harus dilaksanakan mengikut cara yang dilakukan oleh para rasul.

Sebahagian daripada kita ada yang mudah berputus asa dan cepat mengalah. ada yang pada permulaan jalan sudah patah balik. Ada juga bertahan sampai ke pertengahan jalan bahkan ada juga yang sentiasa istiqamah dalam perjuangan. Perlu kita ingat, walaupun kita katakan kita sudah berjuang di jalan Allah sudah lama namun jangan sesekali mengungkit kerana kekhuatiran amalan kita akan menjadi sia-sia. Amatlah malang dan rugi jika perkara seperti itu berlaku.

Kita jangan mudah menyerah dan cepat mengalah. segala usaha yang kita lakukan di jalan Allah pastinya akan membuahkan hasil yang baik. Oleh hal yang demikian, Allah memberi khabar gembira buat para pejuang yang berjihad di jalan Allah. Firman Allah di dalam surah Muhammad ayat ke-7:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu berjasa kepada Allah nescaya Allah membalas jasa kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Selain itu, Allah juga berfirman di dalam surah Fussilat ayat ke-46:

مَّنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا ۗ وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِّلْعَبِيدِ

Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.

Bahkan Allah juga memuji dan menerima segala bentuk kebaikan walaupun sebesar zarrah. Allah sentiasa menilai amalam kebaikan hamba-hambaNya yang ikhlas. Firman Allah dala surah al-Zalzalah ayat ke-7:

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

7.      Ayat ke-7 pula menerangkan kepada kita bahawa amalan yang baik dapat menghapuskan dosa-doa yang terdahulu bahkan dianugerah pahala dan ganjaran yang baik daripada Allah bahkan al-Imam Ibn-Kathir juga menyebut perkara ini bahawa Allah akan menganjari pahala kepada orang yang beriman yang beramal soleh dengan sebaik-baik ganjaran iaitu pahala serta menghapuskan  dosa-dosa. Ini membuktikan bahawa islam menititberatkan dalam melakukan amalan yang baik. Setiap umat tidak terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-sebaik dari mereka itu adalah orang yang bertaubat. Bertaubat juga boleh dilakukan dengan amalan-amalan yang baik kerana janji Allah bahawa amalan yang baik dapat menghapuskan dosa yang lalu. Berdakwah merupakan perkara yang baik. Mensucikan hati juga perkara yang baik. Membentuk peribadi muslim juga perkara yang baik bahkan menuntut ilmu adalah perkara yang baik. Jadi, sangat bertepatan dengan slogan “Dakwah, Tarbiyyah dan Alamiah” itu menganjurkan kita mengerjakan amalan yang soleh.Allah juga berfirman di dalam surah an-Nisa’ ayat ke-40:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ ۖ وَإِن تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِن لَّدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا

Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.

Wallahu a’lam.




Himpunan Usrah Bitara
12/3/2016.

MUKADIMAH

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil’alamin.


Ini ialah catatan ringkas buat teman-teman pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Pada kesempatan ini, saya akan mencoretkan sebuah pengalaman manis dan pahit semasa saya menyertai satu program iaitu “Himpunan Usrah Bitara”. Program ini adalah agenda utama gerakan PKPIM. Program ini bagi saya cukup bermanfaat kepada generasi muda yang cintakan agama dan umat. Program ini juga berkonsepkan santai dan ianya memfokuskan satu konsep permulaan kepada generasi muda mengenai usrah dan keberkesanan usrah kepada generasi muda.

Satu perkara yang saya membuat hati ketawa kecil ialah program ini mendapat tentangan dari pihak KLCC kerana mendapat arahan daripada IPD Dang Wangi. Setibanya saya disana bersama saudara Fazril, saudara Khair dan Arif, kami disapa oleh seorang pegawai. Beliau menasihati kami dengan berhikmah. Beliau menasihati kami supaya menghentikan program ini dengan atas alasan tidak mendapat kelulusan dari pihak KLCC. Kami akur dan menerima Cuma kami mengatakan bahawa kami ingin berehat dan berjalan-jalan sahaja. Sepanjang 4-5 jam kami berada di sekitar KLCC, kami dipantau dan diperhatikan dari setiap sudut. Di atas, bawah, belakang, depan, kanan serta kiri, kami di jaga seolah-olah kami ini adalah penjenayah besar. Sungguh melucukan!Ketika kami sedang makan tengah hari pun kami diganggu. Saya tidak mengerti apakah yang berlaku. Kesabaran menguji hamba-hamba-Nya yang beriman. Kini, baru saya menyedari tentang dua perkara. Pertama ialah kekuatan generasi muda apabila bergabung pasti akan membawa kesan sama ada positif dan negatif. Kedua, perkara baik selalu akan diuji.

Untuk pengenalan kepada pembaca yang dikasihi sekalian. Saya akan menghuraikan serba ringkas tentang program ini dan apakah maksudnya.“Usrah” merupakan satu konsep pendidikan awal untuk membentuk peribadi setiap muslim dalam mencari makna dan jati diri. Usrah melambangkan suatu kekuatan jemaah. Kekuatan sesuatu jemaah itu adalah sangat berkait rapat dengan usrah. Tidak mungkin tertubuhnya suatu jemaah yang berprinsip menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran tanpa sistem usrah ini. “Bitara” pula adalah merujuk kepada satu makna yang tersendiri. Apa yang boleh saya fahami ialah membawa erti satu kuasa yang tidak ada batasnya sama ada dari segi idealisme, intelektualisme, aktivisme dan spiritualisme. Manakala perkatataan “Himpunan” pula merujuk kepada suatu kumpulan yang besar yang akan berkumpul di suatu tempat untuk membincang dan bertukar-tukar pandangan dan idea dalam masa yang sama untuk mengeratkan silaturrahim. Oleh itu, saya mengambil peluang keemasan ini untuk menjadi sebahagian daripada program “Himpunan Usrah Bitara” ini yang telah dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Semua bentuk tulisan adalah pada pandangan peribadi. Semoga bermanfaat kepada pembaca. Insya-Allah.
بسم الله الرحمن الرحيم
Usrah Umum KLMU 16/12/2015.

PERANAN MAHASIWA BITARA

Mukadimah

1.     Siapakah Mahasiwa? Mahasiswa ialah penuntut ilmu. Nabi Muhammad SAW menyebut: “Menuntut ilmu adalah satu kewajipan bagi setiap muslim”. Di dalam memahami konsep menuntut ilmu, mahasiswa perlu mengimani dua konsep teras iaitu bersungguh-sungguh serta tawakal. Kedua- dua perkara ini tidak boleh dipisahkan. Islam mengukur seseorang itu bukan semata-mata kepada keputusan tetapi islam melihat bagaimana seseorang muslim itu bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu pekerjaan tersebut. Perkara ini jelas disebut di dalam kitab Akhlah Islamiyyah antaranya “Al-Akhlak wa Mi’yaruha Baina Wadhi’iah wa Ad-Din” oleh Dr. Abdul Hamid. Islam melihat usaha seseorang tersebut adapun falsafah bukan islam iaitu melihat kepada keputusannya contohnya, bagi mereka ialah mendapat ijazah dengan meniru bukanlah satu kesalahan yang besar tetapi mesti dapatkan ijazah itu tidak kira bagaimana caranya yang penting berjaya ataupun gagal, jika gagal maka terserlah bahawa dia tidak pernah berusaha namun sebaliknya islam tidak!. Begitu jugalah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sangat menititberaktkan konsep ilmu sehinnga “memugar budaya ilmu dan berakhlak mulia” telah menjadi salah satu daripada budaya 7 gerakan yang menuntut ilmu mesti dengan cara yang betul dan ikhlas kerana Allah serta berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukannya.

2.     Ilmu dikategorikan kepada dua. Ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Yang pertama yang wajib difahami oleh setiap muslim ialah ilmu fardhu ain seperti solat. Kedua ialah fardhu kifayah, ilmu ini harus dikuasai oleh sebilangan sahaja dari kalangan muslim seperti perubatan. Dewasa ini, ilmu fardhu ain sudah kian dilupakan oleh muslim. Perkara asas seperti solat, puasa dan zakat sudah lagi tidak ditititberatkan namun yang menjadi keutamaan bagi sesetengah mereka adalah ilmu teknologi, sains, perubatan dan lain-lain. Islam tidaklah melarang muslim itu untuk menguasai ilmu fardhu kifayah tetapi bagaimanakah konsep desekularisasi dapat diterapkan dengan sempurna terhadap kedua-dua ilmu tersebut. Inilah yang ditekankan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam iaitu konsep desekularisasi iaitu mengabungkan revealed knowledge dan acquired knowledge. Apabila kita membaca sebuah buku karya Prof Wan Mohd Nor Wan Daud  iaitu “Budaya Ilmu” membincangkan tentang konsep keperluan dan aspek ilmu,  konsep budaya ilmu, islamisasi terhadap suatu ilmu, ciri-ciri ilmu yang boleh diteladani dan diikuti dan bagaimana konsep ilmu boleh mempengaruhi isu-isu semasa. Buku ini wajar dimiliki dan dibaca oleh semua umat.

3.     3 persoalan yang harus dijawab oleh setiap mahasiwa. 3 persoalan ini perlu dikupas dan dihadaam dengan baik. 1) apakah matlamat, impian dan cita-cita seorang mahasiwa. 2) bilakah seorang mahasiwa dapat merealisasikannya?. 3) bagaimanakah cara dia memperolehinya dan menyumbang?. 3 persoalan  diatas merupakan perkara asas. Mereka perlu jelas dengan matlamat sendiri serta perlu peka dengan keadaan yang bakal dihadapi. Insya-Allah kejayaan akan menanti mereka. justeru, kita membincangkan soal peranan mahasiswa. Perkara ini sangat penting. Akan penulis membuat konklusi dengan artikel yang ringkas dengan sepotong ayat al-quran yang menjelaskan apakah peranan mahasiswa dan haknya.

Peranan Mahasiwa.

1.    Hak individu.

Perkara ini perlu jelas oleh setiap mahasiswa. Apakah matlamatnya. Jadi persoalan itu harus dijawab oleh empunya badan. Dia yang lebih tahu keadaan dirinya bahkan dia juga tahu apakah yang ingin dicapainya. Hak untuk diri sendiri sangat penting kerana jika diri sudah bersedia dan bersiap, dia mampu membantu keluarga, umat dan agama. Begitulah ayat al-quran menyebut dalam surah At-Tahrim ayat ke-6:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)...”

Di dalam tafsir ibn kathir menjelaskan beberapa perkara penting mengenai ayat ini. Beliau menukilkan hadis-hadis  yang shahih daripada rasulullah SAW antara kepentingannya ialah: taat kepada perintah Allah dan menyuruhkan ahli keluarga sentiasa mengingati perintahnya, jangan melakukan perkara yang mungkar dan berbuat maksiat kepada Allah serta menganjurkan konsep pendidikan terhadap anak-anak bermula daripada anak kecil dengan beribadat kepada Allah. Inilah yang dikatakan hak mahasiswa untuk diri sendiri. Menuntut ilmu adalah asas dan semua perkara diatas memerlukan ilmu. Ilmu perlu diamati dan dipraktikan di dalam kehidupan seharian. Sebagai mahasiswa bitara, konsep belajar, belajar dan mengajar perlu bersemadi di dalam hati.

Ketahuilah, hak individu ini jangan disalahertikan dan difahami. Islam tidak mengajar umatnya sifat ananiah iaitu keakuan. Islam sangat menegah hal ini. Hak individu ini merupakan persiapan awal untuk membentuk jati diri yang unggul. Perhatikan sejarah islam terutama zaman Rasulullah SAW. Pendidikan yang diterapkan oleh Baginda SAW kepada para sahabatnya adalah saling membantu antara satu sama lain. Satu ilmu yang dipelajari terus diamalkan serta berkongsi dengan para sahabat  yang lain.

Oleh itu, jika hak yang asas ini sudah dapat dikuasai, insyallah dengan izin-Nya individu tersebut mampu melangkah jauh serta boleh membimbing keluarga, umat dan memelihara agama. Boleh dikatakan bahawa hak untuk diri sendiri adalah prioriti yang utama.

Mukadimah

Bismilillahirrahimnirrahim. Alhamdulillahirabil’alamin.

Tun Dr. Mahathir pernah mengungkap satu perkataan: “The World now lives in fear. We are afraid of everything...War must therefor be made illegal”. Apakah makna hidup? Apakah nilai nyawa sudah tidak berharga lagi? Apakah nilai nyawa semurah Kangkung? Mengapa ini semua berlaku? Kenapa perang disana disini baik di barat mahupun di timur sama ada sesama agama ataupun sesama bangsa? Adakah dunia waktunya sudah sampai penghujung? Bagaimana harus dihentikan semua perkara fasad ini? Bilahkah perang akan tamat? Bilakah dunia akan aman? Apakah kekuasaan dengan menghancurkan umat itu menjadi satu kebanggaan? Hidup manusia sudah tiada kedamaian. Pasti ada kecelakaan akan berlaku. Lihatlah bagaimana saudara-saudara kita di Rohingnya, Palestin, Syria, Selatan Thai, Bosnia dan perhatikanlah masyarakat islam di negara Malaysia sendiri. Senapang digantikan dengan pensil bagi kanak-kanak. Hakikatnya meraka adalah kanak-kanak yang mempunyai impian dan cita-cita. Ada bercita-cita ingin menjadi alim ulama’, jurutera, peniaga, angkasawan dan sebagainya namun hidup mereka dipaksa memegang senapang untuk mempertahankan negara. Nyawa digadai. Cita-cita terabai!

Hidup ini hanya sementara. Hidup di dunia adalah satu persinggahan. Hidup di dunia adalah untuk mencari bekalan di sana. Apabila manusia dihidupkan oleh Alllah di muka bumi ini pasti mempunyai tujuan yang tertentu. Maka, Allah menjadikan manusia yang pertamanya adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah semata-mata dan keduanya ialah untuk menjadi pemimpin untuk memimpin diri daripada api neraka dan menjadi pemimpin yang adil untuk mengurus dunia.

Isu umat mesti ditangani dengan baik dan adil. Segala kerosakan mesti diperbetulkan. Perkara yang mungkar ditegah dan perkara yang ma’ruf mesti disuruh dan diamalkan. Islam menititberatkan soal kedamaian, kesihatan, keselamatan, keadilan dan menolak perkara yang batil, kezaliman dan kemusnahan. Tiada satu agama pun di dunia ini yang berani mengaku bahwaa ia menyokong perkara-perkara yang zalim.

Justeru, penulisan pada kali ini akan memfokuskan hal isu semasa yang wajar direnungi dan difahami oleh seluruh umat khususnya umat islam. Apa yang islam ajar itulah yang harus kita ikuti. Dan apa yang islam tegah itulah yang harus kita tinggalkan.

Bagaimanakah jihad boleh memberi keamanan dan kesejahteraan kepada umat? Dan apakah fungsi jihad? Oleh itu, umat islam harus sedar dan memahami konsep jihad dengan betul. Sungguh! Konsep jihad sangat luas. Dimensinya menyeluruh aspek kehidupan bermula dari rumah tangga hinggalah kepada pemerintahan. Konsep jihad jika dihayati dengan mata hati, segala prinsip maqasid syariah juga berkait rapat dengan jihad.
Insyallah, pada kesempatan ini, penulis ingin berkongsi dapatan hasil pembacaan dan pemahaman yang cetek ini kepada sekalian pembaca mengenai “Memaknai Jihad, Perana Umat untuk Umat”.



1.   انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

 Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (at-Taubah:41).
Save Al-Quds; Peranan umat islam.
Wahai saudaraku seagama islam,

Ketahuilah bahawa Al-Quds adalah kota yang suci bagi seluruh umat islam. Sebuah kota yang mempunyai sejarah yang cukup agung dan hebat. Kota ini juga telah melahirkan beberapa utusan Allah dengan membawa misi ketauhidan serta menyeru umatnya kearah jalan kebenaran dan kebaikan. Allah SWT juga telah mengangkat kota suci ini dan sentiasa akan memberkatinya sehingga hari Khiamat. Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat pertama:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Ertinya:Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Wahai saudaraku yang beriman,

            Kita semua adalah satu umat. Kita semua bersaudara. Kita juga adalah sebaik-baik umat yang menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Yang menjadi perbezaan di antara kita ialah ketaqwaan. Allah berfirman di dalam surah al-Hujrat ayat 10:
إنمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Ertinya:Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Jika benar kita orang islam yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya nescaya isu al-Quds adalah tidak asing bagi kita. Kita mesti membantu saudara kita jika kita mengakui bahawa umat islam di Palestin adalah saudara kita. Seperti sabda nabi Muhammad SAW: “Seorang Muslim itu adalah saudara kepada muslim yang lain, dan dia tidak menzaliminya dan dia juga tidak membiarkan saudaranya disakiti serta menolong dan mempertahankannya.” Begitu juga dengan sabda Nabi Muhammad SAW:Perbandingan orang-orang yang beriman tentang perasaan kasih sayang, berbelas kasihan dan  bersimpati mereka adalah seperti satu tubuh badan, sekiranya salah satu anggota daripadanya mengadu sakit, maka bersahut-sahutanlah lain-lain anggota kepadanya dengan tidak dapat tidur dan demam selesma.” Terdapat banyak lagi shahih yang menghuraikan kepentingan persaudaraan ini terutama apabila kita membaca Tafsir Ibn Kathir.
Allah juga berfirman dengan menyatakan bahawa kewajipan umat islam itu mesti menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar di dalam surah ali-‘Imran ayat ke 110:
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
Ertinya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
Prof  Hamka dalam tafsirnya tafsir Al-Azhar telah menghuraikan satu isi penting yang cukup baik apabila dia mengungkapkan bahawa ketiga-tiga faktor inilah yang menjadi sebab kamu menjadi sebaik-baik umat iaitu 1) menyuruh yang baik 2) mencegah yang mungkar 3)beriman kepada Allah. Kalau ketiga tidak ada, nescaya kamu bukanlah yang sebaik-baik ummat,bahkan mungkin menjadi seburuk-buruk ummat, lantaran itu apabila kita membaca ayat ini, janganlah hanya memegang pangkalnya, lalu membangga, sebagaimana membangganya orang Yahudi mengatakan, bahawa mereka adalah “pilihan tuhan”. Nazubillah.
Justeru, menyuruh yang baik ialah dengan menceritakan kepada dunia bahawa Palestin adalah hak milik orang islam. Memberikan sumbangan seperti kewangan, sokongan dan doa. Selain itu juga, menyuarakan kemarahan kepada PBB dan sekutunya bahawa mesti menghentikan kezaliman juga adalah kebaikan. Menghantar memorendum kepada pihak yang berautoriti juga adalah kebaikan. Inilah beberapa bukti yang menyatakan bahawa kita ingin menjadi umat yang terbaik dan kita semua umat islam adalah bersaudara.

Wahai saudaraku yang beriman kepada rasul Nabi Muhammad SAW,

Tidakkah kalian mendengar hadis nabi Muhammad SAW yang shahih dalam kitab “Al-Mujam Al-Ausath” karya Ath-Thabarani menyebut:
من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Ertinya: “sesiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan orang islam maka dia bukan dalam kalangan mereka.”
Imam Hassan Al-Banna menyebut satu ucapan yang indah yang telah dinukilkan oleh Syiekh Yusuf Al-Qardhawi dalam kitabnya “Fiqh Jihad”: “antara jenis jihad dalam islam wahai saudara yang dikasihi: perasaan yang kuat meliputi kelembutan hati itu kepada kehebatan dan kemulian islam, rindu kepada kekuasaan pemerintahan dan kekuatan islam serta menangis atas kelemahan umat islam dan kehinaan yang menimpa mereka.” Inilah apa yang diertikan erti persaudaran sesama islam. Kita tanya diri kita. Apakah kita seorang yang beriman?

Wahai saudaraku yang cintakan islam,

Baru-baru ini, kita digemparkan satu khabar sedih yang menyayat hati. Rasa geram panas membara sehingga arang yang digenggam itu menjadi abu disebabkan kemarahan yang menyala-nyala terhadap apa yang berlaku di kota suci Al-Quds. Yahudi Zionis telah berani untuk menceroboh masjid Al-Aqsa. Meraka juga sudah membina penempatan haram di sekelilingnya bahkan yang paling membuat umat islam merasa benci dengan Yahudi Zionis ini ialah dimana mereka ingin memecah dan membahagikan masjid Al-Aqsa kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk ritual persembahan Yahudi Zionis dan sebahagiannya yang lain kepada umat islam. Mungkin akan datang seluruh Al-Aqsa akan menjadi tanah mereka seperti mana yang berlaku di Palestin. Semoga Allah menyelamatkan Al-Quds.
Ya Allah, ini adalah isu seluruh umat manusia. Bukan sahaja umat islam. Seluruh umat manusia pasti membencikan kezaliman. Tidak ada satu agama yang menghalalkan kezaliman. Ayuh semua para pemuda yang cintakan agama. Mari kita menyatakan sokongan dan membantu umat Palestin dalam memperjuang mencari kemerdekaan dan kedamaian. Dimanakah suara-suara pemimpin islam? Dimanakah fatwa ulama’? dimanakah golongan yang mengakui bahawa mereka al-ghuraba’. Ayuh semua bangkit!

Wahai saudara seperjuanganku,

Walaupun umat islam sudah hampir mencecah 1 bilion ramainya tetapi isu Palestin masih tidak dapat diselesaikan. Buku syiekh Yusuf Al-Qardhawi iaitu “Fatwa Palestin” dan “Fiqh Jihad” juga belum dapat membuka mata para pemimpin islam. Walaupun ramai ulama’ kita sudah membahaskan isu jihad dalam pelbagai kitab seperi Dr. Wahbah Az-Zuhaili dalam kitabnya “Fiqh Islami Wa Adillatuhu” begitu juga terjemahan kitab seperti “Kuasa Rakyat” oleh Ar-Roisouni serti “Kebangkitan Rakyat” oleh Al-Qardhawi dan ramai ulama’ lagi yang telah mengupas dengan baik isu jihad ini berlandaskan Al-Quran dan Hadis tetapi umat islam tetap masih buta, leka serta buat-buat bodoh terhadap apa yang berlaku di mana-mana negara islam yang tertindas seperti perangai orang munafik dalam firman Allah dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud: mereka menutup jari jemari mereka ke dalam telinga mereka...”. na’uzubillah.
Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW daripada riwayat Muslim Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Sesiapa yang berjihad menentang dengan tangan, maka dia ialah Mukmin. Sesiapa yang berjihad menetang mereka dengan lisan, maka dia ialah Mukmin. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan hati, maka dia ialah mukmin. Selepas tiga peringkat, tidak ada lagi iman walaupun sebesar sebiji sawi.” Inilah tanggungjawab umat islam. Peranan umat islam adalah bersatu hati dalam menentang kezaliman apa yang menimpa ke atas saudara kita di Palestin. Mungkin kita tidak cukup kuat dari segi ketenteraan tetapi percayalah jika seluruh hati umat islam bersatu pasti kemenangan milik kita. Pelbagai cara yang boleh dilakukan seperti menulis, berpidato, menghantar memorendum di depan kedutaan yang berkenaan, memberi sumbangan dan lain-lain mengikut kepakaran masing-masing dengan ikhlas kerana Allah insya-Allah Dia akan membantu hamba-Nya seperti yang dijanjikan dalam surah Muhammad ayat ke-7:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Setiap umat manusia mempunyai peranan masing-masing dalam memperjuangkan isu Palestin ini. Seperti apa yang disebut Al-Qardhawi dalam “Fiqh Jihad”: “kaum lelaki mempunyai peranan yang sesuai dengan mereka, kaum wanita mempunyai peranan yang sesuai dengan mereka, golongan tua mempunyai peranan yang sesuai dengna mereka, kanak-kanak mempunyai peranan yang sesuai dengan mereka, orang yang berpendidikan mempunyai peranan yang sesuai dengan mereka dan golongan buta huruf turut mempunyai perana yang sesuai dengan mereka. Apa yang dituntut ialah setiap orang ditempatkan pada posisi yang sesuai dengannya.” Inilah apa yang disebut keadilan dan kesejahteraan. Jika setiap umat islam memainkan peranan seperti ini pastinya keadilan dan kesejahteraan terlaksana. Inilah sunnah Rasulullah SAW. Didikan yang diajarkan oleh baginda cukup sifat dan fleksibel diamalkan pada setiap masa dan tempat.

Wahai saudaraku,

Sebelum aku menutup kalam ini. Aku ingin berpesan kepada diriku dan kalian. Aku ingin memetik beberapa ayat al-quran dan hadis nabi Muhammad SAW berkenaan kepentingan peranan umat islam terhadap isu Palestin ini khususnya Al-Quds kerana dua sumber ini jika kita berpegang teguh kita akan selamat dan tidak akan sesat.
1)      Allah berfirman di dalam surah At-Taubah ayat ke-41:
انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
 Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
2)      Allah berfirman di dalam surah Al-Anfal ayat ke-60:
وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

Ertinya:Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

3)      Nabi Muhammad SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitab al-Musnad: Sentiasa wujud kumpulan daripada umatku yang jelas dilihat mempertahankan agama, mengalahkan musuh-musuh mereka. golongan yang menetang mereka sedikit pun tidak memudaratkan mereka melainkan kesempitan yang menimpa mereka sehingga datang arahan Allah ( hari kiamat atau angin yang mematikan orang beriman) dalam keadaan mereka masih sebegitu. “mereka (para sahabat) bertanya,” Di manakah mereka, wahai Rasulullah?” Baginda bersabda. “di Baitulmuqaddis dan kawasan naungan Baitulmuqaddis.”

4)      Nabi Muhammad SAW bersabda daripada riwayat Muslim: Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak berperang dan tidak berniat untuk berperang, maka dia mati dalam salah satu cabang nifak.”

Selain itu, Imam Ibnu al-Qaiyyim berkata, “oleh itu, pengesahan terhadap perkara ini iaitu mengenai jihad ialah, jenis jihad adalah fardhu ain sama ada jihad dengan hati, lidah, harta dan tangan. Maka, wajib ke atas setiap Muslim untuk berjihad dengan salah satu daripada semua bahagian ini.” (diukilkan oleh Al-Qardhawi dalam “Fiqh Jihad”)
Inilah peranan yang harus ditempuhi oleh seluruh umat islam.  Berkhidmat dan berjasalah untuk agama kerana ia satu tuntutan maqasid syariah yang paling utama.
Semoga Allah menyelamatkan Umat islam di seluruh dunia khususnya umat Palestin dan Al-Quds dan marilah seluruh umat islam berhimpun, bersatu dan berdoa kepada Allah kerana Dialah sahaja tempat pertolongan dan janji-Nya untuk membantu umat islam adalah benar tetapi bersyarat seperti hadis Nabi Muhammad SAW: “Pertolongan Allah bersama hamba-Nya selagi mana hamba-Nya menolong saudaranya”. Begitu juga dalam hadis yang shahih Nabi Muhammad SAW bersabda: “jika seorang muslim berdoa kepada saudaranya secara rahsia maka Allah akan mengkabulkan doanya dan untuknya juga.”
Terima kasih.
Hidup Biar Berjasa.
Ayuh bersama bersolidariti untuk umat Palestin demi kerana Allah.


رسالة سماحة الشيخ يوسف القرضاوي إلى الأستاذ أنور إبراهيم والحكومة الماليزية
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه،وبعد)
فإن ماليزيا دولة حبيبة إلينا، عزيزة علينا، أثيرة لدينا، لها ذكريات طيبة في نفوسنا، ومحبة صادقة في قلوبنا، ومكانة سامقة في عقولنا. جمعتنا بأهلها علاقات متينة، وزيارات متكررة. وإن أفئدتنا لتبتهج كلما رأيناها تشق طريقها نحو العلا والتقدم في المجالات المختلفة، ونحن ندعو الله لماليزيا، وشعبها، وحكومتها، وملكها أن يديم عليهم مسيرة التقدم والرخاء، والترابط والإخاء.
وإن كنا نأمل أن تتسع الآفاق  التي وسعت الانفتاح التعليمي والاقتصادي، والاجتماعي والعلمي، لتشمل الانفتاح السياسي، وألا تنظر الحكومة في ماليزيا إلى معارضيها كما تنظر دول العالم الثالث، فالمعارضة جزء رئيس من مكونات الدولة في النظم الديمقراطية، وهي صمام أمان للحفاظ على وحدة البلد واستقراره، وعدم انجراف الشباب نحو الأفكار الهدامة، والتيارات المتطرفة.
أقول هذا، بمناسبة ما يمر به أخونا وصديقنا الأستاذ الكبير أنور إبراهيم، الذي قام بأدوار عظيمة، وإنجازات كبيرة، وجهود طيبة، استفادت منها دولة ماليزيا والمجتمع الماليزي كله.
وقد تابعت كما تابع الناس اتهام الأستاذ أنور بهذه التهمة الغريبة، التي لا تتوافق مع سنه، ولا خلقه، ولا دينه، ولا تاريخه، ولا مكانته، وما أحاطها من ظروف وملابسات غريبة، وتبرئته في أحد أدوار التقاضي تبرئة تامة، ثم الحكم عليه في الدور الذي يليه حكما نهائيا، بعد أن ذهبت الأدلة ومضت مدة من الزمن لا يمكن معها التأكد من شيء.
لقد عرفت أنور إبراهيم شابا في مقتبل شبابه، ثائرا على الأنظمة القديمة، رئيسا لشباب ماليزيا (أبيم) ثم عرفته حين سجن من أجل قيادته الثائرة، ثم عرفته بعد خروجه من السجن وقد اقترب من حزب (آمنو) ثم أصبح عضوا في الحزب، وتولى أكثر من وزارة، حتى أصبح الرجل الثاني في الحزب وفي الحكومة.
ودعاني أنور إبراهيم أكثر من مرة للتقريب بين الحزب الإسلامي وحزب ( آمنو) وكنت عند النداء، لأني كنت أنشد القوة والوحدة والاستقامة لماليزيا.
وتعاونت مع أنور إبراهيم في إقامة الجامعة الإسلامية العالمية، التي تقوم على الجمع بين علوم الوحي، والعلوم الكونية والإنسانية.
وعرفته وهو يتألق في ماليزيا وفي العالم العربي، وفي العالم الغربي، نائبا لرئيس وزراء ماليزيا ووزيرا لماليتها، فكان واحدا من أبرز القادة في ماليزيا الحديثة، وأحد الرجال الذين ساهموا في نهضتها، وكان العالم كله ينتظر – وقتئذ- أن يكون رئيسا للوزراء، وقائدا لماليزيا في مرحلة جديدة، لولا ما تدهمنا به السياسة من صدمات.
أحسبه مسلما صادقا، ومؤمنا مستقيما، يؤدي الواجبات، ويجتنب الكبائر والمحرمات، ويعمل لعزة دينه، ورفعة بلده، وخدمة أمته، والله حسيبه ولا أزكيه على الله.
واليوم أنور إبراهيم هو السياسي الوحيد الذي لوحق ويلاحق بقضايا تثار حولها الشبهات، ويسجن في الواحدة تلو الأخرى!! ولو شككت في فعله ما اتهم به، لما كتبت ما أكتبه الآن.
لقد كان بوسعي أن أسكت عما يعانيه الرجل من سجن، غير أن وفائي للرجل، ومعرفتي به وأصالة معدنه، ونصيحتي الخالصة لماليزيا شعبا وحكومة، يمنعاني من أن أغض الطرف عن هذا الموضوع، ويوجبان علي أن أتوجه بالنداء إلى جلالة اليانغ دي. بيرتوان أغونغ/ عبد الحليم معظم.
وإلى فخامة الداتو سري/ محمد نجيب تون عبد الرزاق: رئيس الوزراء الماليزي ، إلى إصدار عفو عن الأستاذ أنور إبراهيم، لا سيما وهذه القضية لم تحرك في عهد رئيس الوزراء الحالي، الذي قابلته وراسلته، وآزرته، وأحسنت الصلة به. وأحسب أنه- بإذن الله- مستجيب لهذا النداء.
وأدعو إلى العمل على طي هذه الصفحة التي تسيء إلى دولة ماليزيا وقادتها، وإني والله لحريص كل الحرص على توحيد أهل البلد الواحد، بل توحيد الأمة الإسلامية، {وَإِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ } [المؤمنون:52]، و{ وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا } [آل عمران: 103]، {وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ} [ الأنفال:46].
اللهم اجمع الكلمة على الهدى، والقلوب على التقى، والأنفس على المحبة، والعزائم على عمل الخير وخير العمل. آمين
                           
                                                 يوسف القرضاوي

                                         رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين

Perutusan Sohibus Samaham As-Shiekh Yusuf Al-Qardhawi kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Malaysia.
Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya, para sahabatnya serta sesiapa yang mengikut petunjuk hidayahnya.
Malaysia sebuah negara tercinta, berharga dan bermakna bagi kami. Terdapat kenangan yang manis bersemadi dalam jiwa kami. Kasih sayang dan kebenaran mencuit hati kami. Begitu juga bangunan yang tinggi  mencakar langit  bermain di fikiran kami. Kami juga telah menjalinkan persahabatan yang utuh dengan masyarakatnya bahkan juga kerap kali kami menziarahi negara ini. Hati kami sungguh merasa senang kerana kami telah melihat masyarakat di negara ini telah melalui perjalanannya terhadap kemajuan dan ketamaduan dalam bidang yang pelbagai. Kami berdoa kepada Allah untuk Malaysia, rakyatnya, kerajaannya dan pemerintahannya dikekalkan kemajuan, kemakmuran, perhubungan dan persaudaraan.
Sungguhpun kami berharap dapat negara Malaysia dapat meluaskan perceburan dalam bidang pendidikan, ekonomi, sosiologi, dan keterbukaan dalam bidang politik. Adapun jika kita meneliti pemerintahan di Malaysia, kita juga akan mendapati terdapat juga pihak pembangkang sama seperti negara-negara dunia ketiga. Pihak pembangkang adalah salah satu bahagian dari sistem demokrasi. Sistem ini berfungsi untuk mengekalkan keamanan, perpaduan dan kestabilan negara serta memelihara para pemuda daripada hanyut ke dalam pemikiran yang rosak dan arus pelampau.
Aku katakan hal ini kerana terdapat suatu peristiwa yang menimpa kepada saudara kita iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mana beliau memainkan peranan yang besar dan bersungguh-sungguh untuk menjadikan negara Malaysia makmur dan rakyatnya mendapat manfaat yang selayakanya.
Aku telah mengikuti perkembangan Anwar Ibrahim seperti mana yang diketahui oleh kebanyakkan orang bahawa Anwar telah dituduh dengan tuduhan yang pelik. Tuduhan yang ketidakkesesuaian pada peringkat umurnya, akhlaknya, agamanya, sejarah silamnya dan kedudukannya serta keadaanya disebulungi kes yang pelik. Dia telah digugurkan daripada dakwaan. Kemudian muncul satu dakwaan yang baru yang telah dikenakan keatasnya. Tidak didapati satu pun bukti bahawa dia terlibat dengan kes yang pelik itu.
Aku mengetahui bahawa Anwar seorang pemuda yang berwawasan. Beliau tidak suka pada sistem-sistem yang lama dan lapuk. Beliau pernah menjawat jawatan presiden belia Malaysia iaitu ABIM. Kemudian selepas keluar dari penjara pada usia mudanya dia cuba mendekati parti Umno dan menjadi ahli. Dilantik menjadi menteri kemudian menjadi orang kedua paling penting dalam parti dan kerajaan.
Anwar Ibrahim telah menjemputku beberapa kali bertujuan untuk merapatkan jurang di antara PAS dan juga  UMNO. Ketika itu aku dijemput untuk berucap untuk menyatakan tentang kesatuan, kekuatan dan integriti. Aku telah berkerjasama dengan Anwar Ibrahim dalam membangunkan sebuah Universiti Islam Antarabangsa yang mana tujuannya untuk menggabungkan Al-quran dan Sunnah dengan Akademik.
Dan aku telah mengenali dia yang mana telah dikenali di Malaysia dan di dunia Arab serta di dunia Barat  sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri kewangan, beliau adalah salah seorang pemimpin yang paling menonjol di Malaysia moden. Beliau merupakan salah seorang daripada kebanyakkan orangyang menyumbang kepada kebangkitan.  Seluruh dunia sedang menanti beliau untuk menjadi Perdana Menteri, dan pemimpin Malaysia dalam fasa baru jika bukan kerana permasalahan politik yang berlaku.
Aku beranggapan bahawa dia seorang muslim yang jujur dan mukmin yang benar. Dia melaksanakan perkara yang wajib, meninggalkan dosa besar dan perkara yang haram. Dia juga melakukan sesuatu untuk memuliakan agamanya, dan membina negaranya serta berjasa untuk rakyatnya. Sesungguhnya Allah Maha penghitung. Dan aku tidak mengatakan sesuatu itu lebih baik mengatasi ilmu Allah.
Pada hari ini, Anwar Ibrahim ialah Pemimpin politik yang satu-satunya yang mempertahankan isu yang dibangkitkan sehingga dia dipenjarakan. Jikalau kamu mengesyaki apa yang dilakukannya maka itu satu tuduhan. Inilah yang aku telah perkatakan dan aku akan perkatakan sekarang.
Aku mampu untuk berdiam terhadap penyeksaan yang dihadapi anwar di penjara, akan tetapi aku telah berjanji padanya dan aku mengenalinya dan asal usulnya...dan nasihatku yg khusus pada malaysia , rakyatnya dan kerajaannya, menegah aku daripada menundukkan pandanganku daripada membincangkan topik ini ..dan mewajibkan aku utk menujukan seruan ini kepada Yang Dipertuan Agong. Aku memohon kepada Duli Yang Maha Mulia  Yang Dipertuan Agong Abdul halim Mua’zam. Kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Muhammad Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia supaya memberi kemaafan kepada Anwar Ibrahim terutama terhadap isu ini yang tidak ada kesudahan. Begitu juga era Perdana Menteri ketika ini, yang mana aku telah bertemu dan saling mengutus surat kepadanya. Aku menyatakan sokongan dan memperbaiki hubungan dengannya.
Aku berharap permintaan ini dikabulkan dengan izin Allah. Aku berharap risalah ini tidak menyinggung hati rakyat Malaysia dan pemimpinnya. Sesungguhnya aku bersumpah aku hanya menyatukan rakyat dalam sesebuah negara bahkan ingin menyatukan ummat islam. Firman Allah: “Sesungguhnya umatkamu adalah umat yang satu, dan Akulah tuhanmu, maka bertaqwalah”. (Al-Mu’minun:52). “berpeganglah kamu dengan tali Allah (agama islam) dan janganlah kamu bercerai-berai”. (Al-‘Imran:103). “dan janganlah kamu berbantah-bantah; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan bersabarlah; sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar”.
Ya Allah, jadikanlah setiap perkataan ini ke arah petunjuk, hati yang bertaqwa, memperoleh kasih sayang, dikuatkan azam untuk melakukan kebaikan dan amalan yang mulia. Amin.