Buku “Muqadimah ila fanni al-Turjumah” مقدمة إلى فن الترجمة

Buku berjudul “Muqadimah ila fanni al-Turjumah” ini hasil karya Dr.Muhammad al-Bakhir. Beliau merupakan pensyarah Universiti Islam Antrabangsa Malaysia. Seorang pendidik yang berdedikasi. Seorang yang guru yang memiliki semangat mengajar yang tinggi dan sentiasa ikhlas menyampaikan ilmu. Seorang ustaz yang tidak pernah lelah dan sentiasa memberikan dorongan dan nasihat kepada anak muridnya agar menjadi manusia yang cemerlang akademik dan sahsiah.

Buku ini juga menjadi silibus utama dalam subjek terjemahan bagi pelajar jurusan Bahasa Arab di UIAM khususnya bagi pelajar yang mengambil subjek dengan Dr. Muhammad al-Bakhir, maka buku ini menjadi rujukan utama dalam mengenali displin terjemahan serta mempelajari tata cara terjemahan.

Buku ini mengandungi 7 topik utama dan setiap topic utama ini mengandungi sub topik yang membincangkan setiap topic utama tersebut secara mendasar.
Topik pertama, menerangkan tentang pengenalan ilmu terjemahan dari segi maknanya dan syarat-syaratnya.

Topik kedua menghuraikan tentang kepentingan ilmu terjemahan dan kesan ilmu ini terhadap kemajuan dan pembangunan Negara serta membina pemikiran masyarakat.

Topik ketiga, menjelaskan faktor perkembangan ilmu terjemahan dari sudut sejarah dan bagaimana masyarakat terdahulu mementingkan ilmu terjemahan ini
.
Topik keempat, membahaskan jenis-jenis teks yang bersesuaian berpandukan ilmu terjemahan kerana setiap ilmu terjemahan mempunyai displin yang berbeza jika hendak menjadikan terjemahan itu berjaya.

Topik kelima, mengupas kaedah ilmu terjemahan. Kaedah-kaedah ini sangat penting dalam menterjemahkan sesuatu ilmu.

Topik keenam, membincangkan soal bentuk-bentuk ilmu terjemahan yang masih berkait dengan topic kelima namun disertakan permasalah di setiap bentuk-betuk ilmu terjemahan tersebut.

Topik ketujuh, topik yang terakhir. Menutup perbincangan dengan menyediakan beberapa sumber rujukan yang lain dan beberapa latihan asas dan mudah namun memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menterjemahkannya.

Pada penulisan yang ringkas ini, saya sebutkan beberapa kaedah dan displin ilmu terjemahan. 1. Terjemahan berhuruf iaitu terjemahan 100% mengikut bahasa tanpa ada penambahan dan pengurangan. Secara ringkas, teknik ini boleh menyebabkan satu terjemahan menjadi tempang. 2. Terjemahan maknawi iaitu penterjemah memahami teks dan menterjemahan ikut gaya bahasa dia suka. Teknik ini juga tidaklah baik tetapi masih boleh diterima. 3. Terjemahan berhuruf dan maknawi iaitu menggabungkan kedua-dua teknik tersebut dan hasilnya akan menjadikan sebuah terjemahan yang sangat baik. Terdapat banyak lagi teknik lain.

Kita perlu mengetahi bahawa ilmu terjemahan merupakan salah satu kaedah menuntut ilmu. Karya-karya asing diterjemahkan ke dalam Bahasa Ibuanda untuk difahami isi kandungan tersebut. Amalan ini telah diamalkan sejak berzaman sebelum lagi kedatangan Islam. Apabila Islam menjadi kuasa besar pada kurun 3H. Proses ini menjadi salah satu sumber ilmu yang sangat penting. Karya-karya dari Parsi, Rom dan India diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab supaya masyarakat ketika itu dapat memahami ilmu dari bangsa asing. Sebagai contoh karya yang teragung seperti kitab “Al-Sinad Hind” mengenai ilmu falak oleh al-Khawarizmi, karya Bahasa Sanskrit ini telah diterjemahkan kepada Bahasa Arab.

Dr. Abdul Rahman bin Haji Abdulullah dalam bukunya “Sejarah dan Tamadun Islam” menyenaraikan beberapa usaha kerajaan abbasiah terhadap ilmu terjemahan. Sebagai contoh Khalifah Abu Jaafar Mansur ialah khalifah abbasiah yang kedua. Beliau menggalakkan dan memulakan kegiatan penterjemahan buku-buku Yunani, Parsi dan India ke bahasa Arab.

Begitu juga Khalifah Harun al-Rasyid dan diteruskan juga oleh khalifah al-Makmun juga melakukan hal yang sedemikan seperti menggiatkan lagi usaha kegiatan terjemahan, pembukuan dan penciptaan ilmu pengetahuan walaupun dia bermazhab muktazilah tetapi kita perlu menghargai sumbangan beliau.

Proses terjemahan merupakan satu kerja yang agak sukar dan walaubagaimanapun tidaklah susah untuk dilaksanakan bagi yang ahlinya. Proses ini memerlukan kesungguhan dan kefahaman yang mendalam terhadap bahasa. Jika dia bangsa melayu, dia mesti menguasai Bahasa Malaysia sepenuhnya dan jika dia mahu menterjemahkan Bahasa Arab ke Bahasa Malaysia, dia perlu menguasai kedua-dua bahasa tersebut.

Saya melihat dunia penterjemahan bagi negara kita agak kurang berbanding negara luar seperti Jepun. Dikhabarkan kepada saya, satu buku dari luar yang masuk ke negara mereka, mereka mengambil satu hari sahaja untuk menyiapkan terjemahan tersebut. Di sini, kita belum ada kekuatan seperti itu kerana banyak faktor di antaranya kemalasan dan menggangap terjemahan ini bukan satu sumber ilmu.

Walaupun di Negara kita memiliki banyak penerbitan buku tetapi saya mengakui bahawa kita belum ada kekuatan dalam menterjemahkan karya asing ke dalam Bahasa Malaysia sedangkan kita tahu bahawa Bahasa Malayisa adalah bahasa rasmi Negara. Masyarakat kita majoritinya fasih menutur dan membaca dalam Bahasa Malaysia.

Di samping itu, ada juga cepat melatah terus mengkritik jika terjemahan kitab arab diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia seperti tidak sampai makna dan banyak potongan. Saya melihat, itu tidaklah menjadi isu yang sangat besar kerana karya asing juga tidaklah sempurna tatabahasanya seperti al-Quran yang terjamin 100% tepat bahasanya. Karya asing masih tetap ada kesalahan.

Apa yang penting, masyarakat kita dapat memahami ilmu yang disampaikan. Tiada apa yang sempurna tetapi kita cuba menyempurnakannya. Kalau hendak diikutkan terjemahan al-Quran yang sedia ada pun tidaklah tepat sangat dan memerlukan pembentulan dan penambahan. Tetapi fitrah manusia, apabila dia mula mengetahui 1 bab, dia mesti ingin mengetahui bab yang lain. Oleh itu, proses menuntut ilmu ini berterusan dan mempelajarinya sehingga akhir hayat.

Berbalik kepada isu utama mengenai terjemahan karya Bahasa Arab ke Bahasa Malaysia. Ya, memang benar bahawa ilmu alat Bahasa Arab sangat penting namun juga kena ingat firmah Allah azza wajalla dalam surah Ibrahim ayat ke-4:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ ۖ
 “Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka.”

Suruhan ini sangat jelas kepada para sarjana Islam di Malaysia khususnya supaya menterjemah karya Bahasa Arab ke Bahasa Malaysia supaya masyarakat kita mudah membaca dan memahami serta dapat mengamalkannya.

Oleh itu, bagi para ahli yang mahir, menjadi kewajipan mereka untuk menterjemahkan karya-karya arab untuk tatapan masyarakat awam. Jika ada terjemahan yang tempang, mereka perlulah mengubahsuai dan membetulkan semula dan mencetakkannya kembali. Ini lebih baik kerana buku itu akan menjadi rujukan kepada seluruh alam.

Saya juga terbayang, apakah ada satu hari nanti, sarjana Islam dari luar pula akan mencari karya-karya dalam Bahasa Malaysia untuk diterjemahkan ke dalam bahasa mereka. Insya-Allah.

Selamat membaca buku ini.


Wallahu a’lam.
أهمية الانترنت في حياة الطلبة
الطالب 1      : السلام عليكم ورحمة الله وبركاته يا حبيبي. صباح الخير. 

الطالب 2      : وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته يا أخي الكريم. صباح النور.

الطالب 1      : كيف حالك وكيف أحوالك وأخبر أسرتك؟ ما رأيتك منذ الزمن.

الطالب 2      : أسف، الحمد لله على كل حال. وكله خير. قد كنتُ مشغول بدراستي. وكيف أنت؟

الطالب 1      : ما شاء الله، أنت طالب مجتهد، إن شاء الله ستنجح في دراستك. وأنا الحمد لله تمام.

الطالب 2      : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:" طلب العلم فريضة على كل مسلم". أليس كذلك؟ وأنت أيضا ستنجح في دراستك.

الطالب 1      : بلى، والله، يا حبيبي. قد تذكرتُ قوله تعالى: " يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ". العلم مهم في حياتنا.

الطالب 2      : ما أجمل هذه الأية!

الطالب 1      : يا حبيبي، ألم ترى أن الانترنت هي أمر ضروري في حياتنا الآن لأن ستجد العلم الكثير منها الفقه، والعقائد، والنحو، والصرف، والبلاغة، والتاريخ، والاحساب وغيرها.

الطالب 2      : نعم، هذا صحيح، من فوائد كثير جدا منها نعلم قضايا المعاصرة، والفتوى الجديدة، وأخبار الأمام من دول الأخر.

الطالب 3      : لو سمحت، السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. ماذا نقشتم؟

الطالب 1      : وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته.  

الطالب 2      : أهلا وسهلا يا حبيبي. هيا معنا. نتكلم عن أهمية الانترنيت.

الطالب 3      : أحسنتما. مناقشة جميلة ورائعة. وعندي الكتاب الجديد. وهذا الكتاب يناسب بمناقشتنا. اسمه "دنيا الإسلام بدون الإنترنت" لتوني حندرويونو.

الطالب 1      : واه، كأنك دودة الكتب. أنت تحب الكتب حبا جما.

الطالب 2      : ما هي المحتويات هذا الكتاب؟ أخبرنا.

الطالب 3      : مؤلف يقول أن الانترنت مهمة لدى الدين الإسلامي، وفي رأيي، بطريقة الانترنت، ممكن أن دفع الدين الإسلامي من حيث رد على من أنكر القرآن الكريم والسنة مثل فرقة القرآنيين.

الطالب 1      : طبعا يا زميلي، كانت قضية 9 نوفمبر 2001. بسبها، الإسلام يسمى بالدين القتال.                فكثير من العلماء يدافع الدين الإسلامي بطريقة الإنترنت.

الطالب 2      : أنتما ماهران عن الانترنيت. ولدي الكتاب أيضا، قد قرأت الأسبوع الماضي
 وهو “التكنولوجيا والإسلام" لأستاذ الدكتور فوزن. وهذا الكتاب تكلم عن أدب باستخدام الانترنيت بمنظور القرآن والسنة.

الطالب 3      : واه، هذا أمر مهم، ما سمعت من قبل، ما هو الأدب؟ ممكن نستفيد منه.

الطالب 1      : نعم، ما هو؟

الطالب 2      : وعلى سبيل المثال، لا بد علينا أن نتحقق بمعلومة صحيحة، ولا نشتم الأخرين، ونقبل الآراء القوية.

الحمد لله، نختتم بهذه المناقشة.





ماليزيا بلد سياحي
بين زائران والسائح

الزائر 1 : السلام عليكم ورحمة الله وبركاته يا حبيبي. صباح الخير.

الزائر 2 : وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته يا أخي الكريم. صباح النور.

الزائر 1 : كيف حالك وكيف أحوالك وأخبر أسرتك؟ ما رأيتك منذ الزمن.

الزائر 2 : أسف، الحمد لله على كله حال. وكل خير. قد كنت مشغول بدراستي. وكيف أنت؟

الزائر 1 : ما شاء الله، أنت طالب مجتهد، إن شاء الله ستنجح في دراستك. وأنا الحمد لله تمام. يا حبيبي، يوم عطلة ستأتي، عندك شيء؟

الزائر 2 : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:" طلب العلم فريضة على كل مسلم". صحيح؟ وأنت أيضا تنجح في دراستك. ما خططت شيئا، وأود أن أستريح في البيت. لماذا؟

الزائر 1: والله، صحيح يا حبيبي. قد تذكرت قوله تعالى: " يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ". العلم مهم في حياتنا. هل تعرف ابن بطوطة؟

الزائر 2: ما أجمل هذه الأية! نعم، قرأت كتابه "رحلة ابن بطوطة". هذا الكتاب رائع جدا. والله تعجبت به.

الزائر 1 : طبعا، كتابه عظيم، ورحل إلى الأماكن متنوعة مثل مصر، وفلسطين، والهند، وإندونيسيا وغيرها. وعندي زميل، وهو يسكن في ماليزيا. هل سمعت بلد ماليزيا؟

الزائر 2 : نعم، وكان من الأماكن زارها كثير جدا. ومن رحلته، تعلمت ثقافة الأخرى غير من ثقاتنا العربية. ماليزيا! نعم! قد سمعت وقرأته. وهذا بلد جميل ونظيف. ومجتمعه لين وكريم. ولغته سليمة. وعرفت بعض كلمة "Apa Khabar"، في لغتنا، كيف حال؟

الزائر 1 : واه، طيب... ومن معلوم، أن السياح من طلب العلم.

الزائر 2 : نعم، حفظت قصيدة الإمام الشافعي أن الرحلة في طلب العلم:
تغرب عن الأوطان في طلب العلا       وسافرْ ففي الأسفار خمس فوائد
تفرج هم واكتساب معيشة              وعلم وآدب وصحبة وماجد

الزائر 1 : إذا، ما رأيك إذ نسافر إلى ماليزيا؟ هل ترغب فيه؟

الزائر 2 : والله، هذه الفرصة الذهبية. وأسأل الله لكل بعد الصلاة أن أواصل الدراسة العليا في الجامعة الإسلامية العالمية ماليزيا. هذه الجامعة رائعة وعظيمة وطيبة. ولكن ما لدي النقود...

الزائر 1 : لا بـأس يا حبيبي، كله مجانا. لا تحزن، إن الله مع المخلصين. إن شاء الله، يوم الإثنين القديم، سنسافر. استعد!

الزائر 2 : وفقك الله وحفظك الله في الدارين. آمين. إن شاء الله. شكرا جزيلا.
في ماليزيا.

المرشد  : السلام عليكم. أهلا وسهلا ومرحبا بكما. كيف سفرتما؟ كيف طائركما؟ هل كله خير؟ .
الزائر 1 : وعليكم السلام. الحمد لله خير. وكله خير. ما في المشكلة.

الزائر 2 : شكرا جزيلا. وأنا تعبان ولكن جو هنا جيد. بين بارد وحار. الحمد لله. أين ننام؟

المرشد  : الحمد لله، تمام. طيب، الفندق قريب منا، واسمه "Hotel Seri Malaysia". وهذا الفندق أشهر وأحسن فنادق من ماليزيا. هيا نذهب. تفضل يا الشباب الكريم.
الزائر 1 : حسنا. هيا نذهب.

الزائر 2 : أنت رجل الكريم. شكرا جزيلا.

المرشد  : انتبه، ومن المعلوم، يوم الأول، سنذهب إلى الأماكن التاريخية. ويوم الثاني، إلى الأماكن التعليمية. ويوم الثالث، إلى الأماكن الزراعية. ويوم الرابع، إلى الأعمال اليدوية والمنتجات الصناعية. يوم الأخير، إلى وسط المدينة كوالا لامبور. إن شاء الله.

الزائران : إن شاء الله. شكرا.

يوم الواحد.
المرشد  : يا حبيبي. بسرعة. هناك، أنظر هذا المبنى، اسمه "قلعة أ. فاموسا". في 1511م، تم بنائها.

الزائر 1 : جميل جدا.

المرشد  : ولكن، لأسف، وكان ملاك من أول ولاية التي دخول الإسلام. بعض المؤرخين يقولون أن ولاية ترنجنو أول ولاية التي دخول الإسلام.

الزائر 2: قد قرأت كتاب التاريخ، وقيل أن بارامسورا أقام هذه ولاية، صحيح؟

المرشد  : نعم، صحيح، وكان أصله الهنود ثم أسلم.

يوم الثاني.

المرشد  : الحمد لله، وصلنا إلى الجامعة الإسلامية العالمية ماليزيا. فيها مجال اللغة العربية، والفقه، والقرآن والسنةـ، والعلوم الإنساني، والطب، والهندسة، والاقتصادي وغيرها.

الزائر 1 : والله جميل جدا. تعجبت بها. وكثير من العلماء جاءوا من هذه الجامعة.

الزائر 2 : طبعا، مثل الأستاذ الدكتور كمال حسن، وهو المفكر، والمعلم، والأديب وعالم كبير. قرأت كتبه ومقالاته...

الحمد لله. انتهينا من الحوار عن السياحة. وشكر على حسن استماعكم. السلام عليكم.




Perbalahan dan perbezaan
Rahmat atau Musibah.
Firman Allah azza wajalla dalam surah al-Kahfi ayat ke-54:
وَكَانَ الْإِنسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلًا
Maksud: sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.
Apakah perbalahan sesama umat itu membawa rahmat? Apakah perbezaan pendapat memberikan manfaat kepada umat? Apakah kedua-dua itu menatijahkan musibah? Bagaimanakah mengharmonikan isu ini demi kemaslahatan umat dan agama.
Isu agama dipolitikkan sehingga mengkafirkan sesama muslim. Isu hukum-hukum cabang (al-Masail al-Furu’iyyat) dimainkan sehingga dibida’ahkan sebahagian yang lain tanpa ada asas. Begitu juga fatwa ulama’ diperolok-olokkan serta disanggahi tanpa adab dan akhlak yang baik.
Masyarakat umum kebingungan. Yang mana harus dipilih dan diikuti. Hendak dipilih pihak A diserang oleh pihak B, apabila memilih pihak B dikatakan pengkhianat. Bagaimanakah hendak membuat pilihan yang boleh menyenangkan semua pihak?
Banyak isu yang remeh-temeh menjadi perdebatan dan perkara itu tidak wajar dibincangkan kerana ianya tidak memberikan manfaat yang besar untuk umat. Kini, umat Islam dalam ketenatan. Umat islam tidak ada kekuatan yang boleh dibanggakan. Ekonomi dikuasai oleh bukan Islam. Sukan juga dimenangi oleh bukan Islam. Politik juga diperkudakan umat Islam oleh orang tertentu. Kesannya, umat Islam kemunduran.
Maka benarlah apa yang diperkatakan oleh Syed Qutb dalam bukunya “Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islam”. Saya melihat, barangkali ia memang benar tetapi jika melihat dari sudut pandangan yang lain, sebenarnya umat Islam sahaja yang mengalami kerugian kerana dunia tetap berputar. Manusia yang bukan beragama Islam telah mencapai matlamat yang lebih hebat. Mereka jauh ke hadapan melaksanakan misi dan visi yang telah dirancangkan. Namun di manakah umat Islam? Jika ada pun hanya ibarat sebutir pasir di pantai.
Saya tidak menafikan bahawa Islam tidak hanya mengejar dunia semata-mata tetapi apakah kita mahu melihat umat Islam ditindas, ditipu dan difitnah. Disebabkan itu, saya juga tidak setuju tentang pemikiran bahawa anak Islam hanya perlu bersekolah agama, belajar al-Quran dan hadis serta menjadi ulama’. Cuba bayangkan jika rakyat Malaysia yang ada 30 juta ini, keseluruhannya menjadi ulama’, siapakah yang mahu membaiki kereta, menukang rumah, membaiki paip yang bocor, membina pembangunan dan empangan serta perparitan. Siapa juga yang akan menjadi askar, tentera dan polis untuk menjaga keselamatan dan keamanan Negara. Persoalan itu mesti dibincangkan oleh para pendidik dan sistem pendidikan kita mesti diperbaiki ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.
Justeru, kita perlu mengimbangi dan menjadikan anak Islam seorang yang serba boleh dan boleh mengikut arus pemodenan dan tidak hanya terikat dengan cara tradisional. Tidakkah ini yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya. Ada daripada kalangan mereka yang menjadi penulis wahyu namun dalam masa yang sama seorang tentera dan peniaga. Ada juga yang menjadi gabenor tetapi seorang mufti. Ada juga para sahabat yang menjadi pekebun tetapi mempunyai jawatan yang lain. Sebagai contoh, Saiyidina Abu Bakar seorang perawi hadis serta peniaga dan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, beliau diangkat menjadi khalifah.
Umat Islam harus maju ke hadapan. Menjadi seorang yang berketerampilan, berwawasan, berilmu, beretika dan mampu membuktikan kepada umat agama lain bahawa inilah cara hidup yang Islam berkehendak.
Kini, umat Islam hanyut dalam mimpi bahkan mereka hanya menyibukkan diri ke dalam perbalahan yang tidak membawa faedah untuk diri dan umat. Kancah politik yang tidak matang banyak merugikan masa dan peluang. Kekuatan yang ada tidak dimanfaatkan untuk kesejahteraan agama. Maka, musuh-musuh Islam mengambil kesempatan ini untuk membina kekuatan mereka. Kesudahannya, umat Islam terus mundur ke belakang dan tidak mampu membina kekuatan untuk maju kehadapan. Apakah yang puncanya?
Saya melihat hanya 2 aspek, tidak bertoleransi dan berfikiran terbuka. Kedua ialah ego.
Prinsip Asas Dalam Menghakimi Seseorang.
Pertama, Ada dalil dan bukti yang jelas.
Kedua, Menghukum pada zahir sahaja.
Ketiga, Adil iaitu mengamalkan prinsip Al-Jarh wa At-Ta'dil (kena belajar ilmu hadis sedikit)
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan pelbagai berita yang tidak enak didengari. Kes khalwat oleh pihak berkuasa telah mengundang padah kerana kegopohan mereka bertindak untuk menangkap pasangan namun telah silap kerana telah menangkap pasangan yang telah sah berkahwin. Natijahya, telah mengundang padah sehingga bakal disaman oleh pasangan suami isteri tersebut. Hal ini juga telah mendapat kencaman yang hebat daripada para netizen dan juga ilmuwan,
Sebelum itu, beberapa isu lain seperti menuduh seorang pemimpin tidak melaksanakan amanah dan hanya mementingkan soal rohani semata-mata.
Sebenarnya, banyak lagi isu yang boleh dibentangkan di sini selain tuduhan wanita berzina. Pengalaman saya bersama seorang kawan saya ketika menginap sebuah hotel di Kelantan, ketika kawan saya melihat beberapa wanita yang tidak menutup aurat itu dikatanya pelacur, Allahu Rabbi. Tuduhan melulu dibuatnya. Boleh dijatuhkan qazaf terhadapnya. Begitu juga kes yang tidak pernah selesai sejak bertahun-tahun seperti tuduhan meliwat terhadap bekas ketua pembangkang. Apakah ini petanda akhir zaman? Semoga kita bukan menjadi sebahagian pembawa fitnah.
Saya sangat simpati kepada umat terutamanya sebahagian teman-teman saya yang masih belum memahami beberapa prinsip asas dalam menghakimi seseorang kerana mereka itu adalah para pendakwah untuk mendidik umat. Mereka melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Mereka berhadapan dengan cabaran yang berliku-liku demi memastikan umat itu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Saya sangat mengkagumi mereka kerana saya belum mampu untuk menjadi sebaik mereka. Justeru, saya meletakkan 3 prinsip asas itu:
Pertama, Ada dalil dan bukti yang jelas.
Ingat wahai teman-teman, kita hanya menghakimi seseorang berdasarkan bukti yang jelas. Banyak sekali dalil yang mengatakan baik daripada al-Quran mahupun hadis.
Saya juga simpati terhadap sesetengah teman-teman saya yang masih belum cukup memahami prinsip ini kerana mereka adalah para pendakwah. Mereka berhadapan dengan cabaran yang hebat. Saya sangat bangga dengan mereka kerana  mereka mewakafkan diri untuk hal itu dan saya bukan ahlinya.
Renungi bersama firman Allah azza wajalla dalam surah al-Baqarah ayat ke-111:
قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Maksud: "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".
Ayat ini menceritakan bagaimana Yahudi dan Nassrani beranggapan bahawasanya mereka sahaja yang layak untuk memasuki syurga sedangkan mereka bukan daripada pihak yang benar. Tidak ada satu pun dalil untuk membuktikan dakwaan mereka tersebut. Mereka cuba memanipulasi kebenaran demi kepentingan diri sendiri.

Rahsia al-Quran al-Karim; 
Perbezaan Kalimah Hijaj (حجج) 
dengan Sanah (سنة) dan juga ‘am (عام)
Kalam Allah azza wajalla sangat indah dan memiliki makna yang tersendiri. Setiap baris dan huruf ada rahsianya. Setiap ayat dan ungkapan pasti ada sesuatu yang tersurat dan tersirat yang Dia ingin sampaikan.
Apabila seseorang perawan mencintai seorang gadis, semestinya si perawan itu akan berusaha sedaya-upayanya untuk memahami si gadis yang dicintai itu sama ada dari segi pertuturannya, perbuatannya, budi pekertinya serta sifat semula jadinya. Sesungguhnya, begitu juga harus menjadi kemestian bagi para hamba yang mencintai Sang Penciptanya maka dia wajib mengenali dan memahami kalam Allah yang agung itu iaitu al-Quran kerana ia memberikan hidayah, pengajaran, khabar gembira dan amaran.
Dalam Al-Quran, setiap perkataan mempunyai perbezaan dari segi maknawinya walaupun kelihatan pada zahirnya memiliki maksud yang seerti. Begitu juga, kadangkala ada banyak bentuk perkataan namun mempunyai makna yang satu tetapi realitinya ia tidak seperti yang disangkakan kerana kalam Allah azza wajalla memiliki 1001 makna yang tersirat.
Pada penulisan kali ini, kita membincangkan rahsia al-Quran al-Karim pada tiga kalimah iaitu Hijaj (حجج), Sanah (سنة) dan ‘Am (عام). 3 perkataan ini, jika kita membuka terjemahan al-Quran dalam Bahasa Melayu atau kita membuka kamus seperti Al-Miftah, Oxford dan Al-Marbawi maka kita dapati 3 perkataan ini mempunyai makna yang sama iaitu tahun.
Cuba kita berfikir sejenak, pertama, apakah Allah azza wajalla sengaja menggunakan perkataan ini untuk menunjukkan bahawa banyak perkataan tetapi mempunyai makna yang sama atau kedua, apakah ada rahsia di sebaliknya dan ketiga, barangkali mungkin tidak memiliki apa-apa makna yang tersirat kerana tidak sengaja menggunakannya.
Justeru, persoalan pertama dan ketiga adalah tidak tepat kerana firman Allah azza wajalla dalam surah Yusuf ayat ke-2:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Maksud: Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
Begitu juga firman Allah azza wajalla dalam surah az-Zumar ayat ke-28:

قُرْآنًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِي عِوَجٍ لَّعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
 Maksud: laitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertaqwa.
Maka jelas kepada dua ayat di atas menunjukkan bahawasanya al-Quran diturunkan ke dalam Bahasa Arab supaya menggunakan akal untuk berfikir di antara yang hak dan batil kerana sesuai dengan makna taqwa iaitu melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Hikmah dan Rahsia Hijaj (حجج), Sanah (سنة) dan ‘Am (عام).
Pertama, kalimah HIJAJ.
Firman Allah azza wajjal dalam surah dalam surah al-Qasas ayat ke-27.
قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَىٰ أَن تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ ۖ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِندِكَ ۖ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ عَلَيْكَ ۚ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ
Maksud: Nabi Syuaib berkata kepada Nabi Musa. :" Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): "Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya".
Allah SWT menggunakan Kalimah "Hijaj" (حجج) yang bermaksud tahun. Persoalan di sini, mengapakah "Hijaj" (حجج), apakah perbezaan dengan Sanah dan ‘Am.
Dan paling ajaib, perkataan HIJAJ ini hanya digunakan hanya sekali sahaja dalam al-Quran.