Terjemahan buku “مائدة من السماء”.
Daripada Asbabun Nuzul al-Quran.
Penulis: Muhammad Hamzah as-Sa’dawi.
Pelukis: Muhammad Nabil.
Penterjermah: Muhammad Nur Farhan bin Zamziba (Guru Praktikal Bahasa Arab SMA Syubbaniah).
22/7/2016.

Kisah Pengajaran Rezeki dari Langit.


Pada suatu hari,

Nabi ‘Isa ‘alahissalam telah meluru keluar bersama dengan satu kumpulan dalam kalangan orang yang beriman dengan Islam. Golongan ini ialah orang yang ikhlas melaksanakan syariat islam. Mereka ini digelar “Al-Hawariyyun”.

Mereka telah keluar bersama dengan bertujuan untuk berdakwah kepada manusia agar kembali beriman kepada Allah SWT. Mereka berdakwah dari satu tempat ke satu tempat dengan membawa misi iaitu mentauhidkan Allah.

Disebabkan hal yang demikiran, mereka telah menghadapi cabaran dan dugaan ketika melaksanakan misi dakwah ini seperti kekurangan bekalan makanan dan minuman bahkan mereka juga diancam dan diperangi oleh kaum kuffar.

Mereka terus bermusafir sehinggalah mereka berhenti di sebuah padang pasir yang sangat luas dan bermalam di situ. Di padang pasir itu tidak ada satu pun tanaman dan juga air.

Mereka pun duduk beristirehat. Mereka kelihatan sangat penat dan akan tetapi mereka tetap bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk meneruskan misi dakwah ini.

Namun,  mereka diuji dengan kelaparan. Mereka sudah tidak memiliki bekalan makanan dan minuman tetapi semangat juang yang tinggi, mereka tetap mempelajari ilmu agama. Mereka bertanya kepada Nabi ‘Isa tentang persoalan-persoalan agama dan belajar daripadanya. Mereka sentiasa memikirkan ganjaran yang baik daripada Allah SWT jika menyebarkan dakwah dan mengajak untuk beriman kepada Allah SWT.

Pelbagai persoalan yang timbul dalam pemikiran golongan al-Hawariyyun ini namun mereka tidak mahu meluahkan apa yang terbuku itu ketika berhadapan dengan Saidina ‘Isa.

Akhirnya...selepas beberapa waktu, mereka pun memberanikan diri untuk bertanya kepada Nabi ‘Isa. Mereka bertanya:

Terjemahan buku “العابد والقرية”.
Daripada Asbabun Nuzul al-Quran.
Penulis: Muhammad Hamzah as-Sa’dawi.
Pelukis: Muhammad Nabil.
Penterjermah: Muhammad Nur Farhan bin Zamziba (Guru Praktikal Bahasa Arab SMA Syubbaniah).
12/07/2016.

Kisah Pengajaran Seorang Hamba dan Sebuah Kampung.



Ada sebuah kisah pada zaman dahulu,

Seseorang lelaki yang diberi nama Uzair. Dia sangat dikenali sebagai seorang yang menjaga segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya serta beliau seorang lelaki yang soleh. Beliau juga rajin dan kuat beribadat kepada Allah SWT serta beliau selalu mengajak umat untuk melakukan kebaikan dan berkasih sayang.

Uzair juga selalu memikirkan kebesaran Allah SWT seperti penciptaan haiwan, gunung-ganang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Beliau selalu memerhati kebesaran Allah dan berinteraksi dengan makhluk di sisinya.

Pada suatu pagi,

Uzair menunggang keldainya untuk pergi ke kebunya. Kebun beliau sangat besar dan cantik. Banyak tumbuhan, pokok-pokok dan buah-buahan. Selepas itu, Uzair akan mengisi buah anggur dan buah tin ke dalam bakul.

Dalam perjalanan dia pulang ke rumahnya. Dia termenung dan berfikir tentang anugerah Allah yang dikurniakan kepada hamba-Nya. Dia pun berkata:

Maha Suci Allah! Allah SWT telah menganugerahkan kepada kita bumi yang subur dengan tanaman, tumbuhan dan buah-buahan. Dia menjadikan semua itu berbeza-beza dan tidak sama rasa dan warna dengan yang lain seperti buah anggur tidak sama dengan buah epal. Buah oren tidak sama dengan buah tin. Walaupun semua buah-buahan itu ditanam di satu tempat yang sama dan disiram dengan air yang sama.
Agak lama Uzair memikirkan tentang ini. Tiba-tiba...

Dia dapati yang dia telah sesat jalan dan tidak menjumpai jalan pulang ke rumah. Namun dia tiba di sebuah kampung yang usang rumahnya dan tidak ada satu penduduk pun yang menetap di situ bahkan mayat-mayat terdampar di jalanan.

Setelah itu,

Uzair pun turun dari keldainya. Kemudian dia mengikat keldainya di dinding rumah yang masih ada. Disebalah keldainya pula diletakkan bakul-bakul bua-buahan dan bungkusan makan minumnya.



Uzair pun memerhati keadaan sekelilingnya. Dia mendapati kampung itu telah usang dan ada jasad manusia yang tidak disemadi dengan baik. Beliau berkata:

Kepada Allah SWT boleh menghidupkan semula jasad-jasad manusia yang telah mati. Bagaimana Allah SWT boleh membangkit dan menghidupkan semula semua ini pada hari khiamat kelak?

Maka benarlah! Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa yang boleh menghidup dan mematikan sesiapa yang dikehendaki kerana Dia berkuasa ke atas semua perkara.

Selepas beberapa minit,

Angin sepoi-sepoi bahasa datang meniup. Uzair pun terasa mengantuk dek kerana angin itu. Selepas itu, Uzair pun terlena dan tertidur dengan nyenyak seolah-olah manusia yang tidur di dalam kubur.

Tahun demi tahun berlalu hampir 100 tahun. Uzair seakan hidup tanpa roh. Beliau seolah-olah telah mati.

Dengan kehendak Allah SWT. Uzair telah terjaga dari tidur disebabkan kuasa dan kehendak Allah. Beliau melihat matahari terbenam di penghujung senja. Beliau menyangka bahawa beliau telah tidur selama sehari ataupun beberapa hari.

Tiba-tiba,

Uzair mendengar suara Malaikat. Malaikat bertanya kepada beliau: wahai Uzair, Berapa lamakah awak telah tidur?

Uzair termenung dan memerhati sekali lagi keadaan sekelilingnya. Beliau tidak mendapati seseorang pun yang berada di sekitarnya. Beliau menjawab: saya telah tidur sehari ataupun mungkin beberapa hari.

Malaikat tadi menjawab: sebenarnya awak telah tidur selama setahun. Roh awak telah terpisah dari jasad awak.

Malaikat terus bercakap:

Wahai Uzair... awak lihatlah makanan dan minuman awak disebelah awak. Ia tidak merubah zat dan tidak rosak walaupun sudah berlalu selepas 100 tahun.

Wahai Uzair, awak lihatlah keldai awak. Dia telah jadi bangkai yang busuk. Tulangnya telah menjadi reput. Allah SWT akan menghidupkan keldai itu di hadapan awak untuk memberikan hati awak tenang bahawa Allah SWT boleh membangkit manusia dari kubur. Allah SWT sahajalah yang mampu menghidup dan mematikan sesiapa yang Dia kehendak kerana Dia Maha Berkuasa kepada semua perkara.

Uzar pun melihat keldainya dengan penuh perasaan. Tiba-tiba keldai itu hidup dengan serta merta walaupun sebelum ini ia sudah menjadi bangkai yang busuk. Dengan tidak sengaja, beliau melafazkan kalimah Allah:
Maha Suci Allah SWT...sesungguhnya Allah SWT mampu dan boleh melakukan apa sahaja. "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?"

Selepas itu, Uzair menunggang keldainya semula dan membawa bekal makan minumnya. Beliau meneruskan perjalanannya kerana beliau telah mengetahui jalan pulang ke rumahnya. Namun,keadaan jalan ke rumahnya telah berubah.

Akhirnya, Uzair sampai juga ke kampung halamannya. Beliau menjumpai seorang wanita yang tua sedang duduk di hadapan rumahnya. Beliau baru sedar bahawa wanita tua ini merupakan orang gajinya sedangkan semasa beliau pergi, orang gajinya masih mentah.

Uzair pun bertanya: wahai makcik, adakah ini rumah Uzair?

Wanita tua menjawab: ya benar. Sesungguhnya masyarakat di sini telah melupakan beliau kerana beliau tidak pernah pulang lagi dan tidak satu orang pun bertanya tentang beliau. Beliau telah menyembunyikan diri selama 100 tahun lamanya.

Uzair membalas: Sayalah Uzair.

Pada permulaannya, wanita itu tidak percaya akan tetapi akhirnya dia mempercayai juga. Dengan bersegera, wanita itu memanggil orang kampung dan menjerit. Uzair sudah pulang... Uzair sudah pulang...

Orang kampung pun mula mengerumi Uzair. Ada diantara mereka yang sudah mempunyai anak serta cucu. Ada juga yang sudah mencecah umur 50 tahun bahkan umur 90 tahun pun juga ada.

Ada Salah seorang anak. Beliau berkata: Sesungguhnya di bawah bahu ayah saya ada satu tanda lahir. Uzair pun membuka bahunya dan semua orang melihat tanda tersebut ada pada Uzair.

Salah dari mereka pula ada yang berkata: Uzair seorang yang menghafal kitab Taurat. Jika awak benar Uzair. Cuba baca!. Maka Uzair pun memperdengarkan bacaannya dan tidak ada satu kesilapan dan kesalahan.

Dengan itu, semua orang kampung berpuas hati dan yakin bahawa beliau memang Uzair. Di sebabkan mengetahui hal itu mereka telah hilang keyakinan kepada Allah dan menjadi kufur kerana beranggapan bahawa Uzair adalah anak Allah SWT.

Mereka menyangka bahawa Allah SWT mempunyai isteri dan anak. Namun sebenarnya Allah SWT Maha ESA yagn tidak beranak dan memperanakkan dan tidak ada sesiapa pun yang menyerupainya.
Oleh itu, Allah SWT telah merakamkan kita ini di dalam surah al-Baqarah. Firman Allah SWT:


Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
Terjemahan buku “القاضي الصغير”.
Daripada Asbabun Nuzul al-Quran.
Penulis: Muhammad Hamzah as-Sa’dawi.
Pelukis: Muhammad Nabil.
Penterjermah: Muhammad Nur Farhan bin Zamziba (Guru Praktikal Bahasa Arab SMA Syubbaniah).
05/07/2016.

Kisah Pengajaran Seorang Hakim Kecil Yang Adil.


Ada satu kisah,

Nabi Daud ialah seorang raja yang diutuskan untuk bani Israel. Nabi Daud alaihissalam seorang yang mementingkan kebenaran dan keadilan. Prinsip ini diamalkan sepanjang pemerintahannya sehinggalah beliau tua.

Pada suatu hari, baginda duduk termenung tentang  nasib rakyatnya. Baginda memikirkan siapakah yang bakal memikul tanggungjawab sebagai raja selepas baginda mangkat.

Nabi Daud alahissalam teringat kepada anak-anaknya dan baginda berfikir dan termenung: Baginda memikirkan, antara semua anak-anaknya siapakah yang lebih baik  dan layak untuk menjadi raja selepasnya.
Akhirnya, selepas beberapa hari, baginda membuat keputusan.

Nabi Daud mendapati bahawa anaknya Sulaiman adalah yang paling layak dan berhak  untuk memimpin dan menjaga kaum bani Israel.

Walaubagaimanapun, Sulaiman merupakan anaknya yang bongsu. Umur beliau ketika itu dalam lingkungan 11 tahun  akan tetapi umur itu tidak menjadi ukuran kerana beliau seorang yang sangat cerdik serta baik budi pekertinya berbanding abang-abangnya. Beliau seorang yang  tidak malu bertanya untuk mengetahui sesuatu bahkan beliau juga suka menuntut ilmu daripada orang yang lebih berilmu daripadanya. Di samping itu juga, beliau seorang yang peramah dalam berurusan dengan orang ramai.

Oleh itu, Nabi Daud alaihissalam telah mula untuk mempersiapkan Sulaiman untuk menjadi raja selepas kewafatannya. Setiap masa Nabi Daud akan membawa Sulaiman bersama ke mana sahaja beliau pergi. Nabi Daud juga akan membawa Sulaiman ke majlis-majlis keramaian dan mesyuarat untuk memberikan pendedahan awal supaya Sulaiman dapat mendengar, memerhati dan belajar secara tidak langsung. Sulaiman juga dilatih untuk membuat keputusan, mengurusan tadbir negara dan beramah-mesra dengan masyarakat setempat.

Perkara kebiasaan yang dilakukan oleh Nabi Daud alahissalam ialah baginda akan menjadi hakim untuk menyelesaikan masalah-masalah dan pertengkaran yang berlaku dalam kalangan kaumnya.
Oleh itu, Nabi Daud membawa Sulaiman ke tempat medan pengadilan untuk memberi tunjuk ajar. Sulaiman pun duduk di sisi ayahnya kerana pada masa itu ada satu aduan yang dilaporkan untuk dihakimi.

Kisahnya bermula,

Plaintiff: Wahai pesuruh Allah Daud alaihissalam. Aku ada ladang. Aku berpenat lelah mengusahakan tanah tanaman aku sehingga tanaman aku menjadi subur dan besar. Selepas itu tanaman aku juga telah mengeluarkan hasilnya. Pada suatu malam, tanamanku dimasuki oleh haiwan peliharaan lelaki ini. Binatang ternakan dia telah makan tanaman dan merosakkan buah-buahan. Oleh itu, aku ingin menuntut keadilan berkenaan perkara ini dan aku ingin menuntut hak aku kembali.



Disebabkan itu, Nabi Daud memerhati pemilik binatang ternakan tersebut. Adakah dia mahu mempertahankan dirinya dan membuktikan dia tidak bersalah. Namun lelaki itu sedar, dia tidak boleh memanipulasi bahawa cerita itu tidak benar atau untuk menafikan perkara tersebut.

Oleh itu, Nabi Daud telah yakin dengan aduan yang disampaikan oleh pemilik kebun itu. Baginda telah membuat keputusan:

Wahai pemilik kebun. Engkau ambillah binatang ternakan lelaki itu sebagai ganti sebahagiannya sebagai tanda kecuaiannya kerana telah meninggalkan binatang ternakannya memakan hasil tanaman orang lain.

Sebentar...sebentar...

Terdengar celahan suara anak kecil iaitu Sulaiman di majlis itu. Lantas beliau berucap:

Tidak wahai ayahku.. Aku rasa pemilik kebun itu patut mengambil hasil hasil susu dan bulu dari binatang ternakannya. Serta pemilik ternakan itu mengambil hasil tanaman tersebut dan menggantikan tanaman yang baru sehingga tanaman itu subur dan berbuah seperti sedia ada. Selepas itu, kena pulangkan semula tanaman itu kepada pemiliknya dan dia akan mendapat semula ternakannya.



Nabi Daud hanya tersenyum. Hatinya tentang dengan kebijaksanaan Sulaiman dan pemikirannya yang cerdas.  Akal yang cerdas membuatkan baginda kagum dan mengyakini dengan kemampuan Sulaiman untuk menjadi pemimpin selepasnya. Disebabkan itu, Sulaiman telah mendapat dan mengambil alih hal yang berkaitan dengan isu kehakiman dan keadilan rakyat.

Allah SWT telah merakamkan kisah ini di dalam surah al-Anbiya’  ayat ke-78 dan 79. Firman Allah SWT:

( 78 )   Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua menghukum mengenai tanaman-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada waktu malam; dan sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan hukuman mereka.

( 79 )   Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.




Terjemahan buku “أصحاب البستان”.
Daripada Asbabun Nuzul al-Quran.
Penulis: Muhammad Hamzah as-Sa’dawi.
Pelukis: Muhammad Nabil.
Penterjermah: Muhammad Nur Farhan bin Zamziba (Guru Praktikal Bahasa Arab SMA Syubbaniah).
28/6/2016.

Kisah Pengajaran Pemilik Kebun Yang Tamak



Pada zaman terdahulu. Ada sebuah kampung yang diberi nama Dhirwan yang terletak di bumi Yaman. Di kampung itu, ada seorang Syiekh yang sangat soleh yang menetap di situ. Beliau mempunyai 3 orang anak dan memiliki sebuah kebun yang besar. Kebun beliau dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan, pokok-pokok dan buah-buahan.

Selepas syiekh yang soleh itu mengumpulkan buah-buah dari kebunnya. Beliau akan bersedekah sebahagian dari hasilnya kepada fakir miskin yang berada di kampungnya. Beliau juga memberi kepada kaum kerabatnya. Kemudian apabila beliau sudah selesai urusan itu, beliau pula akan pergi ke pasar dan menjual baki buah-buahan yang masih ada.
Pada suatu petang. Syiekh duduk bersama bersama-sama anak-anaknya dan berbual-bual santai dengan mereka.

Anak sulong berkata: wahai Ayah, sesungguhnya ayah telah mengusaha kebun-kebun dan dapat hasil yang banyak tidak seperti pekebun lain. Apa kata, kita mengumpul hasil buah-buhan dan jangan  memberikan kepada fakir miskin, kaum kerabat dan para sahabat. Kalaulah kita menjual hasil buah-buahan tersebut serta tidak memberikan kepada sesiapa. Kita akan memperoleh banyak harta.

Anak yang bongsu berrkata: wahai ayahku, betul cakap abang. Kenapa kita perlu memberikan hasil buah-buahan kepada mereka sedangkan kita yang berpenat lelah bercucuk tanam dan membajainya. Mereka pula berpeluk tubuh tidak melakukan apa-apa.

Sebelum anak yang kedua berbicara.

Ayahnya mencelah dan berkata: wahai anak-anakku yang dikasihi. Sesungguhnya kamu semua telah silap.
Sesungguhnya Allah SWT menyuruh  setiap manusia yang memiliki harta, tanaman dan tumbuhan. Mereka perlu bersedekah kepada fakir miskin dan orang yang memerlukan sebahagian dari hasil mereka. Hidup mereka akan diberkati oleh Allah SWT dan mendapat kejayaan dan pahala yang besar bahkan akan terselamat daripada kemurkaan dan azab Allah SWT. Oleh itu, tidakkah anak-anak melihat bahawa Allah SWT telah memberkati kita dan kebun kita. Kebun kita juga adalah di antara kebun yang paling subur dan paling baik di kampung kita.

Hari demi hari kian berlalu,

Syiekh yang soleh meninggal dan kembali bertemu dengan Allah SWT.

Ketika mana bila tiba musim buah-buahan, anak-anak itu telah mengadakan pertemuan. Mereka berbincang di antara satu sama lain tentang bagaimana harus mereka lakukan dengan hasil buah-buahan ini

Abang yang sulong memberi pandangan: Tidak sama sekali kita akan lakukan seperti yang dilakukan ayah kita. Kita tidak perlu memberi hasil buah-buahan dari tanaman kita kepada fakir bahkan juga tidak kepada kaum kerabat.

Adik yang bongsu pula bersetuju: ya, betul. Kita akan buat seperti yang along katakan. Kita akan mendapat harta yang banyak.

Abang yang kedua  memberi pandangan yang berbeza. Beliau berkata: aku berpendapat bahawa kita kena lakukan seperti mana yang ayah kita lakukan. Kita tidak boleh menafikan hak fakir miskin dan orang yang memerlukan ke atas hasil kita. jika kita melakukan itu, Allah akan memberkati kebun dan harta kita.

Abang yang sulong menolak pandangan adiknya yang kedua. Beliau berkata: kita tidak akan buat! Kami berdua sudah sepakat. Pandangan kami berdua lebih berhak ke atas hasil buah-buahan ini. Suara majoriti mesti diikuti! Kita akan menjual semua hasil buah-buahan dan kita tidak akan memberikan kepada sesiapa pun.

Terjemahan buku “يوم الظلة”.
Daripada Asbabun Nuzul al-Quran.
Penulis: Muhammad Hamzah as-Sa’dawi.
Pelukis: Muhammad Nabil.
Penterjermah: Muhammad Nur Farhan bin Zamziba (Guru Praktikal Bahasa Arab SMA Syubbaniah).
21/6/2016.

KISAH HARI YANG GELAP



Terdapat sebuah Qabilah yang diberi nama Madyan. Madyan ialah sebuah kampung yang terletak di kawasan Ma’an yang berada dalam Sham dan berada dihujung Al-Hijaz. Ia adalah 1 qabilah yang terlibat dalam banyak jenayah, kerosakan dan penipuan dalam perniagaan. Mereka mereme-temehkan mengenai timbangan jualan ketika mereka menjalankan perniagaan. Namun jika mereka membeli, mereka mahu disempurnakan dengan timbangan yang tepat. Mereka juga melakukan kezaliman dan tidak berlaku adil. Mereka juga merompak dan mencuri harta masyarkat awam. Bahkan mereka juga tidak menyembah Allah, mereka menyembah Al-Aikah. Al-Aikah itu ialah sebuah pokok Al-Aik yang sukar dijumpai.

Allah SWT telah mengutuskan seorang lelaki kepada kaum itu. Beliau sangat dikenali dalam kalangan mereka disebabkan sifat lemah-lembut dan jujur. Beliau ialah Nabi Syuaib alaihissalam. Allah SWT mengutuskan Nabi Syuaib untuk menyeru kaumnya supaya kembali beribadat dan menyembah Allah dan mengesakan-Nya. Nabi Syuaib juga menyeru kaumnya supaya berlaku adil dalam perniagaan dan melarang melakukan kerosakan dan kezaliman. Beliau mengingatkan mereka tentang anugerah dan kurniaan yang Allah berikan kepada kaumnya. Bahkan beliau juga memberikan amaran akan kemurkaan dan kemarahan Allah SWT jika tidak melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang..
Firman Allah SWT:

Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. Ia berkata: "Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Akan tetapi kaum Nabi Syuaib tetap ingkar dengan perintah tersebut. Mereka juga memperolok-olok dakwah Nabi Syuaib. Mereka sentiasa cuba menggagalkan dakwah Nabi Syuaib. Mereka juga berdolak dalih untuk menerima dakwah nabi Syuaib alaihissalam. Mereka memekakkan telinga bahkan mereka lebih suka berada dalam kesesatan yang melampui batas itu. Mereka memandang ringan tentang ‘ibadat kepada Allah dan solat fardhu. Mereka meninggalkan apa yang diwarisi oleh datuk nenek mereka yang terdahulu.

 Mereka berkata: "Wahai Syuaib! Adakah sembahyangmu (yang banyak itu) menyuruhmu perintahkan kami supaya meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami, atau supaya kami lakukannya apa yang kami suka melakukannya dalam menguruskan harta kami? Sesungguhnya engkau (wahai Syuaib) adalah orang yang penyabar, lagi bijak berakal (maka bagaimana pula engkau menyuruh kami melakukan perkara yang bertentangan dengan kebiasaan kami)?"(hud87)

Sungguh, mereka tetap degil tidak mahu menerima dakwah nabi Syuaib bahkan mereka mengancam nabi Syuaib dengan ancaman bunuh serta menghinanya walaupun mereka mengetahui akan azab akan menimpa mereka.

Mereka berkata: "Wahai Syuaib,! kami tidak mengerti kebanyakan dari apa yang engkau katakan itu, dan sesungguhnya kami melihat engkau orang yang lemah dalam kalangan kami; dan kalau tidaklah kerana kaum keluargamu, tentulah kami telah melemparmu (dengan batu hingga mati). Dan engkau pula bukanlah orang yang dipandang mulia dalam kalangan kami!”.

Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! (Mengapa kamu bersikap demikian)? Patutkah kaum keluargaku kamu pandang lebih mulia dari pada Allah serta kamu pula jadikan perintahNya sebagai sesuatu yang dibuang dan dilupakan di belakang kamu? Sesungguhnya Tuhanku Amat Meliputi pengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.(91-92)

Nabi Syuaib tidak mempedulikan ancaman dan dugaan dari kaumnya. Oleh hal yang demikian, Beliau tetap tidak menghentikan cita-citanya untuk memperbaiki dan membetulkan kaumnya. Beliau sentiasa menyeru umatnya untuk menyembah Allah walaupun jumlah orang yang beriman sangat sedikit. Kaum Nabi Syuaib berasa takut kerana lama kelamaan Nabi Syuiab mempunyai ramai pengikut dan agamanya disebar luas. Oleh itu, mereka membuat ugutan bahawa siapa yang beriman bersama  nabi Syuaib, mereka akan dihalau keluar dari kampung halaman mereka melainkan jika mereka meninggalkan agama Islam. Disebabkan itu, ada yang kembali ke tempat asal iaitu  ke arah kekufuran. Namun begitu, terdapat juga dalam kalangan mereka yang tidak memahami tentang ajaran Islam dan kemanisan Iman tersebut menyebabkan mereka kembali dalam kesesatan dan kemaksiatan kerana takut diancam bunuh.

Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaum Nabi Syuaib berkata: "Sesungguhnya kami akan mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini, atau kamu berpindah kepada ugama kami". Nabi Syuaib menjawab: "Adakah (kamu hendak melakukan yang demikian) sekalipun kami tidak menyukainya?

 Nabi Syuaib sentiasa mengingatkan mereka untuk kembali kepada Allah dan menakutkan mereka tentang azab Allah bagi yang ingkar. Beliau menjelaskan akibat bagi orang yang kafir dan degil. Beliau menceritakan kisah kaum terdahulu yang kufur dan ingkar dengan perintah Allah SWT seperti yang terjadi kepada kaum Nuh, ‘Ad, Thamud dan juga kuam Lut. Nabi Syuaib merasakan hilang harapan untuk berdakwah kepada mereka. mereka tetap degil dan masih berada dalam kekufuran. Nabi Syuaib mengadu kepada Allah tentang kaumnya yang sangat zalim dan degil. Allah SWT telah mendengar luahan nabi Syuaib. Maka Allah SWT telah mengazab mereka dengan cuaca yang sangat panas. Mereka merasa dahaga yang amat, walaupun mereka dapat minum air. Rumah-rumah mereka kepanasan menyebabkan mereka keluar dari rumah. Mereka berlari daripada udara yang panas. Dan mereka pun melihat awan yang disangka-sangka akan memberikan mereka perlindungan. Mereka pun berkumpul di bawah awal tersebut sehingga kesemuanya duduk berteduh di bawah awan tersebut. tiba-tiba awan tadi telah mengeluarkan percikan api dan melemparkan batu-bata kepada mereka. disebabkan itu, bumi menjadi kering-kontang dan mereka semuanya hancur musnah melainkan orang-orang yang beriman kepad Allah SWT dan rasul-Nya.

Firman Allah SWT:

(189)   Maka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat besar - (huru-haranya).

( 190 ) Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

( 191 )   Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (as-Syu’ara’)

Allah SWT telah merakamkan kisah-kisah mereka ini di dalam al-Quran terutamanya pada surah al-A’raf, Hud, as-Asyu’ara’ dan al-‘Ankabut.