Bismillahirrahmanirrahim.
Dewasa ini, gejala sosial di Malaysia kian meningkat dari hari ke
hari. Acap kali apabila kita membaca surat khabar semestinya kita akan dapati banyak
kes-kes dan masalah yang berlaku seolah-olah gejala sosial di Negara kita ini
sudah menjadi kebiasaan. Dahulunya, agak sukar untuk kita mengetahui tentang
kes-kes dan masalah gejala sosial ni tetapi kini keadaan sudah berubah bahkan
gelaja sosial ni bukan sahaja melibatkan warga belia sahaja tetapi terdapat
juga dalam kalangan kanak-kanak seperti mencuri, menonton video lucah, merempit
dan ada cubaan mencabul. Yang paling agak menyakitkan hati apabila gelaja
sosial ini juga berlaku dalam kalangan warga emas seperti datuk rogol cucu.
Kes yang masih segar bernafas seperti pembunuhan pegawai agama
islam Pahang iaitu dia dibunuh di dalam rumahnya, kes ragut pelajar wanita di
kawasan taman perumahan, kes pembunuhan menembak di merata-rata tempat seperti
yang terbaru berlaku “Maut di tembak jarak dekat di George Town”, rasuah pula
sudah jadi seperti makanan asasi, zina, pembuangan anak, judi dan sebagainya.
Na’uzubillah!
Apakah Negara Malaysia bukan lagi Negara aman? Apakah Malaysia
sudah tidak ada keadilan? Apakah rakyat malaysia sudah kehilangan sifat
kemanusian? Apakah sudah terhakisnya akhlak rakyat Malaysia?. Tidakkah kita menginginkan
sebuah Negara baladun toyyibun warabbun ghafur (Negara yang baik dan Tuhan
kamu Tuhan yang Maha Pengampun).
Kesan-kesan
gejala sosial.
Setiap perkara yang berlaku pasti ada kebaikan dan keburukan namun sebaliknya
jika berkaitan dengan masalah sosial. Kesan-kesan negatif lebih banyak
berbanding positif. Kesan-kesan yang bakal dihadapi apabila gejala sosial ini
berterusan dan tidak dibendung ialah yang pertama dan sangat utama ialah
Malaysia akan menjadi Negara yang mundur terutama dari segi ekonomi kerana
apabila masalah sosial berlaku para pelancong berasa takut untuk melawati
Negara Malaysia. Keduanya ialah keruntuhan akhlak dan etika di antara
masyarakat. Ketiganya ialah sistem politik akan menjadi terumbang ambing.
Keempat, pendidikan sudah tidak ada nilai-nilai kemanusian. Kelima, berlaku
pengkhianatan dari atas dan perpecahan dari bawah.
Maka jelas disini, masalah sosial banyak memberikan kesan negatif
terutamanya kepada Negara, masyarakat dan keluarga. Kesan-kesan ini akan mendatangkan
natijah yang cukup teruk sama ada jangka masa panjang mahupun jangka masa
pendek. Contoh lain, kita boleh dapati apabila rasuah berlaku maka akibatnya
ekonomi Negara akan merundum. Begitu juga apabila sistem pendidikan tidak
disusun dengan silibus dan cara yang betul keruntuhan akhlak akan terus berlaku
terutama dalam kalangan para pelajar. Antara kesan yang lain berlaku
penceraian, pembunuhan di merata-rata, kecurian dan rompakan sama ada secara
terang-terangan mahupun sembunyi. Semua kesan-kesan ini akan menyebabkan
kejatuhan sesebuah tamadun ataupun kemajuan sesebuah Negara. Percaya atau
tidak, bacalah sejarah-sejarah islam seperti kisan Firaun ataupun Qarun,
bacalah kisah sejarah seperti punca kejatuhan khalifah Umawi, Abbasi dan Turki
Uthamniyyah bahkan terokailah sejarah barat seperti kisah Martin Lutter dan
Nazi di Jerman dan lain-lain. Kita perhatikan bagaimana mereka jatuh!
Cara
mengatasi
Dasar-dasar utama bagi sesebuah pemerintahan Negara adalah
memelihara maslahah (kebaikan) ummat dan mencegah mafsadah
(kerosakan). Oleh itu, sistem perlu diperbaiki dan dikemaskinikan agar masalah
sosial ini dapat dibendung dengan baik kerana masih belum terlambat bagi
pemerintah untuk melakukan sesuatu seperti kata-kata Inggeris “better late than
never”.
Pelbagai alternatif yang boleh dilakukan antaranya peranan media
massa khususnya adalah dengan menapis filem-filem yang tidak ada nilai-nilai
moral seperti rempit, pembunuhan, pergaduhan, rogol, kelab-kelab malam,
kecurian dan seumpamanya bahkan di samping itu boleh juga menerbitkan cerita-cerita
yang berbentuk ilmiah dan cerita yang terdapat nilai-nilai ketamaduan dan budi
pekerti. Selain itu, perlu ditekankan pendidikan dan program yang berbentuk
keharmonian. Semua agama juga mementingkan tentang kedamaian baik islam,
krisitan, hindu, Buddha dan lain-lain. Jadi, maka perlulah diiklankan tentang
iklan amar ma’ruf dan nahi mungkar (menyuruh yang baik dan mencegah yang salah)
yang sesuai dengan keadaan semasa dan tempat.
Di samping itu, sistem pendidikan perlu menekankan semula aspek
spiritualisme dengan lebih mendalam dalam kalangan para pelajar supaya mereka
merasakan bahawa pendidikan bukan hanya memfokuskan kepada pangkat dan markah
yang tinggi semata-mata tetapi sistem pendidikan yang hakiki ialah perlu selari
dengan peningkatan akademik dan akhlak setiap para pelajar. Para pelajar perlu
dididik dengan nilai-nilai akhlak yang baik dan etika yang sempurna supaya
apabila mereka sudah dewasa mereka dapat menilai mana yang baik dan yang buruk.
Selain itu, peranan ibu bapa perlu tegas dalam mendidik anak-anak
sejak dari kecil lagi dengan didikan yang baik kerana kita tahu jelas bahawa
apabila pendidikan yang asas dan paling baik adalah pendidikan yang bermula
dari rumah. Ibu bapa perlu menanamkan didikan agama supaya apabila anak-anak
itu menjadi dewasa mereka dapat membezakan di antara perkara yang baik mahupun
buruk.
Namun perlu diingatkan bahawa usaha ini tidak hanya disebelah pihak
sahaja tetapi ia memerlukan peranan kedua-dua belah pihak dan paling penting
dalam kerjasama daripada semua orang untuk melaksanakannya.
Kesimpulan
Setiap masalah yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya. Setiap
masalah yang berlaku pasti ada hikmahnya. Manusia yang percaya kepada tuhan
tidak akan memisahkan hal dunia dengan agama. Manusia perlu kembali kepada
jalan asalnya iaitu kembali kepada fitrah. Segala masalah yang dihadapi oleh
manusia itu jalan penyelesaiannya adalah agama. Semua agama menyatakan hal yang
sama. Dan inilah tuntutan agama! Kita perhatikan firman Allah di dalam al-quran
dalam surah Al-Nisa’:59.
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan
taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang
yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya
kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman
kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan
lebih elok pula kesudahannya.
Maka jelas disini bahawa apabila kita mendapati satu masalah kita
perlu kembali kepada hukum-hukum-Nya yang asal. Segala masalah boleh
diselesaikan tetapi hendaklah masalah itu diselesaikan dengan cara yang baik
dan mudah.
Kita lihat bagaimana rasulullah SAW
dalam mendidik ummatnya. Contohnya dalam permasalahan zina. Baginda SAW tidak
terus menjatuhkan hukuman sebatan dan rejam secara terus seperti kisah Ma’iz. Begitu
juga kisah Umar yang tidak melaksakanakan hudud potong tangan bagi si pencuri
yang mana ketika itu dia tidak ada satu wang pun.
Adapun terdapat juga penegasan yang
sangat ditekankan di dalam al-quran seperti hukum qisas, pembayaran zakat,
hukuman bunuh dengan sengaja dan lain-lain.
Oleh itu, kita harus mengkaji dahulu
apakah punca permasalahan gejala sosial yang berlaku. di manakah pokok
pangkalnya dan setelah itu apakah cara perlaksanaan untuk membendung daripada
gejala sosial terus merebak.
2:45 AM |
Category:
intelektualisme
|
0
comments
Comments (0)